16 Mac 2009

realiti kerajaan perpaduan, antara pro dan kontra


Apa agaknya akan terjadi ya, bila dua pemimpin utama Parti Islam mempunyai pandangan berbeza, siapa lawan siapa, Dato Seri Haji Hadi Awang telah mencadangkan kerajaan Perpaduan bukan kerajan campuran, baca sini dan sini.

Sementara dalam harakah juga dilaporkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Aziz menolak cadangan mewujudkan kerajaan campuran baca sini, soalnya siapa yang mencadangkan kerajaan campuran kerana yang dikatakan Hadi Awang ialah Kerajaan Perpaduan bukan, kedua istilah ini mempunyai makna yang berbeza, adakah sekali lagi Nik Aziz mendapat maklumat yang salah dari penasihat yang berbaju kotak disekelilingnya? Ini seakan sama dengan apa yang berlaku apabila Menteri Besar Kelantan itu telah mengeluarkan pandangan berbeza dengan Mustapha Ali mengenai kerajaan 16 September yang dicanangkan Anwar. Pada masa tersebut Nik Aziz dikatakan terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi PAS Terengganu oleh Husam Musa iaitu fraksi Anwar didalam PAS.

Kenyataan Presiden PAS dalam mengusulkan kerajaan perpaduan itu rupanya mendapat sambutan positif dari Muhriz Mahathir dan Muhyidin Yasin yang meminta Hadi Awang memperincikan maksud kerajaan perpaduan tersebut. Langkah Hadi Awang untuk mengusulkan perkara berkenaan tidak mengharainkan jika melihat situasi semasa gerakan islam didunia. Di Palestin perbincangan mewujudkan kerajaan perpaduan diantara puak Hamas dan Fatah giat dilaksanakan demi masyarakat Palestin, begitu juga di Lubnan apabila ketua Hizbullah menyatakan mereka sanggup berkerjsama dengan pihak lain demi perpaduan masyrakat Lubnan.


Dalam situasi ini siapa yang lebih berjiwa besar didalam PAS adakah Hadi Awang ataupun Nik Aziz, sekiranya dibandingkan dengan Presiden PAS terdahulu Allahyarham Fadzil Noor ketokohan beliau amat berbeza, Fadzil Noor memang berjiwa besar dengan sifatnya berganding bahu dengan bekas Tun dr Mahathir untuk duduk bersama di satu pentas atas nama memperjuangkan Isu Palastin.

Sebenarnya ke arah mana yang ingin dibawakan oleh Nik Aziz, ini yang menjadi persoalan, adakah beliau sependapat dengan sesetengah pihak dalam PAS yang mengatakan Kerajaan BN harus diruntuhkan terdahulu barulah difikirkan arah tuju parti tersebut.

Di Pakistan sebelum kerajaan Presiden Pervez Musyaraf jatuh, dua parti pembangkang utama di negara tersebut iaiu parti rakyat Pakisan pimpinan Benazir Bhuto dan suaminya Asif Ali Zardari dan parti Liga Islam Pakistan (PML-N) pimpinan Nawaf Syarif telah bersatu tenaga mengalahkan kerajaan dari Parti Liga Muslim pakistan (PML-Q) yang pro kepada Musharaf. Namun selepas kedua parti tersebut menang dalam pilihanraya pakistan, Nawaz Sharif mengumumkan beliau menarik diri dari kerajaan yang dibentuk oleh Asif Ali Zardhari yang menolak tuntutan Nawaz Sharif.


Bermula saat itu hubungan kedua parti yang satu ketika mempunyai musuh yang sama mengalahkan Musharaf sudah renggang dan hari ini mereka sesama sendiri masih bertelagah dan akhirnya Nawaf dikenakan tahanan rumah dan Pakistan menjadi kacau bilau,baca sini
Apakah ini yang akan terjadi kepada PAS suatu hari nanti sekiranya pembangkang menang besar didalam pilihanraya Malaysia dan diwaktu itu DAP dan PKR sudah tidak memerlukan lagi PAS seperti apa yang dilakukan oleh PPP di Pakistan. Sebenarnya parti yang diterjuai oleh Benazir Bhutho sebelum ini berfungsi seperti apa yang ada pada Parti Keadilan Rakyat di Malaysia, antara kedua parti ini tiada beza ketara kerana kedua-dua pemimpin ini ada kaitan dengan Amerika.

Saya tidak fikir Musyidul Am mampu menundukkan pendapat kumpulan Liberal Sosialis dalam Parti Keadilan Rakyat, kerana sehingga ini pun golongan ini bangga mengatakan apa yang terjadi di Perak adalah sama dengan idea Pencerahan dan revolusiner di Eropah
baca sini . Pada mulanya saya agak terkejut dengan kenyataan penulis ini tetapi apabila saya mengkaji pemikiran beliau dan kehidupannya, saya sedikitpun tidak terasa terkejut. Kerana penulis tersebut adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, dan Anwar adalah pemimpin yang ingin menyambung ideanya.


Membandingkan idea pencerahan dengan apa yang berlaku diperak adalah tidak wajar sama sekali, kerana pencerahan di eropah lebih kepada usaha Martin Luther yang ingin mereformasikan agama Kristian setelah berlakunya penyalahgunaan gereja dikalangan golongan bangsawan. Adakah situasi di Malaysia penyalahgunaan agama setara dengan apa yang dialami oleh orang kristian sewaktu zaman Renaisance, hingga perlu kepada penafsiran semua kitab al-Quran ini yang menjadi tanda tanya kita.

Soalnya adakah kesemua orang dalam PKR mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan penulis tersebut? jika benar maka tidak mustahil sekali lagi para ulama akan diperlekehkan dan kitab al-Quran akan terpaksa dikaji semula seperti yang dialami oleg agama kristian sewaktu zaman renaisance. Adakah sebegitu hina teruk ulamak dan kita pada golongan ini, sedangkan dalam islam para ulama/umara' mempunyai kedudukan yang penting. Begitu juga dengan Al-Quran kekal relevan sepanjang hayat dan tidak perlu penafsiran semula.

Pada saya tidak seharusnya apa yang berlaku di Perak dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Renaisance Eropah. Tiadakah lagi contoh yang paling baik dalam dunia islam untuk diambil contoh? sedangkan sejarah mengatakan Islam terlebih dahulu mencipta Tamadun berbanding dunia barat.




Tiada ulasan: