12 November 2009

Kenapa Anwar layak digelar Anwar Atarturk: memahami yahudi di Turki . (Siri 1)

Sesungguhnya apa yang terjadi pada kedudukkan negara Turki hari ini adalah suatu yang menyedihkan umat islam, dahulunya ia merupakan sebuah kuasa hebat dunia hingga ia dianggap khalifah atau pemimpin bagi dunia umat Islam, namun selepas kemerosotan dan kejatuhannya ekoran mainan Yahudi, negara tersebut masih teraba-raba mencari identiti hinggalah ke hari ini.

Suatu masa saat kejatuhan empayar Uthmaniyah, ramai dikalangan orang Turki meraikan kejatuhan empayar tersebut, seolah-olah berjaya menjatuhkan kuasa kejahatan lantaran terdapat persepsi yang diwujudkan oleh musuh islam dan kelemahan yang wujud pada pentadbiran empayar kesultanan tersebut, namun mereka tidak menyedari kuasa kejahatan sebenarnya bukanlah kerajaan uthamaniyah tetapi kuasa disebalik tabir yang mengambil peranan menjatuhkan pemerintahan khilafah tersebut.


Selepas kejatuhan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, regim di Turki begitu banyak berubah dan lari daripada akar-akar islam. Mustapa Kamal Atarturk sebagai pemerintah atas nama pemodenan pada masa itu telah begitu berani menodai Islam dengan mewujudkan pelbagai peraturan yang jauh dari nilai islam, selain mengambil tindakan memisahkan Turki dari budaya Islam dan mendekatkan Turki dengan negara barat berbanding Negara Islam.Pada masa itu juga minoriti non-muslim diberi kebebasan penuh sehingga mengenepikan hak orang islam.
Sebenarnya siapa yang memainkan peranan tersebut? Adakah dari perancangan isi hati Mustapa kamal atau ada tangan pihak lain yang memainkan peranan, inilah yang menjadi topik perbincangan sarjana dari dahulu hingga sekarang.

Pada masa itu juga kita dapat melihat peranan dimainkan oleh pihak-pihak tertentu agar imej Mustafa Kemal Atartuk dihormati dan disanjung oleh rakyat Turki dengan diberi publisiti besar-besaran kerana dikatakan menyelamatkan Turki dari ditimpa kemusnahan. Selain itu didapati umat Islam di Turki juga telah dipaksa untuk mengadaptasi gaya hidup mengikut acuan barat dan berfikir mengikut telunjuk barat.
Permainan kelompok ini menyebabkan Mustafa Kemal diangap sebagai seorang pahlawan, dan seluruh Turki perlu mengikut kehendaknya sehinggalah selepas kematiannya warisan peninggalannya masih dipegang Institusi Pemerintahan Turki.Realitinya tidak ada pihak yang mampu benar-benar memahami apa yang yang berlaku hari ini di Turki kecuali mereka yang mengetahui rahsia yang dijalankan kelompok Yahudi Dawnamah dan pergerakan freemason.Yahudi Dawnomah merupakan keturunan dari orang-orang Yahudi yang diusir dari Sepanyol kesan jatuhnya Kerajaan Islam Cordova pada abad 16.th dan diberikan perlindungan oleh Sultan Uthmaniyyah.

Namun apabila mereka berada di bawah kerajaan Uthamaniyah Salah satu ritual orang-orang Yahudi adalah berpura-pura menjadi seorang Muslim (sehingga kejatuhan Empayar Uhtmaniyah tahun 1923), namun dalam hati sebenarnya mereka lebih kepada iman Yahudi .

Walaupun mereka masih hidup dengan kemunafikan hingga hari ini diyakini bahawa dikatakan wujud sekitar 1 hingga 1.5 juta Dawnamah (Sabbatean Yahudi) hari ini di Turki, terutama yang tinggal di bandar sebelah barat Turki seperti Istanbul dan Izmir.Selepas wujudnya Israel pada 1948, ramai juga Yahudi Dawnamah ini telah berhijrah ke Israel. Satu fakta yang tidak dapat disanggah " Republik sekular Turki" adalah salah satu negara pertama di dunia yang mengakui Zionis Israel. Tidak sukar untuk memahami bagaimana hal ini berlaku kerana jawapannya ada kaitan dengan peranan Yahudi Fremason dan Dawnamah disebalik kejatuhan Empayar Uthamaniyah dan peranan mereka dalam memberi jawatan kepada Mustapa Kemal Atarturk.

Selepas jatuhnya pemerintahan Islam di Turki sewaktu itu, orang-orang Yahudi telah menubuhkan dua negara: Zionis Israel dan Yahudi Republik Turki. Itu sebabnya apa yang disebut republik sekular mempunyai hubungan sangat dekat dengan Zionis Israel.

Kedua negara ini sehingga kini mempunyai begitu banyak kepentingan bersama seperti sector perdagangan, ketenteraan, dan hubungan politik. Ertinya, cukai yang dibayar oleh umat Islam dari Turki pergi kepada Zionis Israel. Rahsia Yahudi (Downameh) masih berjalan seperti sandaran Turki negara Israel hari ini.

Malah slogan Turki Muda dan pembaruan yang mengerakkan arus untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan Empayar Uthmaniyah sebenarnya adalah didalangi oleh Yahudi Downamah dengan bantuan Freemason dan agen kuasa-kuasa barat.

Hingga hari ini mana-mana kerajaan yang wujud di Turki seharusnya dapat memuaskan hati kelompok yahudi Dawnamah ini, sekiranya agenda mereka lari dari konsep yang diterapkan oleh Mustapa Kamal Atarturk nescaya kerajaan yang wujud tidak akan tahan lama.
Contohnya apa yang berlaku kepada kerajaan Parti Islam Refah pimpinan Necmatin Erbakan yang digulingkan oleh pihak Tentera Turki pada tahun 1990-an dahulu.

Selagi kepimpinan tentera berada dibawah kelompok Yahudi ini adalah mustahil Turki akan dapat keluar dari imej sekutu Israel dan negara barat.

Sebab itu apabila Erdorgan meraih kuasa di Turki, timbul pertanyaan sejauh mana kerajaan dibawah pimpinan parti AKP dapat bertahan jika benar parti tersebut adalah berlandaskan islam. Namun apabila melihat corak pemerintahan parti tersebut yang mesra hubungan dengan Amerika adalah diyakini parti AKP sebenarnya turut mempunyai hubungan yang akrab dengan yahudi cuma dari sudut pendekatan yang berbeza berbanding parti-parti pro sekular Turki yang lain.

Jika tidak sudah tentu pihak Tentera yang dianggap pelindung polisi Kemal Ataturk akan melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan parti AKP sepertimana dialami Parti Refah.

Siapa Mustafa Kamal Atarturk.
Sewaktu Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini memerintah Turki, beliau telah banyak membawa slogan dengan mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki.

Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari,bulan, dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Downamah iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya.

Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular. Zubeyde pula bonda kepada Mustapha Kamal, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susuan yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri.
Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Selain itu, Mustafa juga turut gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur. Dengan mempunyai perwatakan yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan yang menarik hatinya utuk memuaskan kehendak nafsu dan hatinya. Beliau juga dikatakan suka bermain judi dari malam hingga ke pagi.

Salah satu tabiat paling buruk manusia yang pernah digelar firaun zaman moden ini ialah beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar lelaki sekolah.

Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan kuasa yang ada ia mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dikehendaakinya. Untuk mengabui pandangan masyarakat beliau mengatakan bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut demi mengelakkan keaiban dirinya terbongkar kepada umum. Walaupun sikapnya sungguh aneh dan menjijikan, namun Mustafa disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden khususnya dari negara barat.

3 ulasan:

halim tuah berkata...

mendedahkan bahawa ANWAR IBRAHIM PERNAH BERSUMPAH bagi tujuan MENAFIKAN TUDUHAN LIWAT ke atas beliau. Sila ikuti penyaksian sumpah Anwar Ibrahim tersebut di:-

http://www.youtube.com/watch?v=rTN4Xt3wH-M

Tanpa Nama berkata...

sejarah akan membuktikan bahwa anwar memang pelupur pemikiran yahudi kamal attartuk sebab banyak persamaan dengan jalan hidup dan tindakan kamal attartuk laknatullah.

Tanpa Nama berkata...

tettapi masih ramai orang islam termasuk gerakan islam yang masih menyanjung anwar ibrahim ini...

sedih meilat senario ini, anwar layak digear sesumpah, namun saya percaya segala pelakuan anwar akan dihukum oleh sejarah suatu hari nanti..

pochong