17 Februari 2009

Elizabeth Wong bogel atau UMNO/BN kena main?

Bila dikatakan tersebar photo bogel awek cun yang ada kuasa dalam PKR, kuncu UMNO diketuai Khir Toyo beria-ia mendesak exco itu meletak jawatan, tidak bermaruah kononya, walhal aksi photo wanita itu hanya koleksi peribadi kerana dirakamkan dalam bilik tidur, kala tanya Khir Toyo pun belum tentu dia pakai kain dalam bilik tidur..hua hua hua, bukan adegan terlampau seperti Chua Soi Lek. Silap-silap PKR dan Elizabeth Wong dapat simpati dari masyarakat seperti apa yang terjadi kat Nasya Aziz. Skang wanita MCA pun dah bagi sokongan moral kat awek cun PLR tue....

Mungkin UMNO terlalu obses dengan apa yang berlaku kat Perak baru-baru ini, sebab itu beria-ia ingin menjadi hero. Tapi aku rasa Obses tak bertempat...mungkin nak jadi hero sebelum pemilihan ketua UMNO berlaku kut...

Sampai hari ini aku pun tak jumpa lagu pic bogel awek cun PKR tue, dan ia hanya diperbesarkan sahaja. Andai benar tuntutan UMNO dipenuhi, aku tak rasa BN akan menang pun dalam pilihanraya DUN Bukit Lanjan tue, ingat kawasan tue PKR menang majoriti dekat 5 ribu mengalahkan calon MCA. Agaknya dalam situasi sekarang kalau ada pilihanraya melibatkan kawasan majoriti bukan Melayu atau kawasan bandar , UMNO dan geng sekutunya BN boleh menang ke?

Anwar ni kalau boleh dia nak adakan setiap masa pilihanraya kecil, kerana dengan mengadakan pilihanraya kecil dia akan dapat mengekalkan momentun kekuatan PKR yang sedikit terjejas dengan apa yang berlaku di Perak baru baru ini. Cuba bayangkan apa agaknya persepsi orang Sarawak jika PKR dan pembangkang asyik menang sahaja dalam pilihanraya kecil,...pikir pikir lah sendiri yer wahai orang UMNO...

Tiada ulasan: