16 Jun 2009

Kelompok Liberal Iktiraf Gay?


Salah satu kejayaan kelompok masyarakat Kristian Liberal Amerika Syarikat adalah kejayaan mereka menjadikan lelaki gay yang bernama Gene Robinson sebagai seorang Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003. Perlantikan paderi ini telah diberi liputan luas oleh seluruh media Amerika pada waktu tersebut.

Perlantikan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Kristian, dan ia terjadi di dalam lingkungan kelompok Gereja Anglican. Archbishop (Paderi Besar) of Canterbury, Reverend Rowan William, mengatakan pelantikan Robinson itu akan membawa persoalan dan perdebatan yang serius dikalangan penganut komuniti Gereja Anglikan.

Setelah terpilihnya Robinson, melalui satu pengutan suara, William membuat jangkaan wujudnya cabaran besar bagi Gereja Anglikan yang memiliki penganut sekitar 70 juta orang di 160 buah negara. Malah, ada mengadaikan akan wujudnya perpecahan besar di kalangan gereja Anglican, gara-gara perlantikan Robinson.

Pelantikan ini juga telah mewujudkan pro-kontra secara meluas dikalangan penganut Anglikan di Amerika. Namun, Robinson bertegas menyatakan, gerejanya akan menjadi semakin kuat, dengan adanya kekecohan tersebut.

Posisi yang dipegang Robinson merupakan jawatan tertinggi yang pernah dicapai oleh seorang gay di lingkungan Gereja. Semasa pelantikannya, dengan diiringi tangisan keharuan, Robinson menyatakan, bahawa dirinya merasakan menperolehi kehormatan yang amat tinggi.
“You cannot imagine what an honor it is for you to have called me,” kata Robinson. Namun, beliau mengakui, ramai orang di kalangan gereja yang sangat terluka dengan perlantikannya.

Kehadiran wartawan yang besar samada tempatan dan antarabangsa telah memberikan polemik yang menarik untuk menggambarkan pro-kontra terhadap pemilihan Robinson ini. Pihak media mengatakan bahawa wujud pihak yang marah terhadap perlantikan Robinson adalah datangnya dari kalangan konservatif di lingkungan gereja (church conservatives), yang percaya bahawa amalan gay dan lesbian adalah bertentangan dengan ajaran Kristian.

Agensi berita AFP sewaktu itu juga mengatakan, bahawa “Conservative Anglicans” di seluruh dunia pada masa itu bimbang sekiranya sayap liberal (liberal wing) dari gereja tersebut akan lebih hebat lagi mempromosikan perkahwinan homoseksual. Jadi media mengatakan pihak yang menentang Robinson dicap sebagai konservatif dan yang menyokongnya akan diberi label “liberal”.

Yang menarik, meskipun menghadapi kecaman dan pemulauan dari berbagai penjuru dunia, pelantikan Robinson berjalan lancar. Para Ketua Paderi yang hadir dalam acara pelantikan Robinson di arena hoki University of New Hampshire, menanti untuk memberikan ucapan tahniah kepada Robinson. CNN melaporkan, hanya segelintir golongan yang berdemonstrasi menentang pelantikan Robinson. Bekas Paderi Besar New Hampshire, Reverend Douglas Theuner, yang hadir dalam pelantikan itu, telah berucap seolah memberikan sokongan kepada Robinson, dengan menyatakan: “You are no more or less a child of God like everyone else.” . Ketika upacara perlantikkan itu berlaku ratusan Ketua Paderi yang hadir, hanya tiga orang yang mara ke hadapan, dan menentang pemilihan Robinson. Seorang menyatakan, bahawa pelantikan Robinson merupakan “kesalahan yang menggerikan” (terrible mistake).

Robinson semasa dilantik berumur 56 tahun, memang dikenali sebagai pelaku homoseksual. Ia telah hidup bersama dengan pasangan homoseks-nya yang bernama Mark Andrew, selama 14 tahun. Boleh dikatakan, sewaktu bertugas di gereja sebelum ini pun, sebenarnya sudah ada pihak yang telah mengetahui perilakunya. Dalam majlis pelantikannya sebagai Paderi Besar, temannya Mark Andrew-lah telah menyerahkan topi Paderi Besar (bishop’s miter) kepada Robinson. Pada tahun 2008 pasangan ini secara rasmi telah berkahwin. Yang menarik sewaktu Presiden Amerika Barack Obama sedang berkempen untuk memenangi jawatan Presiden, Obama dikatakan sempat bertemu sebanyak 3 kali dengan Robinson mengatakan dirinya memberi dokongan yang sama untuk hak-hak sivil bagi komuniti gay dan lesbian.klik sini




Di Amerika Syarikat pemilihan Paderi Besar dilakukan oleh masyarakat dan penganut gereja, yang kemudian dikukuhkan melalui konvensyen dan selanjutnya melalui satu pelantikan. Terpilihnya Gene Robinson sebagai tokoh penting dalam Gereja boleh dikatakan sebagai satu puncak keterbukaan gerakan liberalisasi di dalam dunia Kristian. Mereka berhasil dan berjaya memansuhkan satu ketentuan yang sangat tegas di dalam kitab ajaran Bible, yang mengutuk perbuatan homoseksual.



Dalam Kitab Imamat 20:13 dinyatakan: “Bila seorang lelaki tidur dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu perkara yang keji, Dan pasti mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada diri mereka sendiri.”

Dalam sejumlah versi Bible, juga dijelaskan, bahawa hukuman buat pelaku homoseksual adalah hukuman mati. The Living Bible menulis Leviticus, 20:13: “The penalty for homosexual acts is death to both parties. They have brought it upon themselves.”
Sedangkan dalam King James Version ayat ini ditulis: “If a man also lie with mankind, as he lieth with a woman, both of them have committed an abomination: they shall surely be put to death; their blood shall be upon them.”

Namun, seperti diketahui, arus liberalisasi di dunia Kristian begitu kuat berlaku. Jika selama ini, hanya masyarakat dan negara Belanda yang mengesahkan perkawinan homoseksual, maka kes Gene Robinson akan memberikan impak yang lebih hebat lagi, karena perbuatan yang salah itu telah mendapat perakuan pihak gereja. Arus liberalisasi gereja ini sudah cukup lama menyerang, termasuk usaha agar gereja kristian mulai menerima amalan homoseksual.

Contohnya, Eric James, seorang pekerja di gereja di England, dalam bukunya berjudul Homosexuality and a Pastoral Church menyarankan agar gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan perkahwinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

Sebenarnya, jika dilihat dari sejarah Gereja Anglikan sendiri, kes-kes seksual semacam ini tidak lah terlalu mengejutkan. Ini kerana Gereja Anglikan sendiri terbentuk sebagai sebahagian daripada gerakan Reformasi yang berlaku pada Gereja Khatolik, khususnya di England. Kes tersebut bermula dari kes seksual, Gara-gara Paus tidak merestui perceraiannya dengan isterinya, Catharine of Aragon, dan keinginannya untuk mengawini Anne Boleyn iaitu Raja Henry VIII (1491-1547), pada masa itu Henry nekad membuat keputusan dengan memisahkan Gereja England dari pengaruh Khatolik Rom.

Thomas More, salah seorang penasihat Kerajaan, telah dipenggal kepalanya, kerana menentang sikap Henry VIII. Kes Henry VIII ini selanjutnya menyebabkan konflik berdarah yang sangat menggerikan di antara penganut Protestan dan Khatolik dalam merebut tahta dan pengaruh kepada kerajaan England.

Kebijaksanaan Elizabeth I (memerintah 1558-1603) dalam memimpin Inggeris, akhirnya telah mengukuhkan institusi Gereja England yang selanjutnya dikenali sebagai Gereja Anglikan (Anglicanism).

Encyclopaedia of Religion mengatakan, bahawa salah satu karakter Anglicanism adalah usahanya untuk memegang elemen -elemen yang ada pada Khatolik dan Protestan dalam satu jalan tengah. Tahun 1960-an, mulai dilakukan upaya-upaya serius untuk menyatukan kembali antara Gereja Anglikan dengan Khatolik Roma. Ketika Paus Johanes Paulus II berkunjung ke Inggeris, pada tahun 1982, beliau dan Uskup Agung Canterbury, Runcie, menandatangani satu “Common Declaration” untuk membentuk satu suruhanjaya yang bertugas mengkaji isu-isu teologi, masalah pastor, dan langkah-langkah sesuai untuk menuju ke arah penyatuan Anglikan dan Khatolik Rom. Namun begitu , hingga kini usaha tersebut masih belum berhasil.

Soal homoseksual juga bukan hal baru dalam sejarah Gereja. Dunia Kristian kini mengenali satu Bible versi King James, atau King James Version. Bible versi ini sangat terkenal. King James yang dimaksudkan di sini adalah Raja Inggeris yang dikenali dengan nama Stuart King James VI of Scotland, dan menjadi King James I of England. Ia memerintah pada tahun 1603, menggantikan Elizabeth I, dan meninggal tahun 1625.

Walaupun seorang Raja yang kontroversi, namun pada satu sudut lain, jasanya mempelopori penulisan Bible “King James Version”, menyebabkan ia sangat dihormati. Dalam pembukaan Bible King James Version, terdapat ungkapan pujian khusus untuk King James ini: “To the Most High and Mighty Prince, JAMES, By the Grace of God, King of Great Britain, France, and Ireland, Defender of faith, Etc.” , King James mendapatkan julukan yang sangat mulia, iaitu sebagai “Defender of Faith”, “Sang Pembela Agama”.

Namun, sejarawan Barat, seperti Philip J. Adler, menyebut Raja ini adalah seorang yang sombong dan blatant homosexual. Namun, buku “Who’s Who in Christianity”, (1998), sama sekali tidak menyinggung soal perilaku homoseksual King James ini. Heny ke VIII pun sebelum ini bermasalah dengan Paus, mendapat gelaran dari Paus sebagai Defender of the Faith, setelah Henry menulis satu penyata yang menentang ajaran Martin Luther.

Kisah Gene Robinson, seorang gay yang menduduki jawatan tinggi dalam hirarki Gereja, perlu menjadi perhatian serius bagi kalangan orang islam, Ini kerana seakan sudah wujud gerakan liberalisasi di kalangan Muslim sama seperti apa yang dialami agama kristian.

Tanpa disedari kelompok ini telah berjaya menyusup masuk kedalam pelbagai organisasi dengan usaha untuk menyebarkan agenda mereka. Kalangan kelompok ini juga berusaha membongkar sendi-sendi penting dalam ajaran Islam, dan diberikan penempatan yang penting dalam institusi keagamaan, politik dan sokongan dari media masa. Dengan bantuan daripada pelbagai sumber pihak kumpulan ini seakan semakin berjaya menembusi pelbagai kelompok sasaran dan melobi agar kumpulan gay dan homoseksual diberi tempat dan pengiktirafan. Yang menarik sekiranya wujud para pengkritik kepada kelompok itu golongan pengkriktik itu akan dilabel sebagai kaum konservatif, golongan tua, dan sebagainya.

Sesungguhnya tidak salah kita berfikir, namun penyebaran pemikiran yang salah ke tengah masyarakat tentu ada batasan dan hadnya. Menghalalkan yang haram walaupun ia sudah dinyatakan oleh kitab-Al quran tentu akan menyebabkan kekeliruan dikalangan umat islam. Sekiranya agama Kristian sendiri telah hanyut disebabkan slogan reformasi dan protes terhadap agama mereka sendiri hingga lahirnya kelompok Protestan dan Anglican, bagaimana dengan orang Islam, adakah kelompok muslim moderat/liberal klik sini ini akan menjadikan contoh kejayaan rakan mereka melakukan reformasi dalam agama kristian turut sama diambil contoh dan model untuk dipraktikan dalam agama islam? Perkara ini mungkin tidak mustahil berlaku sekiranya kita terus alpa dibuai slogan refomasi, perubahan dan kebebasan tanpa menilai kembali apa yang dikatakan oleh Al Quran mengenai perkara tersebut. Disaat ini semua pihak ingin melaungkan kebebasan dan hak asasi walaupun kebebasan yang dipohon itu secara hakiki ingin memperlekehkan nilai yang ada terkandung dalam ajaran agama Islam.

Dipetik dan di tulis semula berdasarkan sumber klik sini, sini, dan sini

2 ulasan:

Jeffry berkata...

ANWAR SLH SORANG AHLI BERDAFTAR DLM KEGIATAN GAY KOT HEHEHEHE

Tanpa Nama berkata...

Jef anwar tu memang anwar ahli gay suumur hidup , wakaka

pochong