04 Mac 2009

bila anwar gilakan Obama-pluralisme, liberalisme



Anwar sewaktu Sidang Pleno Forum Dunia Islam-AS yang diadakan di Doha, Qatar dikenali sebagai Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia klik sini . Antara isi ucapan beliau di Sidang Pleno yang berlangsung pada 14 Februari 2009, di Hotel Hotel Four Seasons, Qatar teks asal ialah mengajak umat Islam supaya memberi sokongan kepada Presiden Barack Obama dalam usaha merapatkan hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam.


Soalnya diatas kapasiti apa Anwar mengajak umat islam supaya memberi ruang kepada Obama, atas kapasiti Menteri Parlimen persekutuan Malaysia?, atau Anwar sudah bertukar kerjaya dengan menjadi jurucakap tidak rasmi kepada Obama. Kenapa agaknya beliau beria-ia benar melobi Obama kepada dunia islam, sedangkan kita mengetahui mana-mana Presiden Amerika pun kesemua perlu mempunyai hubungan baik dengan orang Yahudi dan Israel. Apatah lagi Obama yang mwakili Parti Demokrat yang sebenarnya lebih bahaya dari apa yang dilakukan Bush, mungkin hanya cara sahaja yang berbeza. Semenjak Obama menjadi Presiden Amerika polisi yang beliau lakukan lebih menguntungkan dunia islam? yang pasti antara yang dilakukan beliau ialah merapatkan hubungan dengan Israel seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton klik sini .

Adakah hanya dengan menutup penjara Guantanamo sudah menandakan Obama ini Pro Negara Islam, sedangkan umum mengetahui kebanyakkan tahanan-tahanan Guatanamo sebenarnya adalah puak radikal yang pada peringkat permulaan adalah dibiayai oleh Amerika sendiri untuk mengalahkan musuh lain, bila keadaan tidak terkawal barulah Amerika mengelarkan pejuang yang Pro-Taliban ini adalah pengganas. Malah yang menyedihkan imej Islam telah tercemar gara-gara wujudnya puak ini.

Dalam Sidang tersebut juga Anwar memuji apa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998, sedangkan kita mengetahui sejak era Reformasi hingga kini Indonesia masih merangkak untuk menempatkan dirinya kembali dalam kuasa ekonomi di Asia, bayangkan negara yang punya penduduk 220 juta hanya mampu menarik sekadar 6 juta pelancong dalam kempen Visit indonesia pada tahun 2008 sedangkan target adalah 7 jua orang Klik sini . Harga reformasi di Indonesia terlalu mahal apabila ramai rakyat Indonesia yang terbunuh dalam pertelagahan sesama sendiri dan semakin ramai rakyat Indonesia jatuh miskin. Betul Anwar kata tiada campur tangan tentera asing, tetapi secara jelas Anwar tidak memberitahu Amerika telah mula masuk mencampuri hal ehwal Politik Indonesia semenjak reformasi tersebut.

Sebenarnya apa kaitan Indonesia dengan Anwar dan Obama ini, adakah Anwar ingin memberitahu dunia bahawa Amerika melalui Presiden Bill Clinton dari parti demokrat yang memainkan peranan utama menjatuhkan ekonomi Indonesia melalui George Soros, atau Anwar ingin memberitahu kepada dunia bahawa Indonesia seharusnya berterima kasih kepada Amerika kerana memperkenalkan demorasi yang sebenar.

Selepas jatuhnya pemerintahan Golkar di indonesia , Gusdur telah dilantik menjadi Presiden Indonesia, semenjak itu sehingga sekarang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Indonesia malah yang menyedihkan saat dan ketika itu juga Timur Timor terlepas dan menjadi negara terpisah dari negara Indonesia secara rasmi pada Mei 2002 dengan dikenali sebagai dengan Timor Leste. Adakah ini yang ingin dibanggakan oleh Anwar?

Anwar juga sekali lagi memuji kerajaan Turki dalam ucapannya di Sidang Pleno tersebut, menurut Anwar, Turki merupakan negara Muslim yang paling matang dalam Demokrasi di dunia. Apa yang matang kerajaan Turki bila mereka masih mengadakan hubungan diplomatik dengan Isarel dan maih menyerang kaum Kurdis di Utara Iraq? adakah Anwar ingin meyakinkan kepada pihak Amerika bahawa Presiden Turki dan Perdana Menterinya sekarang adalah Pro-Amerika. Dan seharusnya Amerika menjaga Turki? kerana ia merupakan model baru kerajaan moderat islam di seluruh dunia.

Cara Anwar berpolitik semakin hari semakin mendedahkan sikap munafiknya, dan tidak salah kiranya dikatakan Anwar telah dijadikan platform oleh Amerika untuk membentuk satu model masyarakat baru dalam dunia islam agar mengenepikan segala perbezaan nilai yang ada termasuk nilai agama dan sebagainya, semata-mata membolehkan Amerika terus menguasai dunia.

Tiada ulasan: