05 Disember 2009

Anwar Atarturk, Demokrasi dan Amerika


Dalam tempoh sekarang perkataan Demokrasi sering dipergunakan sebagai alasan untuk memberi gambaran buruk kepada sesebuah kerajaan yang memerintah. Jika lawan itu dikatakan tidak berpuas hari apa yang diperolehi mereka akan mengatakan kerajaan yang memerintah tidak Demokratik ataupun tidak menghormati semangat Demokrasi. Dan saat ini perkataan Demokrasi mendapat nilai yang paling tinggi untuk keluar dari jalan permasalahan yang dihadapi oleh ahli politik.

Sebenarnya Demokrasi secara teorinya dimaksudkan sebagai suatu sistem yang dibentuk, dijalankan, dan ditujukan bagi kepentingan rakyat. Dalam aturan pelaksanannya akan seringkali sentiasa mengalami wujud perbagai penyesuaian dan perubahan, sehingga seringkali penerapannya bersifat trial and error, atau sebagai mana yang dikatakan para pendokongnya, demokrasi adalah bersifat program.

Namun begitu, perkembangan demokrasi di negara-negara islam dilihat kelihatan kaku ataupun perlahan, sehingga dianggap oleh banyak pihak sebagai faktor utama yang telah menghalang kemajuan negara islam.

Dikatakan juga disebabkan beranggapan nilai demokrasi dibawa oleh negara barat ada dikalangan negara islam telah menolak Demokrasi total ciptaan barat dan menjauhkan diri dari agenda demokrasi dunia.

Sehinggakan banyak negara muslim menutup terus pintu Demokrasi cara barat untuk dipraktikkan di negara mereka.

Disebabkan ini ada pihak telah ditugaskan untuk melobi agar demokrasi ini diterapkan sepenuhnya dalam setiap negara islam. Lantas ungkapan seperti “nilai demokrasi juga terkandung oleh Islam”, “demokrasi merupakan sebahagian dari Islam”, ataupun “demokrasi adalah Islam itu sendiri” kerap dikumandang dan dijaja kebelakangan ini dinegara-negara islam.

Meskipun demikian, ramai juga tokoh akademik islam menolak adanya penerapan demokrasi ke dalam Islam, sebab menurut mereka, demokrasi dan Islam itu adalah dua hal yang berbeza dan tidak mungkin dapat disetarakan. Ini kerana, bagi mereka, demokrasi adalah pemikiran barat yang tentunya haram untuk diamalkan oleh kaum muslim.

Oleh itu, bagaimanakah sebenarnya hubungan yang sebenar antara Islam dan demokrasi ini?

Jika kita menelusuri dari arkib sejarah, gagasan demokrasi dikatakan berasal dari budaya kuno Yunani yang mahu membentuk pemerintahan yang dipimpin oleh ramai orang. Ekoran itu, pada tahun 508 SM, Cleisthemes telah memperkenalkan dan melaksanakan sistem “pemerintahan rakyat” di Athens.

Akan tetapi idea demokrasi itu telah diambil dan muncul serta berkembang di Eropah sebagai jalan tengah di atas pertikaian antara golongan gereja yang mahu pemerintahan diserahkan kepada raja yang dikatakan sebagai wakil tuhan di dunia.

Manakala golongan intelektual pula mahukan agar gereja jangan mencampuri kehidupan kerana sejarah abad kegelapan telah membuktikan behawa peranan gereja dalam kehidupan hanya melahirkan pemerintahan diktator dan kesengsaraan bagi rakyat.

Dengan itu demokrasi telah muncul bagi menyelesaikan pertikaian yang ada sehingga berlakunya kesepakatan antara kelompok gereja dengan golongan pembaharuan. Akhirnya keputusan diambil dengan menentukan bahawa kelompok gereja/agama hanya berfungi sebagai menjaga agama sahaja, manakala perkara berkaitan politik kenegaraan telah diserahkan sepenuhnya kepada rakyat (pemimpin politik).

Jadi, idea inilah yang kemudian dikenal sebagai sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan) yang juga menjadi dasar bagi lahirnya idea kapitalis itu sendiri. Sehingga boleh dikatakan bahawa demokrasi itu lahir dari idea sekularisme kepada ideologi yang telah lahir dari peradaban barat.

Walau bagaimanapun, seiring bergeraknya waktu, konsep demokrasi turut mengalami perkembangan dan perubahannya. Demokrasi ini kemudiannya telah diserukan oleh banyak pihak, sesentengah negara kuasa besar telah menggunakan Demokrasi sebagai strategi politik untuk melemahkan pihak musuh. Contoh terbaik ialah Demokrasi ala Amerika telah dipergunakan untuk menjatuhkan sistem komunisme yang dilaksanakan oleh Soviet Union.

Kemasukan dan keterbukaan negara tersebut dalam menerima unsur Demokrasi telah menyebabkan kuasa besar dunia tersebut runtuh dan berpecah, manakala satu persatu negara komunis diseluruh dunia mengikut jejak dan pakatan Komunis Warsaw pun rebah.

Di mana-mana negara Demokrasi dilaksanakan para pelobi menekankan bahawa demokrasi harus dilaksanakan sekiranya negara tersebut ingin maju dan memperolehi bantuan. Dengan perkataan mudah akidah mereka harus berpegang kepada nilai Demokrasi, dengan penyesuaian beberapa pendekatan.

Kesannya, pengertian demokrasi menjadi beragam dan pelbagai sehingga menimbulkan jargon seperti demokrasi Islam, demokrasi sosial, dan lain-lain. Hal inilah yang mendorong Robert Dahl dalam On Democracy mengungkapkan bahawa, ”demokrasi itu sebenarnya sering berkecamuk.”

Selain daripada itu, keadaan ini juga mencerminkan kebenaran tanggapan bahawa demokrasi itu sendiri sememangnya merupakan suatu masalah yang membingungkan. Ini bererti, masalah teori demokrasi saja sudah berdepan dengan kerencaman yang tiada jalan penyelesaiannya. Jadi adalah wajar jika dalam aturan pelaksanaan demokrasi itu ia akan turut mengalami perubahan serta penyesuaian dengan suasana dan tempat sewaktu ia diterapkannya demokrasi.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan, bagaimana mungkin jika demokrasi yang bersifat pelbagai dalam persembahan teorinya itu serta masih bersifat trial and error dalam aturan pelaksanaanya mampu menjadi penyelesaian di atas permasalahan manusia yang kita tahu memang kompleks sifatnya? Adakah boleh kita katakana ia dengan ungkapan “menyelesaikan masalah dengan masalah?”

Dalam buku yang berjudul Seize The Moment, Richard Nixon yang juga mantan presiden Amerika Syarikat telah menjelaskan tentang bagaimana hubungan antara peradaban Islam dan peradaban barat.

Nixon mengatakan bahawa “komunisme memang telah terbukti gagal, dan sebahagian pengkaji telah memperingatkan bahawa Islam pula akan menjadi kekuatan geopolitik yang kuat pada masa akan datang.

Kenyataan islam akan menjadi ancaman selepas runtuhnya kuasa Soviet Union telah menyebabkan pelbagai usaha telah dijalankan untuk merosakkan imej islam dan negara islam.

Antara projek besar yang dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya ialah mengunakan alasan peristiwa 9/11 di New York untuk mengambarkan islam adalah penganas dan halal untuk diperangi.

Bermula dari situ juga kita dapati demokrasi juga telah digunakan sebagai alasan untuk menceroboh masuk kenegara islam. Melalui Jabatan Luar Amerika USAID, melalui pelbagai agensi yang ditubuh dan ditajanya seperti Rand Corporation, ICG, NDI dan National Endowment For Democracy (NED), Demokrasi telah dijaja dikalangan negara islam dan pada masa yang sama mereka membentuk pemimpin yang disukai oleh mereka untuk memenagi pilihanraya tempatan.

Hasilnya wujudlah nama Hamid Karzai, Jalal Talabani sebagai Presiden Iraq, Benazir Bhuto di Pakistan, Abdul Rahman Wahid di Indonesia, Anwar Ibrahim di Malaysia dan pelbagai nama yang dilihat memainkan peranan penting melobi pelaksaaan nilai demokrasi sepenuhnya di kalangan negara islam.

-bersambung



Tiada ulasan: