24 April 2009

Hadi Awang tersungkur di pentas Muktamar?


Ibarat air yang mendidih sedang tumpah ke lantai itulah yang boleh dikatakan pada PAS hari ini, walaupun pemimpin utama mengatakan tiada kelompok ulama ( kelompok presiden Hadi Awang) dan Erdorgan ( kelompok profesional pimpinan Husam) dalam PAS namun hakikatnya, percikkan dari kepanasan didihan air tersebut terlampau kuat hingga telah jatuh ke bumi, sehingga bahang kepanasan air tersebut turut dirasaai orang lain.


PAS seboleh mungkin akan cuba mengelak masalah dalaman parti diketahui oleh musuh, kerana dibimbangi akan membawa imej tidak baik terhadap parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan. Bagi mengelakkan masalah dalaman parti diperbincangkan di kalangan massa, kelemahan musuh diperbesarkan oleh jentera parti. Hasilnya PAS berjaya menutup ruang kelemahan yang ada pada diri.


Namun akhir-akhir ini perkara ini sudah tidak dapa dilindungi lagi, lebih-lebih lagi semenjak kelompok Erdorgan yang diketuai oleh Husam Musa ini diberikan harapan oleh akar umbi PAS dalam pemillihan kawasan.


Sudah ada suara-suara yang berani mempertikaikan konsep wala' kepada pimpinan, konsep kepimpinan ulama dan mengkritik secara terbuka gerak kerja parti oleh kumpulan Presiden.


Lebih jelas lagi apabila ada yang ingin mengangkat Mursyidul Am PAS sebagai Presiden Parti, walaupun cadangan ini mustahil kerana faktor umur Nik Aziz namun ia mempunyai mesej yang besar kepada Presiden sedia ada iaitu Hadi Awang.


Hingga hari ini Husam masih belum membuat kenyataan beliau ingin mencabar Presiden atau Timbalan Presiden hanya Mat Sabu sahaja yang ingin menyatakan hasrat mencabar kerusi Timbalan Presiden yang dimiliki oleh Ustaz Nasharudin. Mungkin Husam sedang mengintai diam-diam sekiranya arus didalam PAS semakin besar dan beliau semakin banyak mendapat pencalonan yang inginkan beliau menjadi peneraju atau org no 2 parti, saat itu baru beliau muncul dan menawarkan diri, kerana saat itu beliau mengetahui beliau akan menang.


Kita harus ingat sejarah PAS sebelum ini menunjukkan itulah yang dialami olah Dato' Asri tanpa disedar oleh beliau terdapat gelombang yang besar ingin menolak beliau sebagai Presiden. Tatkala Muktamar ke-28 beliau terpaksa meletakkan jawatan dan mengembalikan amanah yang diberi oleh pewakilan kepadanya.



Adakah Hadi Awang atau Nasharudin akan mengalami perkara yang sama dalam Muktamar Jun nanti, ini yang merisaukan kumpulan penyokong Hadi Awang. Sewaktu zaman Dato Asri ahli PAS sering mengagap PAS itu Asri dan ASri itu PAS kerana karisma kepimpinan yang ada pada tokoh tersebut, malah Anwar Ibrahim sewaktu menjadi timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pun pernah menyanjungi kepimpinan Asri lantaran ketokohannya.

Kini Husam Musa pun seakan-akan mempunyai karisma kepimpinan yang hampir sama dengan Asri, golongan profesional didalam PAS lebih melihat Husam mempunyai karisma kepimpinan berbanding tokoh Hadi Awang atau Nasharudin yang dianggap lembap.

Walaupun mereka tahu Husam menpunyai hubungan yang intim dengan Anwar tetapi golongan ini seolah-olah memaafkan dan membiarkan perkara tersebut kerana terlalu membenci Hadi Awang dan Nasharudin lantaran idea muzakarah dan unity goverment.


Yang kelakarnya idea itu belum pernah pun diperbincangkan secara serius oleh PAS dan UMNO, tetapi kumpulan Erdogan telah menjadikan itu sebagai alasan utama menolak kepimpinan Ulama.


Kumpulan Husam ini seringkali menggunakan Nik Aziz sebagai benteng untuk menyelamatkan diri jika tersepit dalam sesuatu perkara yang melibatkan kumpulan tersebut atau teman baik kumpulan ini iaitu Anwar Ibrahim dan DAP. Kerana mereka tau orang PAS akan hormat kenyataan yang dikeluarkan olelh Mursyidul Am dan dihormati. Sebab itu seringkali kita terkejut apabila Nik Aziz mengeluarkan pandangan yang dianggap luar konteks pemikiran hingga tidak terlintas di fikiran seperti membela Elizabeth Wong dalam skandal gambar separa bogel (walaupun menegetahui exco tersebut pernah bersekedudukan dengan Hilmi) dan merestui penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lain.




Suatu ketika dahulu orang PAS selalu mengatakan UMNO yang menjadikan Ulamak umpama ular dalam semak, namun sekarang kita dapat melihat Husam sendiri yang menyalahgunakan ulamak untuk menaikkan kedudukan politikknya.








22 April 2009

Singapura Israel di ASIA?

Menurut sebuah laman konsultan pertahanan india, menjelaskan apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, pada masa yang sama tentera British juga telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Asia.

Rentetan itu telah menyebabkan Lee Kuan Yew yang masa itu menjadi Perdana Menteri Singapura telah meminta bantuan India untuk mambangunkan Angkatan Tentera dan juga Hubungan Luar. Namun India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Hubungan Luar sahaja, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

Singapura selepas itu meminta bantuan daripada Israel dan kemudian mengambil Afrika Selatan sebagai model dan mengunakan pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Switzerland. Kini negara tersebut dikatakan memperuntukkan belanjawan ketenteraan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

Kisah kejayaan tentera Singapura menurut laman tersebut adalah hasil usaha dari Lee Kuan Yew dan dibantu oleh anaknya Brig Gen Lee Hsein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang ini merupakan Menteri Kanan.

Singapura juga mempunyai kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan melalui kerjasama dengan DRDO dan Tentera Laut India,Pada tahun 2004 dikatakan telah diadakan latihan bersama angkatan tentera singapura dengan angkatan tentera India (IAF). Adanya hubungan ini antara Singapura dan India ini akan memberi keuntungan kepada India kerana Singapura sudah tentu akan melabur di India dan seterusnya akan membantu ekonomi India berkembang.

Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manfaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak.

Artikel dibawah ini pula ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan dengan terperinci sejarah hubungan ketenteraan Singapura dan Israel.

Hubungan Cinta Rahsia, Dalam Gelap

(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar ‘Mexicans’, membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)

Oleh Amnon Barzilai

Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan padatahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura.

Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Diameninggal dunia 15 tahun lalu.
then a colonel, who waslater promoted to brigadier general. After leaving the army, he became a consultant to the Singaporean army. He died 15 years ago.

“Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka ‘Mexican’, menurut Lee Kuan Yew.Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara.

Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan,dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan. Bidang kerjasama, menurut sumberasing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapal terbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untukmenaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki.Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.

Dikelilingi Orang Islam Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura” menurut Lee Kuan Yew. Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh,menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmeldari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”,menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee,yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”
Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book," mengenai pembentukan KementerianPertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura.

Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.“Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita :‘Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura,’” menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. “Sahabat sekelian,” kata Rabin, “Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri.Kedua, awak pergi ke sana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain”.Bangun Jam 5:30 pagi

Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. “Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.” Menurut Golan.“Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera”.
Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israel. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua, bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

“Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.” Golan mengulas. “Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif.”

Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam7:30 pagi hingga 1 tengahari. “Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata,‘ ‘Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini?’ Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku.Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda’. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.

Penganggur Bukannya Tentera

Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel, setiap rejimen mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan –sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in acompany commanders course, was sent as an adviser."Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura,” katanya. “Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura.Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran.”

Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, “saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur,’ kata Lee.

Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : “Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa.Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British”.

Kata Golan, “Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan.Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ?”
Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendaki berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun.Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan latihan mengejut.

Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.

Kejutan Kereta Kebal

Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. “ Bot tesebut dibuat dari kayu yang baik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai,” kata Golan.“Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah”.

Kolonel bersara Asher Dar berkata, “Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.”

Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. “Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan”, kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.

Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri PertahananMalaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat.“Ianya mempunyai kesan dramatik”, Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaan mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-BangsaBersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.

Asas Penubuhan Tentera Udara

Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.

“Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru berpandu,” Tzivoni memberitahu. “British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain.” Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.

Uzi (senjata) dan Lagu Kawad Israel


Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi untuk jarak dekat sahaja.

Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. “Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan,” menurut Yehuda Golan.

“Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal”, tulis Lee.

“Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri,” menurut Golan. “Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.” Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera – apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.

Buku Panduan Pertempuran Hutan

Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasuki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajar bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura"
Jika begini asas pembentukan Singapura, maknanya Lee Kuan Yew sememangnya sudah merancang dengan bantuan orang Yahudi untuk menjatuhkan kuasa orang Islam di Asia Tenggara. Dan sebab itu tidak hairan jika kita katakan tangan2 Yahudi sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku pertelagahan dan hubungan tidak mesra di antara Singapura dan negara sekitarnya.

18 April 2009

jarum-jarum Amerika mula menyuntik


Ada suara persoalkan atas alasan apa Amerika pilih Anwar sebagai ejen dan penghubung kepada mereka, kerana pada mereka apa yang ada pada Malaysia di mata dunia? Malaysia bukan punya komposisi penduduk Islam teramai pun di dunia pada hari ini, Malaysia bukan kuasa nuklear seperti dimiliki Pakistan pun dan Malaysia tidak ada sejarah hebat seperti Turki pun untuk dunia umat islam.

Perang dingin sebelum pasca kejatuhan Soviet menyebabkan kuasa besar menubuhkan pelbagai kumpulan untuk menjaga kepentingan masing-masing, pihak barat menbuhkan Nato di eropah dan pihak komunis menubuhkan pakatan Warsaw. Pakistan dibayangi Amerika dan India dibayangi Soviet. Di Asia Tenggara bagi menjamin pengaruh dunia barat, Pertubuhan perjanjian pertahanan lima negara (FPDA) telah ditubuhkan melibatkan Britain, Malaysia, Australia, Singapura dan New Zealand. Ini dilakukan bagi membendung pengaruh komunis yang berada di negara indo-cina dan juga di Indonesia. Namun begitu pada hari ini pertubuhan ini hanya berfungsi sebagai medan latihan dan kerjasama antara negara sahaja selepas runtuhnya kuasa Soviet Union.

Satu ketika dahulu juga Indonesia yang sewaktu itu berada dibawah pengaruh Komunis telah melancarkan satu dasar iaitu "ganyang Malaysia" bagi menunjukkan Malaysia merupakan fraksi barat untuk mengekalkan hegemoni kehadiran barat di Asia tenggara.

Era 1070-an dibawah Perdana Menteri Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei, Malaysia cuba keluar dari bayang-bayang Britain apabila kerajaan ketika itu tanpa di duga menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, pada saat itu tindakan Malaysia dilihat begitu berani dikalangan dunia membangun yang rata-rata di pengaruhi oleh dunia barat pada masa itu kecuali negara komunis yang berpaksikan kepada Soviet Union. Malaysia juga secara aktif telah menyertai Pertubuhan Negara-negara berkecuali (NAM) dan melalui ASEAN konsep ZOFFAN) telah diterima dan diperjuangkan Malaysia bagi menolak pengaruh kuasa tentera di rantau Asia Tenggara.

Peranan Malaysia, selepas itu dalam menentukan dasar luar sentiasa dilihat oleh pelbagai pihak kerana Malaysia seolah-olah cuba melepaskan diri dari bayangan kuasa barat. Pada barat seperti mana pentingnya Indonesia pada dunia barat, begitulah pentingnya Malaysia pada kaca mata mereka. Suatu ketika dahulu Amerika mungkin boleh mengharapkan Britain untuk menjadi penghubung kepada Malaysia tetapi kini hubungan Britain dan Malaysia hanya tinggal sejarah dan tidak mungkin Malaysia akan kembali kepada era awal kemerdekaan dulu.

Awal 80-an apabila Mahathir mula meniti di bibir rakyat Malaysia, beliau telah memperkenalkan dasar "British buy last" dasar pandang ke Timur juga telah diperkenalkan dan Pertubuhan Negara Islam (OIC) telah diberi tempat istimewa dalam polisi luar negara, ASEAN diperkasakan, NAM diberi keutamaan, G15 diperkenalkan dan hasilnya Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) diwujudkan untuk membantu negara-negara membangun khususnya di Afika.

Polisi dasar luar yang ketika itu dilihat memperjuangkan nasib negara membangun dan tertindas telah menyebabkan rakyat Bosnia lebih menyanjung tinggi Malaysia berbanding negara Turki yang mempunyai kaitan sejarah denagn mereka. Begitu juga negara-negara membangun lain yang mendapat faedah besar dari limpahan kekuatan ekonomi dan kemakmuran ekonomi Malaysia. Ketika itu Petronas diberi ruang sebebas-bebasnya meneroka minyak di negara membangun yang tidak boleh dimasuki oleh syarikat minyak Amerika dan negara barat lain.

Kepercayaan negara membangun kepada Malaysia adalah disebabkan hasil kemakmukan dan kejayaan ekonomi Malaysia yang dilihat ramai penganalisis ekonomi sebagai keajaiban Malaysia, walaupun lewat memperolehi kemerdekaan namun Malaysia mampu mencipta sendiri formula hingga mengejutkan negara kuasa ekonomi lain.

Di sini pihak Amerika melihat kehadiran Malaysia akan memberi ancaman terhadap polisi mereka, di saat ini kepentingan Amerika perlu diperkuatkan dengan menjadikan sebuah negara sebagai mata dan telinganya, selepas Senat Filipina menyokong polisi menutup pengkalan tentera Amerika di Teluk Subic, negara kuasa besar tersebut terpaksa mencari negara lain bagi menjaga kepentingan mereka, disebabkan Australia terlalu jauh ke hujung dunia mereka telah memilih Singapura sebagai pusat gerakan. (sebagai makluman Singapura sejak tahun 1969 telah membenarkan pewakilan Israel ditempatkan di negara tersebut dan negara tersebut banyak meminta bantuan Israel dalam membantu aspek nasihat keselamatan). BJ Habibie Presiden Indonesia pernah mengatakan negara Singa tersebut seakan "titik merah" kepada keharmonian asia tenggara bagi merujuk peranan Singapura.

Sebagai negara yang memegang kuasa ekonomi dunia Amerika melihat kemunculan Malaysia dibawah pengaruhnya akn menyebabkan peranan negara tersebut di kalangan negara membangun dan Islam akan tertinggal, jesteru itu tidak mustahil kalau kita katakan Amerika tiada pilihan melainkan terpaksa mengunakan pelbagai cara untuk menjadi tangan-tangan yang mempengaruhi dasar2 Malaysia.

Antara cubaan jelas yang cuba dilakukan oleh Amerika ini ialah melalui pengaruh Yahudi, sewaktu tahun 1997/98 bermula di Mexico, kemudian merebak ke Korea dan Thailand, seterunya menjadi domino kepada beberapa negara lain termasuk Indonesia, ekonomi dunia merudum disebabkan mainan spekulator mata wang George Soros, disebabkan itu nilai mata wang banyak negara susut dan ekonomi merudum dengan begitu teruk, IMF telah memperkenalkan pelan pemulihan dengan meletakkan beberapa syarat untuk menerima dana tersebut.

Pada masa ini Anwar Ibrahim merupakan Menteri Kewangan Malaysia, disebabkan beliau mempunyai sentuhan Amerika, cadangan IMF tersebut telah diterima oleh Anwar Ibrahim untuk dilaksanakan di Malaysia. Tun Dr.Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu nampak kelibat siapa disebalik Anwar telah bertindak mengambil alih jawatan Menteri Kewangan dan memperkenalkan Formula sendiri. Akhirnya formula Malaysia berjaya mengeluarkan Malaysia dari kesan kegawatan ekonomi tersebut.

Kejayaan Malaysia memulihkan ekonomi menyebabkan suara kegelisahan rakyat dapat dibendung dan permainan Amerika untuk memainkan peranan dalam politik Malaysia berakhir. Sekiranya Malaysia menerima pelan ekonomi IMF pada hari ini demografi Malaysia mungkin akan berubah, asas negara mungkin akan hilang dan dasar bumiputera mungkin akan dimansuhkan dan pelbagai kemungkinan lain.

Di Indonesia harga paling mahal dengan penerimaan pakej bantuan IMF ialah Indonesia hilang Wilayah Timur Timor (Timur Leste) dan mereka terpaksa mengikut telunjuk IMF dalam menetukan polisi ekonomi mereka. Bermula saat itu beratus-ratus syarikat dari Amerika telah mula masuk untuk merebut peluang ekonomi yang selama ini dihalang oleh kerajaan Orde baru Suharto.


bersambung...

14 April 2009

Anwar tokoh pembaharuan agama


Anwar sewaktu berucap di forum “Masa depan demokrasi Muslim" yang di anjurkan oleh "National Endowment For Democracy " (NED) pada 1 Disember 2005 seolah-olah menyokong pemikiran Abdul Rahman Al-Kawakiby dan turut mengatakan pemerintahan Sultan Abdul adalah diktator. Lihat sini

Siapa sebenarnya Abdul Rahman Al-Kawakibi yang diagung-agungkan Anwar sehingga begitu bangga beliau menyebut tokoh tersebut di depan puak yang ingin memecahbelahkan Islam?

Menurut Dr. Eaman Mohames Abbas dalam buku Sultan Abdul Hamid dan kejatuhan Khilafah Islamiyah, terbitan Pustaka Salam 2002, Abdul Rahman Al-Kawakibi ini merupakan pelopor kepada gerakan nasionalis dan patriotisme Arab sewaktu Sultan Abdul Hamid sedang memerintah sebahagian besar dunia umat islam di Timur Tengah.


Seruan yang bermula di Syam Syira ini seolah-olah menghasut penduduk arab supaya meragui kepimpinan Sultan Abdul Hamid kerana bukan dikalangan bangsa Arab. Beliau juga menjaja idea bahawa setiap kaum atau bangsa yang menjadi warganegara di Daulah Uthmaniyah hendaklah memperolehi kemerdekaan kaum dan pentadbiran yang sesuai dengan adat istiadat dan keadaan semulajadi negara mereka.

Melalui idea ini beliau mula mengatur langkah melakukan reformasi yang selepas itu dianggap sebagai faktor pencetus kepada gerakan nasionalisme arab dan pembentukan Negara sekular sebagai ganti Negara Islam.

Abdul Rahman Al-Kawakibi juga amat cenderung kepada model umum sistem pemerintahan demokrasi di eropah. Beliau berpendapat bahawa masalah membentuk kerajaan merupakan masalah asasi kepada manusia dan beliau menyeru agar Negara-negara di Timur agar menuruti jalan Demokrasi yang telah didahului oleh barat. Di dapati juga tokoh ini banyak menceduk pemikirannya dengan pemikiran seorang penulis Itali iaitu Alfieri Vittoria.

Melalui pemikiran Alfieri beliau telah menyesuaikan denagn citarasa dan kebudayaan timur. Lanjutan bagi mengembangkan idea pemikirannya beliau pernah mengadakan Persidangan kebangkitan Islam pada tahun 1898, dengan menyeru dilakukan reformasi hal ehwal orang-orang islam, selain menyeru kepada pembebasan kekuatan Ijtihad.

Al-Kawakiby juga sebenarnya tidak menyukai Sultan Abdul Hamid hingga belia mengangap Sultan tersebut seorang Diktator dan beliau sering ingin melakukan revolusi ke arah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berpendapat bahawa islamnya seseorang pemerintah tidak memberikan hak yang sah sebagai pemerintah, yang penting tertegaknya keadilan, walaupun ia dilakukan oleh seorang pemerintah bukan islam.

Ketika Al-Kawakiby mengemukakan program politik versinya “ Kesatuan Islam” beliau dikatakan sebenarnya telah terkeluar daripada konsep asasi sistem politik islam yang tidak mengiktiraf kewujudan dua kekuasaan kepada ketua kerajaan ialam iaitu kuasa agama dan kuasa politik (sivil). Jelas disini bahawa Al-kawakiby telah terpengaruh dengan konsep yang dibawa oleh gereja barat .

Tokoh kelahiran Aleppo, Azerbaijan ini juga berkeyakinan bahawa agama hendaklah dipisahkan daripada Negara.

Selain itu beliau juga menolak dengan keras campurtangan ulama dalam hal ehwal politik, kecuali mempunyai kepentingan dengan kewajipan mereka. Idea-idea Al-kawakiby ini kemudiannya telah diikuti oelh sekularis Arab, golongan Tawraniyyin, al-iittihad dan Kamalis.

Apabila runtuhnya pemerintahan Utmaniyah konsep yang digagaskan oleh Al-Kawakiby telah mula dipraktikakan oleh Mustapa kamal Atarturk.

Sebenarnya konsep memisahkan agama daripada negara semasa waktu itu dianggap ramai orang dan kelompok pemikir sebagai keberanian yang luar biasa yang dimiliki oleh al -kawakibi.

Al-Kawakiby juga berpendapat bahawa agama adalah apa yang dianuti oleh seseorang peribadi, bukannya apa yang dianuti oleh semua orang. Selain itu beliau juga mengatakan agama hanya bersangkut paut dengan akhirat dan tidak mempunyai kaitan dengan dunia yang boleh disusun oleh manusia melalui ijtihad dan undang-undang keduniaan mereka sendiri. Pemikiran ini sebenarnya bertentangan dengan tabiat agama islam yang menangani bersama urusan2 dunia dan akhirat.

Abdul Rahman Al-Kawakiby juga pernah berkata ;

“marilah kita sendiri menguruskan kehidupan dunia kita dan membiarkan agama memerintah di akhirat sahaja”

Jika begini tokoh yang dikagumi oleh Anwar Ibrahim, apa sebenarnya yang boleh kita katakan pada Anwar sendiri. Adakah Anwar ingin menjadi tokoh pembaharuan agama juga? Adakah benar Anwar ingin mendaulatkan Islam? Jika ini yang difikirkan oleh Anwar maknanya jangan terkejut satu hari nanti sejarah yang berlaku di bumi Turki suatu ketika dahulu akan datang Malaysia.

Tepuk Dada Tanya Akal

13 April 2009

Kejatuhan Daulah Islamiyah - kebebasan dan kesamaan




Pemerintah Rusia Tsar Nicholas 1, pada tahun 1833 telah menggelarkan Sultan Abdul Hamid II sebagai ‘orang eropah sakit’ lantaran pelbagai kecelaruan dan tekanan yang dihadapinya di zaman pemerintahan Khalifah terakhir umat Islam hingga menggangu pemerintahan. Ekoran kelemahan kerajaan Daulah Uthmaniyah sewaktu itu, Semua pihak seperti Perancis dan Britain mahukan wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaan Sultan Abdull Hamid samaada sebahagian atau kesemuanya dan tidak ketinggalan juga orang Yahudi.

Sebenarnya orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Uthmaniyah merupakan pelarian daripada negara-negara Sepanyol selepas pemerintah Islam di Andalusia dikalahkan oleh tentera Salib Kristian dan seterusnya terjadi peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi di Andalusia.


Pada kurun ke 14, bagi menyelamatkan diri orang Yahudi telah melarikan diri ke Daulah Uthmaniyah, kerana mereka menyedari bahawa Kerajaan tersebut melaksanakan undang-undang Islam yang menjamin perlindungan, keamanan dan kemakmuran ke atas mereka. Malah pemerintah Daulah Uthmaniyah dan umat Islam telah menyambut kedatangan mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil berat terhadap mereka.

Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Utmaniyah menarik minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan mengatakan:


”Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib (kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah) yang berkilauan.”

Namun orang Yahudi telah mengkhinati perlindungan yang diberi oleh Sultan Abdul Hamid apabila mereka telah mula untuk mensabotaj kerajaan Daulat Uthmaniyah, apabila kerajaan tersebut berada dalam keadaan lemah kesan peperangan dan juga tentangan dalaman.


Pada kurun ke 19 pemikiran orang Yahudi telah berubah dan mereka telah keluar daripada pengasingan diri meraka , diwaktu itu bangsa eropah serta Amerika telah mula menerima mereka sebagai warganegara. Revolusi Perancis telah memberikan kesan yang besar terhadap perubahan ini

Konsep kebebasan, persamaan dan keadilan telah tersebar diseluruh eropah dan juga di wilayah kerajaan Daulah Uthmaniyah. Ini membolehkan orang Yahudi mudah bergaul dengan semua bangsa tanpa kekangan atau perkauman. Disaat itu orang Yahudi telah mula bangkit degan mencipta pelbagai penciptaan, menjadi ahli perubatan, tentera dan juga penyelidikkan. Trend pemikiran mereka menunjukkan bahawa penindasan yang mereka alami di eropah menyebabkan mereka bergantung kepada kebolehan diri.

Kekayaan yang dimiliki oleh orang Yahudi menyebabkan semakin ramai orang Yahudi dari Rusia datang ke wilayah Daulah Uthmaniyah. Mereka juga mengadakan pertemuan-pertemuan tertutup untuk merealisasikan Negara Israel Raya.

Sebenarnya ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat ditubuhkan negara mereka iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Setelah pelbagai pertimbangan di ambil mereka memilih Palestin.

Israel sebagai tanah air bangsa Yahudi secara rasmi diwujudkan pada 1948 dengan sokongan PBB hasil dokongan Britan yang merupakan kuasa besar dunia pada masa tersebut. Tetapi secara tidak rasmi, mereka sebenarnya sudah lama merancang untuk mendapatkan kembali Palestin selepas ia dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn al-Khattab pada 13 Hijrah.

Sultan Abdul Hameed II yang memerintah Daulah Uthmaniyah sebenarnya telah mengetahui perancangan jahat Yahudi ketika mereka memohon berhijrah ke Palestin pada 1882. Namun ia dihalang oleh Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan:

“Dengan ini Khalifah Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. “

Larangan ini menyebakan ia dibantah oleh pewakilan Amerika ke Uthmaniah bahkan beliau meminta dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika dibandingkan dengan delegasi sebelumnya.

Tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl , seorang Zionis dari Hungary, telah diterbitkan untuk memadamkan sentimen anti-Yahudi di Eropah. Dalam buku itu beliau berhujah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau menindas mereka.


Seterusnya orang Yahudi telah mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin.

Rentetan persidangan itu, gerakan orang Yahudi menjadi semakin aktif dan ini menyebabkan Sultan Abdul Hamid II mengeluarkan pengisytiharannya pada tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan.

Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan kepadanya untuk:-

(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta pound emas Britain.
(2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas.
(3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.
(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci.

Sebagai tukarannya:
(1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu "untuk melawat tempat-tempat suci"

(2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem).

Sultan Abdul Hamid II enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka, kemudiannya menghantar jawapan kepada yahudi itu melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-

"Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka. Pemerintah Uthmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dengan wang musuh-musuh Islam.”

Beliau juga berpesan kepada Yahudi tersebut supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya. Pada tahun 1901, Sultan Abdul Hamid juga telah mengeluarkan perintah melarang sebarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Beliau juga memperketatkan peraturan “Paspot Merah” yang mempersulitkan kewujudan pendatang-pendatang Yahudi di Palestin.

Selepas kejadian tersebut orang Yahudi tidak berputus asa dengan Sultan Abdul Hamid, dalam tahun yang sama, iaitu 1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Sultan Abdul Hamid. Dr Hertzl meminta Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai tukaran mengenang jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling.

Tindakan Ini merupakan cubaan keduanya untuk mempengaruhi pemikiran Sultan Abdul Hamid selepas cubaannya yang pertama dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Namun Sultan Abdul Hamid enggan untuk berjumpa dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan mengemukakan cadangan mereka.

Sultan Abdul Hamid II menyuarakan ketegasannya melalui Ketua Majlis Menteri;


" Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup" .

Kegagalan demi kegagalan telah membuatkan orang Yahudi semakin berani menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid, hingga menyebabkan musuh Sultan Abdul Hamid semakin bertambah dan kuat kerana disokong oleh orang Yahudi.


Orang Yahudi juga telah mengunakan strategi lain untuk mencapai cita-citanya antaranya ialah melalui gerakan Freemason. Gerakan ini sebenarnya mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan pertubuhan 'Al-Ittihad wa Taraki '.Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan pertubuhan itu juga dikenali dengan Turki Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan ramai anggotanya terdiri dari orang Yahudi.

Bagi memastikan aktiviti pertubuhan itu berterusan, mereka telah mendapatkan sokongan kewangan dari orang-orang Yahudi Dawnamah iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya.


Persatuan itu juga menekan Khalifah supaya mengembalikan perlembagaan 1879 yang dirancang oleh Midhat Pasha yang juga merupakan seorang Dawnamah anggota Freemason. Akhirnya Mereka berjaya melakukan demikian hingga perlembagaan itu dikembalikan semula oleh Sultan Abdul Hamid II dan parlimen yang dibubarkan diwujudkan semula


Selain itu orang Yahudi juga turut menggunakan media untuk menembusi pemikiran masyarakat . Melalui media ini orang yahudi telah berjaya untuk membangkitkan fitnah kekacauan perkauman minoriti dikalangan bangsa-bangsa yang hidup di dalam Daulah Uthmaniyah.


Dengan kekayaan yang dimiliki oleh orang Yahudi hasil kejayaan mereka dalam perniagaan mereka telah membeli pelbagai akhbar di eropah dan Amerika bagi memudahkan mereka menyebarkan propaganda antaranya Associated Press di Amerika , majalah Times di London dan beberapa akhbar lain yang kesemuanya mempunyai agenda meyebarkan pemikiran Yahudi dan memburukan Islam, dan menyeru orang Yahudi berhijrah ke Palestin.


Media ini telah menyebabkan nama pemerintahan Daulah Uthmaniyah menajadi busuk dan tercemar di eropah kerana mereka seringkali memalsukan fakta-fakta sebenar dengan menganbarkan umat islam di Daulah Uthmaniyah adalah ganas dan Sultan Abdul Hamid merupakan pemerintah Zalim. Kesannya banyak negara eropah ingin menentang Sultan Abdull Hamid II kerana ingin membantu etnik minoriti yang kononnya ditindas oleh pemerintah.


Ini menyebabkan Daulah Uthmaniyah diancam dari pelbagai pihak samaada kelompok dalaman yang ingin menjatuhkannya dan juga pihak luar yang mempunyai agenda tersendiri. Hasilnya Sultan Abdul Hamid II terpaksa turun tahta dari kerajaannya pada 1909 dan menyerahkan tahta pemerintahan kepada golongan al -iitihad wa taraki yang secara jelas dibayangi oleh Yahudi dan negara barat yang memusuhi Islam. Baca sini

10 April 2009

pemikiran reformasi dan kebebasan

Kemunculan kelompok Turki Muda yang memperjuangkan reformasi dan kebebasan akhirnya menyebakan Bumi Palestin terlepas ketangan orang Yahudi dan Turki sehingga hari ini dibanyangi pengaruh Israel, inilah harga paling besar kesan pemikaran golongan Al Ittihad Wa taraqi ini ke atas dunia umat Islam.


Pada Akhir kurun ke-19, sewaktu pemerintahan Kerajaan Bani Utmaniyah telah muncul satu konsep pemahaman baru yang telah tersebar di kalangan rakyat kerajaan Uthmaniyah, bahawa reformasi dan pembaharuan yang dislogankan tidak akan sempurna melainkan dengan setiap kaum bangkit menyelesaikan masalah mereka sendiri, reformasi ini hanya akan berjaya apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid dapat disingkirkan dan mengishtiharkan satu perlembagaan baru bagi menyerupai perlembagaan yang ada di eropah.

Lantaran kemunculan aliran pemikiran seumpama ini, telah muncul kelompok yang membawa kepada penubuhan golongan Al-ittihad wa al-Taraqi, di antara kelompok awal kumpulan ni ialah munculnya kumpulan Jamaiyyat al-Uthmaniyyin al Judud. Kumpulan ini sebenarnya wujud pada masa pemerintahan Sultan Abdul Al-Aziz lagi, iaitu merupakan bapa saudara kepada Sultan Abdul Hamid dan berkembang sehingga baginda mengambil alih kuasa, kumpulan ini wujud apabila terdapat sekumpulan pemuda berbincang mengenai politik dan mereka membuat kesimpulan menamakan pertubuhan mereka dengan ittifaq al-hamiyah (persepakatan semangat).


Dalam waktu yang sama seorang putera Mesir yang hidup terbuang di Paris kerana keenganan pemerintah Uthmaniyah untuk melantik beliau sebagai pemerintah Mesir. Di Paris, Putera yang bernama Mustafa Fadil Basha telah menyebarkan risalah untuk mendapat simpati dan memburukan kerajaan Uthmaniyah dengan memperkenalkan dirinya sebgai wakil Parti pemuda Turki.

Seterusnya kumpulan ini disertai oleh para wartawan yang menentang Sultan Abdul Hamid seperti Namiq Misha, Muhamad Diya dan Ali Saawi, dan kemudiannya dikenali sebagai Al-Uthmaniyah Al-Judud (Uthamiyah baru). Dan kelompok ini juga menerbitkan akhbar dan pelbagai tulisan di luar negara dengan memburukkan kerajaan pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Selepas itu gerakan ini bertukar menjadi gerakan politik hasil pengaruh yang dimainkan oleh institusi2 yang ditaja dan kedutaan2 eropah.

Selain pertubuhan tersebut wujud juga pertubuhan Al-Itihad Al Utmany yang dibayangi oleh seorang lekaki Fremason yang bernama Ibrahim Timu berbangsa Albania yang mendapat pendidikan di sekolah Tentera Al-Tibiyah, antara yang mengangotai pertubuhan ini ialah ipar kepada Sultan Abdul Hamid yang melarikan diri dari Istanbul ke Peranchis. Pertubuhan ini telah menyebarkan propaganda mereka melalui tentera .

Dalam masa yang sama juga sebuah pertubuhan bernama Watan juga telah ditubuhkan oleh Haji Mustafa Bek pada 1905 di Syiria, dan ia dianggotai oleh Mustafa Kamal Atarturk yang kemudiannya menjadi presiden Turki. Pertubuhan ini berkembang dari Damsyik hingga ke kota Al-Quds dan dianggotai sebahagian besarnya oleh tentera yang berpusat di Syiria sebelum berkembang ke Salonika di Yunani dan bergabung dengan Jamiat Uthmani Hurriyet untuk membentuk sayap tentera menentang Sultan Abdul Hamid.

Selepas itu sayap tentera ini kemudiannya bergabung dengan pelbagai kumpulan awam dan pertubuhan yang menentang pemerintahan Uthmaniyah, peristiwa pengabungan ini berlaku pada 7 September 1908 dengan dikenali secara rasmi dengan Jammiat wa ittihad wa al-Taraqi al-Uthmaniyah.

Gerakan ini selepas itu bergerak aktif menentang Sultan Abdul Hamid dengan menjadikan permasalahan minoriti Armenia sebagai bentuk yang jelas bagi polisi dalaman dan luaran mereka. Gerakan ini juga secara berselindung tunduk kepada pengaruh fremason, kelompok Yahudi dan negara-negara barat dalam menententukan polisi dan dasar parti.

Dari segi organisasi kumpulan ini mengambil model pertubuhan al-Karbunari, Itali. Mereka mendapat inspirasi ini hasil lawatan Ibrahim Timu ke Napoli dan disana mereka melawat Freemason dan mempelajari organisasi kumpulan itu untuk diterapkan dalam kumpulan Al-Ittihad.

Pemikiran Al-ittihad wa taraqi


Apabila Sultan Abdul Hamid mencanangkan konsep PAN ISLAMI dan disebar ke suluruh dunia islam. kumpulan ini mengangap konsep yang cuba dirintis itu akan mengancam kewujudan dan perancangan kumpulan mereka. Kerana apabila umat Islam bersatu maka tiada lagi bagi pemikiran idea eropah dan orientalis untuk mendapat tempat.

Apabila pihak barat mengetahui prejek Pan Islami tersebut melalui kumpulan Al_ittihad barat telah merancang untuk memusnahkan usaha tersebut dengan membangkitkan sentimen perkauman dari golongan minoriti bagi menghalang penyatuan umat islam. Selain itu melalui pengaruh yang wujud dalam sayap tentera kerajaan Uthmaniyah, mereka telah menggalakkan agar Kerajaan Uthmaniyah berperang dengan Rusia bagi melemahkan dan menkucar-kacirkan lagi pemerintahan kerajaan.

Antara langkah yang diambil oleh pihak barat untuk membantu kumpulan ini ialah memberikan latihan melalui Fremason untuk memainkan peranan memecahbelakan keharmornian Daulah Uthmaniyah. Selain itu langkah paling berkesan yang dilakukan kumpulan ini ialah mempelopori idea gerakan Tawraniyyah yang menyeru kepada nasionalisme Turki dan menonjolkan ikatan-ikatan persaudaraan diantara bangsa Turki dengan bangsa-bangsa lain yang berada dalam Daulah Utmahniyah khususnya kumpulan Asia Minor. Akhirnya ia membentuk pandangan umum disisi bangsa turki bahawa Gerakan Tawraniyah sahaja akan dapat meyelamatkan mereka dari ketidaktentuan suasana politik dan ketidakstabilan pemerintahan.

Selain itu untuk mendapat sokongan dari kelompok islam, golongan Al-Iitihad wa taraqi juga menggunakan Muhamad Akif( seorang tokoh muslim yang dipercayai kerana pegangan agamanya) untuk meyakinkan Abd Al-Aziz Al-Suud (tokoh Islam yang yang mempunyai pengaruh di dunia islam dan arab) agar turut serta dalam kelompok Al iitihad demi menyelamatkan dan membebaskan Daulah uthmaniyah dari kezaliman. Namun ulamak islam ini menolak untuk berjumpa dengan Muhamad Akif.

Dengan berpaksikan eropah sebagai model boleh dikatakan Pertubuhan Al-Itihad Wa Taraqi adalah sebuah pertubuhan yang berfungsi untuk membangkitkan semangat perkauman dikalangan penduduk Daulah Uthmaniyah. Ia menyeru kepada beberapa konsep baru seperi persamaan, kebebasan dan perlembagaan.

Disebabkan aliran ini, mereka telah dapat berjaya menarik kelompok ahli parti dari kumpulan generasi muda yang belajar di sekolah Kristian dan berpendidkan barat. Selain itu kelompok masyarakat Yahudi kumpulan Dawnamah juga turut serta dalam kelompok kumpulan ini dan mereka memainkan peranan besar dari segi pemikiran untuk memecahbelahkan Daulah Uthmaniyah.

Objektif utama kumpulan Al iitihad wa Taraqi ini iakah menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan mengantikannya dengan perlembagaan, reformasi dan keadilan. Namun yang terjadi adalah lain daripada perancangan apabila orang yahudi dan Fremason telah mengariskan matlamat mereka sendiri apabila pemerintahan Sultan Abdul Hamid runtuh dan bermula tahun 1924 telah terhapusnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah secara rasmi kerana khalifah yang wujud selepas itu hanya merupakan kumpulan boneka kepada golongan ini. Semenjak itu pemerintahan baru yang wujud di Turki sehinggalah sekarang dasar kerajaan adalah pro-Yahudi dan terpaksa bergantung besar dengan bantuan Yahudi.

01 April 2009

Islam Inklusif apa beza dengan islam Moderat?

Koran Kosmo dalam ruangan rencana seolah sedang mempromo Islam Inklusif, timbul persoalan dibenak fikiran adakah Kosmo juga sudah terpengahruh dengan strategi yang dimainkan oleh Pihak Amerika untuk memecahbelahkan Islam dengan mempopularkan istilah baru dikalangan umat islam. Memberi makna konotasi Islam Inkulif di dalam keadaan putih sebenarnya Tambah Imejamat berbahaya kepada generasi muda Malaysia yang sebenarnya menjadi pembaca utama akhbar tersebut. Baca sini.

Timbul persoalan apa sebenarnya yang dimakudkan sebagai Islam Inklusif, sehingga difikirkan bahaya. Sekiranya kita membaca artikel tersebut seolah-olah ia ingin mengambarkan Islam Inklusif adalah selari dengan apa yang dituntut dalam Islam. Walhal yang sebenarnya Islam Inklusif seolah-olah cuba membawa pemikiran orang islam supaya menerima keterbukaan bahawa agama lain juga adalah sama dengan agama islam. Bolehkan kita menerima dakwaan ini, sedangkan sejak dari kecil kita telah mula diajar kalimah dua Shahadah yang membawa maksud Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhamad adalah Pesuruh Allah.

Gus Dur dan Alwi Shibab adalah bekas pemimpin Parti Kebangkitan Bangsa Indonesia, Gusdur juga dikenali sebagai bapak Pluralisme Indonesia kerana mendokong idea-idea pluralism dan merupakan kawan baik Anwar Ibrahim dan namanya tergolong dalam Jarigan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.

Penulis tersebut telah mengambil contoh dari kata2 Alwi Shibab seolah-olah ingin mengatakan Islam sememangnya adalah Inklusif.

Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati."


Benarkah melalui ayat di atas telah menunjukkan islam itu Inklusif? Seharusnya kita merujuk kembali kepada zaman silam, sebelum Nabi Muhamad diutus sebagai Rasul, agama Tauhid yang dipegang oleh para nabi sebelum ini, Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani iaitu melalui ajaran kitab Taurat, Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti, Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani.


Namun selepas itu apabila datangnya Al-quran untuk umat Nabi Muhammad ia menjadi pelengkap kepada seluruh kitab suci yang pernah ada, dan secara automatik ajaran yang dibawa melalui kitab sebelum ini terhapus sama sekali kerana ia digantikan dengan Al-Quran, begitu juga dengan agama-agama yang wujud sebelum ini, ini kerana agama-agama tersebut telah diselewengkan oleh golongan agama masing-masing.


Contohnya setelah Nabi Musa wafat, isi kitab Taurat telah diubah oleh pendeta Yahudi. Sebahagian firman Allah SWT dalam kitab tersebut mereka hilangkan, sebagaimana telah diberitahu oleh Allah SWT dalam Al Quran. Surah Al-An'aam ayat 91.Maksudnya:


“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya di saat mereka berkata: “Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia.” katakanlah (ya Muhammad): “Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembarann-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan apa yang kamu dan bapak-bapak kamu belum ketahui.” Katakanlah: “Allah (telah menurunkannya)”. Kemudian biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”


Maksudnya Nabi Muhammad disuruh meninggalkan orang-orang yang mempermainkan agama setelah menyampaikan petunjuk yang benar.


Begitu juga yng terjadi kepada kita Injil orang nasrani telah mengolahnya ke pelbagai versi sehingga tidak asli lagi seperti yang diturunkan oleh Allah sebelum itu. Sebab itu Allah menyeru supaya umat manusia kembali kepada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Tapi orang Yahudi dan Nasrani angkuh dan mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad semata-mata Muhammad bukan berasal dari Bani Israel.


Dalam Surah Al-Maidah ayat ke 12 pula Allah berfirman maksudnya:


"Wahai Ahli Kitab, Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, yang menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak pula yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan."


Ayat ini secara jelas memperakui kebenaran Nabi Muhamad dan ajaran kitab yang dibawanya, sekaligus menolak ajaran lama yang diselewengkan oleh ahli kitab.


Sebenarnya Islam Inklusif adalah berada dalam linkungan yang sama dengan Islam Liberal, Islam Moderat dan pelbagai istilah yang seolah-olah ingin mengajak umat islam supaya berfikiran lebih moden. Dengan kata lain kesemua islam jenis ini membawa maksud ingin mengajak umat Islam menerima kepelbagaian agama dan berfikiran terbuka seterusnya mengalakkan Pluralisme dikalangan masyarakat seperti yang cuba diusahakan oleh Anwar Ibrahim sekarang. klik sini .


Golongan ini biasanya akan menterjemah Al-quran mengikut kepentingan mereka dan mengenepikan tafsir sebenar Al-Quran. Dengan mendapat pembiayaan oleh pihak berkepentingan aliran ini kian berkembang pesat hari ini dan mencengkam pemikiran umat islam khusuhnya di Indonesia, sehingga menimbulkan pendebatan. Timbul persoalan kenapa wujud aliran sebegini, adakah benar ia dimulakan oleh umat islam atau ada tangan lain yang cuba mengallakan perkembangan aliran ini?


David E. Kaplan menulis dalam artikelnya, "Hearts, Minds, and Dollars",baca sini ketika ini menurut penulis tersebut, “Washington is plowing tens of millions of dollars into a campaign to influence not only Muslim societies but Islam itself…" Jika kita mengambil kata penulis ini adalah jelas negara Uncle Sam tersebut ingin mengubah agama Islam, modus operandi mereka menurut penulis tersebut ialah melalui memberi suntikan dana puluhan juta dollar dalam perancangan propagandanya untuk bukan hanya mengubah masyarakat Muslim tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.


Menurut Kaplan juga , buat pertama kalinya White House telah bersetuju melalui strategi rahsia, Amerika mempunyai kepentingan nasional untuk mempengaruhi apa yang berlaku di dalam Islam. Sekurang-kurangnya di 24 buah negara Muslim, Amerika secara rahsia telah menaja radio Islam, program TV, kursus-kursus di Pusat Pengajian Islam, pusat-pusat Penyelidikan, bengkel politik, dan program-program lain yang mempromosi Islam moderat.


Amerika mempunyai motif demikian agar orang islam tidak lagi menjadi ancaman bagi hegemoni peradaban mereka. Kerana itu, mereka menjadikan umat Islam sebagai umat yang moderat di dalam versi mereka. Selain itu, menurut Kaplan mereka juga telah membiayai sebegitu banyak Pertubuhan Islam dan mahasiswa Islam agar memiliki pemikiran dan sikap hidup yang sesuai dengan kehendak Amerika.


Di dalam konsep mereka, Islam moderat adalah Islam yang tidak meyakini kebenaran agamanya sendiri, Islam yang jinak tidak peduli dengan penderitaan dan penindasan yang dialami oleh saudara-saudaranya sesama Islam. Kalau kita merujuk dalam bahasa latin perkataan moderate itu sendiri membwa maksud mengawal sebab itu tidak hairan ia digunakan oleh Amerika.


Sebenarnya Pihak Barat telah mencipta pelbagai istilah-istilah yang indah dan yang buruk, untuk memecahbelahkan umat Islam. Istilah “Islam moderat” dilagakan dengan istilah “Islam radikal”, “Islam militan”, “Islam fundamentalis”, Islam Inklusif dengan Islam eklusif dan sebagainya, yang maknanya tidak didefinisikan dengan jelas. Walaupun yang hakikatnya islam hanya ada satu, Islam tidak ada istilah lain seperti didendangkan oleh pihak barat.


Kita berharap,semua pihak samada media cetak, para tokoh dan cendekiawan Islam dapat lebih berhati-hati dalam mengadaptasi satu istilah yang bukan berasal dari khazanah Islam. Jangan sampai mereka hanya menerima istilah tanpa diberikan definisi yang jelas, dan menjadi saluran untuk mempopularkan satu istilah yang maknanya sudah diprogram secara sistematik sesuai dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan umat islam.


Saban hari golongan ini akan cuba mempengaruhi golongan muda supaya memahami agenda mereka dan yang menyedihkan ada parti politik seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR yang terlibat sama memberikan ruang untuk aliran ini bergerak dengan menghantar ahlinya untuk menerima kefahaman mengenai aliran ini baca sini . Adakah umat Islam hari ini sudah terdesak sebegitu rupa hinga mahu berubah tanpa meneliti kemana arah yang ingin dibawa oleh agen perubahan tersebut.