13 September 2009

Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat?








Apabila Bakri Musa menyamakan Anwar Ibrahim dengan Anwar Sadat lantaran kerja keras Anwar untuk mendekatkan barat dan islam melalui projek Demokrasi dan dunia islam oleh pihak Amerika, selepas menghadiri uacapan Anwar di Stanford Universiti 2006. Teringat kembali apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Anwar Sadat di Mesir sehingga membawa kepada pembunuhan dirinya oleh umat islam Mesir.

Sejarah Islam mengabadikan bahawa Mesir adalah sebuah negeri yang melahirkan Firaun. Sebuah nama yang diabadikan Allah untuk mewakili manusia yang mengaku dirinya Tuhan. Sebuah nama yang diabadikan Allah untuk mewakili manusia yang mengaku dirinya Tuhan.

Fir'aun yang lahir di Mesir ternyata tidak hanya wujud di zaman nabi Musa saja, namun sampai detik selepas itu pun ada Firaun baru masih wujud di pucuk pimpinan Mesir malah di pelbagai tempat dan lokasi. Allah Maha Adil. Allah Maha Adil. Allah melahirkan 'Fir'aun', Allah pun menurunkan 'Musa' sebagai seorang Mujahid yang gagah berani menentang kezaliman dan kesesatan.

Apabila Anwar Sadat memerintah Mesir, ditakdirkan Khalid Islambuli wujud dimuka bumi Mesir, seorang pemuda gagah berani yang telah mencatat sejarah emas perjuangan Islam. 'Azamnya yang kuat telah melahirkan sejarah baru pergerakan Islam. Di tangannya Anwar Sadat berhasil dihapuskan.

Khalid sebenarnya merupakan anak keempat dari empat adik beradik. Dan beliau lahir daripada yang taat kepada bidang agama. Menurut ibunya, Khalid paling menjaga solat lima waktu berbanding adiknya yang lain, perwatakannya sentiasa jujur dan amanah. Sejak kecil hatinya sentiasa terbakar mendengar kejahatan Yahudi terhadap kaum Muslimin.

Tahun 1978, Khalid lulus dari akademi tentera Mesir. Namun jiwa tenteranya tidak membuat dirinya luntur azamnya yang kuat untuk memerangi Yahudi. Keterlibatannya dalam sebuah tandzim menghantarkannya kepada pemahaman, bahawa Islam ini bukanlah hanya sekadar solat dan puasa saja, namun kesempurnaan Islam juga meliputi jihad, pengorbanan, dan tanggungjawab.

Khalid masuk menjadi anggota tentera Mesir. Prestasinya cukup gemilang, sehingga dihantarkannya ke pasukan elit tentera Anwar Sadat. Tanggal 6 Oktober merupakan hari yang paling bersejarah bagi Khalid. Hari itu tentera Mesir mengadakan perbarasian ketenteraan, dalam kesempatan itu, Khalid terpilih menjadi salah satu bahagian dari pasukan perbarisan. Dalam hatinya ia berkata,“Baru kali ini aku dilibatkan dalam peristiwa seperti ini, pastilah Allah memberi hikmah yang besar pada diriku.”

Setelah merenung beberapa saat, terdetik dalam hatinya untuk melaksanakan tugas suci; membunuh Sadat. Hatinya sesak melihat kelakuan Sadat yang sudah melewati batas. Hatinya sesak melihat kelakuan Sadat yang sudah melewati batas. Sadat telah melangkau jauh dari akar islam, meninggalkan hukum Allah, bekerjasama dengan Yahudi dalam memerangi kaum Muslimin.

Hari itu cuaca Mesir cukup cerah, menurut maklumat ia akan dihadiri oleh Anwar Sadat. Sudah menjadi peraturan ketenteraan Mesir, bahawa dalam acara seperti ini tak satu pun boleh membawa peluru asli.

Namun Khalid dan pasukannya tidak mati akal, puluhan peluru dimasukkan ke pakaian dalamnya. Setelah Khalid berada dalam sebuah barisan pasukan yang telah diaturkan sebelumnya dan keluar dari markas tentera, peluru segera dimasukkan ke dalam senjata laras panjangnya.

Trak tentera tepat berada di hadapan pentas yang diduduki Anwar Sadat. Komando dari luar telah berkumandang, dengan sepantas kilat Khalid segera muncul ke permukaan dan menghalakan senapangnya ke arah Sadat. Ketika itu Sadat sedang asyiknya menikmati demonstrasi pesawat-pesawat tempur Mirage Angkatan tentera Udara Mesir.

Rupa-rupanya Khalid tidak keseorangan,kerana wujud pasukan lain yang ingin menembak Anwar Sadat. Tiba-tiba satu peluru tepat menembus leher Sadat, kerana belum yakin Anwar mati, dengan tenangnya Khalid turun dari trak tentera dan mengulangi tembakkannya ke tubuh Sadat. Pada masa itu tidak ada satu pun yang melawan.

Selepas itu beberapa bulan Khalid menjadi buruan tentera Mesir. Namun takdir di tangan Allah dan dirinya tertangkap dan dipenjarakan dan dihatuhkan hukuman mati. Pada masa itu sedikitpun tak nampak kesedihan di wajah Khalid. Bahkan tatkala ibunya menjenguknya di penjara, Khalid tersenyum sembil mengatakan,“Sungguh aku telah membunuh Fir'aun Mesir Anwar Yahudi, kerana ia telah mengingkari Allah, meninggalkan hukum syariat, bekerja sama dengan Yahudi dalam memerangi Islam dan khianat terhadap masjidil Aqsa.”
Dengan berbaju merah saat sebelum hukuman dijatuhkan, Khalid berkata,“Wahai ibuku, bagaimana pendapatmu tentangku?” Ibunya berkata,“Ilbas jadiidan wa 'isy sa'iidan wa mut syahiidan.” (Selamat mengenakan pakaian baru. Hiduplah mulia dan matilah sebagai seorang syuhada').

Siapa Anwar Sadat


Timbul persoalan kenapa orang seprti Khalid dan rakyat Mesir ingin membunuh Anwar Sadat. Sejarah mengatakan Anwar Sadat pada mulanya terbabit dengan rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 sehingga menggulingkan Raja Farouk I.

Pada 1954 beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, manakala tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir. Oleh itu Anwar Sadat melancarkan Revolusi Pembetulan dan membuang segala elemen-elemen Gamal Nasser.

Apabila Nasser meninggal dunia pada tahun berikutnya, Anwar Sadat menjadi Presiden mulai 15 Oktober 1970. Anwar Sadat menjadi presiden dalam 1970- 1981, selama 11 tahun. Manakala pada tahun 1971, Soviet Rusia menganjurkan Perang Attition di zon Terusan Suez. Anwar Sadat telah menulis surat kepada perunding PBB iaitu Gunnar Jarring untuk mencari jalan damai sepenuhnya dengan Israel.

Tetapi rundingan itu gagal kerana Amerika dan Israel tidak setuju berhubung sempadan baru yang ditetapkan.Selepas Perang Enam Hari 1967, ekonomi Mesir jatuh dengan begitu teruk. Rusia membekalkan beribu-ribu penasihat tentera dan peralatan perang. Selepas itu Mesir dan Russia sudah saling tidak mempercayai lagi dan Mesir mahu tentera Rusia dikeluarkan dari Mesir.

Pada 6 Oktober 1973, Hafez al-Assad Syria melancarkan Perang Oktober terhadap Israel. Perang ini juga dikenali dengan nama Perang Yom Kippur untuk mengambil semula Semenanjung Sinai. Pasukan tentera Mesir berjaya masuk hingga 15 km ke dalam Semenanjung Sinai melebihi Garisan Bar Lev dan banyak kereta kebal Israel dimusnahkan oleh Mesir.

Jeneral Ariel Sharon telah mengepung Terusan Suez dan memerangkap tentera ke-3 Mesir. Perjanjian dibuat antara Amerika Syarikat, Mesir dan Rusia agar mematuhi arahan gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB menurut Resolusi 338 pada 24 Oktober 1973 .

Anwar Sadat Melawat Israel

Sementara itu pada 19 November 1977, Anwar Sadat telah mengambik keputusan berani dengan melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir. Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel. Dan dari situ beliau memberi cadangan-cadangan bagaimana konflik Arab-Israel boleh dicapai. Jalan damai itu melalui Resolusi PBB 242 dan 338 .

Dari situ tahun 1978, maka terhasillah Perjanjian Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel 26 Mac 1979. Perjanjian atas daya usaha Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab. Nasser telah menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan Islam dan telah mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser. Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai isu Palestin, dan Perjanjian Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.

Di Amerika Syarikat, kejayaan Jimmy Carter ini amat dialu-alukan oleh rakyat Amerika. Beliau telah diberi anugerah Prince Peace Award oleh Pat Robertson.

Dari 1979-1989 Liga Arab telah mengeluarkan Mesir ekoran Perjanjian Kem David. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis di Tunisia. Bagaimanapun pada tahun 1989 Mesir kembali ke dalam Liga Arab dan ibu pejabat dipindah semula ke Kaherah hasil peranan dimainkan Amerika.

Lantaran tindakan Anwar Sadar mengiktiraf Israel telah menyebabkan banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap Anwar dan keluarganya. Siri Rusuhan Roti diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan hingga harga makanan naik mendadak. Pada masa itu banyak kelab malam menjadi sasaran puak Islam. Segelintir golongan Islam ini dilatih oleh pegawai tentera Mesir sendiri.

Antaranya ialah Ketua Stratregi El-Jihad ialah Aboud el-Zumar adalah ketua inteligen tentera Mesir. Mereka sedang menyiapkan perintah 'gerakan penggulingan' dengan membunuh pemimpin utama Mesir dan menawan kem tentera, ibu sawat terlefon, radio dan televisyen.

Tentera dan polis Mesir yang menyedari gerakan sulit El-Jihad itu telah mebuat tangkapan besar-besaran.Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan terhadap pertubuhan Islam, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Coptic, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh dunia di atas tindakannya. Antara tahanan itu ialah Leftenan Khalid Islambouli yang berjaya membunuh Anwar pada Oktober 1981. Semua ini ada kaitan dengan 'syeikh buta' yang mengetuai 'Maglis el-Shura' .

Kisah Pembunuhan berlaku tanggal 6 Oktober 1981, beliau dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September.

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Khalid keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit.

Pada masa itulah Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat. Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.

Semasa pengkebumian Anwar Sadat, tiga bekas presiden Amerika Syarikat turut hadir iaitu Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon. Namun tidak ada seorang pun pemimpin negara Arab yang hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry. Dan hanya 2 dari 24 Liga Arab menghantar wakil iaitu Somalia dan Oman.

Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat ?



Kalau itu rekod dan perbandingan Antara Anwar Ibrahim dan Anwar Sadat seperti kenyataan bakri Musa ia mungkin tepat, kerana Anwar Ibrahim juga mempunyai rekod tersendiri dalam usaha mengiktiraf Israel seperti yang dilakukannya dalam Annapolis Summit. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:


1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin

Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presiden Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007

Selain itu aktiviti Anwar juga dipandu oleh Amerika melalui penglibatannya dengan pelbagai pertubuhan tajaan kuasa dunia tersebut. Bukan setakat menpunyai hubungan mesra dengan jabatan luar Amerika malah Anwar juga turut berada sama dalam National Endowment For Democracy, CSID, IRI, Foundation for Futute, Rand Corporation dan pelbagai organisasi lain seperti Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) . Anwar juga menerima pelbagai pingat dan anugerah dari badan tajaan Amerika yang mengiktiraf sumbangan Anwar dalam memperjuangkan apa yang dipelopori barat dan Amerika. Kesimpulannya apa yang dinyatakan Bakri Musa itu ada kewajaranya dan sememangnya tepat dan tiada keraguan sama sekali hujah bahawa Anwar ibrahim seumpama Anwar Sadat.

Tiada ulasan: