17 Februari 2009

Melayu tidak adil, dikriminasi....ramai orang cina sudah tidak kaya

KEKAYAAN yang dimiliki oleh 40 individu terkaya Malaysia telah susut sebanyak RM75.6 bilion ($31.69 bilion) daripada RM171.9 bilion setahun sebelumnya kepada RM96.30 bilion sehingga 16 Januari ini di tengah-tengah kemelesetan pasaran saham global, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Malaysian Business.

Kaji selidik majalah itu mendedahkan bahawa separuh daripada mereka merekodkan penurunan 50 peratus dengan hanya 14 hartawan pada ketika ini, kurang lima berbanding tahun lalu.

Malaysian Business dalam terbitan 16 Februarinya menamakan 'Raja Gula', Tan Sri Robert Kuok, sebagai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM26.6 bilion.

Namun, kekayaan Kuok yang mencatat rekod RM58.1 bilion tahun lalu, telah susut sebanyak RM31.5 bilion.

Pesaing rapatnya, T. Ananda Krishnan, mencatatkan RM20.1 bilion.

Di tempat ketiga ialah Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaan berjumlah RM8.15 bilion.

Sementara itu, Tan Sri Lee Shin Cheng berada di tempat keempat dengan jumlah kekayaannya berkurangan kepada RM7.4 bilion.

Menduduki tempat kelima dengan kekayaan berjumlah RM4.5 bilion, menurun daripada RM11.1 bilion sebelumnya, adalah Tan Sri Quek Leng Chan.

Individu lain dalam senarai 10 teratas adalah Puan Sri Lee Kim Hua, balu mendiang pengasas kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong (RM3.5 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM3.2 bilion); Tan Sri Vincent Tan (RM1.8 bilion), Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (RM1.6 bilion); dan Tan Sri Azman Hashim dari kumpulan Amcorp (RM1.4 bilion).

Majalah itu menyatakan bahawa selain Puan Sri Lee dari Genting, muka baru yang lain dalam senarai individu terkaya adalah adik-beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng.

Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia membuat penampilan semula setelah setahun tiada dalam senarai

Tiada ulasan: