09 Januari 2009

Anwar ahli PAS sejak bila?


Kata seorang forumer TKO bernama "aayate' kepada Pochong;

"tula....suka sangat duk makan TAIK macam abg PASYURGA. cukup2 latu...." (PASSYURGA tu kononnya penyokong UMNO di forum TKO)

Setahu Pochong orang PAS ni baik sangat, sentiasa bersangka baik dengan semua orang, tetapi dalam TKO Pochong tidak pasti mengapa ahli forumnya terlalu kesat berbahasa, seolah-olah ia di benarkan oleh agama. Walhal Pochong tak pernah menyentuh sedikit pun organisasi PAS, yang Pochong sentuh adalah Anwar Ibrahim sahaja.

Walaupun Pochong bukan orang UMNO, bukan orang PAS dan bukan orang PKR, Pochong ada mengikuti program PAS dan amat menghormati orang PAS, dan pochong juga berkawan dengan semua orang, tetapi Pochong bagai tidak percaya apabila masuk dalam forum tersebut pelbagai kata-kata sesat di lemparkan kepada orang UMNO. Seolah-olah Umno itu sama dengan orang Yahudi yang perlu dibenci dan dihina. Takkanlah tidak ada sedikitpun jasa UMNO kepada orang Islam.

Pochong tidak tau samada forumer tersebut adalah orang PAS yang berbaju keadilan seperti dakwaan Azizi Abdullah baca link ini;
Kalau benarlah dakwaan Azizi Abdullah itu dan perkara ini masih lagi berterusan dalam Parti PAS maknanya parti tersebut masih lagi gagal untuk menyingkirkan pengaruh Anwar. Walaupun di peringkat kepimpinan negeri sudah mula digerakkan seperti penyingkiran khalid Samad dari kepimpinan PAS Selangor, tetapi di peringkat bawahan belum benar-benar berlaku.

Kalau Pochong dicemuh dan di maki kerana mempersenda Mursyidul Am dan Presiden PAS mungkin pochong boleh menerima, tetapi Pochong dihina kerana semata-mata tidak suka kepada Anwar Ibrahim.

Setahu Pochong sejak dulu lagi Pimpinan PAS cuba menarik Anwar masuk PAS tetapi gagal, kenapa agaknya? adakah PAS yang bermasalah atau Anwar yang bermasalah? harap-harap orang PAS ada jawapannya. Sehingga sekarang Anwar tidak pernah daftar ahli PAS tetapi orang PAS sanggup bertakbir dan beria-ia membela Anwar. Tok Guru kah Anwar tue?

Cukup bijak Anwar memperdaya orang PAS sehingga ia dianggap Ikon Islam oleh gerakan Islam. Namun hakikatnya Anwarlah musuh kepada orang islam kerana penglibatannya dengan pelbagai gerakan Islam Liberal dan bersekonkong dengan agensi yang dibiayai Amerika dan Yahudi.

Kalau benar Anwar inginkan Islam kenapa beliau tidak masuk PAS sahaja dan tidak perlu menubuhkan parti baru untuk memecahbelahkan lagi umat islam. Tapi yang jelas Parti yang ditubuhkannya lansung tidak memperjuangkan islam malah yang diperjuangkan ialah kesamarataan sama seperti yang di lakukan oleh orang Yahudi selepas mereka kononnya ditindas dan dibenci serta dipulaukan oleh orang eropah suatu ketika dahulu.

Mungkin pada masa ini Anwar orang yang paling gembira, kerana ramai orang PAS sanggup ikut katanya dan mengenepikan kata Presiden Pas sendiri. Cayalah bro Anwar...


Tiada ulasan: