07 September 2009

Anwar Atarturk dan Rand Corporation

Pidato Bush di konvensyen pertahanan Amerika pada 28 Ogos 2007, merupakan penyataan jelas bahawa Amerika tidak ingin tegaknya berulangnya sistem Khilafah dan syariah di dunia islam dan berpadunya umat islam dalam satu suara. Dalam pidatonya beliau mengatakan Amerika akan melawan sesiapapun yang cuba ingin menyatukan umat islam dan mengangapnya sebahagian perang melawan keganasan.

Tahun 2009, apa yang dikatakan pihak Amerika ini telah mula dilaksanakan oleh Kepimpinan Turki, walaupun ada sesetengah golongan menganggap Erdorgan mewakili kelompok islam namun realitinya pemimpin ini telah mengarahkan pimpinan Islam yang condong kepada sistem khilafah ditangkap dan dipenjarakan.

Dikatakan telah banyak usaha diaturkan oleh pihak Amerika untuk mengekang bersatunya umat islam diselutuh dunia.

Antara usahanya ialah mewujudkan stigma negatif mengenai sistem syariah dan khilafah. Ia diusulkan oleh Ariel Cohen dengan mencadangkan media tajaan Amerika harus melabelkan persepsi negative sistem hukuman sebat dan hukuman keatas peminum minuman keras dinegara-negara islam.

Sementara Cheryl Benard pula mencadangkan beberapa idea baru berkaitan hak kebebasan harus diangkat bagi menunjukkan islam menindas golongan wanita dan hak asasi manusia, keburukan sistem poligami dan hak suami untuk memukul isteri.

Bagi memperkasa media propaganda, saluran yang dibiayai barat seperti Radio Sawa dan Al hura Tv telah dipergunakan semanfaat yang mungkin. Manakala di timur jauh difahamkan Amerika telah memberi dana yang besar kepada satu kelompok islam liberal untuk mempromosi “islam dan toleransi” melalui 40 buah stesen radio di bandar utama.

Melalui USAID pula dikatakan lebih 30 organisasi islam dibantu oleh agensi ini, antara program yang dilaksanakan oleh organisasi tajaan Amerika ini ialah membantu memperkuat sistem penyampaian media, bengkel dan mewujudkan cadangan reformasi sistem dakwah islam. Selain itu Amerika juga mengunakan saluran Ford Foundation dan Asia Foundation untuk berkejasama dengan organisasi islam untuk mengerakan kempen Islam Liberal.

David E.Kaplan pula menyatakan komitednya Amerika untuk menjayakan projek ini, Washington telah mengeluarkan ribuan juta dollar bagi kempen mempengaruhi bukan sahaja masyrakat islam malah agama islam itu sendiri.

Bersatunya umat islam merupakan satu perkara yang ditakuti oleh Amerika dan negara barat lain, jesteru itu adalah penting bagi barat melaksanakan politik pecah belah didunia islam. Lantaran itu barat telah mengklafikasi islam berdasarkan kepentingan barat. Oleh itu dicipta gelaran fundamentalis islam VS moderat, islam Struktural Vs islam cultural, islam Formalis vs subtansialis, islam radikal, islam teroris , islam inkulif dan pelbagai nama lain dengan matlamat memecahbelahkan umat islam.

Kelompok islam yang mendukung idea barat seperti memperjuangkan demokrasi, Hak asasi manusia, pluralisme akan disebut golongan moderat. Yang menolak pula akan disebut radikal atau fundamentalis. Lantas media diarahkan untuk menyebarkan propaganda bahawa islam yang baik ialah islam moderat atau cultural.

Untuk membolehkan kumpulan ini bergerak beberapa langkah pratis diambil seperti dicadangkan oleh Cheril Benard dan ia telah didukung oleh Rand Corporation.
Antara lain dilakukan ialah menerbitkan dan diedarkan pandangan golongan islam moderate, diangkat imej mereka dikalangan dunia islam dan memberikan “public platform”.

Sebaliknya golongan yang menentang golongan moderate perlu dilabelkan sebagai fundamentalis atau radikal. Menonjolkan ketidakmampuan golongan ini memerintah. Memberi imej buruk dan tidak bijaksana dalam dasar pemerintahan, mendorong para penulis untuk mengangkat isu-isu korupsi, hipokrit dan menonjolkan apa sahaja kelemahan golongan yang dianggap fundamentalis.

Strategi seterusnya dilakukan ialah mengadu dumba kelompok umat islam.Ia dilakukan dengan melenturkan pandagan kelompok tradisional dan fundamentalis. Beberapa langkah dilakukan dengan mengangkat kritikan kelompok tradisional terhadap fundamentalis, memperluaskan jurang perbezaan antara kelompok tradisional dan fundamentalis. Mendorong kerjasama antaraa golongan tradisional dan moderat, mendidik golongan tradisional untuk berdebat dengan golongan fundamentalis dan mempertingkatkan profil dan imej golongan tradisional dan moderat.

Langkah yang sama juga dilakukan Amerika di Iraq, dalam laporan akhir 2004 (US Strategy in the muslim world after 9/11), Rand Corporation secara jelas menyarankan agar mengunakan perbedaan sunni dan syiah serta pelbagai perbedaan lainnya untuk meraih kepentingan Amerika.

Malaysia pasca pilihanraya 2008
Gendang perang sudah berbunyi, pelbagai strategi sudah dilakukan diseluruh dunia islam, Malaysia selepas tsunami politik 2008 telah menyaksikan idea-idea hak wanita, hak asasi dan prinsip kesamarataan telah diangkat sebegitu rupa oleh sesetengah pihak. Adakah ini bermakna golongan juga mendapat bantuan dan khidmat nasihat dari Rand Corporatian? Ini kerana taktik yang dimainkan kumpulan ini hampir seiras apa yang dilaksanakan oleh pihak Rand Corporation.

Tatkala isu Kartika timbul pelbagai momokkan wujud media pelbagai negara tampil mengulis, manakala akhbar cina dan Inggeris memperbesarkan ia walaupun tidak melibatkan orang bukan islam.

Manakala pasca pilihanraya itu, kelompok pemimpin moderat muslim seperti Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya telah ditonjol media barat dan seangkatan kerana dianggap mempunyai pemikiran yang bagus untuk memacu ekonomi dan pentadbiran. Manakala musuh kepada Anwar ibrahim telah dilabel pelbagai cara seperti yang disarankan oleh Cheril Benard.

Walaupun Anwar Ibrahim bukan berlatarbelakangkan pengajian Islam dan ekonomi, namun dirinya telah diberi ruang yang cukup besar oleh dunia barat untuk berucap dinegara barat dan seolah mewakili dunia islam, hingga mengalahkan pandangan dari ulama Al-Azhar dan Ikhwan Muslimin. Adakah ini yang dikatakan pemberian ““public platform” oleh pihak USAID dan Rand Corporation? sehingga kes liwatnya mendapat pembelaan NGO antarabangsa atas dasar hak asasi dan prinsip kebebasan.


1 ulasan:

kelambuharimau berkata...

dulu cakap bpr tak bagus..tukar Sprm..tak puas hati juga,sekarang pertikai undi pos spr..sampai mbila pun hati pakatan jahanan ni takkan puas hati sebab mereka ini memang berjiwa pembangkang..jadi tak payah layan sangat.