31 Disember 2009

Amerika berkabung kerana Gus Dur, Allah tidak lagi Eksklusif untuk islam

>



Rumah Putih hari ini berkabung untuk bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia semalam, dan menyifatkan beliau sebagai contoh toleransi agama Islam yang memainkan peranan penting dalam perubahan demokratik.

“Warga Amerika Syarikat bersama-sama Indonesia berkabung ke atas pemergian bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid.

“Peranan penting yang dimainkan dalam menjana perubahan sistem demokrasi di Indonesia, Presiden Wahid akan dikenang terhadap komitmen yang berasaskan prinsip demokratik, merangkumi politik dan toleransi keagamaan,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs dalam satu kenyataan di sini.

“Beliau berkhidmat demi keamanan dan kesejahteraan bagi semua rakyat Indonesia dan merapatkan jurang antara manusia yang berbeza kepercayaan. Kami juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Presiden Wahid dan rakyat Indonesia,” katanya lagi.

Bekas presiden Indonesia itu yang turut dikenali sebagai Gus Dur mula memegang jawatan presiden pada 1999 selepas pilihan raya umum pertama negara itu berikutan kejatuhan pemerintah tentera yang kuat sebelum itu, Suharto.

Gus Dur meninggal dunia awal semalam, pada usia 69 tahun. - AFP

# Komen Pochong ; Sekiranya selepas ini sahabat baik Allahyarham Gus Dur, saudara Anwar Ibrahim di putuskan oleh Mahkamah dia melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful Bukhari, bagaimana agaknya reaksi Amerika terhadap keputusan tersebut, sama-sama kita nantikan... Berita kedua menarik hari ini ialah impian Anwar dan sekutunya hari ini telah berjaya.


Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja .
Sumber BH.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap pihak kerajaan tidak berdiam diri. Gunakan ruang untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Kita tunggu apa reaksi PAS (terutama Nik Aziz) dan orang-orang Islam di dalam Pakatan.

Tanpa Nama berkata...

semoga gus dur ke neraka..laknat allah ke atas gus dur!

Tanpa Nama berkata...

nik azin memang setuju, anwar pun sama...

Tanpa Nama berkata...

Anon 31/12/2009 20:52

Gila betul komen kau. Tapi tgk video tu, rasa dah sampai kut

Jeffry berkata...

SLM BRO..GILIRAN ANUWAR BILE LG? PERJUANGAN ANUWAR NK TGOK ISLAM DI LIBERALISASIKAN DH TERCAPAI. LEPAS NI KLU DIA RASA DOA DIA KT ALLAH S.W.T. TAK MAKBUL, DIA MINTAK DOA PLAK KAT ALAH KAFIR PLAK KOT KEHKEHKEH