29 Mac 2009

Konspirasi menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid siapa dalang besar?



Di saat Dato Seri Najib Tun Razak akan mengetuai Parti UMNO, iaitu parti Politik terbesar di Malaysia dan menjadi tunjang kepada kekuatan kerajaan Malaysia, di saat itu juga kerajaan Malaysia dihambur dengan pelbagai kritikan oleh golongan minoriti dan pembangkang, ada yang menuduh kerajaan mengamalkan penindasan kepada golongan minoriti, tiada kebebasan dalam beragama dan sebagainya.

Malah Najib sendiri dikatakan menerima nasib yang lebih teruk apabila kisahnya ditulis sebegitu rupa dan digambarkan wataknya yang jahat oleh media pembangkang dan juga oleh media luar negara, menjadi persoalan kenapa berita itu disebarkan serentak sewaktu Najib ingin menerima baton dari pimpinan Abdullah Ahmad Badawi .

Saya bukan orang politik dan tidak berminat mengetahui silat dan cara mainan orang politik membunuh personaliti lawan. Dalam konspirasi politik perkara ini tidak mustahil, kerana ia banyak digunakan oleh pihak berkepentingan, samaada untuk menjatuhkan lawan dan juga bagi tujuan untuk mengaibkan sebebuah kerajaan yang memerintah supaya hilang wibawa pada pandangan mata luar.

Saya teringat apabila menyoroti kisah Sultan Abdul Hamid II, iaitu khalifah terakhir kerajaan Bani Uthmaniyah, baginda pun mengalami nasib yang hampir sama malah lebih teruk dengan apa yang dihadapi oleh Najib sekarang ini.

Saya bukan ingin membandingkan karekter Najib Tun Razak dengan Sultan Abdul Hamid II, tetapi hanya ingin menceritakan bagaimana pendekatan yang digunakan orang Yahudi dan musuhnya untuk memburukan imej Sultan Abdul Hamid hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Uthmaniyah dan berakhirnya sistem khalifah dalam sistem pentadbiran kerajaan Islam seterusnya menyebabkan dunia arab dan islam berpecah belah dan dunia barat mengambil alih memimpin dunia.

Jika nak dibandingkan sikap Sultan Abdul Hamid dengan pemimpin yang ada pada hari ini, tentu jauh berbeda sama sekali, usah dibandingkan dengan Anwar Ibrahim kerana Sultan Abdul Hamid tidak pernah mempercayai orang Yahudi tidak seperti Anwar Ibrahim yang memperakui Wolfowitz sebagai kawannya dan Gershon Baskin dari Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine di Jerusalam sebagai teman karibnya.

Sikap Sultan Abdul Hamid ini boleh dilihat apabila Sultan Abdul Hamid dan kerajaan Utmaniyah berada didalam keadaan lemah ekoran kekalahan dalam peperangan, di masa itu Emmanuel Carasso seorang Yahudi warga Itali dan bersekongkol bersama Theodor Herzl mahu mendapatkan izin menempatkan orang Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Kedua mereka ini telah menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci tersebut. Namun Sultan Abdul Hamid menolak tawaran tersebut dengan tegas, termasuk hasrat mereka yang ingin menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan orang Yahudi begitu marah. Dan kesannya, Sultan Abdul Hamid akhirnya kehilangan takhta dan kekuasaan disebabkan orang Yahudi yang memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan Bani Uthmaniyah yang dipimpinnya.

Pada masa itu antara usaha yang diambil oleh yahudi untuk mecapai hasrat meraka menjatuhkan Sultan Abdul Hamid ialah menggunakan orang kristian dan dan sesetengah golongan munafiq dari kalngan Arab, Turki demi mencapai matlamat mereka. Antara cara paling berkesan ialah menyusupp masuk kedalam parti Al-ittihad wa-Taraqi yang dikuasai golongan yang menjadi penentang kepada pemerintahan sultan Abdul Hamid. Dalam organisasi ini mereka banyak melakukan kerja menfitnah dan memburukkkan Sultan Abdul Hamid antara orang berada didalam kelompok ini ialah kamal Ataturk yang akhirnya menjadi pemerintah Turki moden.






Baginda merupakan Sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki atau westernisasi secara rasmi dalam kerajaan Uthmaniyah.

Sewaktu menjadi pemerintah baginda menunjukkan kasih sayangnya terhadap golongan yang menjauhinya dan telah menjaga hak kaum minoriti didalam kerajaan pemerintahannya sehingga dilantik seorang yang berbangsa Armenia sebagai Timbalan Perdana menteri dalam kerajaannya.

Kehebatannya dalam pemerintahan dibuktikan apabila baginda mampu membina landasan keretapi ke Madinah, membina Kapal Selam untuk memperkukuh armada tentera laut, mengurangkan defisit dalam Negara dari 300 juta lira kepada 30 juta lira, membina dan memodenkan fakulti perubatan di Pusat Pengajian dan memperkenalkan pelbagai teknologi baru, menjadi Khalifah pertama yang mengadakan lawatan ke Perancis, kejayaan yang diraihnya menyebabkan kerajaan Bani Uthmaniyah dicemburui oleh musuh-musuh luar.

Persaingan untuk menguasai kekayaan Kerajaan Uthmaniyah ini ternyata tidak dilakukan oleh negara-negara Eropah sahaja malah ia disertai oleh Amerika apabila negara itu bersubahat menyebarkan fitnah perkauman dan kesukuan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk memusnahkan kerajaan Uthmaniyah dan menguasai kekayaannya.

Menurut sejarah wilayah kekuasaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah adalah luas menjalar dari rantau Balkan sehinnga ke pinggir laut merah iaitu Yaman dan ada dikawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan minyak seperti di Iraq.

Fitnah pembunuhan keatas Sultan Abdul Hamid

Dr. Eeman Mohamed Abbas dalam buku bertajuk Sultan Abdul Hamod II dan kejatuhan Khilafah Islamiah, Pustaka Salam, kuala Lumpur, 2002. menjelaskan antara penyebab yang menjadi punca pemberontakan golongan minoriti Armenia sehingga jatuhnya Sultan Abdul Hamid ialah peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar barat, Armenia dan Rusia yang telah mengubah pandangan antarabangsa terhadap kerajaan Uthmaniyah dan Sultan Abdul Hamid.

Contohnya Seorang penulis Peranchis yang bernama Biyarkiyar memberikan gelaran Sultan merah (Sultan Al-Ahmar) kepada Sultan Abdul Hamid dengan menuduhnya melakukan pembunuhan kepada orang Armenia. Gelaran ini menyebabkan ia digunakan oleh penulis dan wartawan eropah bahkan yang berbangsa arab juga. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid juga dikatakan terdapat 9 akhbar yang mengunakan bahasa Albania dan setiap akhbar tersebut mempunyai hubungan yang meragukan dengan kerajaan eropah.

Sehingga kini bila disemak kembali sejarah tidak ada bukti kukuh yang mengatakan Sultan Abdul Hamid melakukan pembunuhan, malah pengkaji Sejarah Stanford J.Shaw dan Ezel kural Shaw menolak dakwaan bahawa berjuta orang Armenia mati di tangan Sultan Abdul Hamid dan kedua mereka tersebut menyalahkan golongan al-ittihad wa-al taraqi yang seharusnya bertangungjawab ke atas kematian orang Armenia.

Sebagai makluman golongan al ititihad ini sebenarnya duri dalam daging yang menyebabkan runtuhnya kerajaan uthamaniyah. Golongan ini sebenarnya telah mengadakan perjanjian dengan orang Armenia untuk menentang kerajaan Uthmaniyah.

Sebenarnya orang Armenia walaupun bukan beragama islam tetapi mereka dilayan sama rata oleh pemerintah uthmaniyah semenjak Sultan Muhamad Al–Fatih sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Abdul Hamid, malah mereka diberi peluang sebebas-bebasnya untuk mengamalkan anutan dan merebut kekayaan Armenia. Sehinga ramai dikalangan mereka menjadi kaya raya hasil keadilan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Namun selepas itu beberapa pihak eropah seperti Rusia, telah mula mempengaruhi mayarakat Amernia hingga golongan ini tertarik dengan apa yang dijanjikan.

Sehinggalah apabila dirasakan kerajaan Uthmaniyah lemah kerana sewaktu itu kerajaan Utmaniyah telah bertempur dengan Rusia berhampiran Istanbul pada tahun 1876 hingga wujud perjanjian dengan beberapa kuasa eropah, diwaktu ini golongan ini telah menuntut autonomi di Istanbul bagi wilayah Kristian, namun permintaan ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Hamid kerana mengancam kedaulatan pemerintahan.

Dikatakan juga yang menjadi penyebab orang Armenia menentang kerajaan Uthmaniyah ialah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang Yahudi yang banyak menghasut orang Armenia menentang dan diberikan bantuan untuk menikam dari belakang pemerintahan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Sebenarnya tindakan orang Armenia ini sedikit sebanyak menyebabkan kuasa Sultan Abdul Hamid semakin lemah,kerana sebelum itu masyarakat Armenia diberikan peluang sebebas-bebasnya untuk menjadi pemimpin, peniaga dan hidup dengan aman dalam kerajaan Sultan Abdul Hamid.




Bersambung...

24 Mac 2009

Tangan-tangan yang memoderatkan islam



Dengan bilangan umat Islam mececah lebih 200 juta orang dan melebihi bilangan umat islam di Asia Barat, umat islam di rantau nusantara sentiasa menjadi tumpuan oportunis barat, semenjak zaman kolonial dahulu sehinggalah ke hari ini.

Malaysia, walaupun umat Islamnya tidak seramai Indonesia, tetapi merupakan negara Islam yang mempunyai respon positif terhadap kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi, sehingga dianggap peneraju dikalangan dunia islam.

Dengan sifat local dan nilai budaya tersendiri yang ada pada umat melayu islam di Indonesia dan Malaysia, kedua Negara ini telah menunjukkan perkembangan yang luar biasa dalam kehidupan agama, sosial, budaya, ekonomi, dan politik dan pada masa yang sama, kedua-dua negara masih tetap mewarisi dan mengembangkan budaya Islam seperti yang kita lihat dalam kehidupan seharian.

Kebijaksanaan pendakwah dahulu yang membawa Islam ke Kepulauan Melayu dengan cara hikmah telah menyebabkan orang islam di Malaysia dan Indonesia lebih halus caranya dalam mempraktikan ajaran islam sesuai dengan mazhab yang dianuti oleh umat islam dirantau ini yang rata2 ratanya berpegang kepada Mazhab Shafie . Ini berbeza dengan umat islam di benua lain yang mungkin memeluk islam melalui cara kekerasan hasil penaklukan dan kemenangan dalam peperangan kerajaan-kerajaan islam ke atas negeri yang bukan islam suatu ketika dahulu dan berpegang kepada mazhab berbeza.

Disebabkan situasi ini, umat islam di Malaysia/Indonesia terdedah kepada pihak2 yang berkepentingan untuk menyebarkan aliran mereka dengan niat untuk menguasai dunia islam. Dengan tangapan apabila dapat menguasai masyarakat Islam di Nusantara, mereka akan lebih mudah untuk menyebarkan agenda yang diinginkan, Antara fahaman yang cuba dibawa kedalam masyarakat islam di Malaysia dan Indonesia ialah gerakkan radikal, namun ianya berjaya di tangani dengan baik oleh pihak pemerintah antara gerakan radikal yang cuba masuk ialah Jamaah Islamiah di Indonesia, Al-Maunah di Malaysia.


Kebangkitan dan pengukuhan Islam Moderat

Kebangkitan Islam di seluruh dunia Islam yang terjadi pada tahun 1970-an dan 1980-an dan kesan Revolusi Iran telah menyebabkan Islam semakin mendapat tempat di Malaysia dan Indonesia, faktor dalaman orang Islam di Indonesia dan Malaysia yang menginginkan pendekatan tersendiri dalam mengamalkan agama dan sesuai dengan situasi semasa dan ”Alam Melayu” juga ikut memberikan kesan adanya kebangkitan Islam yang luar biasa di alam Melayu.

Tanpa disedari keadaan ini telah diambil kesempatan oleh puak-puak pembaharuan agama islam dari seluruh dunia untuk menyebarkan pemikiran mereka. Ini boleh dilihat dengan kemunculan pelbagai bentuk program keagamaan gaya baru yang memunculkan golongan intelektual Muslim dengan latar belakang pendidikan moden dan perhatian mereka terhadap perkara-perkara yang baru serta tumbuhnya sebuah kumpulan Profesional Muslim.

Gerakan-gerakan baru ini menyebabkan terbukanya pintu ijtihad dan membuat Islam responsif terhadap tuntutan-tuntutan perkembangan zaman.

Masyarakat islam di Indonesia dan Malaysia yang berfikiran baru ini telah berkarya menciptakan bentuk pemikiran Islam yang lebih dinamik, kontekstual dan moderat. Wacana baru kebangkitan Islam lebih diarahkan kepada keperluan mendesak masyarakat dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh lingkaran ahli-ahli agama yang lama.

Pergeseran retorik keagamaan ini dan kesesuaiannya adalah lebih merupakan sebuah gejala tentang Islam yang ditafsirkan dalam kesesuaian persekitaran dan realiti kehidupan masyarakat sesebuah negara.

Di Indonesia, tidak boleh dinafikan bahawa sepanjang tahun 1970-an, sehingga 1990-an, bahkan awal 2000-an, telah berlangsung kebangkitan Islam moderat melalui usaha permikiran dan pembaharuan ajaran Islam yang mampu merubah pandangan dan struktur mahupun perilaku sosial masyarakat. Selama lebih kurang tiga dekad tersebut, harus diakui bahawa para golongan ini telah meneroka dan mencari idea baru untuk pemahaman islam yang toleran dan moderat contoh seperti usaha yang dilakukan oleh Nurcholish Majid dengan menerbitkan sekularisasi Islam, Abdurrahman Wahid dengan Pribumisasi Islam, Amien Rais dengan Tauhid Sosial, Harun Nasution dengan Islam Rasional.

Melalui karya tersebut mereka tidak lagi hanya mengungkapkan dan membahaskan masalah-masalah agama yang bersifat ideologi politik, tetapi telah memasuki ruang yang bersifat budaya, falsafah dan pemikiran

Ini merupakan tahap perkembangan baru yang mencabar pemikiran umat islam dan ia dikembangkan sehingga era Orde baru Soeharto tanpa mendapat tentangan atau perbahasan secara terbuka. Gerakan ini lebih dikenali sebagai gerakan Islam Liberal yang bersifat moderat dan kurang bersetuju dengan idea-idea asal ajaran Islam. Pada peringkat pemahaman ini golongan sasar ialah masyarakat kelas bawah dan diikuti masyarakat kelas menangah.

Di Malaysia gerakan pemikiran islam tercetus apabila ia dibawa oleh para pelajar yang berada di timur Tengah dan golongan ini kembali ke tanah air, mulai tahun 1970-an melalui gerakan dakwah telah menjadi bibit perkembangan kebangkitan Islam moden di Malaysia. Gerakan Islamic Revivalism melalui konsep Islamisasi yang dipekenalkan oleh Syed Muhammad Naguib Alatas telah memberi ilham kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dalam memperkenal islam moden ini di Malaysia dengan projek Masyarakat Madani.



Anwar Ibrahim melontarkan gagasan perubahan yang dianggap selari dengan prinsip ijtihad dalam Islam, sebagai usaha yang sungguh-sungguh ke arah kemurnian Islam, dan kembali kepada sifat dan keaslian ajaran Islam. Gagasan Islamisasi yang dilakukan oleh ABIM dan beberapa organisasi lainnya yang dipengaruhi oleh pemikiran para pemikir Islam kontemporeri tersebut memandang Islam moden sebagai sebuah model alternatif tentang politik, Islam harus menunjukkan disiplin moral dalam menghadapi anarki dan hedonisme pasar, Islam dapat mengelola dan mengembangkan sekolah-sekolah, dan mengoperasikan bank-bank.

Pembaharuan dan perubahan kepada kehidupan yang Islami tersebut dihubungkaitkan dengan etnik tertentu, iaitu Melayu, melalui slogan Melayu Baru. Kerana itu, kebangkitan Islam Moden adalah sama dengan kebangkitan bangsa Melayu Baru. Usaha penjenamaan terhadap Islam Moden ini semakin hebat apabila Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO, dan disebarkan melalui pihak kerajaan.

Kerana itu, pada suatu ketika Indonesia dan Malaysia dianggap tempat persemaian gerakan Islam moderat, namun di Malaysia gerakkan ini terhenti seketika apabila Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atas tuduhan rasuah dan skandal peribadi. Namun di Indonesia ia masih merupakan tempat dan model untuk "pilot project" Islam liberal ini, sebab itu kalau kita perhatikan Anwar selalu menjadikan contoh Indonesia terbaik dalam negara yang mengamalkan demokrasi selain Turki.

Islam moderat adalah Islam yang ramah, damai, toleran, inklusif, dan menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan. Muslim yang mengamalkan Islam moderat adalah Muslim yang sentiasa berusaha mentafsirkan Islam untuk merespon secara lebih efektif pelbagai realiti keagamaan, sosial, politik, dan bahkan masalah antarabangsa. Mereka berusaha mengamalkan ajaran Islam secara lebih baik, hidup dan bekerja di dalam masyarakat, mendorong perubahan dari masyarakat kelas bawah, menolak ekstrimisme dan radikalisme atas nama agama, dan meyakini bahawa kekerasan dan keganasan tidak sah menurut Islam. Mereka juga beranggapan merka adalah muslim yang berada di tengah, tidak terlalu ke kanan ataupun ke kiri dalam memahami ajaran Islam dan perkembangan zaman.

Sifat moderat yang dimiliki oleh golongan ini yang ingin menterjemahkan islam secara sederhana sebenarnya amat membahayakan pemikiran umat Islam di Indonesia dan Malaysia. Tanggapan kumpulan ini yang mengatakan sekiranya umat islam masih mengamalkan islam tanpa perubahan maka hanya akan menghasilkan sikap hidup yang kering dan kaku dan tidak berdaya saing akan menyebabkan umat islam boleh terpesong dari ajaran asal yang dibawa oleh agama Islam.

Kekalutan pemikiran golongan ini islam moderat ini di Indonesia dan Malaysia sebenarnya boleh menyemarakkan gerakkan radikalisme sehingga boleh mengancam kedaulatan dan kenteteraman sesbuah negara. Seharusnya umat Islam di Indonesia dan Malaysia harus bersatu menangkis cubaan untuk menafsir semula kepercayaan agama islam yang telah sekian lama dianuti ini.



















23 Mac 2009

Projek Islam Liberal untuk memproteskan Islam?



Sehingga ke hari ini masih ramai dikalangan umat islam masih keliru dengan islam liberal, islam moderat atau istilah islam Pluralis, walhal ia adalah akronim yang berlegar dipersekitaran dan mempunyai definasi yang sama. Umat Islam juga diwaktu ini masih ramai yang masih mengambil sikap mudah acuh tak acuh dan terkeliru akan ancaman aliran baru dalam agama islam ini.

Akhir tahun 1990an, dunia Islam mula disemarakkan dengan pemikiran moden yang dikenali sebagai gerakan Islam Liberal. Gerakan yang berasaskan pemikiran ini semakin berkembang sehingga berjaya mempengaruhi golongan cerdik pandai, ulama dan kepemimpinan umat Islam.


Antara tokoh Islam yang terpengaruh dengan gagasan Islam Liberal adalah Muhamad Arkoun, Nurcholish Majid, Hasan Hanafi, Aminah Wadud dan Abdullah al-Naim. Di Indonesia gerakan ini didokongi oleh beberapa tokoh seperti Nurcolish Majid, Abdulrahman Wahid atau Gusdur, Harun Nasution dan lain-lain yang dikenali sebagai
jaringan islam liberal, sementara di Malaysia, gerakan kumpulan Sister in Islam dilihat antara kelompok yang menerajui usaha ini.

Namun begitu gerakan
Masyarakat Madani oleh Anwar Ibrahim yang diwawarkan pada tahun 1980-an sebenarnya adalah antara bunga-bunga awal yang diusahakan oleh golongan ini untuk menyemai dan menyebarkan fahaman islam liberal, pada masa itu slogan Melayu baru begitu nyaring berkumandang seolah memberi inspirasi baru kepada pemikiran orang Melayu supaya berubah, perlu diingatkan ia melibatkan orang melayu kerana di Malaysia, orang melayu adalah orang yang beragama islam. Pada masa itu istilah Melayu baru dan masyarakat madani menjadi mainan dibibir pemimpin2 melayu beragama islam dan ramai dikalangan orang Melayu terlena dengan alunan dan ungkapan slogan itu tanpa memahami apa itu masyarakat madani dan halatuju akhirnya.
Pada hari ini slogan masyarakat madani yang diutarakan Anwar masih lagi kedengaran di Indonesia malah menjadi sebutan2 pemimpin islam Liberal disana kerana akhirnya ia mengagalakkan pluralisme dikalangan masyarakat, perkembangan gerakan ini disana berkembang dengan begitu hebat hingga menjangkau kepada parti politik yang berteraskan Islam. Kini di Indonesia
Islam moderat menjalar bagai ular yang ingin mencari mangsanya dan menimbulkan polemik dan pendebatan hangat di negara berkenaan, memandangkan wujudnya kumpulan jaringan islam liberal disana dan bergiat aktif mengadakan pelbagai siri dan dialog untuk menyebarkan pemikirannya.
Sebenarnya Istilah Gerakan Islam Liberal dikatakan mula terbit pada era tahun 1980-an yang dipopularkan oleh Leonard Binder, seorang sarjana berketurunan Yahudi melalui bukunya yang bertajuk
Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Buku ini sebenarnya banyak membincangkan rasional wujudnya pemerintahan yang liberal.
Sementara itu menurut
Khalif Mu’ammar, beliau mengatakan golongan Islam liberal berpegang kepada teologi inklusif-pluralis atau pluralisme agama dengan maksud fahaman bahawa semua agama sama benar. Dari segi epistemologi mereka berpegang kepada relativisme, bahawa seseorang itu tidak mungkin mencapai kepastian dalam hal-hal keagamaan. Mereka menentang autoriti ulama, golongan ini dikatakan sama dengan golongan clergy/ rijal al-din di Barat pada zaman pertengahan yang bersikap kuku besi.
Dari segi sosial dan moral, mereka menyokong utilitarianisme, seperti di Amerika yang tiada kongkongan dan pengawasan terhadap perilaku individu walau apapun yang ingin dilakukan, mereka juga menyuarakan kesetaraan gender (gender equality) dan beranggapan bahawa Islam telah merendahkan martabat wanita. Dari segi politik, mereka menentang keras konsep negara Islam, bagi mereka ia adalah negara teokrasi. Mereka inginkan demokrasi liberal dengan sekularisme sebagai dasar negara.

Selain itu menurut Khalif Muamar juga dari segi perundangan, mereka menyuarakan idea dekonstruksi (merombak) Shari'ah, bagi mereka Shari'ah mesti tunduk kepada undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Mereka menghalalkan homoseksual, menghalalkan arak dan riba. Mereka juga meragukan kesucian dan kemurnian al-Qur'an, mereka ingin agar al-Qur'an ditafsirkan kembali bukan oleh para ulama tetapi oleh para para ahli sosiologi, antropologi dan kaum feminis.



Gerakan ini juga akhir-akhir ini dikatakan mendapat sokongan dari
Rand Corporation, melalui organisasi ini pihak Amerika telah berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh dan pemimpin golongan islam liberal untuk diberikan dana serta bantuan sebagai paltfom untuk mengembangkan aliran pemikiran ini. Ini kerana dengan mempromosi Islam Liberal Amerika dapat menjaga kepentinggannya dan akhirnya mereka dapat menyusup masuk ke dunia islam dan menentukan corak halatuju dasar pentadbiran sesebuah negara.
Menurut Greg Barton, seorang pengkaji dan pendukung Islam Liberal di Monash Universiti Australia, prinsip utama Islam Liberal adalah pentingnya melaksanakan ijtihad, komitmen terhadap rasionaliti dan reformasi agama, penerimaan terhadap pluralisme sosial dan agama, dan pemisahan agama daripada parti politik. Prinsip-prinsip ini sebenarnya secara halus mencabar tradisi kesyumulan ajaran Islam .

Sebenarnya Islam Liberal tercetus daripada pengaruh luaran yang berasal dari pemikiran liberal Barat dan ‘pemberontakan’ dalaman oleh golongan reformis Kristian yang mencabar tradisi agama Kristian khususnya gerakan dari Pencerahan oleh Martin Luther. Kemenangan golongan reformis Kristian yang seterusnya dinamakan puak Prostestan ini membolehkan terbitnya suasana pencerahan politik, ekonomi dan sosial di benua eropah hingga menjalar ke seluruh dunia . Kesan kemenangan ini adalah meliberalisasikan agama kristian hingga wujudnya Mazhab protestan dan mengallakkan idea pluralisme dikalangan masyarakat barat. Pada ketika reformasi agama kristian ini berlaku golongan geraja khatolik dianggap sebagai golongan tersisih dan ketinggalan zaman.

Di Malaysia, usaha golongan Ini dapat dilihat dari segi idea, penulisan, percakapan dan kelakuan seseorang atau sesebuah kumpulan. Mereka seolah-olah terpisah terpisah tetapi mereka sebenarnya mempunyai jaringan yang menunggu masa untuk mempamerkan diri mereka. Golongan ini mula menonjol diri dengan menyokong penubuhan Suruhanjaya antara agama (IRC).


IRC yang cuba ditubuhkan oleh Majlis Peguam Malaysia dan disokong pula oleh Majlis Perundingan Malaysia bagi Ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh [MCCBCCH] dan
Yayasan Konrad Adenauer. Kehadiran Yayasan Konrad Adenauer dalam usaha menubuhkan IRC boleh dipertikaikan kerana ia merupakan yayasan yang berpusat di Jerman, dan mereka cuba mencampuri urusan dalaman negara. IRC mempunyai berperanan membuat siasatam, sebagai pengantara, perunding dan pendamai terhadap dakwaan perbuatan yang menjejaskan keharmonian agama.

Paling menarik terdapat 2 pertubuhan berasaskan Islam turut menyokong penubuhan IRC iaitu
Jemaah al Quran dan Sister in Islam(SIS) . Forum Iqra dipimpin oleh Dr. Kassim Ahmad pernah mengemparkan negara dengan isu antihadis melalui Jemaah al Quran dan SIS dipimpin oleh sekelompok wanita Islam yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama. Dikhuatiri keberanian golongan ini tanpa mempunyai tahap keilmuan islam yang tinggi dan terlalu taksub dengan pemikiran Barat, akan menyebabkan ada golongan umat islam yang tersesat dalam kegelapan ciptaan sendiri.
Kritikan terhadap Majlis Fatwa mengenai isu pengharaman lesbian dan amalan Yoga juga membuktikan umat islam semakin berani menongkah arus menyuarakan tentangan kepada golongan alim ulamak sendiri.

Pemikiran Islam Liberal perlu ditolak bukan disebabkan namanya, tetapi disebabkan ia boleh merbahayakan akidah umat Islam. Sekalipun idea Islam Liberal dilihat bersifat reformasi atau melakukan perubahan tetapi ia sebenarnya dilihat satu pembohongan terhadap Allah Taala kerana mencampur-adukkan kebenaran dengan kebathilan. Sesungguhnya gerakan Islam Liberal membohongi kebenaran selepas datangnya kebenaran, semoga umat islam tidak terjerumus dengan pihak barat yang sentiasa ingin memusnahkan ketauhidan kepada islam.


16 Mac 2009

realiti kerajaan perpaduan, antara pro dan kontra


Apa agaknya akan terjadi ya, bila dua pemimpin utama Parti Islam mempunyai pandangan berbeza, siapa lawan siapa, Dato Seri Haji Hadi Awang telah mencadangkan kerajaan Perpaduan bukan kerajan campuran, baca sini dan sini.

Sementara dalam harakah juga dilaporkan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Aziz menolak cadangan mewujudkan kerajaan campuran baca sini, soalnya siapa yang mencadangkan kerajaan campuran kerana yang dikatakan Hadi Awang ialah Kerajaan Perpaduan bukan, kedua istilah ini mempunyai makna yang berbeza, adakah sekali lagi Nik Aziz mendapat maklumat yang salah dari penasihat yang berbaju kotak disekelilingnya? Ini seakan sama dengan apa yang berlaku apabila Menteri Besar Kelantan itu telah mengeluarkan pandangan berbeza dengan Mustapha Ali mengenai kerajaan 16 September yang dicanangkan Anwar. Pada masa tersebut Nik Aziz dikatakan terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi PAS Terengganu oleh Husam Musa iaitu fraksi Anwar didalam PAS.

Kenyataan Presiden PAS dalam mengusulkan kerajaan perpaduan itu rupanya mendapat sambutan positif dari Muhriz Mahathir dan Muhyidin Yasin yang meminta Hadi Awang memperincikan maksud kerajaan perpaduan tersebut. Langkah Hadi Awang untuk mengusulkan perkara berkenaan tidak mengharainkan jika melihat situasi semasa gerakan islam didunia. Di Palestin perbincangan mewujudkan kerajaan perpaduan diantara puak Hamas dan Fatah giat dilaksanakan demi masyarakat Palestin, begitu juga di Lubnan apabila ketua Hizbullah menyatakan mereka sanggup berkerjsama dengan pihak lain demi perpaduan masyrakat Lubnan.


Dalam situasi ini siapa yang lebih berjiwa besar didalam PAS adakah Hadi Awang ataupun Nik Aziz, sekiranya dibandingkan dengan Presiden PAS terdahulu Allahyarham Fadzil Noor ketokohan beliau amat berbeza, Fadzil Noor memang berjiwa besar dengan sifatnya berganding bahu dengan bekas Tun dr Mahathir untuk duduk bersama di satu pentas atas nama memperjuangkan Isu Palastin.

Sebenarnya ke arah mana yang ingin dibawakan oleh Nik Aziz, ini yang menjadi persoalan, adakah beliau sependapat dengan sesetengah pihak dalam PAS yang mengatakan Kerajaan BN harus diruntuhkan terdahulu barulah difikirkan arah tuju parti tersebut.

Di Pakistan sebelum kerajaan Presiden Pervez Musyaraf jatuh, dua parti pembangkang utama di negara tersebut iaiu parti rakyat Pakisan pimpinan Benazir Bhuto dan suaminya Asif Ali Zardari dan parti Liga Islam Pakistan (PML-N) pimpinan Nawaf Syarif telah bersatu tenaga mengalahkan kerajaan dari Parti Liga Muslim pakistan (PML-Q) yang pro kepada Musharaf. Namun selepas kedua parti tersebut menang dalam pilihanraya pakistan, Nawaz Sharif mengumumkan beliau menarik diri dari kerajaan yang dibentuk oleh Asif Ali Zardhari yang menolak tuntutan Nawaz Sharif.


Bermula saat itu hubungan kedua parti yang satu ketika mempunyai musuh yang sama mengalahkan Musharaf sudah renggang dan hari ini mereka sesama sendiri masih bertelagah dan akhirnya Nawaf dikenakan tahanan rumah dan Pakistan menjadi kacau bilau,baca sini
Apakah ini yang akan terjadi kepada PAS suatu hari nanti sekiranya pembangkang menang besar didalam pilihanraya Malaysia dan diwaktu itu DAP dan PKR sudah tidak memerlukan lagi PAS seperti apa yang dilakukan oleh PPP di Pakistan. Sebenarnya parti yang diterjuai oleh Benazir Bhutho sebelum ini berfungsi seperti apa yang ada pada Parti Keadilan Rakyat di Malaysia, antara kedua parti ini tiada beza ketara kerana kedua-dua pemimpin ini ada kaitan dengan Amerika.

Saya tidak fikir Musyidul Am mampu menundukkan pendapat kumpulan Liberal Sosialis dalam Parti Keadilan Rakyat, kerana sehingga ini pun golongan ini bangga mengatakan apa yang terjadi di Perak adalah sama dengan idea Pencerahan dan revolusiner di Eropah
baca sini . Pada mulanya saya agak terkejut dengan kenyataan penulis ini tetapi apabila saya mengkaji pemikiran beliau dan kehidupannya, saya sedikitpun tidak terasa terkejut. Kerana penulis tersebut adalah pengikut setia Anwar Ibrahim, dan Anwar adalah pemimpin yang ingin menyambung ideanya.


Membandingkan idea pencerahan dengan apa yang berlaku diperak adalah tidak wajar sama sekali, kerana pencerahan di eropah lebih kepada usaha Martin Luther yang ingin mereformasikan agama Kristian setelah berlakunya penyalahgunaan gereja dikalangan golongan bangsawan. Adakah situasi di Malaysia penyalahgunaan agama setara dengan apa yang dialami oleh orang kristian sewaktu zaman Renaisance, hingga perlu kepada penafsiran semua kitab al-Quran ini yang menjadi tanda tanya kita.

Soalnya adakah kesemua orang dalam PKR mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan penulis tersebut? jika benar maka tidak mustahil sekali lagi para ulama akan diperlekehkan dan kitab al-Quran akan terpaksa dikaji semula seperti yang dialami oleg agama kristian sewaktu zaman renaisance. Adakah sebegitu hina teruk ulamak dan kita pada golongan ini, sedangkan dalam islam para ulama/umara' mempunyai kedudukan yang penting. Begitu juga dengan Al-Quran kekal relevan sepanjang hayat dan tidak perlu penafsiran semula.

Pada saya tidak seharusnya apa yang berlaku di Perak dibandingkan dengan apa yang berlaku di zaman Renaisance Eropah. Tiadakah lagi contoh yang paling baik dalam dunia islam untuk diambil contoh? sedangkan sejarah mengatakan Islam terlebih dahulu mencipta Tamadun berbanding dunia barat.




11 Mac 2009

Renaisance, Reformasi dan Pencerahan


Sesudah mengalami zaman kelam (juga dikenali sebagai pertengahan) selama 600 tahun, bermula zaman kejatuhan Kerajaan Rom dan berakhir pada pertengahan abad ke-14, Eropah telah melalui zaman kebangkitan keintelektualan atau dikenali juga dengan Renaisance. Pada masa ini ada suatu keghairahan baru, suatu pencerahan ke atas semua aspek budaya pemikiran telah berlaku.

Renaisance sebenarnya berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia.

Zaman ini berlangsung dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 17 dan pertama kali diperkenalkan di Itali. Gerakan ini berlaku disebabkan kekalahan tentera kristian dalam perang salib dan kejatuhan Kota Constantinople (Istanbul). Kekalahan tersebut menyebabkan para pemikir dan golongan ilmuan beredar dari Kota tersebut menuju Itali. Mereka menyedari telah tiba masa untuk berubah dan memikirkan strategi untuk menguasai teknologi, sebelum itu mereka harus melepaskan diri dari pengaruh zaman pertengahan(kegelapan) dengan kembali kepada zaman klasik yang sebelumnya dilarang kerana dianggap melanggar misi ketuhanan. Gerakan ini bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.



Zaman ini juga dikenali sebagai kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah. Hasil daripada Renaisance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 .

Pada saat ini kewibawaan institusi gereja dipersoalkan dan imejnya sangat merosot kerana pertentangan pendapat dengan para teologi, antaranya pandangan daripada Copernicus dan Galileo. Mereka memiliki pendapat yang bertentangan dengan pendapat yang dipegang oleh gereja khatolik mengenai sistem peredaran Matahari dan bumi. Pandangan ini menyebabkan masyarakat Eropah melihat ada kecacatan pada institusi gereja dan perlu pernafsiran semula atau reform.

Semua perkembangan dalam falsafah dan ilmu pengetahuan ini mempunyai kesan yang sangat besar pada iman orang Kristian. Para teologi agama pada masa itu sangat terpengaruh dengan falsafah dan ilmu pengetahuan. Ia menyebabkan wujud kesan positif dan negatif dikalangan orang kristian. Kesan positif menurut orang-orang Protestan adalah berlakunya gerakan Reformasi. Namun yang negatifnya pada saat itu juga orang Katolik yang berpusat di Rom mengutuk gerakan reformasi ini.

Gerakan Reformasi yang paling besar adalah dari Martin Luther (1483-1546). Reformasi berasal dari perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru.



Reformasi Luther ketika itu menyebabkab wujudnya gereja-gereja reformasi atau dikenali dengan gereja Protestan, dan ia telah mula didirikan di Jerman seterusnya diseluruh dunia. Tetapi yang pasti munculnya aliran Protestan telah menjadi titik awal toleransi dan pluralisme yang pada mulanya sukar diterima oleh aliran Katolik.

Munculnya gerakan reformasi ini kerana wujudnya perbezaan antara ajaran atau teologi dan amalan gereja dengan ajaran kitab. Peristiwa reformasi ini asalnya digerakkan oleh wujudnya penjualan surat penghapusan dosa di Jerman oleh Johann Tetzel. Sebenarnya tujuan penjualan surat-surat penghapusan itu adalah untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan gereja Santo Petrus di Rom, tetapi tujuan itu dikaburi dengan “bahasa rohani” yang berisi janji palsu seakan-akan dengan membeli surat itu penganut roman Khatholik akan lebih terjamin selamat.

Lanjutan itu wujud Keberanian Martin Luther membawa arus baru dalam pemikiran dan penentangan terhadap pemahaman tradisonalisme gereja khatolik sehingga menyebabkan Prostestan berkembang pesat selepas itu. Kebangkitan Luther dan Protestan dianggap sinar baru bagi masyarakat eropah.

Pencerahan di eropah yang selari dengan reformasi digereja telah menyebabkan Eropah bangkit dari kesuraman, sehingga ia menjadi kelahiran semula eropah. Pada saat itu segala bidang cabang ilmu telah bekembang dengan pesat di eropah. Berkembangnya keilmuan dan pemikiran masyarakat pada masa itu telah menyebabkan gereja kelihatan bodoh di kalangan masyarakat. Kebenaran sesuatu perkara mesti dibuktikan dengan ilmu sains dan itulah yang menjadi sandaran masyarakat. Malah golongan teologi dipandang sinis oleh golongan pemikir kerana mengangap mereka ketinggalan zaman dan tidak progresif.

Pengaruh Pencerahan
Kejayaan pencerahan di Eropah telah menyebabkan ia menular keseluruh pelusuk dunia termasuk ke Amerika Syarikat, malah dalam dunia islam pun turut terasa tempiasnya sehingga ke hari ini, apabila banyak perbincangan diadakan untuk mengajak umat islam agar berfikiran lebih terbuka dan menilai kembali strategi dalam mewujudkan pemerintahan dan sistem sosial masyarakat.

Perubahan-perubahan besar di abad pencerahan, telah menyebabkan ia berkembang secara revolusioner sepanjang abad ke-18 . Dengan cepat sistem struktur masyarakat lama digantikan dengan struktur yang lebih baru. Perkara ini terlihat jelas terutama dalam revolusi Amerika, revolusi industri, dan revolusi Perancis. Permulaaan yang dimulakan oleh ketiga-tiga revolusi ini menyebabkan pengaruhnya berkembang di seluruh dunia.


Para ilmuwan bangsawan tergugat, mereka mulai menyedari pentingnya menganalisis perubahan dalam masyarakat.Perubahan yang terjadi akibat berlakunya revolusi benar-benar telah merubah pemikiran. Struktur masyarakat yang sudah berlaku ratusan tahun dianggap telah ketinggaan. Bangsawan dan golongan gereja/agama yang dulunya mempunyai harta dan kekuasaan, disamaratakan haknya dengan rakyat jelata. Raja yang dulu berkuasa penuh, kini hanya memimpin berdasarkan undang-undang yang di tetapkan. Pada masa itu juga banyak kerajaan-kerajaan besar di Eropah telah jatuh dan terpecah.


Pengaruh ke Dunia Islam
Kejayaan Martin Luther dalam membawa idea reformasi agama telah menyebabkan ia dikagumi oleh para pemikir dan intelektual, kejayaan idea tersebut telah menyebabkan orang kristian dan dunia barat dapat menguasai dunia sehingga ke hari ini. Tatkala barat mengalami kemodenan dan meguasai pelbagai wilayah, empayar Kekuasaan islam mula berakhir dan runtuh apabila sistem pemerintahan Khalifah berakhir di Turki, dan orang islam yang pernah menguasai dunia suatu ketika dulu tertinggal di belakang sehingga ke hari ini.






Idea pencerahan tersebut juga telah menyebabkan wujud persepsi dikalangan orang islam supaya orang islam melakukan perkara sama terhadap tafsiran agama, dan mereka biasanya akan mengadakan pelbagai forum berbentuk Forum Muslim Profesional, mereka ini menyeru supaya diadakan perubahan atau pembaharuan, seolah-olah ingin melaksanakan seperti apa yang dilakukan oleh Martin Luther, antara contoh forum yang mempunyai idea seperti ini ialah Sidang Dunia Islam_US, Doha Qatar, 2009, dan juga Minaret of Freedom Institute.


Terpengaruh dengan idea pencerahan dari barat, di Malaysia hari ini khususnya masyarakat islam yang berfikiran Liberal mereka mempunyai tanggapan golongan agama seperti Mufti dan Ulama merupakan golongan tidak berfikiran terbuka dan mempunyai pandangan yang sempit. Jesteru golongan ini giat mengadakan siri dialog dan seminar bagi meluaskan pemikiran mereka kepada umum.


06 Mac 2009

Anwar Ibrahim tergolong mereka yang tertewas




Fa'tabiru Ya Ulil Albab.
Maka ambillah iktibar, wahai orang-orang yang berfikir.

Sejarah pernah mencatatkan Sultan Akbar (1560-1605) dari Dinasti Monggol di India telah mencipta ajaran sesat Din-Ilahi. Pada masa kekuasaannya, penduduk India terdiri dari beberapa kelompok agama antaranya Hindu, Islam dengan separuh darinya adalah pengikut sunah dan selebihnya adalah Syiah. Untuk memastikan kerajaannya kekal aman dari pertelagahan agama beliau telah cuba mempromosikan persefahaman antara agama dengan mewujudkan rumah Khana di Fatihpur Sikr pada 1575. Tempat ini digunakan untuk diskusi keagamaan kerana Akbar menyangka akan beroleh keuntungan daripadanya.

Pening dengan cabaran dan godaan semasa, Akhbar mengambil jalan mudah keluar dari belenggu persoalan apakah agama atau kedudukan yang perlu di selamatkan? dan mengorbankan islam demi agama lain.

Itu adalah sejarah yang terjadi suatu ketika dahulu, demi mendapat kedudukan Akbar sanggup memperlekehkan nilai agama sendiri dengan menyamatarafkan dengan agama lain. Dalam Din-Ilahi, Akbar telah mengadaptasi idea-idea dari beberapa aliran agama yang ada dan beliau telah menempatkan dirinya sebagai seorang manusia yang sempurna, yang lebih baik dari pemimpin-pemimpin agama pada waktu itu. Pemikiran Akbar yang ingin mecampuradukan agama telah menyebabkan ia ditentang oleh sebahagian kelompok umat Islam waktu itu. Akhirnya walau sehebat mana Akbar mencipta agama mengikut pemikirannya dia turut menemui ajal dan dikebumikan mengikut ajaran Islam.

Hari ini kisah tersebut seakan-akan berulang apabila Anwar Ibrahim mengemukakan ideanya dalam Sidang Pleno Dunia Islam-Us di Doha Qatar.
Petikan teks ucapan tersebut: klik sini teks keseluruhan dan Sini versi BM


"Muslims must be committed to change. The question that remains is how can we proceed? Firstly – real engagement must be inclusive. We should not start by building a wall around ourselves, setting preconditions, and prejudging groups and parties. These impediments only serve to strengthen old prejudices and further sow suspicion and doubt. Fruitful engagement must proceed from the premise that no nation (including America), no region (including the Arab world), and no culture or religion (including Islam) has a monopoly on the values of freedom, justice and human dignity. These are indeed universal principles that we all share."





Apakah maksud Anwar supaya umat Islam harus berubah? adakah pegangan umat islam selama ini salah dan harus diperbetul atau harus dilestarikan dengan arus dunia yang mengalakkan keterbukaan dan pluralisme. Ini yang bermain di minda saya, ke mana sebenarnya hala tuju yang Anwar ingin bawa umat islam kini, adakah beliau ingin kembali kepada apa yang dipratikkan oleh Akbar sewaktu Dinasti Monggol dengan cara yang lebih halus?


Antara Anwar dan Akbar mereka mempunyai terlalu banyak persamaan, keduanya cuba mengalakkan umat islam mengenepikan perbezaan dan membuang segala aturan-aturan yang dilihat boleh melemahkan umat islam pada pandangan mereka. Mereka juga cuba mempromosi bahawa semua agama mempunyai nilai yang baik dan seharusnya ia dihargai oleh semua pengikut agama. Sedangkan adalah jelas agama islam tiada bandingan dengan agama lain disisi Alllah.

Demi mencari kedudukan yang menjanjikan keuntungan dunia, adakah Anwar seolah-olah cuba mengkhianati Islam dengan agenda yang cuba dibawanya dihadapan rakan-rakan yang sealiran di Sidang Pleno tersebut? semoga lakaran sejarah Akbar yang amat menyedihkan itu tidak tertulis lagi sesunguhnhya umat islam tidak mahu berendam air mata lagi, janganlah cuba mengubahsuai Islam, mencipta sebuah agama yang sederhana, yang arah tujuannya kepada kekuasaan dan disenangi oleh pelbagai pihak, semata-mata mahu mengampu musuh-musuh Islam. Atau mahukah Anwar di bangkitkan di akhirat kelak sebagai pemimpin Islam Liberal /Pluralisme?

04 Mac 2009

bila anwar gilakan Obama-pluralisme, liberalisme



Anwar sewaktu Sidang Pleno Forum Dunia Islam-AS yang diadakan di Doha, Qatar dikenali sebagai Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia klik sini . Antara isi ucapan beliau di Sidang Pleno yang berlangsung pada 14 Februari 2009, di Hotel Hotel Four Seasons, Qatar teks asal ialah mengajak umat Islam supaya memberi sokongan kepada Presiden Barack Obama dalam usaha merapatkan hubungan antara Amerika Syarikat dan dunia Islam.


Soalnya diatas kapasiti apa Anwar mengajak umat islam supaya memberi ruang kepada Obama, atas kapasiti Menteri Parlimen persekutuan Malaysia?, atau Anwar sudah bertukar kerjaya dengan menjadi jurucakap tidak rasmi kepada Obama. Kenapa agaknya beliau beria-ia benar melobi Obama kepada dunia islam, sedangkan kita mengetahui mana-mana Presiden Amerika pun kesemua perlu mempunyai hubungan baik dengan orang Yahudi dan Israel. Apatah lagi Obama yang mwakili Parti Demokrat yang sebenarnya lebih bahaya dari apa yang dilakukan Bush, mungkin hanya cara sahaja yang berbeza. Semenjak Obama menjadi Presiden Amerika polisi yang beliau lakukan lebih menguntungkan dunia islam? yang pasti antara yang dilakukan beliau ialah merapatkan hubungan dengan Israel seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton klik sini .

Adakah hanya dengan menutup penjara Guantanamo sudah menandakan Obama ini Pro Negara Islam, sedangkan umum mengetahui kebanyakkan tahanan-tahanan Guatanamo sebenarnya adalah puak radikal yang pada peringkat permulaan adalah dibiayai oleh Amerika sendiri untuk mengalahkan musuh lain, bila keadaan tidak terkawal barulah Amerika mengelarkan pejuang yang Pro-Taliban ini adalah pengganas. Malah yang menyedihkan imej Islam telah tercemar gara-gara wujudnya puak ini.

Dalam Sidang tersebut juga Anwar memuji apa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998, sedangkan kita mengetahui sejak era Reformasi hingga kini Indonesia masih merangkak untuk menempatkan dirinya kembali dalam kuasa ekonomi di Asia, bayangkan negara yang punya penduduk 220 juta hanya mampu menarik sekadar 6 juta pelancong dalam kempen Visit indonesia pada tahun 2008 sedangkan target adalah 7 jua orang Klik sini . Harga reformasi di Indonesia terlalu mahal apabila ramai rakyat Indonesia yang terbunuh dalam pertelagahan sesama sendiri dan semakin ramai rakyat Indonesia jatuh miskin. Betul Anwar kata tiada campur tangan tentera asing, tetapi secara jelas Anwar tidak memberitahu Amerika telah mula masuk mencampuri hal ehwal Politik Indonesia semenjak reformasi tersebut.

Sebenarnya apa kaitan Indonesia dengan Anwar dan Obama ini, adakah Anwar ingin memberitahu dunia bahawa Amerika melalui Presiden Bill Clinton dari parti demokrat yang memainkan peranan utama menjatuhkan ekonomi Indonesia melalui George Soros, atau Anwar ingin memberitahu kepada dunia bahawa Indonesia seharusnya berterima kasih kepada Amerika kerana memperkenalkan demorasi yang sebenar.

Selepas jatuhnya pemerintahan Golkar di indonesia , Gusdur telah dilantik menjadi Presiden Indonesia, semenjak itu sehingga sekarang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan Indonesia malah yang menyedihkan saat dan ketika itu juga Timur Timor terlepas dan menjadi negara terpisah dari negara Indonesia secara rasmi pada Mei 2002 dengan dikenali sebagai dengan Timor Leste. Adakah ini yang ingin dibanggakan oleh Anwar?

Anwar juga sekali lagi memuji kerajaan Turki dalam ucapannya di Sidang Pleno tersebut, menurut Anwar, Turki merupakan negara Muslim yang paling matang dalam Demokrasi di dunia. Apa yang matang kerajaan Turki bila mereka masih mengadakan hubungan diplomatik dengan Isarel dan maih menyerang kaum Kurdis di Utara Iraq? adakah Anwar ingin meyakinkan kepada pihak Amerika bahawa Presiden Turki dan Perdana Menterinya sekarang adalah Pro-Amerika. Dan seharusnya Amerika menjaga Turki? kerana ia merupakan model baru kerajaan moderat islam di seluruh dunia.

Cara Anwar berpolitik semakin hari semakin mendedahkan sikap munafiknya, dan tidak salah kiranya dikatakan Anwar telah dijadikan platform oleh Amerika untuk membentuk satu model masyarakat baru dalam dunia islam agar mengenepikan segala perbezaan nilai yang ada termasuk nilai agama dan sebagainya, semata-mata membolehkan Amerika terus menguasai dunia.