08 Disember 2009

Kalimah Allah : Nur Manuti ikut Anwar Atarturk penggerak Pluralisme Agama di Malaysia?




Nur Manuty dalam Selangor Kini mengatakan sokongan penuh sekiranya agama lain dibenarkan menggunakan perkataan Allah dengan alasan ia sudah lama digunakan oleh penganut agama kitab lain.

“Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.” Kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR dalam akhbar internet milik kerajaan negeri Selangor .

Abu Bakar bin Yang Fellow IKIM mengulas isu penggunaan nama Allah yang dikatakan sudah lama diamalkan oleh orang Arab pula mengatakan ;

“Bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam bible bahasa arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syiria dan beberapa Negara lain yang muncul sebelum kedatangan nabi Muhamad S.a.w menerima dan meyakini faham keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Tryniti (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakkan Kristian pada hari ini.”

“maka dengan itu hujah yang disandarkan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan “mengkafirkan golongan Kristian unity”, kata beliau sewaktu mengulas isu pengunaan nama Allah di kalangan masyarakat Malaysia.

Di dalam ajaran kristian agama mereka diajar meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).

Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu iaitu Allah SWT. Jesteru itu adalah satu perkara yang mengelirukan jika disamakan pengunaan nama Allah didalam agama Kristian dan Islam pada hari ini.

Walaupun Nur Manuti mengunakan firman dibawah ini untuk mewarjarkan tindakkannya :
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.”

Menjadi persoalan adakah umat kristian yang ada pada hari ini sama dengan umat Kristian zaman dahulu yang beriman pada kitab Injil, Taurat dan Zabur seperti di zaman Nabi dahulu yang akan menganuti agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka memperakui akan kebenaran dan kedatangan Nabi Akhir Zaman.

Tetapi yang jelas ajaran kristian hari ini adalah jauh berbeza kerana mereka akan menafikan kebenaran ajaran Nabi Muhammad dan menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman, maka dari situ adalah tidak wajar kita menyamakan agama kristian itu sama dengan agama Islam. Dan kita percaya orang Kristian hari ini pun bercanggah pendapat dan berbeza pandangan mengenai soal ini.

Tindakan Nur Manuti dan PKR pimpinan Anwar ini sebenarnya adalah lebih bertujuan untuk menyemai nilai-nilai Pluralisme agama di Malaysia demi kepentingan politik peribadi, dan barangkali akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat islam di Malaysia sekiranya ia terjadi, cuba rujuk situasi ini dikalangan kanak-kanak pada satu masa nanti jika ia di benarkan :

Aminah : Tuhan saya adalah Allah, saya orang Islam
Teresa : Tuhan saya pun Allah, tapi saya beragama Kristian
Aminah : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Teresa : bukanlah Allah itu ada Anak... ayah saya kata
Aminah : Allah saya sama ke dengan Allah teresa?

Kita tidak tau bagaimana implikasi umat islam di Malaysia jika ia terlaksana nanti. Sesunguhnya cubaan beberapa pihak untuk mengugat keharmonian agama islam di Malaysia sentiasa akan berterusan.

Walaupun mereka mengetahui kerajaan Malaysia bertegas mempertahankan akidah umat islam di Malaysia. Namun kita percaya isu ini akan sekali lagi dipergunakan secara berterusan oleh manusia yang suka meraih kepentingan individu seperti Anwar dan PKR untuk meraih sokongan. Adalah suatu yang malang sekiranya keharmonian beargama di Malaysia ini hilang gara-gara kelompok tidak bertanggungjawab yang sentiasa menjadi api dalam sekam meraih kesempatan tawar menawar politik Malaysia.

Tiada ulasan: