29 Jun 2009

Obama diperalat AIPAC untuk kuasai dunia?


Pada Mei 2009, satu Persidangan AIPAC atau The American Israel Public Affairs Committee telah diadakan di Washington dengan diangarkan 6 ribu tokoh Yahudi dari seluruh Amerika telah berkumpul bersama Presiden Barack Obama, Naib Presiden Joseph Biden, Setiausaha Luar Negara, Hillary Clinton, Presiden Israel Shimon Perez, Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu (melalui teleconference), Menteri luar Israel Avigdor Lieberman dan bekas Menteri luar Israel Tzipi Livni.

AIPAC merupakan kumpulan yang mengumpulkan para tokoh Yahudi di Amerika Syarikat dan mempunyai kepentingan kepada sesiapa yang berkuasa di Rumah Putih, dengan tujuan dapat mempastikan siapapun yang berkuasa di Pusat Pentadbiran Amerika dan juga di Pentagon, pemimpin tersebut akan selalu berpihak dan menyokong pihak Israel.

AIPAC juga menggunakan pengaruhnya untuk menguasai mana2 pemerintahan di seluruh dunia yang difikirkan boleh digunakan Israel untuk menghancurkan mana-mana pihak yang difikirkan boleh memberi ancaman kepada orang Yahudi. Inilah asas utama tertubuhnya AIPAC, badan seumpama pelobi ini di Amerika . Dalam kedudukkan Amerika sebagai kuasa Unipolar dunia cengkaman Zionis-Israel melalui AIPAC ini membolehkan Yahudi Zionis menguasai dunia.

Dengan menguasai Amerika, AIPAC boleh mempengaruhi dua lagi kuasa besar dunia iaitu Kesatuan Eropah dan Rusia sebagai kekuatan global untuk ‘digunakan’ oleh Zionis-Israel dengan tujuan memastikan semua negara yang dianggap musuh dan menjadi ancaman Israel dikekang pergerakkan mereka.

Jatuhnya kerajaan Iraq dan Saddam Husien, puak Taliban di Afghanistan, kempen memerangi Al-Qaida, mencampuri politik dalaman Pakistan, dan krisis Palestin yang melibatkan kumpulan Fatah dan Hamas, dan pergolakan di negara-negara Islam dianggap perancangan sistematik kumpulan ini dan jaringannya.

Antara kaedah yang dijalankan oleh pihak Zionis-Israel ini ialah, Pertama pihak Zionis-Israil berusaha untuk menjalankan kempen memburukkan kumpulan yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka. Contohnya melabelkan Islam sebagai pengganas kepada masyarakat dunia. Selain itu zionis Israel juga sedaya upaya dan menyebarkan dan membentuk pendapat umum dikalangan umum supaya musuh zionis-israel itu adalah kumpulan yang menyesatkan dan harus diperangi, kaedah lain yang digunakan ialah melalui media mereka membentuk stigma dan manipulasi isu supaya imej musuh mereka dilihat amat teruk.


Melalui media juga pihak Zionis Israel telah berjaya "brainwash" masyarakat dunia, dan melakukan apa yang disebut ‘the pseudo enemy’. Ini dilakukan untuk menutupi segala kejahatan yang dilakukan oleh Zionis-Israel, dengan harapan ia dapat memberi imej baik kepada zionis Israel.

Sebab itu apabila pihak Israel melakukan kejahatan yang sangat zalim kepada masyarakat Islam khususnya di Palestin, seluruh dunia senyap seribu bahasa. Seolah mereka mendapat lesen dan kebenaran untuk melakukan segala kejahatan dan tindakan yang mereka lakukan.

Sepanjang sejarah, sejak Zionis-Israel menjadi sebuah entiti politik, dan berdirinya sebuah negara bernama Israel mereka seringkali melakukan kejahatan dan selalunya tidak bantahan yang keras serta kecaman dari masyarakat dunia. Tindakan kejahatan Zionis-Israel, yang membunuh dan meragut nyawa rakyat Palestin dan lubnan seringkali dilupakan begitu sahaja. Tidak ada bicara jenayah perang seperti dialami Slobodan Milosevic, dan juga tidak mengalami seperti apa menimpa Omar Bashir, Presiden Sudan.

Di Iraq melalui ‘pseudo enemy’ yang dicipta oleh Israel, Saddam Hussin dilabel mempunyai senjata pemusnah massa (WMD), walaupun tidak mempunyai bukti ia wujud, negara tersebut telah diserang hingga mengakibatkan puluan ribu nyawa terlayang dan Saddam sendiri akhirnya mati di tali digantung. Semua skrip dan arahan yang berlaku di Iraq ini dikatakan dirancang oleh Paul Wolfowitz, yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, dan pelaksanaan penghancuran bumi yang menempatkan artifak dan sejarah islam seperti Taman Tergantung Bablon itu dilakukan oleh Bush yang merupakan Presiden Amerika sewaktu itu.

Paul Wolfowitz sebenarnya merupakan pengikut Parti Likud di Israel, yang menyusup masuk ke dalam pemerintahan Bush, dan juga mempunyai hubungan yang erat dengan AIPAC. Peristiwa 911, di New York pula menjadi asas kepada kempen memerangi Taliban dan sehingga sekarang bumi Afhanistan masih lagi belum stabil sedangkan puluhan ribuan rakyat mati dan menjadi pelarian di negara jiran. Walhal kalau kita imbas kembali sejarah islam terdahulu orang Afganistan dianggap memainkan peranan penting dalam pembukaan Islam di India. Wujud teka-teki mengapa Amerika ingin menguasai dan mengawal Afhanistan ini, adakah Amerika takut dengan sejarah lampau orang Islam Afganistan?

Kini Pentadbiran Rumah Putih dikuasai Obama, yang digambarkan sebagai tokoh yang ideal bagi seluruh warga dunia, walaupun masyarakat dunia memberi harapan Obama lebih baik dibandingkan dengan George W. Bush, yang tangannya berlumuran darah umat Islam Iraq. Obama hanya meminta pasukan tentera di US berundur di Iraq dan dipindahkan ke Afghanistan, maknanya Amerika masih ingin menjajah bumi orang Islam. Antara Obama dengan Bush hanya pendekatan sahaja berbeza yang lain adalah sama ingin mengekalkan kuasa dominan Zionis Amerika.

Sebenarnya rejim Zionis sentiasa ingin mendesak supaya Amerika untuk berperang dengan pelbagai pihak kerana mereka ingin meneruskan ‘pseudo enemy’. Selalu yang menjadi sasaran adalah dunia Islam. Sebab itu segala polisi yang ditinggalkan oleh Bush diharapkan akan disambung oleh Obama dalam konteks yang berbeza.

Sewaktu Obama memenangi pilihanraya Presiden, warga Amerika pada umumnya melihat terpilihnya Obama sebagai kemenangan atas rasialisme, kerana Obama merupakan presiden kulit hitam pertama Amerika. Obama dianggap pemimpin yang mewakili benua Afrika, Amerika, dan Asia (masa kanak-kanaknya di Indonesia) sehingga ada juga yang melihatnya presiden bagi seluruh dunia.

Mengunakan slogan "perubahan", Obama akhirnya mampu mempengaruhi pengundi Amerika khususnya golongan muda yang tidak suka dan bosan dengan cara politik dan pentabiran Presiden Bush. Obama menyatakan jika terpilih beliau akan menarik pasukan tentera Amerika dari bumi Iraq. Kempen akhinya ini berjaya membentuk perspesi bahawa Obama anti perang. Rakyat Amerika seolah-olah lupa, bahawa Obama tidak akan menarik pasukan dari Iraq begitu saja. Visi Obama tetap menjalankan politik perang keganasan ke atas dunia Islam cuma dalam kaedah berbeza.

Obama mengetahui untuk tinggal di rumah putih, belau perlu dilihat sebagai Pro-Yahudi, sebab itu Obama berkali-kali meyakinkan kelompok Yahudi bahawa politiknya tetap pro Israel. Pada Jun 2008, di hadapan kelompok yahudi di American Israel Pubblic Affairs Committee (AIPAC), Obama menyatakan bahawa Jerusalem akan tetap menjadi ibukota Israel dan begitulah seharusnya. Dalam kunjungan ke Israel pada Julai 2008, Obama mengulangi kembali sokongannya ke atas Israel. Terutama komitmen dalam menjaga keamanan Israel khususnya dari ancaman Iran. Obama melihat nuklear Iran sebagai ancaman dan Iran harus dicegah dari mempunyai senjata nuklear. Padahal bukan rahsia umum lagi negara Israel yang memiliki ratusan senjata nuklear dan Israel sebenarnya menjadi ancaman dunia khususnya di Timur Tengah.

Pembelaan Obama terhadap zionis berlaku kerana dirinya terpilih menjadi senator dan kemudian presiden adalah disebabkan sokongan kelompok Yahudi. Sewaktu pertama kali melancarkan kempennya sebagai calon presiden Parti Demokrat tahun 2006, dia dikatakan mendapatkan sokongan dana dari Alan Solomont seorang Yahudi Boston. Pidato yang menyentuh dasar luar negeri pertamanya juga dilakukan di AIPAC.

Sewaktu memberi ucapan sempena Hari ulangtahun penubuhan Negara Israel, tahun ini obama dengan bangganya mengatakan:

“AS negara pertama yang mengakui negara Israel, hanya beberapa minit, sesudah negara Yahudi itu mendeklarasikan kemerdekaannya pada tahun 1948. dan persaudaraan yang mendalam antara kedua negara, wujud hingga kini”,


Ketika memijakkan kakinya di Istambul, Turki awal April 2009, dan berucap dihadapan ahli Parlimen Turki di Istanbul, Obama menyatakan perlu adanya ‘kerjasama’ dengan dunia Islam, dan ingin memperbaiki hubungannya yang rosak antara Amerika dan Islam sewaktu pemerintahan Bush. Adakah kenyataan Obama ini boleh dipercayai, realitinya umat islam tidak boleh mengharapkan sesuatu yang indah dari retorik Obama kerana kaki dan tangannya sudah diikat oleh Zionis-Israel melalui peranan yang dimainkan oleh AIPAC. Kata-kata tersebut mungkin hanya ingin mengumpan umat islam supaya tunduk kepada kehendak Israel Amerika.



Pada persidangan Aipac tersebut juga Shimon Perez dengan berapi-api menyatakan tentang bahayanya ancaman nuklear Iran. Benyamin Netanyahu, Avigdor Lieberman juga menyatakan perihal sama iaitu ancaman Iran, Iran seolah-olah dilabel sebagai kuasa jahat yang harus diperangi walau apacara sekalipun. Sekiranya dapat alasan perlu dicari untuk menghalalkan satu serangan ke atas Iran. Sebab itu kalau kita lihat Amerika dan zionis seboleh mungkin akan cuba untuk mencampuri hal dalaman Iran walau sesukar manapun. Dan dalam tempoh terdekat kita menyaksikan Amerika cuba mencampuri hal dalaman Iran apabila pilihanraya Presiden Iran menyaksikan Ahmadinejad memenangi Pilihanraya jawatan tersebut megalahkan Pemimpin Pro Pembaharuan Mir Hossein Mousavi.

Timbul juga persoalan adakah benar wujud ancaman nuklear Iran tersebut, kerana El-Baradei yang menjadi Pengarah kepada Agensi Atom Antaranagsa (IAEA) menyangkal kenyataan bahawa Iran melakukan kerja pengayaan uranium untuk tujuan tentera. Tapi sehingga hari ini Zionis-Israel terus melakukan kempen memburukkan Iran. Mungkin ini adalah cara dilakukan zionis untuk mengalih perhatian dunia membicarakan isu kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

Inilah perancangan sistematik Zionis-Israel dan berjaya mengubah persepsi masyarakat dan para pemimpin dunia. Disudut lain, kejahatan mereka dilupakan dan mereka akan melakukan kejahatan terhadap rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Ketika Presiden Shimon Perez bertemu dengan Obama di rumah Putih, satu-satunya yang dikatakan pemimpin Amerika itu kepada Shimon Peres ialah, “Keselamatan Israel menjadi keutamaan Amerika", kata Obama. Kemudian, Perez mengatakan, "bahawa antara Israel dan Amerika, tidak ada ruang perbezaan" . Inilah bukti Zionis-Israel telah berjaya memanipulasi pemerintah Amerika dan masyarakat dunia, dengan mengatakan bahawa dirinya menjadi pihak yang selalu terancam keselamatannya.

Padahal, hakikatnya Zionis-Israel yang selalu menciptakan suasana tidak tenteram dunia dengan mencipta kekacauan dengan menggunakan Amerika. Seperti diucap oleh Tzipi Livni, yang mengatakan bahawa Israel sebenarnya harus berterima kasih kepada Iran, kerana dengan adanya isu nuklear, negara-negara Arab yang pragmatis, sekarang menjadi lebih hampir dengan Israel. Iran dirujuk sebagai penjahat baru di Timur Tengah, kerana isu nuklear yang terus ditiup Israel dan telah menyebabkan negara-negara Arab menggigil ketakutan berhadapan Iran, dan mereka lebih senang bekerjasama dengan Israel secara rahsia dibandingkan berperang menghadapi musuh umat Islam sebenar iaitu negara Israel.

Sebab itu kita melihat wujud dikalangan pemimpin Arab yang lebih Pro barat berbanding Pro negara Islam. DI Lubnan disebabkan ucapan Obama di Mesir yang menyeru Islam dan Amerika bekerjasama telah menyaksikan kumpulan Hizbullah tewas didalam pilihanraya kepada kumpulan pimpinan Saad Hariri. Walaupun secara hakikatnya Hizbullah yang menyelamatkan Lubnan dari terjajah dari kejahatan Israel.

Sebenarnya kejahatan Zionis-Israel tiada tandingnya namun disebabkan kebijaksanaan mereka memanipulasi beberapa fakta dengan pelbagai cara, Yahudi telah berjaya mengambarkan diri mereka sebagai bangsa teraniya dan selalu menjadikan peristiwa korban holocaus Nazi Jerman sebagai alasan untuk mengabui kejahatan mereka.
Artikel ini berdasarkan rujukan AIPAC,Republika,sini dan sini

24 Jun 2009

Erti kebebasan bagi Turki, Indonesia dan Anwar


Di Istanbul Turki, sebahagian dari kaum 'Gay', yang berasal dari Iraq atau dikenali juga golongan homoseksual ini dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya apabila mereka berpindah ke Turki.
Kota Istanbul dikatakan sangat memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada golongan ini sehingga mereka merasa hidup selesa tanpa ganguan selama berada di negara yang dikatakan mengamalkan prinsip kebebasan dan mengasingkan agama dari prinsip pemerintahan. Menurut golongan gay ini keadaan itu jauh berbeza dengan suasana di Iraq yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian.

Dikatakan sewaktu di Iraq mereka diancaman bunuh oleh puak pejuang Islam, kerana selain dari melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah bumiIraq.

Tindakan homoseksual sebenarnya adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Arab, namun selepas penjajahan Amerika di Iraq golongan ini mendapat sedikit ruang untuk bergerak . Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Iraq itu dikatakan tidak lama, setelah terjadinya kebangkitan puak kelompok Islam yang ingin memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana golongan gay juga dikatakan menjadi sasaran kumpulan tersebut.

"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer. "Tapi disini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Iraq." Di Kota Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman yang sealiran dengannya sahaja yang tahu. Kerana di Iraq dahulu tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Iraq setelah keluarganya melarikan diri dari zon Perang, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibina Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan selamat bagi orang barat/masyarakat luar disana.

Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka politik dan dipersetujui setelah tiga kali ditemuduga di pejabat PBB, Ankara Turki. DIa berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS. "Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya.

Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara Turki yang majoriti penduduknya adalah Islam, dimana dirinya merasa selamat dan selesa dengan status dirinya yang mengamalkan kehidupan homoseksual . Untuk menjalani kehidupan di Turki, Ameer mendapat sedikit bantuan wang dari keluarganya di Iraq sambil beliau sendiri berkerja sebagai pencuci kereta.

"Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Iraq..."

Itu kisah di Iraq dan Turki, di Indonesia selepas era orde baru Soeharto dan kebangkitan golongan reformasi juga telah menyaksikan situasi yang sama, kelompok masyarakat gay di Indonesia kini telah wujud secara nyata dan bukan lagi secara bersembunyi. Itulah harga nilai kebebasan dan demokrasi yang dilaungkan oleh Amin Rais dan para pejuang reformasi suatu ketika dahulu, golongan masyarakat gay di Indonesia kini begitu berani menonjolkan diri dan memperjuangkan hak kehidupan mereka sebagai gay atas nama Hak Asasi Manusia.

Antara kumpulan yang aktif memperjuangkan hak kumpulan ini ialah kumpulan Arus Pelangi yang ditubuhkan pada tahun 2006 beribu pejabat di Jakarta Selatan Indonesia. Kumpulan ini diwujudkan dengan matlamat untuk membela golongan gay, lesbian dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia. Yang menariknya kumpulan ini akan mengangkat seboleh mungkin mana-mana pemimpin agama yang mengiktiraf kelompok mereka seperti Musdah Mulia seorang tokoh Islam Moderat dari Nahdatul Ulama yang menyokong perjuangan golongan gay, begitu juga dengan Desmon Tutu seorang Paderi Kristian yang pernah mengungkapkan :



"Jika saya diperkenankan menghapus salah satu ketidak-adilan, saya menginginkan dunia ini tidak lagi menghajar seseorang hanya karena orientasi seksualnya. Ketidak-adilan ini sama kejamnya seperti kejahatan terhadap kemanusiaan yang satu lagi, iaitu "Apartheid".
~ Desmond Tutu, Afrika Selatan ~

Pada mereka kelompok inilah yang harus disokong oleh masyarakat gay kerana membela hak dan kebebasan mereka. Selain berhubungan dengan kelompok kumpulan gay dan lesbian di Indonesia , Arus Pelangi juga mengadakan kerjasama dengan kelompok gay di negara yang memberi ruang kepada organisasi gay bertapak seperti Thailand dan Filipina dan menghadiri persidangan ILGA (International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender & Intersexual Association). Menganjurkan pelbagai dialog dan pelbagai program untuk membantu kelompok masrakat gay dan Lesbia di Indonesia.

Walaupun perkembangan perjuangan gay di Indonesia seakan mendapat tempat dan pengiktirafan kesan reformasi 1998 dimana hak asasi dan kebebasan dibenarkan, di Malaysia sehingga ke saat ini masih belum ada pihak berani membuat tindakan sama seperti rakan mereka di Indonesia, kerana undang-undang sedia ada di Malaysia menghalang kewujudkan kelompok tersebut.

Namun begitu situasi di Indonesia dan Turki tidak mustahil berlaku di Malaysia sekiranya kelompok yang menguasai kerajaan nanti akan membuka ruang seluas-luas atas dasar nama demokrasi. Contohnya Anwar Ibrahim yang selalu membandingkan demokrasi Malaysia dengan demokrasi yang ada di Turki dan Indonesia. Pada Anwar di Indonesia dan Turki mereka lebih beruntung kerana Hak Asasi manusia terjamin dan kebebebasan diberi seluas mungkin. Soalnya adakah hak asasi manusia itu harus melangar apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan Pencipta Manusia.

Anwar Ibrahim selepas dirawat di Munich Jerman selepas dibebaskan dari penjara dikatakan telah pergi ke Afrika Selatan, menemui Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian dan Nelson Mandela , bekas Presiden Afrika Selatan pada 1 Disember 2004.

Timbul persoalan kenapa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan, kerana umum mengetahui bahawa Paderi itu merupakan penyokong kuat Amerika dan beliau dianggap pejuang hak asasi yang lantang termasuk memperjuangkan isu homoseksual.

Apa agenda Anwar sebenarnya, adakah Anwar Ibrahim juga sebenarnya ingin memperjuangkan hak hubungan sejenis di Malaysia, kerana di Indonesia rakan baiknya Gus Dur melalui Musdah Mulia ( Ketua Muslimat Nahdatul Ulama) telah memberi pengiktirafan kepada kelompok gay dan Lesbian. Dan yang memelikkan lagi mendangkalkan kedua tokoh yang memperjuangkan hak golongan gay/lesbian ini pernah diberi anugerah dari pelbagai pihak barat.

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan dan maklumat dari EraMuslim, ILGA, Arus Pelangi, dan sini

16 Jun 2009

Kelompok Liberal Iktiraf Gay?


Salah satu kejayaan kelompok masyarakat Kristian Liberal Amerika Syarikat adalah kejayaan mereka menjadikan lelaki gay yang bernama Gene Robinson sebagai seorang Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003. Perlantikan paderi ini telah diberi liputan luas oleh seluruh media Amerika pada waktu tersebut.

Perlantikan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Kristian, dan ia terjadi di dalam lingkungan kelompok Gereja Anglican. Archbishop (Paderi Besar) of Canterbury, Reverend Rowan William, mengatakan pelantikan Robinson itu akan membawa persoalan dan perdebatan yang serius dikalangan penganut komuniti Gereja Anglikan.

Setelah terpilihnya Robinson, melalui satu pengutan suara, William membuat jangkaan wujudnya cabaran besar bagi Gereja Anglikan yang memiliki penganut sekitar 70 juta orang di 160 buah negara. Malah, ada mengadaikan akan wujudnya perpecahan besar di kalangan gereja Anglican, gara-gara perlantikan Robinson.

Pelantikan ini juga telah mewujudkan pro-kontra secara meluas dikalangan penganut Anglikan di Amerika. Namun, Robinson bertegas menyatakan, gerejanya akan menjadi semakin kuat, dengan adanya kekecohan tersebut.

Posisi yang dipegang Robinson merupakan jawatan tertinggi yang pernah dicapai oleh seorang gay di lingkungan Gereja. Semasa pelantikannya, dengan diiringi tangisan keharuan, Robinson menyatakan, bahawa dirinya merasakan menperolehi kehormatan yang amat tinggi.
“You cannot imagine what an honor it is for you to have called me,” kata Robinson. Namun, beliau mengakui, ramai orang di kalangan gereja yang sangat terluka dengan perlantikannya.

Kehadiran wartawan yang besar samada tempatan dan antarabangsa telah memberikan polemik yang menarik untuk menggambarkan pro-kontra terhadap pemilihan Robinson ini. Pihak media mengatakan bahawa wujud pihak yang marah terhadap perlantikan Robinson adalah datangnya dari kalangan konservatif di lingkungan gereja (church conservatives), yang percaya bahawa amalan gay dan lesbian adalah bertentangan dengan ajaran Kristian.

Agensi berita AFP sewaktu itu juga mengatakan, bahawa “Conservative Anglicans” di seluruh dunia pada masa itu bimbang sekiranya sayap liberal (liberal wing) dari gereja tersebut akan lebih hebat lagi mempromosikan perkahwinan homoseksual. Jadi media mengatakan pihak yang menentang Robinson dicap sebagai konservatif dan yang menyokongnya akan diberi label “liberal”.

Yang menarik, meskipun menghadapi kecaman dan pemulauan dari berbagai penjuru dunia, pelantikan Robinson berjalan lancar. Para Ketua Paderi yang hadir dalam acara pelantikan Robinson di arena hoki University of New Hampshire, menanti untuk memberikan ucapan tahniah kepada Robinson. CNN melaporkan, hanya segelintir golongan yang berdemonstrasi menentang pelantikan Robinson. Bekas Paderi Besar New Hampshire, Reverend Douglas Theuner, yang hadir dalam pelantikan itu, telah berucap seolah memberikan sokongan kepada Robinson, dengan menyatakan: “You are no more or less a child of God like everyone else.” . Ketika upacara perlantikkan itu berlaku ratusan Ketua Paderi yang hadir, hanya tiga orang yang mara ke hadapan, dan menentang pemilihan Robinson. Seorang menyatakan, bahawa pelantikan Robinson merupakan “kesalahan yang menggerikan” (terrible mistake).

Robinson semasa dilantik berumur 56 tahun, memang dikenali sebagai pelaku homoseksual. Ia telah hidup bersama dengan pasangan homoseks-nya yang bernama Mark Andrew, selama 14 tahun. Boleh dikatakan, sewaktu bertugas di gereja sebelum ini pun, sebenarnya sudah ada pihak yang telah mengetahui perilakunya. Dalam majlis pelantikannya sebagai Paderi Besar, temannya Mark Andrew-lah telah menyerahkan topi Paderi Besar (bishop’s miter) kepada Robinson. Pada tahun 2008 pasangan ini secara rasmi telah berkahwin. Yang menarik sewaktu Presiden Amerika Barack Obama sedang berkempen untuk memenangi jawatan Presiden, Obama dikatakan sempat bertemu sebanyak 3 kali dengan Robinson mengatakan dirinya memberi dokongan yang sama untuk hak-hak sivil bagi komuniti gay dan lesbian.klik sini




Di Amerika Syarikat pemilihan Paderi Besar dilakukan oleh masyarakat dan penganut gereja, yang kemudian dikukuhkan melalui konvensyen dan selanjutnya melalui satu pelantikan. Terpilihnya Gene Robinson sebagai tokoh penting dalam Gereja boleh dikatakan sebagai satu puncak keterbukaan gerakan liberalisasi di dalam dunia Kristian. Mereka berhasil dan berjaya memansuhkan satu ketentuan yang sangat tegas di dalam kitab ajaran Bible, yang mengutuk perbuatan homoseksual.



Dalam Kitab Imamat 20:13 dinyatakan: “Bila seorang lelaki tidur dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu perkara yang keji, Dan pasti mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada diri mereka sendiri.”

Dalam sejumlah versi Bible, juga dijelaskan, bahawa hukuman buat pelaku homoseksual adalah hukuman mati. The Living Bible menulis Leviticus, 20:13: “The penalty for homosexual acts is death to both parties. They have brought it upon themselves.”
Sedangkan dalam King James Version ayat ini ditulis: “If a man also lie with mankind, as he lieth with a woman, both of them have committed an abomination: they shall surely be put to death; their blood shall be upon them.”

Namun, seperti diketahui, arus liberalisasi di dunia Kristian begitu kuat berlaku. Jika selama ini, hanya masyarakat dan negara Belanda yang mengesahkan perkawinan homoseksual, maka kes Gene Robinson akan memberikan impak yang lebih hebat lagi, karena perbuatan yang salah itu telah mendapat perakuan pihak gereja. Arus liberalisasi gereja ini sudah cukup lama menyerang, termasuk usaha agar gereja kristian mulai menerima amalan homoseksual.

Contohnya, Eric James, seorang pekerja di gereja di England, dalam bukunya berjudul Homosexuality and a Pastoral Church menyarankan agar gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan perkahwinan homoseksual antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita.

Sebenarnya, jika dilihat dari sejarah Gereja Anglikan sendiri, kes-kes seksual semacam ini tidak lah terlalu mengejutkan. Ini kerana Gereja Anglikan sendiri terbentuk sebagai sebahagian daripada gerakan Reformasi yang berlaku pada Gereja Khatolik, khususnya di England. Kes tersebut bermula dari kes seksual, Gara-gara Paus tidak merestui perceraiannya dengan isterinya, Catharine of Aragon, dan keinginannya untuk mengawini Anne Boleyn iaitu Raja Henry VIII (1491-1547), pada masa itu Henry nekad membuat keputusan dengan memisahkan Gereja England dari pengaruh Khatolik Rom.

Thomas More, salah seorang penasihat Kerajaan, telah dipenggal kepalanya, kerana menentang sikap Henry VIII. Kes Henry VIII ini selanjutnya menyebabkan konflik berdarah yang sangat menggerikan di antara penganut Protestan dan Khatolik dalam merebut tahta dan pengaruh kepada kerajaan England.

Kebijaksanaan Elizabeth I (memerintah 1558-1603) dalam memimpin Inggeris, akhirnya telah mengukuhkan institusi Gereja England yang selanjutnya dikenali sebagai Gereja Anglikan (Anglicanism).

Encyclopaedia of Religion mengatakan, bahawa salah satu karakter Anglicanism adalah usahanya untuk memegang elemen -elemen yang ada pada Khatolik dan Protestan dalam satu jalan tengah. Tahun 1960-an, mulai dilakukan upaya-upaya serius untuk menyatukan kembali antara Gereja Anglikan dengan Khatolik Roma. Ketika Paus Johanes Paulus II berkunjung ke Inggeris, pada tahun 1982, beliau dan Uskup Agung Canterbury, Runcie, menandatangani satu “Common Declaration” untuk membentuk satu suruhanjaya yang bertugas mengkaji isu-isu teologi, masalah pastor, dan langkah-langkah sesuai untuk menuju ke arah penyatuan Anglikan dan Khatolik Rom. Namun begitu , hingga kini usaha tersebut masih belum berhasil.

Soal homoseksual juga bukan hal baru dalam sejarah Gereja. Dunia Kristian kini mengenali satu Bible versi King James, atau King James Version. Bible versi ini sangat terkenal. King James yang dimaksudkan di sini adalah Raja Inggeris yang dikenali dengan nama Stuart King James VI of Scotland, dan menjadi King James I of England. Ia memerintah pada tahun 1603, menggantikan Elizabeth I, dan meninggal tahun 1625.

Walaupun seorang Raja yang kontroversi, namun pada satu sudut lain, jasanya mempelopori penulisan Bible “King James Version”, menyebabkan ia sangat dihormati. Dalam pembukaan Bible King James Version, terdapat ungkapan pujian khusus untuk King James ini: “To the Most High and Mighty Prince, JAMES, By the Grace of God, King of Great Britain, France, and Ireland, Defender of faith, Etc.” , King James mendapatkan julukan yang sangat mulia, iaitu sebagai “Defender of Faith”, “Sang Pembela Agama”.

Namun, sejarawan Barat, seperti Philip J. Adler, menyebut Raja ini adalah seorang yang sombong dan blatant homosexual. Namun, buku “Who’s Who in Christianity”, (1998), sama sekali tidak menyinggung soal perilaku homoseksual King James ini. Heny ke VIII pun sebelum ini bermasalah dengan Paus, mendapat gelaran dari Paus sebagai Defender of the Faith, setelah Henry menulis satu penyata yang menentang ajaran Martin Luther.

Kisah Gene Robinson, seorang gay yang menduduki jawatan tinggi dalam hirarki Gereja, perlu menjadi perhatian serius bagi kalangan orang islam, Ini kerana seakan sudah wujud gerakan liberalisasi di kalangan Muslim sama seperti apa yang dialami agama kristian.

Tanpa disedari kelompok ini telah berjaya menyusup masuk kedalam pelbagai organisasi dengan usaha untuk menyebarkan agenda mereka. Kalangan kelompok ini juga berusaha membongkar sendi-sendi penting dalam ajaran Islam, dan diberikan penempatan yang penting dalam institusi keagamaan, politik dan sokongan dari media masa. Dengan bantuan daripada pelbagai sumber pihak kumpulan ini seakan semakin berjaya menembusi pelbagai kelompok sasaran dan melobi agar kumpulan gay dan homoseksual diberi tempat dan pengiktirafan. Yang menarik sekiranya wujud para pengkritik kepada kelompok itu golongan pengkriktik itu akan dilabel sebagai kaum konservatif, golongan tua, dan sebagainya.

Sesungguhnya tidak salah kita berfikir, namun penyebaran pemikiran yang salah ke tengah masyarakat tentu ada batasan dan hadnya. Menghalalkan yang haram walaupun ia sudah dinyatakan oleh kitab-Al quran tentu akan menyebabkan kekeliruan dikalangan umat islam. Sekiranya agama Kristian sendiri telah hanyut disebabkan slogan reformasi dan protes terhadap agama mereka sendiri hingga lahirnya kelompok Protestan dan Anglican, bagaimana dengan orang Islam, adakah kelompok muslim moderat/liberal klik sini ini akan menjadikan contoh kejayaan rakan mereka melakukan reformasi dalam agama kristian turut sama diambil contoh dan model untuk dipraktikan dalam agama islam? Perkara ini mungkin tidak mustahil berlaku sekiranya kita terus alpa dibuai slogan refomasi, perubahan dan kebebasan tanpa menilai kembali apa yang dikatakan oleh Al Quran mengenai perkara tersebut. Disaat ini semua pihak ingin melaungkan kebebasan dan hak asasi walaupun kebebasan yang dipohon itu secara hakiki ingin memperlekehkan nilai yang ada terkandung dalam ajaran agama Islam.

Dipetik dan di tulis semula berdasarkan sumber klik sini, sini, dan sini

14 Jun 2009

Moderate Muslim: Gay is Okay

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh puak Muslim Moderate apabila mereka mengiktiraf gologan gay dan menyatakan kelompok itu diakui oleh agama Islam. Di Indonesia apabila ada desakan perbincangan oleh Arus Pelangi ( sebuah pertubuhan bagi golongan Gay dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia mengenai isu Homokseksual, kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai islam sederhana (islam moderate ) ini mengatakan Homoseksual adalah lumrah dan sebahagian ciptaan Tuhan.


Kelompok islam moderat ini juga menurut laman ini seolah-olah ingin mengatakan Islam sebenarnya menerima perilaku homoseksual dan orang yang menolak homoseks adalah golongan yang berfikiran sempit dalam agama islam.

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan golongan Islam Moderat ini, Siti Musdah Mulia merujuk Surah al-Hujurat (49) ayat ke 3, beliau menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual. Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety)


Musdah Mulia juga mengatakan, kandungan ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).


Adakah ini sebenarnya yang diperjuangkan oleh kelompok Islam Moderat atau dikenali juga kelompok Islam Liberal, kerana kelompok ini merasakan apa yang dikatakan Islam mengenai perilaku gay dan homokseksual adalah tidak tepat. Kita mengetahui bahawa antara ciri kelompok Muslim Moderate ialah memperjuangakan prinsip hak asasi manusia yang seolah-olah membenarkan manusia bebas daripada aturan yang mengikat mereka. Selain itu kelompok golongan Muslim Moderat juga menerima konsep Ijtihad (pentafsiran semula); memperjuangan isu Feminisme (hak wanita); bersikap toleransi dan menolak keganasan; dan kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). klik di sini.

Dalam Islam secara jelas , soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau kumpuluannya. Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.Nabi Muhammad saw bersabda, “Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki). Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.


Malah kisah Nabi Luth sebenarnya memberi bukti Allah menolak perilaku kegiatan Homokseksual. Jadi sekiranya kelompok Muslim Moderate dapat menerima kelompok ini adakah mereka ini ingin membuat tafsiran semula apa yang telah ada didalam kitab Al Quran? kita mengetahui kolompok ini saban hari akan memperlakukan pelbagai wacana dan perbincangan agar idea mereka ini diterima tetapi sedarkah idealisme yang mereka sedang bawa itu adalah tidak selari dengan ajaran islam.




Siapa sebenarnya Musdah Mulia ini yang berani mengatakan Homokseksual diterima islam ini? beliau sebenarnya adalah Prof. Dr. Siti Musdah Mulia dan merupakan Pengarah UIN, Jakarta. Beliau memberi pendapat begitu kerana bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Diatas keberanian beliau menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa ( International Women Courage Award pada tahun 2007 oleh Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat. Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur).




Jika begitu bagaimana pula dengan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu ini, kerana kita mengetahui bahawa Anwar Ibrahim juga pernah dianugerahkan "Muslim Moderate 2005". Pemberi anugerah itu adalah CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Penaja CSID pula adalah IRI, NED dan USAID. Bermakna CSID, IRI, NED dan USAID adalah alat Amerika untuk merosakkan Islam secara halus melalui perantaraan orang Islam sendiri. Sebab itu tidak hairan semasa Anwar menerima anugerah "Muslim Moderate" tetamu yang menyaksikan adalah Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID), Carl Greshman (Presiden NED) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Dan kelompok ini sebenarnya banyak memberi bantuan kepada pelbagai pertubuhan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan memberi bantuan kepada organisai gay dan lesbian antarabangsa. Di Indonesia Arus Pelangi sebuah Pertubuhan yang dianggotai oleh golongan gay dan perlaku hubungan sejenis mendapat sokongan dari kelompok hak asasi manusia di negara tersebut. Ia ditubuhkan pada 15 Januari 2006 dan aktif memperjuangkan hak golongan Gay dan hubungan sejenis. Dan sering mengadakan hubungan dengan pertubuhan gay di Thailand dan Filipina dan mengadakan hubungan dengan organisasi antarabangsa.

Keberanian Musdah Mulia membela kelompok Gay dalam Persidangan mengenai Homoseksual anjuran kumpulan ini telah menyebabkan tokoh ini dipuji oleh kumpulan ini kerana memberi imej positif kumpulan homoseksual dan dianugerahi Yap Thiam Hien Human Right Award pada Desember 2008.










11 Jun 2009

Apa beza Muslim Moderat dan ummatan wasata?

Sejak akhir-akhir ini kita mendengar suara-suara yang menyeru umat Islam menjadi umat yang moderate, umat yang “sederhana” atau pertengahan. Sederhana dalam segala tingkah laku dan bentuk perbuatan. Ini amat menyedihkan dan apa yang membimbangkan suara-suara tersebut juga datangnya dari golongan Islam yang berbangga jika mereka dikenali sebagai muslim moderate.

Istilah “moderate” ini dimunculkan dan dipopularkan oleh berbagai-bagai kalangan, baik cendekiawan, para pemimpin, atau tokoh-tokoh masyarakat dan agama.Ia adalah salah satu antara jerat istilah yang dipopularkan seperti juga iatilah-istilah lainnya iaitu “Islam radikal”, “Islam militan” atau “Islam fundamentalis”.

Para orientalis seperti John Esposito dan John Voll yang dianggap oleh golongan muslim moderate sebagai "pembela Islam" telah berjaya memecahbelahkan aktivis Islam kepada tiga kelompok besar iaitu "Muslim Fundamentalis" (golongan yang berpegang teguh prinsip asas Islam), "Muslim Demokrat"(golongan sederhana) dan "Muslim Teroris" (golongan radikal).
Itulah label-label terhadap Islam yang berjaya diklasifikasikan oleh para orientalis ini. Disebarkannya pengkelasan itu kepada masyarakat melalui penulisan buku seperti "Makers of Contemporary Islam" (Oxford University Press, 1998) dan "Unholy War: Terror In The Name Of Islam" (Oxford University Press, 2002).

Justeru itu, sudah menjadi seperti satu fakta di pelbagai media massa, bahawa pada zaman globalisasi, corak keislaman yang ‘baik’ adalah menjadi Muslim yang moderate atau mengamalkan Islam Moderat.

Apakah sebenarnya makna “Islam moderate”, yang kadang-kadang disamakan dengan istilah “ummatan wasatha”?

Istilah “moderate” (moderate) berasal dari bahasa Latin ‘moderare’ yang ertinya “mengurangkan atau mengawal”.

Kamus The American Heritage Dictionary of the English Language mendefinisikan moderate sebagai: (1) not excessive or extreme (tidak melampau/ekstrim) (2) temperate (sederhana) (3) average; mediocre (purata; sederhana) (4) opposed to radical views or measures (berlawan dengan radikal dari segi pendapat-pendapat atau langkah-langkah).

Jika difahami dari segi bahasanya, kita boleh katakan bahawa moderate ini merujuk kepada maksud pertengahan, iaitu tidak condong ke kiri dan juga tidak condong ke kanan, iaitu seimbang dan sederhana.

Sepanjang sejarahnya, Islam tidak menafikan kemungkinan mengambil istilah-istilah asing untuk diadaptasi menjadi istilah baru dalam khazanah Islam. Tetapi, istilah baru itu harus benar-benar diberi makna baru, yang sesuai dengan Islam.

Dari peradaban Barat saat ini, kita mengambil banyak istilah, seperti istilah “worldview”, “methodology”, dan sebagainya. Semua istilah ini boleh diadaptasi, asalkan sudah mengalami proses penyesuaian makna dengan makna Islam, sehingga tidak menimbulkan kekacauan makna.

Isu yang ingin kita bincangkan sekarang adalah mengenai surah Al Baqarah ayat 143. Ayat itu bermaksud:

"Demikianlah kami Tuhan menjadikan kamu adalah umat ( umat Muhammad) yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi."

Di waktu ini, terdapat kecenderungan menyalahgunakan makna al-Wastahiyyah (pertengahan) oleh beberapa kalangan, dan mereka menyamakannya dengan konsep moderatisme Islam yang kabur maknanya.

Malah, terdapat juga yang menggunakan istilah “Islam moderat” dengan makna yang sama dengan istilah “Islam Inklusif” atau “Islam Pluralis”. Melalui konsep yang bertopengkan istilah “Islam Moderat” itu pula, kemudian disebarkan fahaman “Pluralisme Agama” (At-Ta’addudiyah al-Diniyyah), yang menyatakan semua agama itu adalah sama dan benar.

Kerana munculnya berbagai-bagai kesamaran makna konsep “pertengahan” (al-wastahiyyah) atau “moderatisme” di kalangan masyarakat Muslim saat ini, maka sangat mendesak dilakukannya suatu pengkajian yang serius dan ilmiah terhadap konsep “al-wasathiyyah” dalam Islam, agar tidak terjadi kesamaran dan pengaburan makna.

Kita perlu menyarankan para cendekiawan dan tokoh-tokoh umat islam agar berhati-hati dalam menggunakan istilah “Islam moderat”, dan tidak begitu mudah menyamakannya dengan istilah “ummatan wasathan”. Jika terpaksa menggunakannya, berikanlah definisi yang jelas, yang berbeza dengan definisi yang dipopularkan oleh kaum liberal dan pluralis pada saat ini.

Sebab, “moderatisme Islam” ketika ini juga sedang dijadikan sebagai bahan propaganda untuk meliberalkan Islam, sebagaimana diprogramkan oleh penaja antarabangsa seperti The Asia Foundation dan sebagainya.

David E. Kaplan menulis dalam artikelnya, "Hearts, Minds, and Dollars", (www.usnews.com, April 2005), bahawa saat ini, Amerika melabur dana puluhan juta dollar dalam rangka propagandanya untuk – bukan hanya mengubah masyarakat Muslim – tetapi juga untuk mengubah Islam itu sendiri.

Menurut Kaplan, buat pertama kalinya White House telah bersetuju strategi rahsia, untuk Amerika memiliki kepentingan nasional mempengaruhi apa yang terjadi di dalam Islam.

Sekurang-kurangnya di 24 negara Muslim, Amerika secara diam-diam telah menaja radio Islam, acara-acara TV, kursus-kursus di sekolah Islam, pusat-pusat kajian, workshop (bengkel) politik, dan program-program lain yang mempromosi Islam moderat.

Amerika dan sekutu-sekutunya memang bermotif agar kaum Muslim tidak menjadi ancaman bagi hegemoni peradaban mereka. Kerana itu, mereka menjadikan umat Islam sebagai umat yang moderat di dalam versi mereka.

Mereka biayai begitu banyak lembaga Islam dan mahasiswa Islam agar memiliki pemikiran dan sikap hidup yang sesuai dengan kehendak mereka. Di dalam konsep mereka, Islam moderat adalah Islam yang tidak meyakini kebenaran agamanya sendiri, Islam yang ‘jinak’, tidak peduli dengan penderitaan dan penindasan yang dialami oleh saudara-saudaranya sesama Muslim.

Mereka (Barat) ciptakan istilah-istilah yang indah dan yang buruk, untuk memecahbelahkan umat Islam. Istilah “Islam moderat” dilagakan dengan istilah “Islam radikal”, “Islam militan”, “Islam fundamentalis”, dan sebagainya, yang maknanya tidak didefinisikan dengan jelas.

Kita berharap, para tokoh dan cendekiawan Muslim dapat lebih berhati-hati dalam mengadaptasi satu istilah yang bukan berasal dari khazanah Islam. Jangan sampai mereka hanya menerima istilah tanpa diberikan definisi (ta’rif) yang jelas. Jangan sampai pula, mereka hanya menjadi saluran untuk mempopularkan satu istilah yang maknanya sudah diprogram secara sistematik sesuai dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan umat.

Pada zaman yang penuh dengan ‘fitnah’ seperti sekarang ini, kita perlu lebih berhati-hati lagi dalam menyebarkan maklumat, jangan mudah tergoda, kerana kita yakin, segala amal perbuatan dan ilmu kita akan dipertanggungjawabkan di Hari Akhirat kelak.

Sebenarnya, jika kita umat Islam menghayati Islam dengan benar-benar serta kembali kepada ajarannya yang murni, kita akan dapati, Islam itu sendiri adalah agama pertengahan dan sederhana dalam asas-asas pendidikannya.

Dalam memperjuangkan cita-cita kita dan dalam hendak memperjuangkan cita-cita Islam memerlukan ilmu yang mendalam dan ilmu yang seni. Mesti memahami ilmu dunia dan mesti memahami ilmu akhirat. Kalau tidak, Islam itu tidak dapat diperjuangkan dengan tepat.

Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalah gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat sama ada dari segi Tauhid atau samada mereka menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua golongan ini sangat ditakuti.

Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.

Di sini, diperjelaskan sedikit dari sudut pandangan Islam antara dua golongan ini dengan membawa pandangan yang ketiga. Kita harap pandangan ketiga ini adalah yang tepat. Dan pandangan ketiga inilah yang kita sedang perjuangkan. Selain daripada secara tidak langsung untuk membetulkan pandangan kedua dan ketiga, serta hendak memperlihatkan kebenaran Islam yang sebenarnya. Ini penting supaya imej Islam itu pulih semula dan supaya kalau orang bukan Islam walaupun mereka tidak masuk Islam tetapi mereka boleh menerima kewujudan Islam dan umat Islam. Juga supaya Umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar.

Di sini dibawakan sekali lagi, ayat Al Quran dari Surah Al Baqarah ayat 143 yang memperkatakan bahawa umat Islam itu adalah umat pertengahan. Ayat itu bermaksud:

"Demikianlah kami Tuhan menjadikan kamu adalah umat ( umat Muhammad) yang pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi."

Ulasan dalam ayat ini ialah yang pertama; Tuhan memberitahu kepada umat Nabi Muhammad bahawa itu umat pertengahan. Yang kedua; umat Muhammad mesti buktikan kepada manusia. Dan yang ketiga; Rasul melihat apa yang dibuktikan oleh umat Islam. Jadi 3 perkara ini yang akan cuba diperkatakan. Moga-moga Allah memberi ilmu supaya kita dapat faham bersama. Maka, kita seolah-olah secara tidak langsung sedang belajar mentafsir Al Quran berdasarkan ayat yang disebut di atas.

Mari kita cuba huraikan dan memperjelaskannya. Moga-moga akan terserlah Islam yang sebenarnya. Bukan Islam yang kiri dan bukan yang kanan. Bukan juga Islam yang pasif dan bukan yang militan. Tetapi di tengah-tengah antara dua golongan ini.

Allah memberitahu kita dalam ayat tadi bahawa Tuhan menjadikan umat Muhammad itu umat pertengahan. Apa yang dimaksudkan dengan pertengahan ? Kalau kita menganggap bahawa umat Muhammad itu datang ke dunia sebagai umat pertengahan, itu tidak logik kerana umat Muhammad ini di hujung zaman dan di hujung usia dunia. Jadi,jelas bukan itu yang dimaksudkannya.

Kalau yang dimaksudkan umat Muhammad itu datang sebagai umat pertengahan di antara umat ke umat, dengan sendirinya kenyataan itu ternafi kerana hakikatnya umat Muhammad ini berada di hujung usia dunia. Rasullullah adalah Rasul yang terakhir maka umat ini adalah umat yang terakhir. Kalau itu yang dimaksudkan, kenyataan tadi batal dengan sendirinya. Jadi, bukan itu maksudnya.

Jadi, apa yang Allah maksudkan tentang umat Muhammad ini umat pertengahan ialah umat yang sederhana, tidak terlalu ke kiri dan tidak terlalu ke kanan. Maksudnya, ajaran yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad adalah ajaran terakhir daripada seluruh ajaran yang disampaikan kepada nabi-nabi. Kalau ianya boleh difahami dan menjadi ilmu serta boleh dihayati, diaplikasi dan boleh diperjuangkan, umat Islam tidak akan menjadi pasif dan tidak militan. Inilah yang dimaksudkannya.

Kenapa? Kalau kita baca sejarah dunia, kedatangan agama-agama atau kedatangan ahli-ahli falsafah ke dunia yang masing-masing ada peranan yang sangat berbeza. Kedatangan ahli-ahli agama sebelum Rasullullah membawa agama yang betul-betul berbentuk ibadah selain daripada masalah-masalah aqidah yakni soal hati. Soal-soal lahirnya adalah benar-benar ibadah seperti sembahyang dan puasa. Ia tidak ada hubungan dengan dunia. Tidak ada hubungkait dengan kemajuan dan pembangunan. Soal dunia ini kalau hendak dibuat boleh dibuat tetapi kalau tidak dibuat, tidak mengapa. Kerana soal dunia tidak dianggap agama.

Sebab itu kalau kita baca sejarah pengikut Rasul-Rasul selain Nabi Muhammad, mereka banyak membentuk ibadah semata-mata dan aqidah. Dan juga berbentuk uzlah. Mereka mengatakan bahawa mereka adalah hamba Tuhan semata-mata. Itulah yang kita lihat dalam sejarah.

Kemudian ajaran falsafah pula diterima oleh pejuang-pejuang untuk dijadikan ideologi perjuangan mereka dan menjadi izzah perjuangan mereka yang terlalu berbentuk keduniaan. Mereka hanya memikirkan bagaimana hendak maju dan keduniaan. Sedangkan Tuhan tidak diambil kira. Jadi ibadah tidak ada langsung.

Jadi, golongan pertama terlalu menjurus kepada akhirat dan golongan yang kedua sangat berbentuk keduniaan. Tetapi masya-Allah, maha besar Tuhan, ajaran yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir, pemimpin dari Tuhan untuk dunia yang terakhir membawa ajaran yang merangkumi kedua-duanya sekali. Ertinya, bukan hanya ibadah menjadi ibadah dan bukan hanya ibadah menjadi agama. Tuhan mahu umat Muhammad menjadi maju tetapi diIslamkan. Membangun kemudian diIslamkan. Berkemajuan kemudian diIslamkan. Segalanya mengikut peraturan-peraturan dari Tuhan. Akhirnya apa sahaja yang dilakukan dengan meletakkan agama itu sebagai asas, ia tetap agama, diberi pahala, mendapat keredhoan Tuhan dan mendapat kasih sayang Tuhan.

Apabila dunia yang dibangunkan, kemajuan yang dibangunkan dan tamadun yang dibangunkan diaplikasikan dan diIslamkan mengikut ajaran-ajaran Tuhan maka di sini dapat dua keuntungan. Itu juga ibadah dan itu juga kemajuan. Itu juga ibadah dan itu juga tamadun. Itu juga ibadah dan itu juga pembangunan.

Ertinya, keseluruhan hidup termasuk pembangunan kemajuan itu sudah menjadi agama. Jadi, ianya tidak boleh dipandang dalam dua bentuk lagi, ia sudah menjadi agama. Maksudnya, ibadah, kemajuan dan pembangunan, semuanya yang dilakukan berlandaskan ajaran agama Islam mendapat pahala, keredhoaan dan kasih sayang dari tuhan. Inilah yang dimaksudkan umat Muhammad itu umat pertengahan. Tidak dunia semata-mata dan tidak akhirat semata-mata. Akhirat dan dunia digabungkan. Yang akhirat tetap akhirat, yang dunia pun bernilai akhirat. Yang akhirat menjadi ibadah dan diberi pahala. Kemajuan dunia pun sudah menjadi ibadah. Kemajuan itu juga sudah menjadi ibadah. Kalaulah fahaman ini dapat dipersembahkan kepada masyarakat, Islam menjadi sangat cantik dan indah. Akhirat dan dunia tidak ada pemisahan dan tidak ada bezanya. Semua itu menjadi agama. Itulah yang dimaksudkan dalam satu ayat yang lain yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama itu semuanya untuk Allah."

Maksudnya, siapa yang ada di dunia ini, selagi diusahakan oleh manusia, ia menjadi agama. Agama untuk keredhoan Tuhan. Inilah cantiknya ajaran Islam yang disampaikan kepada Rasullullah saw. Kalau begitulah yang kita faham dengan hanya berdasarkan dari satu ayat yang pendek kemudian dapat dipersembahkan, diperjuangkan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita, ia sangat cantik. Tidak timbul pasif dan tidak timbul militan kerana Islam membawa kasih sayang.

Kalau pembangunan, kemajuan dan tamadun dapat dibangunkan atas dasar Tuhan, ia sudah menjadi kepunyaan bersama dan dapat diagih-agihkan kepada semua. Semuanya mendapat rahmat dan tidak ada monopoli. Tidak cantikkah dan tidak indahkah Islam yang begini?

Itu yang dimaksudkan dan kalau dapat dipersembahkan dengan cara ketiga ini, orang bukan Islam pun tidak sakit hati. Bahkan mereka mendapat manfaat bersama. Mereka boleh bernaung dalam pemerintahan Islam. Tetapi entah apa salahnya, kita pun tidak tahu. Di mana silapnya? Ada golongan Islam yang pasif sangat. Bila disebut agama, mesti mundur keadaannya. Bila disebut orang agama, mesti tidak ada kemajuan. Bila disebut Islam mesti bermaksud pasif. Di mana silapnya? Tidak diketahui siapa yang membawa ajaran ini sedangkan ajaran Rasullullah itu ummatan wasatan iaitu umat pertengahan yang cantik dan indah kehidupannya. Tidak ada siapa yang takut kerana ianya sangat memberi manfaat dan faedah. Dan tidak diketahui kenapa adanya golongan yang menjadi militan. Kalau umat Islam itu militan, yang paling banyak membunuh orang adalah Rasul. Tetapi tidak pernah kita dengar seorang Rasul membunuh orang. Bacalah kisah-kisah sejak Nabi Adam sampai kepada Rasulullah.

Bahkan sesetengah Rasul apabila masuk berperang dan boleh membunuh tetapi mereka tidak membunuh. Kalaulah membunuh orang itu dianggap hebat, yang paling banyak membunuh orang adalah Rasul. Tetapi tidak ada seorang pun yang Rasul bunuh. Kecuali kalau kita dengar kisah Nabi Musa ketika berumur 18 tahun. Ketika itu dia belum menjadi Rasul dan belum menjadi Nabi. Dia melihat dua orang sedang bergaduh iaitu diantara orang Qibti dengan Bani Israel. Dia hendak meleraikan mereka tetapi dia tertolak sedikit salah seorang daripada yang bergaduh. Oleh kerana dia ada mukjizat, orang itu mati. Dia bukan berniat hendak membunuh tetapi dia mati juga. Nabi Musa ketakutan sebab dia hanya bermaksud hendak meleraikan pergaduhan.

Di antara pemuda Qibti dengan Bani Israel, yang mati itu adalah pemuda Qibti. Maka Firaun tuduh Nabi Musa dan mengatakan yang Nabi Musa mahu mempertahankan bangsanya. Kerana yang mati itu bukan bangsanya. Itu yang menjadi masalah. Sedangkan dia bukan berniat hendak membunuh. Bagaimana pun ketika itu dia belum menjadi Rasul. Setelah dia menjadi Rasul, memang dia tidak pernah membunuh walaupun seorang. Yang peliknya umat Islam hari ini bahkan sesetengah ulama, bila dikatakan jihad, mesti bunuh orang. Bila disebut jihad, mesti berkasar dengan orang. Di mana mereka belajar tentang ini semua?

Yang kedua, ayat itu mengatakan lagi bahawa Umat Muhammad mestilah membuktikan kepada manusia. Umat Muhammad mesti membuktikan bahawa Islam yang sebenarnya membangunkan agama dan kemajuan. Mereka membangunkan dunia akhirat. Dunianya juga dijadikan ibadah. Akhirnya semua menjadi agama. Jalan raya sudah menjadi agama. Pembangunan sudah menjadi agama. Kapal terbang, kereta dan apa saja, semuanya sudah menjadi agama kalau didisiplinkan mengikut kaedah Tuhan. Tidakkah itu indah? Itu kemajuan, itu pahala, itu ibadah dan itu kebaikan.

Allah menganjurkan umat Muhammad mesti membuktikan kepada manusia. Tetapi hari ini, yang dibuktikan oleh umat Islam ialah golongan jumud dan golongan militan. Bila sebut saja Islam, tidak ada selera orang hendak mendengarnya. Samada nampak tidak maju atau nampak ganas. Ini satu kesilapan besar. Jadi kalau dunia marah dan orang kafir marah, memang patut. Sebab kita sedang membuktikan Islam yang tidak tepat. Islam membawa kasih sayang. Islam membawa hiburan. Islam adalah hiburan, samada secara langsung atau tidak. Tetapi mengapa terjadi golongan pertama dan kedua? Inilah tugas kita, yang hendak diberitahu kepada anak-anak. Akhirat dan dunia digabungkan hingga seluruhnya menjadi agama. Itu pahala dan itu kemajuan. Dan moga-moga, apa yang Tuhan minta kepada kita itu, kita sanggup buktikan kepada manusia. Sekarang mesti dibuktikan kepada dunia. Inilah ajaran Tuhan yang sebenarnya. Ini maksud yang kedua.

Maksud yang ketiga, kalau kita boleh buat apa yang telah dikatakan tadi, maka Rasul juga turut menyaksikan. Mengapa Tuhan mengatakan yang Rasul menyaksikan? Kalau zaman para Sahabat, Rasul memang hidup. Rasul melihat sama apa yang sahabat buat. Tetapi di sini dikatakan Rasul melihat, tidak ada yang kecuali. Secara umum, di sinilah kelebihan Rasul. Walaupun sudah wafat, Tuhan boleh perlihatkan apa yang dibuatkan. Walaupun Rasul hari ini sudah wafat, dia boleh melihat.

Kalau begitu, ajaran Islam ini sangat cantik. Inilah yang sedang kita pelajari semula supaya kita dapat faham secara tepat hingga dapat dipersembahkan secara tepat. Dan kita perjuangkan secara tepat. Supaya kita buktikan kepada manusia dan insya-Allah manusia akan boleh menerimanya walaupun ada yang tidak sanggup masuk Islam.

Cukuplah yang dapat dikatakan matan-matannya saja untuk kita jadikan bahan fikir dan untuk kita jadikan modal perjuangan. Moga-moga Islam yang telah pernah diperjuangkan oleh Rasullullah itu dan kemudian diwariskan kepada kita ini dapat dizahirkan ke dunia ini.

Sumber
Ikhwan Today