18 April 2009

jarum-jarum Amerika mula menyuntik


Ada suara persoalkan atas alasan apa Amerika pilih Anwar sebagai ejen dan penghubung kepada mereka, kerana pada mereka apa yang ada pada Malaysia di mata dunia? Malaysia bukan punya komposisi penduduk Islam teramai pun di dunia pada hari ini, Malaysia bukan kuasa nuklear seperti dimiliki Pakistan pun dan Malaysia tidak ada sejarah hebat seperti Turki pun untuk dunia umat islam.

Perang dingin sebelum pasca kejatuhan Soviet menyebabkan kuasa besar menubuhkan pelbagai kumpulan untuk menjaga kepentingan masing-masing, pihak barat menbuhkan Nato di eropah dan pihak komunis menubuhkan pakatan Warsaw. Pakistan dibayangi Amerika dan India dibayangi Soviet. Di Asia Tenggara bagi menjamin pengaruh dunia barat, Pertubuhan perjanjian pertahanan lima negara (FPDA) telah ditubuhkan melibatkan Britain, Malaysia, Australia, Singapura dan New Zealand. Ini dilakukan bagi membendung pengaruh komunis yang berada di negara indo-cina dan juga di Indonesia. Namun begitu pada hari ini pertubuhan ini hanya berfungsi sebagai medan latihan dan kerjasama antara negara sahaja selepas runtuhnya kuasa Soviet Union.

Satu ketika dahulu juga Indonesia yang sewaktu itu berada dibawah pengaruh Komunis telah melancarkan satu dasar iaitu "ganyang Malaysia" bagi menunjukkan Malaysia merupakan fraksi barat untuk mengekalkan hegemoni kehadiran barat di Asia tenggara.

Era 1070-an dibawah Perdana Menteri Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei, Malaysia cuba keluar dari bayang-bayang Britain apabila kerajaan ketika itu tanpa di duga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, pada saat itu tindakan Malaysia dilihat begitu berani dikalangan dunia membangun yang rata-rata di pengaruhi oleh dunia barat pada masa itu kecuali negara komunis yang berpaksikan kepada Soviet Union. Malaysia juga secara aktif telah menyertai Pertubuhan Negara-negara berkecuali (NAM) dan melalui ASEAN konsep ZOFFAN) telah diterima dan diperjuangkan Malaysia bagi menolak pengaruh kuasa tentera di rantau Asia Tenggara.

Peranan Malaysia, selepas itu dalam menentukan dasar luar sentiasa dilihat oleh pelbagai pihak kerana Malaysia seolah-olah cuba melepaskan diri dari bayangan kuasa barat. Pada barat seperti mana pentingnya Indonesia pada dunia barat, begitulah pentingnya Malaysia pada kaca mata mereka. Suatu ketika dahulu Amerika mungkin boleh mengharapkan Britain untuk menjadi penghubung kepada Malaysia tetapi kini hubungan Britain dan Malaysia hanya tinggal sejarah dan tidak mungkin Malaysia akan kembali kepada era awal kemerdekaan dulu.

Awal 80-an apabila Mahathir mula meniti di bibir rakyat Malaysia, beliau telah memperkenalkan dasar "British buy last" dasar pandang ke Timur juga telah diperkenalkan dan Pertubuhan Negara Islam (OIC) telah diberi tempat istimewa dalam polisi luar negara, ASEAN diperkasakan, NAM diberi keutamaan, G15 diperkenalkan dan hasilnya Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) diwujudkan untuk membantu negara-negara membangun khususnya di Afika.

Polisi dasar luar yang ketika itu dilihat memperjuangkan nasib negara membangun dan tertindas telah menyebabkan rakyat Bosnia lebih menyanjung tinggi Malaysia berbanding negara Turki yang mempunyai kaitan sejarah denagn mereka. Begitu juga negara-negara membangun lain yang mendapat faedah besar dari limpahan kekuatan ekonomi dan kemakmuran ekonomi Malaysia. Ketika itu Petronas diberi ruang sebebas-bebasnya meneroka minyak di negara membangun yang tidak boleh dimasuki oleh syarikat minyak Amerika dan negara barat lain.

Kepercayaan negara membangun kepada Malaysia adalah disebabkan hasil kemakmukan dan kejayaan ekonomi Malaysia yang dilihat ramai penganalisis ekonomi sebagai keajaiban Malaysia, walaupun lewat memperolehi kemerdekaan namun Malaysia mampu mencipta sendiri formula hingga mengejutkan negara kuasa ekonomi lain.

Di sini pihak Amerika melihat kehadiran Malaysia akan memberi ancaman terhadap polisi mereka, di saat ini kepentingan Amerika perlu diperkuatkan dengan menjadikan sebuah negara sebagai mata dan telinganya, selepas Senat Filipina menyokong polisi menutup pengkalan tentera Amerika di Teluk Subic, negara kuasa besar tersebut terpaksa mencari negara lain bagi menjaga kepentingan mereka, disebabkan Australia terlalu jauh ke hujung dunia mereka telah memilih Singapura sebagai pusat gerakan. (sebagai makluman Singapura sejak tahun 1969 telah membenarkan pewakilan Israel ditempatkan di negara tersebut dan negara tersebut banyak meminta bantuan Israel dalam membantu aspek nasihat keselamatan). BJ Habibie Presiden Indonesia pernah mengatakan negara Singa tersebut seakan "titik merah" kepada keharmonian asia tenggara bagi merujuk peranan Singapura.

Sebagai negara yang memegang kuasa ekonomi dunia Amerika melihat kemunculan Malaysia dibawah pengaruhnya akn menyebabkan peranan negara tersebut di kalangan negara membangun dan Islam akan tertinggal, jesteru itu tidak mustahil kalau kita katakan Amerika tiada pilihan melainkan terpaksa mengunakan pelbagai cara untuk menjadi tangan-tangan yang mempengaruhi dasar2 Malaysia.

Antara cubaan jelas yang cuba dilakukan oleh Amerika ini ialah melalui pengaruh Yahudi, sewaktu tahun 1997/98 bermula di Mexico, kemudian merebak ke Korea dan Thailand, seterunya menjadi domino kepada beberapa negara lain termasuk Indonesia, ekonomi dunia merudum disebabkan mainan spekulator mata wang George Soros, disebabkan itu nilai mata wang banyak negara susut dan ekonomi merudum dengan begitu teruk, IMF telah memperkenalkan pelan pemulihan dengan meletakkan beberapa syarat untuk menerima dana tersebut.

Pada masa ini Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan Malaysia, disebabkan beliau mempunyai sentuhan Amerika, cadangan IMF tersebut telah diterima oleh Anwar Ibrahim untuk dilaksanakan di Malaysia. Tun Dr.Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu nampak kelibat siapa disebalik Anwar telah bertindak mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan memperkenalkan Formula sendiri. Akhirnya formula Malaysia berjaya mengeluarkan Malaysia dari kesan kegawatan ekonomi tersebut.

Kejayaan Malaysia memulihkan ekonomi menyebabkan suara kegelisahan rakyat dapat dibendung dan permainan Amerika untuk memainkan peranan dalam politik Malaysia berakhir. Sekiranya Malaysia menerima pelan ekonomi IMF pada hari ini demografi Malaysia mungkin akan berubah, asas negara mungkin akan hilang dan dasar bumiputera mungkin akan dimansuhkan dan pelbagai kemungkinan lain.

Di Indonesia harga paling mahal dengan penerimaan pakej bantuan IMF ialah Indonesia hilang Wilayah Timur Timor (Timur Leste) dan mereka terpaksa mengikut telunjuk IMF dalam menetukan polisi ekonomi mereka. Bermula saat itu beratus-ratus syarikat dari Amerika telah mula masuk untuk merebut peluang ekonomi yang selama ini dihalang oleh kerajaan Orde baru Suharto.


bersambung...

Tiada ulasan: