15 Januari 2009

Annapolis Summit: Anwar terjerat?

Abu Mazen dan Ehud Olmert bersalaman di Annapolis Summit

Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presidin Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007.

Lokasi temeterainya Annapolis Summit

Anwar Ibrahim dalam blognya telah menafikan beliau terlibat. Soalnya siapa yang menipu adakah Steven Clemon yang menipu atau Anwar yang menipu. Steven Clemon sebagai makluman adalah Senior Fellow and Director, American Strategy Program, New America Foundation.
Stevon Clemon


Apa motif Steven Clemon memasukkan nama Anwar, adakah dia sengaja ingin memburukkan nama Anwar? atau beliau ingin menaikkan imej Anwar dengan menonjolkan Anwar antara tokoh yang menyokong deklarasi tersebut, dengan andaian perjanjian tersebut berjaya.Sekiranya perjanjian tersebut berjaya Anwar mungkin akan dipuja oleh dunia Islam sebagai tokoh keamanan.

Tetapi disebabkan perjanjian tersebut gagal maka Anwar telah cuba untuk menafikan beliau terlibat kerana majoriti negara Islam termasuk Iran, Syiria dan kumpulan Hamas menentang perjanjian tersebut. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:

1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin


Ahmadinejad secara jelas menolak Annapolis Summit

Lantaran itu perjanjian tersebut secara tidak lansung mengenepikan peranan HAMAS yang telah memenangi pilihanraya Palestin. Sampai ke hari ini tidak ada satu pun kebaikkan yang diperoleh oleh Palestin melalui perjanjian ini, malah Mahmoud Abbas juga telah kehilangan sokongan dari rakyat Palestin.Adakah Anwar cuba menafikan keterlibatannya dalam Annapolis Summit kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Mahmoud Abbas dan kumpulan Fatah?

Laman web Moon of Alabama mengatakan yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar Ibrahim, (Foundation For The Future) merupakan grand design Amerika untuk membekalkan senjata kepada kumpulan Mahmoud Abbas (FATAH) menentang kumpulan HAMAS.

Sekiranya Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) yang dipegang oleh Anwar Ibrahim sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

Dalam isu Annapolis Summit ini sudah jelas Anwar sudah terperangkap dan cuba menuduh atau kambinghitamkan pihak lain seperti BTN dalam blognya untuk menutup kelemahan dan kesilapannya.

Tiada ulasan: