18 Disember 2009

Yusuf Qardawi tokoh Maal Hijrah : bukti islam di Malaysia di iktiraf ?


Sempena tahun baru Hijrah yang disambut oleh umat islam di Seluruh dunia, Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah dipilih oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya.

Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhan Dr Yusuf Qardawi memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu.

Kesudian Dr. Yusuf Qardawi menerima anugerah tersebut dari kerajaan Malaysia seolah beliau juga mengiktiraf peranan Kerajaan Malaysia dalam usaha memartabat Islam. Dan seolah menunjukan bahawa Ihwan Muslimin tidak pernah menyamakan Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Mesir seperti yang selalu di dakwa beberapa pihak.

Sebelum ini pemimpin Ihwan Muslimin Jordan ada menyatakan bahawa di Malaysia agama islam begitu subur untuk dikembangkan dan kerajaan yang memerintah tidak menghalang penerapan nilai-nilai islam dijalankan.

Kehadiran Yusuf Qardhawi dan kenyataan pemimpin Ihwan Muslimin di Jordan ini membuktikan Kerajaan Malaysia tidak pernah telah menindas islam.
Yang anehnya walaupun kehadiran ulama besar di dunia telah lama dirancang oleh pihak kerajaan, Anwar Ibrahim seperti biasa cuba mendapat kredit kehadiran tokoh tersebut apabila di laman blognya beria-ia beliau menyatakan kehadiran tokoh tersebut seolah beliau yang menguruskan kedatangan di Masjid Negeri di Shah ALam Sabtu ini.

Sepertimana kehadiran Anwar di perhimpunan Tabligh Sedunia di Sepang sebelum ini, Anwar juga dirasakan seakan sedaya upaya untuk menunjukkan dirinya mesra dengan Dr. Yusuf Qardawi semasa majlis itu berlansung nanti dan sekali lagi Anwar akan bertukar wajah.

Diharapkan demi kelansungan agama islam di Malaysia Dr. Yusuf Qardawi dapat memberikan sekali lagi nasihat kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim seperti yang dilakukannya di Paris sebelum ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yusuf Qardawi pernah berkata bahawa beliau tidak akan datang ke Malaysia sekiranya Anwar Ibrahim masih dipenjarakan satu ketika dulu.

Ini membuktikan keakraban mereka

Fazli Salleh

Tanpa Nama berkata...

saudara fazli, yusuf qardawi juga pernah mengatakan kepada haji hadi awang, bahawa berhati hati dengan Anwar ibrahim selepas pilihanraya 2008..

apa maknannya?
adakah sebelum ini beliau tertipu dengan Anwar...fikirkan sendiri

pochong