22 Februari 2009

Siapa Jemaah Tulen dan Palsu


Demi kuasa akan ada golongan sanggup mengadaikan prinsip asal yang dipegang, itulah realiti berlaku dalam politik, tidak kira ia parti berlandas kebangsaan atau parti berlandas Islam sekalipun.

Contohnya di Turki apabila Parti Refah yang berlandaskan islam diharamkan oleh Mahkamah Turki yang dikuasai tentera pada 1998, parti Fazilet telah ditubuhkan untuk mewarisi apa yang diperjuangkan oleh parti refah, selepas itu ia berpecah lagi kepada dua parti iaitu parti Saadat dan parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Timbul persoalan kenapa kedua Parti ini berpecah walhal akarnya adalah dari induk yang sama, Abdullah Gul yang mengetuai parti AKP bersama Erdorgan adalah menteri di zaman Parti Refah suatu ketika dahulu, sementara parti Saadat adalah parti yang diketuai oleh Necmettin Erbakan orang yang mengetuai Parti Refah sewaktu parti tersebut memenangi pilihanraya Turki pada 1995. Dibawah pentadbirannya Turki telah berubah dari negara pro barat menjadi negara yang pro negara muslim, antara peranan besar yang dilakukannya ialah menjadi tonggak kepada penubuhan D8 , suatu kumpulan yang menhimpunkan negara islam membangun yang seperti Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Ia ditubuhkan bagi menyaingi kumpulan negara maju G8 yang disertai oleh negara kuasa besar seperti Amerika, Rusia, Britain dan Perancis. Pada masa itu juga ekonomi Turki juga telah berkembang dengan begitu pantas hasil kecekapan Erbarkan mengetuai kerajaan.

John L. Esposito di dalam bukunya The Islamic Threat: Myth or Reality? (Oxford University, 1999 ada menyatakan Abdullah Gul mempunyai pendirian untuk lebih berintegrasi dengan Barat demi demokrasi dan kestabilan awam.

Adakah ini yang menyebabkan Abdullah Gul dan Erdorgan dianggap telah mengadaikan prinsip Islam demi untuk berkuasa? Malah sehingga ke hari ini mereka secara terang tidak menyatakan mereka adalah kumpulan islam.


Disebabkan kecurigaan kumpulan islam kepada parti ini, dikhabarkan juga Erdorgan terpaksa bermain wayang pada Forum Ekonomi dunia (WEF) di Davos, Switzerland Januari lalu. Dalam forum itu tidak semena-mena beliau telah dianggap wira umat islam selepas bertikam lidah dengan Presiden Isreal Shimon Peres dan meninggalakan forum tersebut. Impak peristiwa itu ia telah dianggap wira oleh umat rakyat Turki dan kumpulan Islam di seluruh dunia.


Di Malaysia digambarkan telah juga wujud kumpulan yang menyamai pemikiran Erdorgan, kumpulan ini diketuai oleh Husam Musa, Naib Presiden PAS pusat, walaupun kepimpinan PAS menafikan kewujudan kumpulan ini dalam PAS. Namun hakikatnya benda ini sudah terang lagi bersuluh, dan hakikatnya arusnya tidak dapat dibentung oleh orang lama dalam Parti. Timbul persoalan adakah nasib Hadi Awang akan sama seperti Necmertin Erbakan apabila orang muda di dalam PAS sudah lagi tidak wala kepada kepimpinannya?

Untuk memastikan pemikiran ini berkembang di dalam PAS, saya percaya Husam dibantu oleh Anwar Ibrahim telah mengkaji apa yang berlaku pada Parti Refah, Parti Fazilet, Parti Saadat dan AKP sebelum melebarkan pemikirannya di dalam PAS.

Tetapi yang nyata Pilihanraya di Kuala Terengganu baru-baru ini telah menyelamatkan kumpulan Hadi Awang dan membantutkan Husam Musa untuk menguasai parti. Kerana yang jelas di Terengganu kumpulan yang berkerja adalah kumpulan Hadi Awang tanpa dibantu oleh Husam Musa.

Memang benar perubahan PAS kearah pemikiran Erdorgan telah menyebabkan Parti itu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat samaada muslim dan bukan muslim, tetapi yang nyata telah banyak prinsip Parti telah diabaikan oelh kumpulan ini demi meraih kuasa di tangan.

Tiada ulasan: