25 November 2009

Anwar Atartuk : Zionis Yahudi punca pergolakan negara islam


Penganalisis Amerika Syarikat, Jeff Gates mendakwa beliau merasakan adanya keterlibatan Israel dalam kekeruhan politik dan terjadinya aksi-aksi keganasan yang berlaku di negara Pakistan dan sesetangah negara islam. Menurut Gates, Israel sengaja ingin mengganggu kestabilan Pakistan dan negara islam, sebagai sebahagian dari perancangan Yahudi untuk memastikan islam tidak mampu bangkit selama-lamanya

Dalam analisanya Gates menyatakan bahawa Israel telah melakukan taktik manipulasi untuk mengganggu keamanan dalam negeri Pakistan dengan matlamat akhir, menghapuskan segala ancaman yang boleh mengugat negara haram Israel, sesuai dengan motto badan perisikan Israel, Mossad "melaksanakan perang dengan cara manipulasi".

Gates menyatakan, sepak terajang para agen dan perisik Israel di Pakistan bermula dengan peristiwa terbunuhnya mantan perdana menteri Pakistan Benazir Bhutto pada bulan Disember 2007. Mark Spiegel, seorang Yahudi yang menulis buku biografi Bhutto dan seorang pelobi Zionis dikatakan memainkan peranan utama dengan meyakinkan para diplomat Amerika Syarikat dengan mengatakan bahawa kematian Bhutto merupakan satu-satunya cara yang boleh dijadikan alasan untuk menjaga keamanan dan mempertahankan posisi Pervez Musharraf di kerusi presiden Pakistan.

Israel dikatakan tidak terlalu menyukai Bhutto yang sebelum ini pernah memerintah Pakistan sebagai Perdana Menteri Pakistan kerana dianggap memberikan sokongan pada kelompok Taliban. Bhutto juga dinilai telah mewujudkan konflik dengan India yang berkait dengan masalah Kashmir sehingga mendorong Israel yang selama ini menjalin hubungan dengan India, mengirimkan bantuan artileri kepada India sewaktu konflik di kawasan Kirpal, Kashmir.

Dikatakan hubungan itu terus berkekalan sehingga sekarang, dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sempat menyatakan kenyataan bahawa "hubungan Israel dengan India, tidak terbatas dan Israel akan menjadi pembekal senjata-senjata pertahanan yang sesuai bagi India.

Bagi Israel Bhutto akan menjadi ancaman bagi Israel jika ia kembali berkuasa, kerana wanita besi itu akan mendapat dukungan dari rakyat Pakistan secara keseluruhan untuk menentang India yang merupakan sekutu Israel.
Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan pada masa itu juga dikatakan Israel sudah tidak lagi menyenangi Musyaraf, Ia terjadi kerana beberapa polisi dilakukan Musharaf dilihat tidak Pro Amerika dan Israel. Antaranya tindakan bekas Ketua Tentera Pakistan itu melontarkan kenyataan bahawa resolusi atas konflik Israel-Palestin boleh diselesaikan jika resolusi yang sama digunakan untuk menyelesaikan konflik di Iraq dan Afghanistan digunakan sama keatas Israel. Kenyataan ini membuatkan Israel berang terhadap Musharaf dan mula mengatur strategi untuk mengantikannya.

Dengan matinya Bhutto ia diharapkan dapat menimbulkan krisis politik di Pakistan dan mampu dimanfaatkan Israel untuk menumbangkan Musyaraf dari kerusi presiden Pakistan. Bermula dari situ Israel dikatakan telah melihat potensi Asif Ali Zardari untuk dipergunakan, suami Bhutto itu memang dikenali sebagai tokoh korup dan ia akan memudahkan tugas Israel untuk mewujudkan jual beli dengan Asif Ali Zardari untuk diangkat sebagai presiden Pakistan.

Sememangnya Kebencian Israel pada Pakistan semakin membuak-buak, ekoran berlakunya insiden serangan pengganas ke sebuah hotell Yahudi di Mumbai yang dikelolakan oleh seorang Yahudi ultra otodok, Chabad Lubavitch. Pada masa itu penganas yang melakukan serangan itu dikatakan berasal dari Pakistan. Disebabkan peristiwa itu, Meteri luar Israel ketika itu Tzipi Livni dengan geram mengatakan "dunia kita sedang diserang" dan Israel akan bertindak balas demi menjaga keselamatan institusi-institusi Yahudi di seluruh dunia.

Setelah peristiwa Mumbai, Pakistan mempertingkatkan usaha operasi ketenteraan untuk memburu anggota Taliban. Tapi di sudut lain, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dikatakan membuat perjanjian dengan Taliban untuk mengizinkan hukuman syariah di wilayah yang menjadi kubu Taliban di sepanjang kawasan sempadan pakistan yang dikuasai oleh Taliban.

Tindakan Pakistan yang dianggap toleran terhadap "ekstrimis Islam" itu pada Isreal dan Amerika dianggap sebagai ancaman, lebih-lebih lagi Amerika yang dianggap sekutu akrab negara tersebut. Israel juga dikatakan amat bimbang jika program nuklear Pakistan didekati oleh kelompok Taliban jika pemerintah Pakistan bersikap lunak terhadap musuh Amerika tersebut.

Strategi Dominasi Yahudi

Gates yang dikatakan sudah menulis sejumlah buku dan kerap menjadi penasihat kepada pembuat keputusan di pelbagai negara, membuat analisa bahawa seperti juga di Iraq, Afghanistan dan negara-negara Islam lain di dunia, kestabilan politik dalam negeri Pakistan juga sebenarnya digoncangkan oleh sebuah kuasa dari luar, untuk mendapat mafaat dari tindakan tersebut.

Gate juga dengan kritis mendakwa sekiranya menelusuri banyak peristiwa yang berlaku diseluruh dunia memang tidak dapat dinafikan keterlibatan Israel dalam sejumlah aksi-aksi keganasan, seperti peristiwa Mumbai tahun 2008, pembunuhan Bhutto, hinggalah krisis hubungan bilateral antara Pakistan-India yang menurut beliau sengaja diciptakan bagi mengekalkan hegemononi Israel Amerika dirantau tersebut. Gates juga mengaitkan semua peristiwa itu tindakan perkembangan kaum kolonialis Zionis ke wilayah Asia yang semakin berkembang dari sudut ekonomi dan perdagangan dunia.

Gates juga mengingatkan sebuah kaji selidik yang dilakukan pada bulan Oktober 2003 melibatkan sekitar 7.500 responden dari negara-negara anggota kesatuan eropah, majoriti responden dalam kajiselodik itu menyatakan bahawa Israel merupakan ancaman terbesar bagi perdamaian dan keamanan dunia.
* Artikel ini disunting dan ditulis semula dari EraMuslim

2 ulasan:

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

1. Samada kita sedar atau tidak, kehidupan seharian kita bermula dari semenjak kita dilahirkan hingga kita dikambus ke liang lahat, tiada satupun perkara yang tidak berkaitan dengan yahudi.

2. Setiap perkara, benda semuanya mempunyai sentuhan disebalik tabir yahudi.

3. Lebih amalang lagi, ada pula di dalam bangsa sendiri yang manjadi tali barua untuk melihat bangsa sendiri terus mundur dijajah minda dan tanahair kepada yahudi ini.

Elok dibunuh sahaja...

Tanpa Nama berkata...

yang sedih lagi ramai umat islam mengankat tokoh tersebut sebagai pembela umat islam sebenar...