24 Mac 2009

Tangan-tangan yang memoderatkan islam



Dengan bilangan umat Islam mececah lebih 200 juta orang dan melebihi bilangan umat islam di Asia Barat, umat islam di rantau nusantara sentiasa menjadi tumpuan oportunis barat, semenjak zaman kolonial dahulu sehinggalah ke hari ini.

Malaysia, walaupun umat Islamnya tidak seramai Indonesia, tetapi merupakan negara Islam yang mempunyai respon positif terhadap kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, sehingga dianggap peneraju dikalangan dunia islam.

Dengan sifat local dan nilai budaya tersendiri yang ada pada umat melayu islam di Indonesia dan Malaysia, kedua Negara ini telah menunjukkan perkembangan yang luar biasa dalam kehidupan agama, sosial, budaya, ekonomi, dan politik dan pada masa yang sama, kedua-dua negara masih tetap mewarisi dan mengembangkan budaya Islam seperti yang kita lihat dalam kehidupan seharian.

Kebijaksanaan pendakwah dahulu yang membawa Islam ke Kepulauan Melayu dengan cara hikmah telah menyebabkan orang islam di Malaysia dan Indonesia lebih halus caranya dalam mempraktikan ajaran islam sesuai dengan mazhab yang dianuti oleh umat islam dirantau ini yang rata2 ratanya berpegang kepada Mazhab Shafie . Ini berbeza dengan umat islam di benua lain yang mungkin memeluk islam melalui cara kekerasan hasil penaklukan dan kemenangan dalam peperangan kerajaan-kerajaan islam ke atas negeri yang bukan islam suatu ketika dahulu dan berpegang kepada mazhab berbeza.

Disebabkan situasi ini, umat islam di Malaysia/Indonesia terdedah kepada pihak2 yang berkepentingan untuk menyebarkan aliran mereka dengan niat untuk menguasai dunia islam. Dengan tangapan apabila dapat menguasai masyarakat Islam di Nusantara, mereka akan lebih mudah untuk menyebarkan agenda yang diinginkan, Antara fahaman yang cuba dibawa kedalam masyarakat islam di Malaysia dan Indonesia ialah gerakkan radikal, namun ianya berjaya di tangani dengan baik oleh pihak pemerintah antara gerakan radikal yang cuba masuk ialah Jamaah Islamiah di Indonesia, Al-Maunah di Malaysia.


Kebangkitan dan pengukuhan Islam Moderat

Kebangkitan Islam di seluruh dunia Islam yang terjadi pada tahun 1970-an dan 1980-an dan kesan Revolusi Iran telah menyebabkan Islam semakin mendapat tempat di Malaysia dan Indonesia, faktor dalaman orang Islam di Indonesia dan Malaysia yang menginginkan pendekatan tersendiri dalam mengamalkan agama dan sesuai dengan situasi semasa dan ”Alam Melayu” juga ikut memberikan kesan adanya kebangkitan Islam yang luar biasa di alam Melayu.

Tanpa disedari keadaan ini telah diambil kesempatan oleh puak-puak pembaharuan agama islam dari seluruh dunia untuk menyebarkan pemikiran mereka. Ini boleh dilihat dengan kemunculan pelbagai bentuk program keagamaan gaya baru yang memunculkan golongan intelektual Muslim dengan latar belakang pendidikan moden dan perhatian mereka terhadap perkara-perkara yang baru serta tumbuhnya sebuah kumpulan Profesional Muslim.

Gerakan-gerakan baru ini menyebabkan terbukanya pintu ijtihad dan membuat Islam responsif terhadap tuntutan-tuntutan perkembangan zaman.

Masyarakat islam di Indonesia dan Malaysia yang berfikiran baru ini telah berkarya menciptakan bentuk pemikiran Islam yang lebih dinamik, kontekstual dan moderat. Wacana baru kebangkitan Islam lebih diarahkan kepada keperluan mendesak masyarakat dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh lingkaran ahli-ahli agama yang lama.

Pergeseran retorik keagamaan ini dan kesesuaiannya adalah lebih merupakan sebuah gejala tentang Islam yang ditafsirkan dalam kesesuaian persekitaran dan realiti kehidupan masyarakat sesebuah negara.

Di Indonesia, tidak boleh dinafikan bahawa sepanjang tahun 1970-an, sehingga 1990-an, bahkan awal 2000-an, telah berlangsung kebangkitan Islam moderat melalui usaha permikiran dan pembaharuan ajaran Islam yang mampu merubah pandangan dan struktur mahupun perilaku sosial masyarakat. Selama lebih kurang tiga dekad tersebut, harus diakui bahawa para golongan ini telah meneroka dan mencari idea baru untuk pemahaman islam yang toleran dan moderat contoh seperti usaha yang dilakukan oleh Nurcholish Majid dengan menerbitkan sekularisasi Islam, Abdurrahman Wahid dengan Pribumisasi Islam, Amien Rais dengan Tauhid Sosial, Harun Nasution dengan Islam Rasional.

Melalui karya tersebut mereka tidak lagi hanya mengungkapkan dan membahaskan masalah-masalah agama yang bersifat ideologi politik, tetapi telah memasuki ruang yang bersifat budaya, falsafah dan pemikiran

Ini merupakan tahap perkembangan baru yang mencabar pemikiran umat islam dan ia dikembangkan sehingga era Orde baru Soeharto tanpa mendapat tentangan atau perbahasan secara terbuka. Gerakan ini lebih dikenali sebagai gerakan Islam Liberal yang bersifat moderat dan kurang bersetuju dengan idea-idea asal ajaran Islam. Pada peringkat pemahaman ini golongan sasar ialah masyarakat kelas bawah dan diikuti masyarakat kelas menangah.

Di Malaysia gerakan pemikiran islam tercetus apabila ia dibawa oleh para pelajar yang berada di timur Tengah dan golongan ini kembali ke tanah air, mulai tahun 1970-an melalui gerakan dakwah telah menjadi bibit perkembangan kebangkitan Islam moden di Malaysia. Gerakan Islamic Revivalism melalui konsep Islamisasi yang dipekenalkan oleh Syed Muhammad Naguib Alatas telah memberi ilham kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam memperkenal islam moden ini di Malaysia dengan projek Masyarakat Madani.



Anwar Ibrahim melontarkan gagasan perubahan yang dianggap selari dengan prinsip ijtihad dalam Islam, sebagai usaha yang sungguh-sungguh ke arah kemurnian Islam, dan kembali kepada sifat dan keaslian ajaran Islam. Gagasan Islamisasi yang dilakukan oleh ABIM dan beberapa organisasi lainnya yang dipengaruhi oleh pemikiran para pemikir Islam kontemporeri tersebut memandang Islam moden sebagai sebuah model alternatif tentang politik, Islam harus menunjukkan disiplin moral dalam menghadapi anarki dan hedonisme pasar, Islam dapat mengelola dan mengembangkan sekolah-sekolah, dan mengoperasikan bank-bank.

Pembaharuan dan perubahan kepada kehidupan yang Islami tersebut dihubungkaitkan dengan etnik tertentu, iaitu Melayu, melalui slogan Melayu Baru. Kerana itu, kebangkitan Islam Moden adalah sama dengan kebangkitan bangsa Melayu Baru. Usaha penjenamaan terhadap Islam Moden ini semakin hebat apabila Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO, dan disebarkan melalui pihak kerajaan.

Kerana itu, pada suatu ketika Indonesia dan Malaysia dianggap tempat persemaian gerakan Islam moderat, namun di Malaysia gerakkan ini terhenti seketika apabila Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas tuduhan rasuah dan skandal peribadi. Namun di Indonesia ia masih merupakan tempat dan model untuk "pilot project" Islam liberal ini, sebab itu kalau kita perhatikan Anwar selalu menjadikan contoh Indonesia terbaik dalam negara yang mengamalkan demokrasi selain Turki.

Islam moderat adalah Islam yang ramah, damai, toleran, inklusif, dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan. Muslim yang mengamalkan Islam moderat adalah Muslim yang sentiasa berusaha mentafsirkan Islam untuk merespon secara lebih efektif pelbagai realiti keagamaan, sosial, politik, dan bahkan masalah antarabangsa. Mereka berusaha mengamalkan ajaran Islam secara lebih baik, hidup dan bekerja di dalam masyarakat, mendorong perubahan dari masyarakat kelas bawah, menolak ekstrimisme dan radikalisme atas nama agama, dan meyakini bahawa kekerasan dan keganasan tidak sah menurut Islam. Mereka juga beranggapan merka adalah muslim yang berada di tengah, tidak terlalu ke kanan ataupun ke kiri dalam memahami ajaran Islam dan perkembangan zaman.

Sifat moderat yang dimiliki oleh golongan ini yang ingin menterjemahkan islam secara sederhana sebenarnya amat membahayakan pemikiran umat Islam di Indonesia dan Malaysia. Tanggapan kumpulan ini yang mengatakan sekiranya umat islam masih mengamalkan islam tanpa perubahan maka hanya akan menghasilkan sikap hidup yang kering dan kaku dan tidak berdaya saing akan menyebabkan umat islam boleh terpesong dari ajaran asal yang dibawa oleh agama Islam.

Kekalutan pemikiran golongan ini islam moderat ini di Indonesia dan Malaysia sebenarnya boleh menyemarakkan gerakkan radikalisme sehingga boleh mengancam kedaulatan dan kenteteraman sesbuah negara. Seharusnya umat Islam di Indonesia dan Malaysia harus bersatu menangkis cubaan untuk menafsir semula kepercayaan agama islam yang telah sekian lama dianuti ini.



















Tiada ulasan: