13 November 2009

Anwar adalah Alexander the Great?




Apabila seorang penulis yang pro Islam Liberal si Raja Petra Kamaruddin menyamakan Anwar Ibrahim dengan Alexander The Great, dalam hati saya saya terus terdetik, wah hebat benar manusia bernama Anwar Ibrahim ini pada pandangan pengikut fanatiknya hingga disamakan ketokohannya dengan salah satu tokoh yang dikenali dan dikagumi seluruh dunia.

Kata Raja Petra, "Saya mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai antara orang orang yang mashyur itu. Kini, dalam fikiran anda, Anwar Ibrahim bukan satu-satunya manusia hebat. Terdapat ramai manusia hebat. Tetapi hari ini saya mahu bercerita berkenaan dengan Anwar Ibrahim, bukan kerana beliau adalah satu-satunya manusia hebat di Malaysia tetapi kerana beliau terbaik yang mengingatkan saya kepada tokoh termasyur Alexander Great"

Mungkin niat Raja Petra Kamarudin menyamakan ketokohan penasihat Parti berlogo mata dajal ini adalah untuk mengambarkan hebatnya keupayaan yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim.

Namun hati berlapang dada menerima hujah dari Raja Petra Kamaruddin, kerana saya percaya Raja Petra hanya akan mengambil sudut positif sahaja untuk disamakan dengan idola kesayangganya.

Namun apabila saya membaca buku yang ditulis oleh Afareez Abdul Razak yang bertanjuk “Benarkah Iskandar Bukan ZulQanain” segala persoalan yang ada pada fikiran saya sebelum ini terjawab.

Dalam buku tersebut Afareez telah berjaya mengungkaikan samada Alexander The Great dari Macedonia dan Zulqarnain adalah manusia yang sama ataupun sebaliknya.

Sesungguhnya masyarakat seluruh dunia sejak dahulu kala hingga kini, begitu teruja akan kehebatan nama Iskandar Zulqarnain atau Alexander The great, dengan kegagahan dan kemampuannya beliau diceritakan dari satu generasi ke satu generasi telah mampu untuk menguasai sebahagian besar dunia eropah dan menjalar hingga ke sebelah timur (Asia).

Malah kerana kehebatannya, mitos asal usul keturunan Kesultanan Melayu melaka juga ada dikaitkan dengan keturunan Zulkarnain @ Alexander seperti yang tercatat didalam Sejarah Melayu. Lantaran itu selama ini masyarakat seringkali menyamakan Zulqarnain dan Alexander adalah manusia yang sama sejak abad ke 15 lagi.

Sebenarnya nama Zulqarnain juga dikatakan turut disebut dalam kalam suci Al-Quran yang menjadi panduan umat islam. Dengan itu ia menyebabkan orang islam meyakini bahawa Zulkarnain adalah memang wujud walaupun hanya dinyatakan secara umum.

Dengan itu sikap ingin tahu dikalangan orang islam siapa sebenarnya Zulqarnain begitu tinggi adakah ia sama dengan Alexander The Great atau sebaliknya. Mungkin inilah juga yang menyebabkan Raja Petra Kamarudin cuba menyamakan Anwar Ibrahim dengan tokoh tersebut.

Dalam Tamadun Eropah klasik yang mengandungi era Yunani, Hellenistik dan empayar Rom, dikatakan Alexander the Great berasal dari Macedonia. Alexander memang diakui seorang tokoh tersohor kerana kemampuannya membina tamadun eropah. Bermula dengan kejayaannya menyatukan masyarakat Yunani selepas kematian bapanya Philip II, Alexander seterusnya merancang meneruskan empayat ke arah Timur seperti benua Parsi, lembah Indus di India dan Mesir.

Catatan sejarah menunjukkan terdapat 16 bandar utama yang berjaya ditakluki dan dinamakan Alexanderia sempena nama beliau. Namun hanya Alexandria di Mesir sahaja bandar yang paling terkenal sebagai pusat pentadbiran, ilmu dan perdagangan sebelum dikalahkan oleh kuasa Rom pada tahun 30 SM. Begitulah antara kehebatan Zulqarnain atau Alexander The Great.

Afareez Abdul Razak dalam tulisan didlam buku terbitan PTS Millenia tahun 2009 menyatakan, dalam mencari siapa Zulqanain sebenar adalah seharusnya diasingkan iskandar (Alexander) dan Zulqarnain, kerana pada beliau Iskandar adalah nama seorang raja dan Zulqarnain adalah suatu perkara yang lain iaitu disebut didalam Surah Al-kahfi ( yang datang dari dua generasi ataupun ‘yang memiliki dua ufuk timur dan barat’).

Diceritakan melalui pelbagai buku sejarah, Iskandar selepas berjaya melenyapkan pemberontakkan di Yunani pada tahun 336 BC, beliau pada 334 BC telah mengambil keputusan meninggalkan tanahair bagi menakluk Asia dengan melantik Antipater sebawai pemangku menguruskan urusan pemerintahan diKota Yunani, tindakan iskandar ini sebenarnya cuba dihalang oleh pembesar Yunani namun ia tidak dipedulikan oleh Iskandar.

Di Asia, Iskandar telah terlibat dengan banyak peperangan antara yang termashur ialah ialah Peperangan Issus pada tahun 333Bc dimana beliau mampu menewaskan Raja Darius III. Walaupun Raja Darius III menawarkan perdamaian dengan Iskandar selepas itu, namun Iskandar tidak bersetuju hingga Darius terpaksa melarikan diri dan mati dibunuh.

Akibat terpengaruh dengan adat resam Parsi pada tahun 327 Iskandar telah melaksana amalan meminta orang bawahan mencium tangan , melutut dan menyembah pemimpin sebagai tanda hormat. Tindakan menjadikan beliau sebagai dewa menyebabkan wujud bantahan dikalangan orang Yunani termasuk penulis sejarah bagi Iskandar yang bernama Kallisthenes. Sebenarnya motif pelaksanaan amalan itu adalah bagi bertujuan mengekalkan sifat ketuhanan yang ada pada Raja Iskandar.

Disebabkan merasakan adanya pembesarnya yang tidak setia kepadanya Iskandar telah mengarahkan dibunuh beberapa orang pembesar, seperti Philotas yang dibunuh atas tuduhan khianat. Begitu juga dengan Menteri Kewangan bernama Parmenion yang dibunuh atas alasan keselamatan, namun fakta sebenar pembunuhan itu dilakukan kerana menteri itu tidak sependapat dengan tindakan Iskandar menolak tawaran Raja Darius III untuk berdamai.

Kegilaan Iskandar terhadap perang selepas memenangi begitu banyak kemenangan termasuk peperangan dengan Raja wilayah Punjab menyebabkan beliau sanggup memperjudikan nyawa askarnya dengan berperang dengan Empayar Magadha yang terletak di timur kerajaan wilayah Punjab, namun disebabkan halangan sungai Ganges dan kelengkapan tentera bergajah musuh, dan moral yang rendah pasukan tenteranya kerana kepenatan berperang, Iskandar memutuskan membatalkan peperangan itu kerana sabotaj dalaman yang begitu besar.

Melalui beberapa kisah Iskandar tadi, wujud beberapa persoalan serta kritikan diketengahkan terhadap status kehebatan yang diberikan kerapa raja iskandar secara melampau dan berlebihan.

Dilaporkan oleh banyak penulis Iskandar adalah penakluk yang hebat kerana ukuran kehebatan adalah berdasarkan ramainya mangsa yang terlibat seperti kematian tentera, ditambah lagi orang-orang dijajahan yang ditaklukinya menganggap beliau sebagai Tuhan untuk disembah.

Persoalannya, adakah layak seorang penakluk itu dianggap hebat sekiranya pada masa yang sama bertanggungjawab kepada kematian puluhan ribu tenteranya sendiri atas arahan yang sebenar tidak ada faedahnya, termasuk membunuh orang tempatan yang dijajah dan sanggup mebiarkan beribu-ribu tenteranya mati kerana hanya ingin menyelamatkan seekor kuda peliharaannya.

Adakah seorang pemimpin itu akan dianggap bagus jika sanggup membunuh rakan seperjuangan sendiri, dan meletakkan nyawa angota tenteranya dalam keadaan bahaya. Begitu juga apabila beliau menolak tawaran perdamaian dan lebih cenderung kepada peperangan.

Saat kematiaanya Iskandar digambarkan merupakan seorang penagih arak, mempunyai sikap prejudis kepada orang lain dan yang lebih buruk lagi beliau mempercayai dirinya mempunyai sifat ketuhanan.

Seperti yang kita ketahui demi kehendak peribadi, Iskandar telah sanggup pergi ke Asia bagi memenuhi perancangan ayahnya yang ingin menghukum Parsi. Namun selepas berjaya mengalahkan Parsi beliau tidak pulang ke kota Yunani sebaliknya dengan agenda peribadi sanggup mengerahkan tenteranya berperang. Dan selepas memenangi kawasan tersebut diarahkannya orang Yunani berhijarah dan mendiami kawasan yang dijajah.

Walaupun Iskandar diceritakan mendapat sokongan padu rakyatnya untuk menawan Asia, namun timbul persoalan mengapa beliau membayar gaji tentera lebih tinggi dari kadar biasa. Ini menunjukkan sekiranya ditawarkan duit yang rendah tidak mungkin rakyatknya akan berjuang bersama dengan beliau untuk menakluki Asia.

Antara bukti lain yang menunjukkan beliau gemar mengambil tindakan sendiri tanpa memikirkan kehendak orang lain ialah dengan memaksa pegawainya dikahwinkan dengan wanita Parsi. Namun selepas kematiannya semua wanita Parsi tersebut telah diceraikan olehn pegawai tenteranya.

Dari sini adalah jelas Iskandar atau Alexander bukanlah Zulqarnain sepertimana yang dinyatakan oelh Al-Quran, satu perkara yang nyata disebut di dalam kitab suci tersebut bahawa Zulqarnain beriman kepada Tuhan yang Esa, namun Iskandar@Alexander merupakan seorang yang percaya kepada pelbagai Tuhan, malah suatu ketika beliau mengaku dan percaya dirinya adalah anak Tuhan Zeus. Contohnya di Sungai Hyphasis India selepas melakukan penaklukan beliau telah mendirikan 12 kuil penyembahan bagi 12 Tuhan Olimpia.

Tindakan Iskandar ini kalau kita terjemahkan kedalam konteks pelakuan kuasa besar dunia hari ini, ia tidak ubah dengan tindak tanduk Hitler di Jerman dan Jepun pada masa Perang Dunia kedua dan tindakan Amerika membunuh ratusan jiwa di Vietnam, Iraq dan Afghanistan dalam dekat terbaru ini. Dan adalah mustahil kita boleh menyamakan kuasa-kuasa ini sebagai Hero kerana kejahatan yang dilakukan oleh mereka ini sebenarnya adalah bercanggah dengan nilai yang ada pada islam.

Sebenarnya berdasarkan fakta-fakta dinyatakan sejarawan, dan ciri-ciri yang ada pada Zulqanain adalah didapati Raja Kurush dari Parsi (676 BC hingga 530 BC ) sebenarnya kemungkinan Zulqarnain sebenar lantaran dekatnya ciri-ciri yang ada seperti dinyatakan didalam Al-Quran.

Namun disebabkan kelirunya masyarakat dengan kehebatan Alexander dengan watak sebenar yang dimiliki Zulqarnain, ditambah lagi ia tersebar dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi masyarakat akhirnya telah menyamakan watak kedua ini sebagai orang yang sama.

Oleh itu jika kita berbalik dengan hujah Raja Petra Kamarudin bahawa Anwar Ibrahim adalah seumpama Alexander The Great ada kebenaranya berdasarkan sifat yang ada pada kedua tokoh ini. Namun kalau kita ingin samakan Anwar Ibrahim dengan Zulqarnain seperti yang diperkatakan Al-Quran ia umpama “jauh panggang dari api”. Anwar lansung tiada ciri-ciri seperti yang dinyatakan didalam Surah Al-kahfi, malah mungkin Anwar hanya layak dibandingkan dengan kewujudan Dajal mata satu.

Hakikatnya Anwar dan Alexander memang mempunyai persamaan antaranya ialah keduanya memang suka merasakan diri hebat berbanding orang lain, suka mempergunakan rakyat bawahan demi kepentingannya dan suka mengenepikan rakan seperjuangan jika tidak sependapat dengannya.

Kedua tokoh ini juga adalah pendendam dan agresif dalam apa jua perkara tanpa memikirkan kesan baik buruk tindakan. Namun yang lebih ajaib lagi Anwar dan Alexander The Great ini juga mempunyai persamaan yang tentunya tiada pada tokoh lain iaitu keduanya diceritakan mempunyai pelakuan seks luar tabie dan kekasih sesama jantina.


4 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..MENURUT PAKAR KAJI SEJARAH MENGATAKAN ISKANDAR ZULKARNAIN DAN ALEXANDER THE GREAT ADALAH MANUSIA YG BERBEZA. BAGAIMANAPUN KEDUA2 NYA ADALAH PAHLAWAN ULUNG.

ANUWAR TU SAPE?? YG AKU TAU DIA NI PAHLAWAN ATAS KATIL. TUKANG SEBAT PONGGONG ORG DEPAN BELAKANG!

X LAYAK SI BOTAK TU DPT GELARAN THE GREAT. TAPI THE GREAT PRETENDER ADE LA! HEHEHEH

Tanpa Nama berkata...

Anwar tu bukan nya 'ALEXANDER THE GREAT ' tapi dia tu 'HARAMJADAH THE GREAT'

Tanpa Nama berkata...

tapi dia mungkin dapat award gay kut...

bapak3 berkata...

Salam. Walaupun masih ada cendikiawan2 yg bertelagah dalam isu siapa Zulqarnain, ramai yg setuju yg Iskandar sememangnya bukan Zulqarnain. Iskandar Makdun (Alexander of Macedonia) ialah seorang bisexual, walaupun ada isteri dan beberapa perempuan lain, dia juga amat setia kpd kekasih yg sangat dicintainya, iaitu seorang jeneral dalam tenteranya. Mungkin kita boleh bertanya sendiri, "Apakah orang spt ini layak diiktiraf Allah dalam Al-Qur'an?" Zulqarnain mengikut teori ialah Cyrus II, Raja Persia yg mengurung Yakjuj Wa Makjuj dibelakang Banjaran Caucasus dengan membina dinding di Daryal Gorge. Dinding ini sudah hancur selepas datangnya Islam dan mereka kini mempunyai agenda bersama dia yg bermata satu.

Anwar = Iskandar Zulkarnain dari Makdun? Saya boleh setuju.

Anwar=Zulqarnain yg mengurung
Yakjuj wa Makjuj? Impossible, kerana dia sendiri bekerjasama dengan dan ditaja oleh mereka.