24 November 2009

Anwar Atarturk , Arnaud Dubus & Biyarkiyar, umat islam akhirnya hilang kuasa.


Sewaktu pemerintahan Dinasti Uhthmaniyah Turki, orang Yahudi telah memainkan peranan utama menghasut rakyat Armenia yang pada masa itu merupakan golongan minoriti dalam kerajaan Uthamaniyah. Peranan orang yahudi Dawnamah disebalik pemberontakan orang Armenia ini telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid II, pemerintah terakhir Dinasti Uthmaniyah jatuh tersungkur ditangan orang Yahudi dan kumpulan Kamal Atarturk.

Strategi utama yang dipergunakan orang Yahudi ini untuk menjatuhkan Dinasti Uthmaniyah ialah dengan memberi ganjaran kepada penulis upahan melakukan propaganda, mempergunakan akhbar-akhbar barat, Armenia dan Rusia untuk mengubah pandangan antarabangsa terhadap kerajaan Uthmaniyah dan Sultan Abdul Hamid II. Dengan mengubah persepsi dunia terhadap Kerajaan Islam itu, ia akan dapat mempengaruhi kacamata dunia bahawa kerajaan yang ada di Turki adalah kerajaan zalim serta tidak bermoral dan perlu ditumbangkan.

Sebagai contoh mereka telah menggunakan seorang penulis perancis yang bernama Biyarkiyar memberikan gelaran Sultan merah (Sultan Al-Ahmar) kepada Sultan Abdul Hamid dengan menuduhnya melakukan pembunuhan kepada orang Armenia.

Gelaran ini menyebabkan ia digunakan oleh penulis dan wartawan eropah, Armenia dan Arab juga. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid juga dikatakan terdapat 9 akhbar yang mengunakan bahasa Albania dan setiap akhbar tersebut mempunyai hubungan yang meragukan dengan kerajaan eropah. Akhbar-akhbar ini seringkali melancarkan perang propaganda terhadap Sultan Abdul Hamid dengan pelbagai fitnah dan mengada-adakan cerita yang boleh mengaibkan pemerintah.

Sehingga kini bila disemak kembali sejarah tidak ada bukti kukuh yang mengatakan Sultan Abdul Hamid melakukan pembunuhan, malah pengkaji Sejarah Stanford J.Shaw dan Ezel kural Shaw menolak dakwaan bahawa berjuta orang Armenia mati di tangan Sultan Abdul Hamid dan kedua mereka tersebut menyalahkan golongan Al-ittihad wa-altaraqi yang pada dasarnya didalangi orang yahudi seharusnya bertangungjawab ke atas kematian orang Armenia.

Sebagai makluman golongan al ititihad ini sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan runtuhnya kerajaan uthamaniyah. Dalam keadaan sulit mereka sebenarnya telah mengadakan perjanjian dengan orang Armenia untuk menentang kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya orang Armenia walaupun bukan beragama islam tetapi mereka dilayan sama rata oleh pemerintah uthmaniyah semenjak Sultan Muhamad Al–Fatih sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid, malah mereka diberi peluang sebebas-bebasnya untuk mengamalkan anutan dan merebut kekayaan Armenia. Sehinga ramai dikalangan mereka menjadi kaya raya hasil keadilan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Namun selepas itu pihak eropah telah mula mempengaruhi mayarakat Amernia hingga golongan ini tertarik dengan apa yang dijanjikan.

Sehinggalah apabila dirasakan kerajaan Uthmaniyah lemah kerana sewaktu itu kerajaan Utmaniyah telah bertempur dengan Rusia berhampiran Istanbul pada tahun 1876 hingga wujud perjanjian dengan beberapa kuasa eropah, diwaktu ini golongan ini telah menuntut autonomi di Istanbul bagi wilayah kristian, namun permintaan ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Hamid kerana mengancam kedaulatan pemerintahan.

Di Malaysia kini, keadaan hampir sama sedang wujud apabila Anwar Ibrahim mempergunakan beberapa penulis upahan seperti Arnaud Dubus yang juga berasal dari peranchis untuk mewujudkan pelbagai spekulasi berkaitan terhadap musuh politiknya.

Dalam islam sebenarnya bukanlah senang seseorang itu untuk diangkat sebagai saksi, sahsiah diri pelapor itu akan dinilai terlebih dahulu, yang anehnya umat islam di Malaysia seolah tidak mempedulikan siapa Arnaud Dubus seorang pengamal Biseksual dalam mempercayai apa sahaja yang ditulisnya. Walaupun didalam al Quran sudah jelas dinyatakan sekiranya datang suatu berita, hendaklah menilai kesahihan berita tersebut.


Selain Arnaud Dubus modus operandi Anwar juga kita lihat banyak mempergunakan media Yahudi yang berada di bawah tajaan dan pengaruh Jabatan Luar Amerika Syarikat dan Rupert Mudorch. Adakah ini bukan bukti Anwar mendapat nasihat dari kelompok Yahudi untuk memperoleh kuasa. Dan adakah wajar kita umat islam di Malaysia menyokong manusia bernama Anwar Ibrahim dengan sekutunya yang jelas telah sanggup menghalalkan cara demi meraih sokongan pengundi.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..ITU PUN DIORANG MEMEKAK KONON2 X DPT KEISTIMEWAAN BERSUARA DLM NEGARA PD HAL KAT LUAR NEGARA TU BYK BEROK2 SPONSER MEDIA CETAK ATAU ELEKTRONIK YG BESAR2 UTK PUAK GROMBOLAN PENYANGAK PAKATAN

Tanpa Nama berkata...

anwar dibiayai oleh musuh islam untuk hancurkan islam secara halus...banyak sudah bukti memberikan petunjuk Anwar memang telah didoktrin untuk barat, bukan sekarang sahaja beliau bertindak begitu malah semasa beliau masih didalam UMNO lagi,
keputusan UMNO memecat beliau adalah tindakan yang paling tepat untuk memastikan Malaysia tidak mewarisi kepimpinan negara kepada orang seperti anwar...

namun satu kesilapan besar apabila PAS yangs ejak dahulu begitu antikan yahudi dan amerika kini bersekongkol dengan wakil mereka di Malaysia..

al-haslam

-bu islah...