24 September 2009

Lembu lemas di Ulu Yam, Sampah akan disaman

EMPANGAN PECAH...Kejadian itu mengakibatkan kira-kira 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah. Empangan itu pecah dipercayai disebabkan oleh pelanggaran sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampai Sungai Kertas yang terletak bersebelahan dengan empangan itu.-Foto The Star


Episod kisah lembu di Malaysia kini memasuki babak baru apabila portal Malaysiakini melapurkan lebih daripada 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam dekat Kuala Lumpur terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosli Hassan berkata kejadian pukul 8.50 malam tadi itu menyebabkan kedua-dua kandang ternakan di lembah itu dinaiki air setinggi tiga meter.Bagaimanapun, katanya, jumlah binatang ternakan yang lemas, selamat atau yang telah melarikan diri masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu S. Sathiyasilan, 21 seorang mangsa menyatakan kepada Mstar:,

"Setibanya saya di ladang, saya nampak tanah dari kawasan bukit yang dipenuhi sampah runtuh lalu memusnahkan ladang milik bapa saya dalam sekelip mata.
"Kalau saya tiba awal seperti biasa, pastinya saya juga akan hanyut atau lemas seperti ternakan itu," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.


Keluarganya adalah pemilik satu daripada dua ladang yang terdapat di kawasan lembah yang terletak bersebelahan dengan kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas itu. Dalam kejadian malam tadi, dikatakan lebih daripada 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah.


Sementara itu TV3 membuat laporan khusus mengenai kematian dan kehilangan lembu di Empangan tersebut.


Sebelum ini dunia politik Malaysia dikejutkan dengan pelbagai aksi melibatkan lembu, bermula tindakan MB Selangor, si Khalid Gagap yang menjadikan Lembu Korban sebagai hadiah kepada penduduk dikawasan Parlimen yang diwakilinya di Bandar Tun Razak, lanjutan itu kejadian tersebut diaggap sebagai rasuah kepada rakyat kerana didakwa menyalahgunakan peruntukkan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan diri.


Ekoran isu tersebut, Ketua AMK Selangor dan penyokong PKR telah berarak membawa lembu ke pintu pejabat SPRM Selangor, bagi menunjukkan tanda protes kes rasuah lembu tersebut.

Sementara itu pula baru2 ini di Shah Alam Selangor diberitakan pula wujud perarakan Kepala Lembu bagi membantah pembinaan kuil di salah satu seksyen penempatan orang Melayu di bandar tersebut.


Isu kepala lembu dipijak telah dimainkan dengan sebegitu besar sehingga isu asal yang wujud hilang ditelan arus.Kini masyarakat Melayu Shah Alam telah dianggap rasis kerana isu kepala lembu. Kebanyakkan akhbar Cina mula membangkitkan pelbagai isu yang boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia. Dari mempersoal kedudukan masjid di George Town yang wujud dikelilingi orang Cina hinggalah mengatakan orang Melayu pemikiran konservatif dan tidak berfikiran terbuka dan rasis.


Hasilnya orang Melayu yang berarak di Shah Alam telah dikenatakan tindakan undang-undang dan sedang dalam proses perbicaraan.


Hari ini dilaporkan oleh media bahawa masyarakat India beragama Hindu di Seksyen 23 Shah Alam akan turut berkunjung ke Bagan Pinang, Negeri Sembilan bagi menjadikan ia isu Politik. Nampaknya dalam keadaan sekarang kisah lembu lebih bernilai berbanding kisah manusia. Walaupun terlalu banyak kisah yang ingin ditunjukkan oleh pencipta namun manusia sehingga ke hari ini yakin merasakan mereka berada dijalan benar.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yang begini tak harus diambil berat pandangannya malahan mengotorkan bibir saja dengan menyebut namanya.

bat69