16 Januari 2009

mesej dari penyokong Anwar






Pochong ditanya oleh beberapa orang melalu mesej peribadi melalui forum TKO dan dan juga Emel, kenapa Pochong begitu anti kepada Anwar, Kristian dan Yahudi.



Menurut penghantar mesej ini segala masalah yang berlaku didunia ini adalah kerana umat islam, bukan salah orang kristian dan Yahudi. Pochong tak pasti dia adalah muslim atau tidak kerana dia adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim, dan amat menyokong apa yang dilakukan Anwar sekarang.






Ulasan Pochong

Adakah benar masalah Palestin berpunca dari orang islam? sedangkan dalam Al-quran sendiri telah menceritakan perihal orang yahudi ini antaranya,

Allah berfirman dalam ayat 78 surah Al-Maidah bermaksud :

"Telah dilaknat orang kafir dari Bani israel, menerusi lisan Daud, dan isa anak Maryam, adalah kerana tabiat mereka yang sering durhaka dan melampaui batas"


Bani Israel merupakan gelaran bagi bangsa Yahudi, Allah memberitahu dalam firmanya dalam Al-Quran bangsa yahudi yang kafir telah dilaknat oleh Rasul yang diutus oleh Allah termasuk oleh Nabi Daud dan Isa. Soalnya kenapa mereka dilaknat? mereka dilaknat kerana mereka ingar arahan Rasul dan seringkali bertindak melampau batas.

Selain itu sewaktu zaman Nabi Musa juga diceritakan Nabi Musa pun telah Murka kepada bangsanya sendiri yang telah menginkari perintahnya pada hal segala kemahuan orang yahudi di tunaikan.

Apa yang didoakan oleh Nabi Musa pada kaumnya ternyata dimakbulkan Allah Taala, hingga kaum Yahudi hidup merempat ribuan tahun tanpa negara sendiri.

Dalam sejarah Islam wujud seorang bernama Abdullah bin Ubai yang merupakan seorang munafik dan sentiasa memusuhi Nabi dan Islam. Adakah dalam kehidupan hari ini masih wujud orang seumpama Abdullah bin Ubai?

Selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi pemimpin Agung, pengaruh orang Yahudi merosot dan untuk melindungi kepentingan mereka ada yang memeluk islam dan mengadakan perjanjian damai dengan Rasulluah, sebenarnya mereka hanya berpura-pura membuat pengakuan itu dan sentiasa mencari helah untuk mengkhianati perjanjian.

Pengkhianatan yang berpanjangan seterusnya menyebabkan mereka disingkirkan dari Madinah dan dihukum bunuh kerana pengkhianatan.

Dalam surah Al-Maidah juga Allah mengingatkan umat Islam tentang orang Yahudi, iaitu dari ayat 82, membawa maksud:


"Sesungguhnya Kamu akan dapati bahwa orang-orang yang paling buruk permusuhannya terhadap orang-orang beriman adalah orang Yahudi dan musyrik."

Dalam konteks ini sudah jelas orang yahudi sampai bila tidak layak untuk dipercayai, tetapi bagaimana Anwar Ibrahim boleh menandatangani surat sokongan Annapolis Summit, adakah beliau berpendapat Ehud Olmert bukan merupakan yahudi seperti dikatakan dalam Al-quran.

Yang agak menjengkelkan lagi dia sesekali menafikan terlibat seperti tertera di blognya.

Tiada ulasan: