08 Januari 2009

Anwar ingin jadi penyelamat dunia?




Ini kata Anwar Ibrahim di laman blognya:

"Jadual di Ankara sejak tiba malam tadi hingga waktu berangkat pulang jam 3 petang penuh sekali. Maaf, saya tidak dapat lapurkan pertemuan peringkat tertinggi di sini. Pastinya isu genting dan mendesak berkisar tragedi yang menimpa rakyat Palestin di Ghazza.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu ka isu Ghazza."


Tapi bila aku baca yang ni di AIDC:


"Menurut laporan Julia Kirby (Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , Amerika) yang mewawancara Anwar Ibrahim, di Amerika Syarikat pada Jumaat, 7 April 2006, Anwar secara tegas menjelaskan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan HAMAS di Palestin, tetapi tetap menerimanya kerana telah dipilih oleh rakyat mereka. Oleh itu peranan pemimpin dunia Islam lain khususnya Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdo─čan diperlukan untuk menuetralkan pegangan pemimpin HAMAS. Anwar juga turut melahirkan kemarahan kepada pentadbiran Washington kerana mencurigai kehadiran Erdogan menemui HAMAS. Kata Anwar, Perdana Menteri Erdogan telah memberikan taklimat ringkas kepadanya tentang apa yang berlaku semasa lawatan ke Palestin itu, dan pada fikirannya Erdogan seorang yang berani untuk menunjukkan kepada HAMAS bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan dalam masa sama meyakinkan HAMAS supaya lebih bersederhana, serta mempelawa menjadi sekutu kepada Amerika. Kata Anwar lagi, Turki telah memaklumkan kepada HAMAS; “Ya, kami mampu untuk bekerja bersama dengan Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman.” Rujuk laporan Pew Forum on Religion & Public Life tentang sikap Anwar dan Erdogan terhadap isu HAMAS, klik di sini "


Aku merasa sungguh pelik kenapa Anwar sanggup membohongi rakyat Malaysia, dan meletakkan dia macam orang bagus. Walhal sudah jelas siapa Anwar Ibrahim yang menjadi pujaan orang Islam dalam Pakatan Rakyat, aku tak pelik jika orang kristian menyanjung Anwar tetapi kalau orang Melayu yang mengucap dua kalimah Shahadah sanggup bertakbir untuk Anwar aku amat terasa hairan. Apa sebab mereka menjadi sebegitu fanatik terhadap Anwar, sehingga sanggup menolak kebenaran, sehingga menjadi Pak Angguk dan menyokong apa saja kata Anwar Ibrahim. Adakah Anwar dah menjadi ANWARDEWA?

1 ulasan:

kerisTITANIUM berkata...

salam...
kalau dia ni buat perkara yang tak betul, apa nak pelik. memang dia camtu.....
kalau dia buat perkara yang betul, haaa... tu yang pelik tu......