14 April 2009

Anwar tokoh pembaharuan agama


Anwar sewaktu berucap di forum “Masa depan demokrasi Muslim" yang di anjurkan oleh "National Endowment For Democracy " (NED) pada 1 Disember 2005 seolah-olah menyokong pemikiran Abdul Rahman Al-Kawakiby dan turut mengatakan pemerintahan Sultan Abdul adalah diktator. Lihat sini

Siapa sebenarnya Abdul Rahman Al-Kawakibi yang diagung-agungkan Anwar sehingga begitu bangga beliau menyebut tokoh tersebut di depan puak yang ingin memecahbelahkan Islam?

Menurut Dr. Eaman Mohames Abbas dalam buku Sultan Abdul Hamid dan kejatuhan Khilafah Islamiyah, terbitan Pustaka Salam 2002, Abdul Rahman Al-Kawakibi ini merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah sebahagian besar dunia umat islam di Timur Tengah.


Seruan yang bermula di Syam Syira ini seolah-olah menghasut penduduk arab supaya meragui kepimpinan Sultan Abdul Hamid kerana bukan dikalangan bangsa Arab. Beliau juga menjaja idea bahawa setiap kaum atau bangsa yang menjadi warganegara di Daulah Uthmaniyah hendaklah memperolehi kemerdekaan kaum dan pentadbiran yang sesuai dengan adat istiadat dan keadaan semulajadi negara mereka.

Melalui idea ini beliau mula mengatur langkah melakukan reformasi yang selepas itu dianggap sebagai faktor pencetus kepada gerakan nasionalisme arab dan pembentukan Negara sekular sebagai ganti Negara Islam.

Abdul Rahman Al-Kawakibi juga amat cenderung kepada model umum sistem pemerintahan demokrasi di eropah. Beliau berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah didahului oleh barat. Di dapati juga tokoh ini banyak menceduk pemikirannya dengan pemikiran seorang penulis Itali iaitu Alfieri Vittoria.

Melalui pemikiran Alfieri beliau telah menyesuaikan denagn citarasa dan kebudayaan timur. Lanjutan bagi mengembangkan idea pemikirannya beliau pernah mengadakan Persidangan kebangkitan Islam pada tahun 1898, dengan menyeru dilakukan reformasi hal ehwal orang-orang islam, selain menyeru kepada pembebasan kekuatan Ijtihad.

Al-Kawakiby juga sebenarnya tidak menyukai Sultan Abdul Hamid hingga belia mengangap Sultan tersebut seorang Diktator dan beliau sering ingin melakukan revolusi ke arah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berpendapat bahawa islamnya seseorang pemerintah tidak memberikan hak yang sah sebagai pemerintah, yang penting tertegaknya keadilan, walaupun ia dilakukan oleh seorang pemerintah bukan islam.

Ketika Al-Kawakiby mengemukakan program politik versinya “ Kesatuan Islam” beliau dikatakan sebenarnya telah terkeluar daripada konsep asasi sistem politik islam yang tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil). Jelas disini bahawa Al-kawakiby telah terpengaruh dengan konsep yang dibawa oleh gereja barat .

Tokoh kelahiran Aleppo, Azerbaijan ini juga berkeyakinan bahawa agama hendaklah dipisahkan daripada Negara.

Selain itu beliau juga menolak dengan keras campurtangan ulama dalam hal ehwal politik, kecuali mempunyai kepentingan dengan kewajipan mereka. Idea-idea Al-kawakiby ini kemudiannya telah diikuti oelh sekularis Arab, golongan Tawraniyyin, al-iittihad dan Kamalis.

Apabila runtuhnya pemerintahan Utmaniyah konsep yang digagaskan oleh Al-Kawakiby telah mula dipraktikakan oleh Mustapa kamal Atarturk.

Sebenarnya konsep memisahkan agama daripada negara semasa waktu itu dianggap ramai orang dan kelompok pemikir sebagai keberanian yang luar biasa yang dimiliki oleh al -kawakibi.

Al-Kawakiby juga berpendapat bahawa agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi, bukannya apa yang dianuti oleh semua orang. Selain itu beliau juga mengatakan agama hanya bersangkut paut dengan akhirat dan tidak mempunyai kaitan dengan dunia yang boleh disusun oleh manusia melalui ijtihad dan undang-undang keduniaan mereka sendiri. Pemikiran ini sebenarnya bertentangan dengan tabiat agama islam yang menangani bersama urusan2 dunia dan akhirat.

Abdul Rahman Al-Kawakiby juga pernah berkata ;

“marilah kita sendiri menguruskan kehidupan dunia kita dan membiarkan agama memerintah di akhirat sahaja”

Jika begini tokoh yang dikagumi oleh Anwar Ibrahim, apa sebenarnya yang boleh kita katakan pada Anwar sendiri. Adakah Anwar ingin menjadi tokoh pembaharuan agama juga? Adakah benar Anwar ingin mendaulatkan Islam? Jika ini yang difikirkan oleh Anwar maknanya jangan terkejut satu hari nanti sejarah yang berlaku di bumi Turki suatu ketika dahulu akan datang Malaysia.

Tepuk Dada Tanya Akal

Tiada ulasan: