08 Februari 2009

Perak dah bertukar Emas, jadi rebutan








Tak sangka pulak Perak dah jadi Emas, menjadi rebutan pelbagai pihak, dari dulu sampai sekarang. Jika kita imbas balik sejarah Perak, ada mencatatkan kumpulan Hai San dan Gee Hin bergaduh dan berperang kat daerah Larut hingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku. Dikatakan terdapat 3 perang tercetus bermula 1961 hingga 1973 yang paling hebat ialah perang ke tiga kerana melibatkan kematian orang cina yang paling ramai iaitu hingga menjangkau 3000 orang.
Punca perbalahan kumpulan Gee Hin dan Hai San ini dikaitkan dengan faktor ekonomi iaitu merebut kawasan lombong timah dan saling nak tunjuk kuasa siapa paling hebat. Perang ini juga telah menyebabkan Menteri Larut Ngah Ibrahim terpaksa meminta bantuan British akhirnya. Pada masa itu Raja Ismail yang memerintah Perak diceritakan gagal menyelesaikan permasalahan ini kerana beliau juga mengalami masaah dalaman iaitu perebutan tahta Sultan oleh Raja Abdullah.

Ekoran Perang Gee Hin dan Hai San ini telah menyebabkan situasi di negeri Perak ketika itu tidak stabil hingga menyebabkan British mula campur tangan dalam politik Perak, akhirnya temeterailah perjanjian Pangkor pada 1874. Kesan utama perjanjian yang diaturkan oleh Sir Andrew Clarke ialah negeri Melayu terpaksa menerima residen Brtish J.W.W. Birch sebagai penasihat. Maka bermulalah era campur tangan British Di Tanah Melayu.

Tahun 2009 sejarah tu dah macam nak mula kembali tetapi versi dah berbeza bila dua pihak iaitu BN dan PR saling mendakwa mereka yang tengah berkuasa, cuma tak pasti sape jadi kumpulan Hai San dan sape kumpulan Gee Hin. Dan tak tau juga sape jadi Raja Abdullah sape jadi Raja Ismail.


Harap-harap orang Perak dapat belajar dari sejarah, kalau dulu yang banyak mati adalah orang Cina namun sekarang tak tau sape yang akan mati. Harap ini dijadikan iktibar oleh semua pihak, sebarang kelekaan akan mendatangkan kesan kepada negeri Perak sendiri dan mungkin kepada Malaysia amnya.

Ingat sejarah Perak memainkan unsur penting dalam susur galur sejarah Tanah Melayu hingga tertubuhnya negara malaysia.

Adakah Perak sekali lagi akan mencetus sejarah baru?
















Tiada ulasan: