26 Julai 2009

Anwar dan Pluralisme





Situasi politik Malaysia saat ini begitu gawat dan mencemaskan, banyak pandangan mengatakan ia dipengaruhi oleh dasar luar Amerika yang ingin mengusai sebanyak mungkin negara islam demi survival Amerika sebagai sebuah kuasa dunia.


Strategi Keselamatan Nasional (National Security Strategy) Amerika yang dikeluarkan White House pada 16 Mac 2006 menyatakan bahawa ada dua pendekatan utama strategi keselamatan nasional : Pertama, mempromosikan kebebasan, keadilan dan hak asasi manusia yang berjuang untuk mengakhiri penindasan, mempromosikan demokrasi yang efektif dan memperluas liberalisasi melalui pasaran bebas dan kebijaksanaan pembangunan.

Kedua, menghadapi perbagai tentangan dengan membantu kumpulan masyarakat demokrasi yang sedang wujud di setiap negara.

Untuk mencapai impian tersebut Amerika telah mengembangkan pendekatan yang solid baik dalam aspek politik, ekonomi, diplomatik dan berbagai kaedah lainnya yang dianggap dapat membantu. Salah satu langkah dari operasi tersebut adalah menggunakan kaedah bantuan luar untuk menyokong proses pembangunan pilihanraya yang adil dan bebas, menegakkan keadilan, memperjuangkan masyarakat sivil (civil society), hak-hak golongan wanita, kebebasan media serta kebebasan beragama.

Rand Corporation sebagai lembaga penelitian dan penyelidikan Amerika pada tahun 2007 telah menerbitkan sebuah hasil kajian yang dipimpin oleh mantan atase Jabatan Pertahanan AS, Angel Rabasa yang bertajuk: Building Moderate Muslim Networks. Hasil kajian tersebut adalah bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sejalan dengan nilai dan prinsip-prinsip Amerika untuk menandingi atau mengimbangi kelompok fundamentalis islam.

Dalam dokumen tersebut dinyatakan bahawa Amerika akan mendapat perbagai faedah baik secara terbuka atau tersembunyi hasil penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai hak kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, isu keadilan dan Hak asasi Manusia.

Demi merealisasikan perkara tersebut, secara khusus Jabatan Luar Negeri Amerika bersama U.S. Agency for International Development (USAID) akan memainkan peranan untuk mempromosikan nilai-nilai tersebut dan menterjemahkannya dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar dan USAID telah mengerakan usaha ini melalui beberapa badan seperti National Endowment for Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI), Asia Foundation, dan Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). Kesemua badan-badan tersebut diberi bantuan dana sepenuhnya oleh kerajaan Amerika.

Untuk menjayakan misi ini badan-badan tersebut akan melatih dan merekrut beberapa kalangan yang dianggap berpotensi sebagai rakan oleh Amerika seperti golongan intelektual dan akademik muslim yang liberal dan sekular, ulama muda yang moderat, golongan aktivis , golongan wanita yang terlibat dalam kempen kesamarataan dan, penulis serta jurnalis moderat.

Melalui aktiviti dan penglibatan golongan ini, Amerika akan berupaya untuk menyebarkan ideologi liberalis, kesamarataan dalam hidup dan gender di mana-mana negara yang mempunyai majoriti penduduk muslim dan dapat memecah belah pemikiran Islam fundamentalis yang dianggap penghambat penyebaran demokrasi liberal.

Strategi di atas setidaknya dapat memberikan bukti yang kukuh bahawa Amerika merupakan negara berasas kapitalisme yang akan terus menyebarkan Ideologi liberalnya dalam usaha menghambat dan mematikan musuh yang menentang Ideologinya, Pasca perang dingin telah menyaksikan runtuhnya kuasa Soviet sebagai ancaman ke atas Amerika, kini selain China yang disasarkan sebagai negara yang perlu diperhatikan oleh Amerikan ialah kemunculan negara Islam, blok negara islam ini kebanyakkannya berada diluar pengaruh Amerika. Oleh itu projek tersebut telah memberi tumpuan kepada negara-negara islam supaya kelompok yang digelar Amerika sebagai Islam fundamentalis dapat diperangi walau apa cara sekalipun.

Diantara usaha kelompok badan ini untuk melumpuhkan islam ialah melalui penyebaran pemikiran yang menganggap semua agama itu sama atau dikenali juga sebagai Pluralisme.Ia sebenarnya telah lama masuk ke dunia islam termasuk Malaysia tetapi secara beransur -ansur dan tidak disedari.

Tapi akhir-akhir ini selepas stunami politik 2008 fikiran itu menjelma menjadi sebuah fahaman dan gerakan pembaharuan yang kehadirannya dirasakan begitu mendadak, tiba-tiba dan mengejutkan. Ummat Islam seperti mendapat kerja rumah baru dari luar rumahnya sendiri. Walhal umat Islam sejak dari dulu saat pembukaan Kota Madinah hingga kini telah biasa hidup ditengah kepelbagaian atau pluralitas agama dan menerimanya sebagai realiti sosial.

Piagam Madinah dengan jelas sekali menunjukkan umat Islam boleh hidup bersama dengan umat agama lain dan para ulama telah pula menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah tersebut. Apa sebenarnya di sebalik gerakan ini?

Yang sedihnya, pluralisme agama kini seakan dianggap realiti dan sunnatullah oleh kumpulan islam moderat ini.

Sebenarnya fahaman ini pun bukan baru. Akar-akarnya seakan sama dengan akar modernisme di Barat dan gagasannya timbul dari perspektif dan pengalaman kehidupan manusia Barat. Namun kalangan umat Islam yang menyokong konsep ini akan mencari-cari akarnya dari masyarakat Islam dan juga ajaran Islam. Kesalahan yang terjadi, akhirnya adalah menganggap kewujudan kemajmukan (pluralitas) agama-agama dan fahaman pluralisme agama sebagai sama saja.

Yang semakin mengusarkan, pluralisme agama dianggap wujud dan sunnatullah. Walhal keduanya sangat berbeza. Pluralitas agama (kepelbagaiann agama) adalah keadaan dimana perbagai agama wujud dalam suatu masyarakat atau negara, dan masyarakat mempunyai anutan yang berbeza. Sedangkan pluralisme agama adalah suatu fahaman yang menjadi tema penting dalam disiplin sosiologi, teologi dan falsafah agama yang berkembang di Barat dan juga agenda penting globalisasi. Dalam konsep pluralisme ini semua agama adalah sama dan saling mempunyai kebenaran.

Agama Islam menyatakan pluralitas agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama masing-masing.

Tapi fahaman pluralisme agama diorientasikan untuk menghilangkan permasalahan dan sekaligus menghilangkan perbezaan dan identiti agama yang ada. Jadi menganggap pluralisme agama sebagai sunnatullah adalah kenyataan yang berlebihan dan mengarut.

Dalam fahaman pluralisme agama yang berkembang di Barat sendiri terdapat sekurang-kurangnya dua aliran yang berbeza iaitu fahaman yang dikenali dengan program teologi global (global theology) dan fahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions). Kedua aliran ini telah membangun gagasan, konsep dan prinsip masing-masing yang akhirnya menjadi fahaman yang sistematik. Sebab itu antara konsep ini ada yang menyalahkan yang lain.

Munculnya kedua aliran diatas juga disebabkan oleh dua motif yang berbeza, meskipun keduanya muncul di Barat dan menjadi tumpuan perhatian masyarakat Barat. Bagi aliran pertama yang umumnya diwarnai oleh kajian sosiologis motif terpentingnya adalah kerana tuntutan modernisasi dan globalisasi. Kerana pentingnya agama di era globalisasi ini maka hubungan globalisasi dan agama menjadi tema umum dalam sosiologi agama. Tentang hubungan antara agama dan globalisasi ia dibaca dari Religion and Globalization, karya Peter Bayer, Islam, Globalization and Postmodernity, karya Akbar S Ahmed dan H. Donnan, The Changing Face of Religion, karya James A Beckford dan Thomas Luckmann atau Religion and Global Order, oleh Ronald Robertson dan WR. Garet.





Kenyataannya, agama kini dianggap sebagai sebahagian bagi program globalisasi. Tidak menghairankan jika kini seminar tentang dialog antara agama, global ethic, religious dialogue yang diadakan oleh World Council of Religions dan pihak lain sangat banyak diadakan diseluruh dunia. Organisasi bukan kerajaan (NGO) di dunia ketiga pun mendapat banyak limpahan dana untuk menjayakan program ini.

Bukti bahawa Barat berkepentingan dengan fahaman ini dapat dilihat dari tema yang diangkat jurnal rintisan oleh Zwemmer The Muslim World pada edisi terkininya (volume 94 No.3, tahun 2004). Jurnal missionaris itu menekankan tema pluralisme agama dengan fokus dialog Islam-Kristian. Sudah tentu disitu framework Barat sangat dominan.

Berbeza dari motif aliran pertama yang diwarnai pendekatan sosiologi, motif aliran kedua lebih didominasi oleh pendekatan falsafah dan teologi Barat iaitu terbalik dari motif aliran pertama. Kalangan falsafah dan teologi menolak arus modernisasi dan globalisasi yang cenderung mengetepikan agama itu dengan berusaha mempertahankan tradisi yang terdapat dalam agama-agama itu. Yang pertama memakai pendekatan sosiologis, sedangkan yang kedua memakai pendekatan falsafah agama.

Aliran pertama menawarkan konsep dunia tanpa batas geografi budaya, ideologi, teologi, kepercayaan dan lain-lain. Ertinya identiti budaya, kepercayaan dan agama harus dilebur atau disesuaikan dengan peredaran zaman.

Kelompok ini yakin bahawa agama-agama itu ada revolusi dan ia akan saling mendekati antara satu sama lain yang pada akhirnya tidak akan ada lagi perbezaan antara satu agama dengan lainnya. Agama-agama itu kemudian akan melebur menjadi satu. Berdasarkan keputusan itu maka John Hick, salah satu tokoh terpenting kumpulan ini, segera memperkenalkan konsep pluralisme agama dengan gagasannya yang ia sebut global theology. Selain Hick diantara tokohnya yang terkenal adalah Wilfred Cantwell Smith, pendiri McGill Islamic Studies.

Tokoh-tokoh lain dapat dilihat dari karya penulisan Hick berjudul Problems of Religious Pluralism. Pada halaman dedikasi buku ini John Hick menulis yang terjemahannya begini: Kepada kawan-kawan yang merupakan nabi-nabi pluralisme agama dalam berbagai tradisi mereka: Masau Abe dalam agama Buddha, Hasan Askari dalam Islam, Ramchandra Gandhi dalam agama Hindu, Kushdeva Singh dalam agama Sikh, Wilfred Cantwell Smith dalam agama Kristen dan Leo Trepp dalam agama Yahudi.

Aliran kedua pula lebih kepada pendekatan religious filosofis dan membela apa yang ada pada setiap agama. Bagi kelompok ini agama tidak boleh di ubah begitu saja dengan mengikuti zaman globalisasi, zaman moden ataupun post-modern yang telah meminggirkan agama itu. Agama tidak boleh dilihat hanya dari perspektif sosiologi ataupun sejarah dan tidak boleh dihilangkan identitinya. Kumpulan ini telah memperkenalkan pendekatan tradisional dan mengangkat konsep-konsep yang diambil secara parallel dari tradisi agama-agama.

Salah satu konsep utama kelompok ini adalah konsep sophia perrenis atau dalam bahasa Hindu disebut Sanata Dharma atau dalam Islam disebut al-ikmah al-khalidah. Konsep ini mengandungi pandangan bahawa di dalam setiap agama terdapat tradisi-tradisi utama yang perlu dihidupkan dan dipelihara secara adil, tanpa menganggap salah satunya lebih hebat dari yang lain.

Agama bagi aliran ini adalah bagaikan jalan-jalan yang akan menuju ke puncak yang sama. Tokoh pencetus dan pendokong fahaman ini adalah Ren GuÃnon (m. 1951), T. S. Eliot (m. 1965), Titus Burckhardt (m. 1984), Fritjhof Schuon (m.1998), Ananda K. Coomaraswamy (m. 1947), Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr, Huston Smith, Louis Massignon, Marco Pallis (m. 1989), Henry Corbin, Jean-Louis Michon, Jean Cantein, Victor Danner, Joseph E. Brown, William Stoddart, Lord Northbourne, Gai Eaton, W. N. Perry, G. Durand, E. F. Schumacher, J. Needleman, William C. Chittick dan lain-lain.

Konsep dasar fahamam Trasenden pula menurut kajian Adnin Armas adalah berdasarkan doktrin transendentalis dari penulisan karya Fritjhof Schuon yang diilhamkan oleh Rene Guenon (baca: Pemikiran Frithjof Schuon tentang Titik-Temu Agama). Disitu ia mengangkat topik tentang metafisika, epistemoligi, pendekatan esoterik dan eksoterik.

Schuon yang difahamkan telah memeluk Islam itu mempunyai pengikut fanatik dari cendekiawan Muslim berasal dari Iran iaitu Sayed Hossein Nasr. Beliau telah menterjemahkan istilah philosophia perrenis itu menjadi al-ikmah al-khÃlidah. Sebenarnya idea Guenon, Schuon dan Nasr adalah parallel, ketiganya menyokong fahaman kesatuan transenden agama-agama. Pemikiran pluralis S.H.Nasr ini dikaji secara kritis oleh Dr. Anis Malik Toha (baca: Seyyed Hossein Nasr: Mengangkat Tradisionalisme Membangun Pluralisme Agama).

Selain itu aspek penting fahaman ini adalah pendekatannya yang diambil dari pengalaman spiritual dari tradisi mistik yang terdapat dalam tradisi agama-agama. Dalam Islam mereka mengambil pengalaman spiritual dari tradisi sufi. Untuk menguji dakwaan mereka bahawa para sufi itu pluralis Sani Badron mengupas pandangan tokoh Sufi terkenal yang sering mereka ambil, iaitu Ibn Arabi. Kajian langsung terhadap karya-karya utama ini mengungkapkan pandangan Ibn ‘Arabi terhadap agama-agama selain Islam. (baca: Ibn ‘Arabi tentang Pluralisme Agama).

Sementara itu, seorang penyelidik Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah melontarkan pandangan tentang konsep-konsep asas Islam seperti wahyu, Tuhan, konsep tauhid dan lain-lain dalam penulisannya. Al-Attas menyimpulkan bahawa fahaman pluralisme agama tidak sesuai dengan Islam. Tulisan ini boleh didapati dari karya beliau bertajuk Prolegomena To the Metaphysics of Islam.

Dr. Anis Toba dalam satu forum di UIA pada tahun 2007 pula menyatakan pluralisme ini kurang difahami secara baik oleh golongan islam moderat. Seperti Allah menciptakan keberagaman dalam agama, semua agama dianggap sama-sama absah secara syara’ kerana sama-sama diciptakan Allah syara’.Swt. tetapi tidak semuanya diredhai oleh Allah swt.

Mengakui agama adalah sama, sebenarnya boleh membawa kepada kesesatan kepada umat islam sebab itu kita lihat di Indonesia ia telah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia pada 2005, kerana bertentangan dengan agama Islam. Namun saat ini kita melihat di indonesia gerakan ini semakin kukuh kerana mendapat sokongan dan dipelopori oleh bekas Presiden indonesia sendiri iaitu Gusdur. Kita mendoakan di Malaysia gerakan ini dapat dibanteras ke akar umbi walaupun ada usaha dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk mengerakkan konsep pluralisme ini di Malaysia.

Apa yang boleh dikatakan fahaman Pluralisme sebenarnya adalah arus yang dibawa pemikiran globalisasi moden Barat dan ia ternyata ia merupakan modus operandi barat untuk menjayakan matlamat mereka menghancurkan islam yang dianggap fundamentalis. Dalam kedaan pemikiran yang semakin mencabar ini adalah baik dan bijaksana jika kita tidak ke Barat dan tidak ke Timur, tapi kembali kepada Islam sebenarnya seperti dinyatakan didalam Al-Quran.
Kesimpulannya, agama Islam sebenarnya memang menyuruh umatnya menghormati agama-agama lain. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Namun, ia tidak bermaksud bahawa umat Islam boleh meredai dan bersetuju dengan ajaran yang terdapat dalam agama-agama itu. Justeru, dalam surah al-Kafiruun ayat 1-6 Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Maka untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.” Inilah pendirian Umat Islam kepada golongan Islam Moderat yang ingin melaksanaakan gagasan konsep pluralisme ini di Malaysia.

Artikel ini ditulis semula berdasarkan sumber National Security Strategy, sini, sini,dan sini

19 Julai 2009

Teoh Bong Hock mangsa CIA/NED?



Di Iran selepas kemenangan Mahmood Ahmedinejad dalam pilihanraya Presiden 12 Jun, telah berlaku arus bantahan dari penduduk Iran yang menyokong perjuangan Mir Mousavi yang mendokong reformasi ke atas Iran. Dalam kekalutan politik, bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan dikatakan Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting disebalik pembunuhan Neda Agha-Soltan, gadis Iran berusia 26 tahun yang mati tertembak dan kini menjadi simbol perjuangan kelompok reformasi terhadap pemerintah Iran.

"Kematian Neda sangat mencurigakan," kata Duta Besar Iran untuk Mexico Mohammad Hassan Ghadiri, seperti dipetik CNN, Jumaat (26/6/2009).

"Pertanyaan saya adalah, bagaimana Neda boleh ditembak dari belakang, diperlakukan di depan sekumpulan jurugambar, dan ditembak di tempat yang tidak terdapat banyak penunjuk perasaan?"

Ghadiri menganggap perisik Amerika CIA atau agen perisik barat yang bertanggung jawab atas kematian gadis tersebut.

"Jadi, jika CIA ingin membunuh orang dan mengaitnya dengan kerajaan, maka memilih perempuan tersebut sebagai korban adalah pilihan yang tepat, kerana kematiannya akan menarik simpati," kata Ghadiri.

Dalam rakaman video seolah menunjukkan Neda tertembak di bahagian dada, namun Ghadiri mengatakan bahawa peluru dijumpai di bahagian kepala dan peluru yang digunakan bukanlah jenis yang digunakan di Iran.

"Ini adalah kaedah yang digunakan pengganas, CIA, dan agen perisikan barat," kata Ghadiri.

"Mereka ingin melihat darah mengalir dalam kelompok golongan yang terlibat dengan demonstrasi, jadi mereka dapat menggunakannya untuk melawan Republik Islam Iran. Ini adalah kaedah biasa yang digunakan CIA di kebanyakkan negara," kata pegawai diplomatik Iran tersebut.

Walaupun kenyataan Ghadiri menyatakan Amerika terlibat, jurucakap CIA George Little tetap menafikan ia perbuatan CIA dan menganggap mustahil mereka yang bertanggung jawab atas kematian perempuan tersebut.
Antara pihak yang digunakan oleh CIA untuk membantu puak penentang di Iran dan mana2 negara sasaran ialah National Endowment for Democracy (NED) sebuah organisasi yang dibiayai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Melalui organisasi ini mereka akan cuba mempromosi demokrasi ala Amerika kepada negara yang dianggap musuh kepada Amerika dalam usaha untuk menguasai dunia, oleh itu pelbagai cara direncana untuk menggerakan demokrasi di China, Iran, korea Utara, Zimbabwe dan juga di Rusia, malah melibatkan juga kerja-kerja demokrasi di negara islam seperti Iran, Syiria dan negara lain yang dilihat mempunyai hubungan yang tidak pro kepada Amerika.

Terdapat juga dakwaan kukuh mengatakan gelombang hijau yang tercetus di Iran yang menyokong Mir Mousavi adalah permainan NED untuk membangkitkan sentimen sokongan rakyat.

Di Urumqi China, gara-gara Rabiya Kadeer telah menyaksikan kaum minoriti Uighur menghadapi konflik dengan etnik Han di China, Menurut pihak berkuasa China, Rabiya yang tinggal di Amerika memainkan peranan penting untuk mewujudkan konflik di antara etik Uighur dan Han.

Apabila konflik di China berlaku, antara negara awal yang bersuara ialah Turki melalui Racep Tayeb Erdorgan, timbul persoalan kenapa Turki begitu cepat memberi respon keadaan tersebut. Adakah kekecohan di Urumqi juga didalangi oleh CIA melalui NED klik sini dan Turki melalui Erdorgan terlibat dengan konspirasi tersebut, kerana ia seolah sebuah modus operandi dua dalam satu iaitu untuk menjadikan Erdorgan hero umat islam dan pada masa yang sama dapat mengkucar-kacirkan politik negara China. klik sini

Erdorgan kini dianggap pemimpin Turki yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Amerika, dibawahanya Turki dianggap sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan demokrasi yang ditaja oleh NED malah kemenangan AKP di Turki dilihat mendapat sokongan pihak Amerika.

Tindakan Erdorgan mengkritik kerajaan China itu sebenarnya adalah tepat namun timbul persoalan, kenapa umat islam Kurdis di Turki, Erdorgan juga yang memerangi mereka? ini yang menimbulkan persoalan umat islam mengenai Erdorgan, adakah beliau jujur mengkritik China atau lebih kepada membaca skrip yang ditulis CIA.

Apa yang boleh dikatakan mungkin wujud kongspirasi CIA Amerika dan sekutunya atas apa yang berlaku di Xinjiang, China. Dalam usaha untuk memecahbelahkan negara China, umat islam telah dipergunakan demi kepentingan politik mereka sesudah gerakan pembebasan Tibet gagal.

Setelah beratus tahun kewujudan negara China, sebenarnya tidak ada bukti orang China pernah menindas dan menakluk negara lain, seperti mana Amerika menindas umat islam. Malah China seringkali dilihat sebagai rakan umat islam, Malah sewaktu pemerintahan Dinasti Ming Maharaja China dikatakan dikelilingi oleh pembesar beragama islam, sehinggakan Laksamana Cheng Ho yang diutus belayar ke negara lain sebagai utusan untuk melebarkan hubungan diplomatik China pun dikatakan beragama Islam. Mungkin tidak salah kita mengandaikan apa yang berlaku di China sebenarnya lebih kepada permasalahan sesama etnik, namun ia cuba dibawa kepada permasalahan penindasan etnik dan agama kelompok minoriti.

Di Malaysia saat ini dilaporkan seorang etnik minoriti cina dilaporkan telah terbunuh selepas dibawa agensi pihak berkuasa (SPRM) untuk membantu siasatan penyelewengan peruntukan perbelanjaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerajaan Negeri Selangor.

Kematian pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Selangor itu dianggap misteri kerana ia merupakan saksi kepada pihak berkuasa. Sekiranya pihak berkuasa yang ingin membunuh saksi secara logik tidak masuk akal ia dilakukan dengan kaedah sedemikian, sebab itu andaian mengatakan SPRM terlibat adalah boleh dipertikai, kerana mana mungkin saksi mereka sendiri ingin dibunuh dan ia dilakukan dilokasi siasatan dijalankan.

Timbul persolan siapa yang berani membunuh Teoh Bong Hock, dan ia dikaitkan dengan pihak berkuasa Malaysia, dan yang lebih janggal lagi mayatnya ditemui dibangunan bersebelah bangunan agensi tersebut.

Yang ajaibnya peristiwa kematian lelaki tersebut berlaku di saat pemimpin utama pembangkang iaitu Anwar Ibrahim sedang menghadapi tuduhan di mahkamah atas tuduhan melakukan liwat ke atas pembantu peribadinya. Dan ia berlaku dalam tempoh serentak sewaktu kesnya sedang dibicarakan.

Pada masa yang sama Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada parti yang sama diwakili oleh Anwar Ibrahim sedang menghadapi pelbagai masalah, dari tuduhan penyelewengan kuasa, masalah perkaitan kongsi gelap exco kerajaan negeri dan salah laku Menteri Besarnya.

Adakah mungkin apa yang berlaku ini adalah usaha terancang untuk mengalihkan isu dihadapi pembangkang dan perancangan untuk memburukkan imej SPRM seterusnya kerajaan Malaysia supaya kredibiliti hilang dimata umum.

Sorotan kejadian
Dalam tempoh seminggu sebelum kes kematian Teoh Bong Hock berlaku, kita menyaksikan Anwar sempat ke Australia untuk memberi pandangan mengenai Islam dan barat kepada dalam satu program disana. Seperti yang diketahui Ausralia merupakan polis bagi negara Asia yang dilantik Amerika selain Singapura.

Sebaik Anwar kembali ke Malaysia, Anwar telah mengadakan roadshow seluruh Selangor untuk mewujudkan momentum rakyat membenci kerajaan, namun ia gagal. Dan pada masa yang sama Azmin Ali orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mencetuskan pergeseran dengan Menteri Besar Khalid Ibrahim, apabila menyarankan exco Selangor dirombak.

Melalui Wee Choo Keong pula dilemparkan tuduhan exco Selangor menpunyai kaitan dengan kongsi gelap. Kedua-dua saranan ini menyebabkan wujud kekecohan dalam politik Selangor.

Dalam saat ini seolah SPRM terperangkap dengan perancangan Anwar CIA. Kerana selepas itu, pihak SPRM membuat serbuan kepada Adun Selangor untuk membuat siasatan. Dan ada pegawai Adun Selangor telah dipanggil oleh pihak berkuasa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat. Sehinggalah berlakunya kematian Teoh Bong Hock dalam keadaan penuh misteri.
Perkara yang pelik lagi SPRM dikatakan tidak mempunyai kemudahan CCTV secara meyeluruh, adakah perkara ini sebenarnya sudah diketahui oleh agen Anwar untuk melakukan tindakan seterusnya.

Secara kebetulan pejabat SPRM di Plaza Masalam, merupakan bangunan yang dikongsi bersama dengan pelbagai agensi lain samaada swasta atau agensi kerajaan.Dengan itu akses orang ramai ke bangunan tersebut tentulah tidak seketat akses ke bangunan Pejabat Peguam Negara atau bangunan SUK negeri. Adakah mungkin semua aspek ini sudah diambil kira sewaktu tindakan membunuh Beng Hock dilakukan.

Kini semua cakap-cakap mengenai masalah penyelewengan kerajaan negeri Selangor sudah senyap, dan masalah Anwar dan kes liwatnya juga sepi.

Adakah boleh kita katakan apa yang berlaku ini semuanya adalah konspirasi pihak CIA untuk membantu Anwar berkuasa di Malaysia?

Sewaktu di Australia tidak mustahil semua perkembangan politik di Malaysia Anwar akan melaporkan kepada agen CIA disana dan pihak CIA memberi panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Anwar dan NED sebenarnya tidak dapat dipisahkan, kerana projek demokrasi yang dipelopori Anwar sekarang merupakan projek NED, dan ia merupakan sebahagian agenda yang ingin dilaksanakan dinegara islam dan anwar sendiri terlibat dengan program anjuran NED.

Dan Erdorgan melalui parti AKP katanya banyak memberi bantuan kepada Anwar dalam memberi nasihat kerja-kerja membina imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi pilihanraya di Malaysia. Dan Anwar sendiri hingga hari ini sentiasa melobi kepada negara islam lain bahawa Turki dibawah Erdorgan merupakan negara islam contoh untuk demokrasi.

Jika kejadian di Iran ada kaitan CIA dan peranan NED, adakah mungkin segala yang berlaku kini di Malaysia juga adalah mainan agensi yang sama.

Sebenarnya kaedah membela golongan wanita dan membela golongan minoriti disesebuah negara adalah modus operandi pihak barat dan yahudi untuk masuk campur dalam sesebuah negara. Sewaktu era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Empayar Bani Uthamniyah dahulu, kisah pembelaaan golongan minoriti yang didakwa tertindas dan pembunuhan terancang golongan minoriti Armenia juga dijalankan oleh orang Yahudi dan barat untuk meruntuhkan kerajaan Bani Uthamniyah.
Hasilnya rakyat dan kelompok minoriti memberontak kerana menggangap Sultan Abdul Hamid adalah pembunuh kaum minoriti walhal hakikatnya ahli sejarawan hari ini mengatakan pembunuhan orang Armenia sebenarnya didalangi oleh pihak yang ingin menjatuhkan Sultan Abdul Hamid. Gara-gara kebencian melampau Bani Uthmaniyah akhirnya runtuh hasil tekanan yang begitu kuat dari dalaman dan luaran dan seterusnya menyaksikan hingga kini Yahudi mempunyai peranan dalam politik dalaman Turki .Klik sini

Walaupun akan ada pihak yang mengatakan, Malaysia tidak ada apa kepentingan untuk dikuasai Amerika kerana Malaysia bukannya Iran. Tetapi mungkin mereka lupa bahawa Malaysia dirujuk oleh kebanyakkan negara membangun islam yang lain dan Malaysia mempunyai pengaruh besar terhadap negara membangun khususnya di Afrika. Dasar berkecuali dan menjalin hubungan dengan pelbagai pihak menyebabkan Malaysia seringkali diperhatikan oleh kuasa besar.

Tidak banyak negara yang boleh mempunyai hubungan yang baik dengan China, Iran, Rusia, Cuba mahupun Korea Utara namun Malaysia mampu melakukannya dan pada masa yang sama hubungan Malaysia dengan negara Pro barat lain tetap terjalin.

Sementara itu di eropah timur,negara rantau balkan seperti Bosnia lebih melihat Malaysia berbanding Turki sebagai negara sahabat, walaupun Bosnia dan Turki mempunyai kaitan hubungan sejarah. Inilah kebijaksanaan polisi yang dirintis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, sehingga ia dicemburui negara lain.

Kebencian melampau dan terpengaruh dengan agenda demokrasi barat seperti dibawa Anwar tanpa disedari akan menyebakan sejarah Malaysia akan berubah suatu hari nanti,di ketika itu masa tidak akan mungkin boleh diundur untuk kembali kepada asal, samada ia berbaloi untuk umat islam mungkin kita boleh melihat kepada situasi yang berlaku di Indonesia pada hari ini, sama-sama kita nilaikan sendiri, dimana kedudukan parti Islam dan suara umat islam walaupun negara tersebut merupakan negara umat islam terbesar di dunia.


02 Julai 2009

Islam liberal menang pilihanraya?


Dalam tempoh beberapa hari lagi Pilihanraya Presiden Indonesia akan berlaku, saat ketika ini ketiga-tiga kumpulan iaitu Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY-Boediono, Megawati- Probo Subianto dan Jusuf Kala - Wiranto sedang sibuk mengaturkan kempen saaat akhir. Di saat ini juga wujud kekeliruan dikalangan kumpulan pertubuhan Islam di Indonesia siapa yang harus disokong oleh mereka dan siapa diantara calon tersebut, yang layak diangkat demi menjaga kepentingan umat Islam? Tapi dikatakan kelompok Islam sukar menyatakan dokongan penuh apabila ketiga2 calon Presiden itu berdasarkan laporan, memiliki masalah yang serius, terutama berkaitan dengan masalah isu dasar halatuju parti dan kerajaan.Namun akhir-akhir ini dikatakan pasangan SBY -Boediono bukan lagi pilihan kelompok pilihan kumpulan Islam. Namun tindakan ini agak terlewat kerana kumpulan Parti islam mengambil keputusan menjadi penyokong pasangan ini.

Harian Kompas, ada memaparkan berita tentang sejumlah isu yang menimpa setiap calon Presiden. (Kompas 22/6/2009). Salah satu yang ditulis di dalam akhbar harian itu ialah dikatakan pasangan SBY-Boediono merupakan pengikut fahaman neo-liberalisme (neo-lib). Persoalannya, adakah benar SBY-Boediono, yang sering dikaitkan dengan neo-lib, benar-benar neo-lib? Adakah wujud fakta-fakta yang mengaitkan mereka dengan neo-liberalisme, terutama kecenderungan pandangan serta buah fikirannya yang berkaitan dengan visi serta misi terhadap dasar yang akan dilakukan nanti. Dan siapa yang berada dan bergerak bersamanya saat ini, sekiranya ini dapat dibuktikan mungkin ini yang menyebabkan pasangan SBY-Boerdiono dikaitkan dengan persepsi ini.

Walaupun hujah itu ditolak hingga dinafikan sendiri oleh pihak SBY, dan para penyokongnya, bahawa SBY-Boediono, terutama Boediono bukan neo-lib. Tetapi masyarakat indonesia melihat orang-orang yang di sekeliling SBY dan sokongan yang diberikan oleh Amerika kepada pemilihannya jelas menunjukkan SBY - Boerdiono adalah calon pilihan Amerika dalam pilihanraya tersebut.

Walaupun, yang menjadi tonggak sokongan utama SBY-Boediono, adalah parti-parti Islam, dan berlatar belakang Islam, seperti PKS, PAN, PPP, dan PKB. Sebenarnya parti ini tidak lebih hanya merupakan kelompok kepentingan (interest group). Timbul Persoalan siapa yang mengaturkan dokongan dan sokongan parti2 ini kepada pasangan SBY-Boediono? sebenarnya kesemua parti islam ini ada jaringan dengan kalangan Islam yang menggunakan pendekatan ‘liberal’, atau yang sering disebut sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Kelompok ini, sebenarnya yang memainkan peranan penting kepada kekuasaan SBY. Kerana wujud persamaan pandangan dan ideologi yang sama , selain itu mereka juga mempunyai kecenderungan sama iaitu berkiblat ke Barat.

Wujud tandatanya bagaimana kelompok jaringan JIL ini boleh mendekati dan memainkan peranan dengan SBY? Semua itu dikatakan bermula dari hubungan JIL dengan Freedom Institute. Pengarah Freedom Institute ini tidak lain adalah Rizal Mallarangeng, yang merupakan abang kepada dari Andi Mallarangeng, yang menjadi Jurucakap kepada Presiden SBY. Andilah yang menjadikan terbentuknya ‘kongsi’ politik antara JIL dengan SBY. Sementara itu, Mallarangeng bersaudara, yang terdiri Rizal Mallarangeng, Andi Mallarangeng, dan Zulkarnaen Mallarangeng adalah orang disebalik tabir Fox Indonesia, yang menjadi pengerak utama kempen pasangan SBY-Boediono.

Di Freedom Institute ini, Rizal Mallarangeng dikatakan dibantu oleh tokoh-tokoh JIL, seperti Luthfie Assyaukani (Timbalan Pengarah), Saiful Mujani (Pengarah penyelidikan), Hamid Basyaib (pengarah program), Ahmad Sahal (penasihat), dan Ulil Abshar Abdalla (penasihat). Kelompok ini juga disokong oleh sekumpulan pakar ekonomi ekonomi bersama Sri Mulyani, antaranya adalah M.Chatib Basri, Mohammad Ikhsan, dan Nirwan Dewanto.

Di Fox Indonesia, Zulkarnaen Mallarangeng, merupakan seorang pengarah esekutif, manakala Andi Mallarangeng, R.William Liddle, dan Takeshi Kohno, merupakan konsultan politik Fox. Tokoh yang menjadi rujukan kepada kumpulan ini ialah William Liddle yang merupakan Prof di Universiti Chichago dan Ohio, selain itu mentor mereka adalah beberapa tokoh Islam Liberal di Indonesia, seperti Alhmarhum Nurcholish Majid, Amin Rais, dan Syafi’I Maarif. Saat ini kelompok yang menjadi konsultan kepada SBY-Boediono, iaitu Mallarangeng bersaudara juga dikenali sebagai 'Chicago Boys'.

Fox yang menjadi konsultan SBY, menggunakan LSI (Lembaga Riset Indonesia), yang dipimpin Saiful Mujani, dan Denny JA, yang menjadi Pengarah Lingkaran Survei Indonesia (LSI-Lingkaran), dan Rizal Mallarangeng (Freedom Institute), telah memulakan peranan dengan memberi imej untuk meletakkan SBY sebagai calon presiden yang harus dipilih oleh rakyat Indonesia, kemudianya ia disambut sokongan oleh parti-parti Islam seperti PKS. Selain itu LSI (Lembaga Survei Indonesia) juga memainkan peranan untuk mengeluarkan analisis dan hasil penyelidikkan yang menguntungkan SBY dengan matlamat SBY dipilih menajdi Presiden Indonesia.

Tujuan membentuk kajian, adalah untuk memberi gambaran bahawa seserang tokoh itu mendapat sokongan penuh dari hasil kaji selidik yang dilakukan. Seterusnya ia akan dapat mempengaruhi kelompok pengundi lain untuk menyokong sama calon yang memenangi kaji selidik itu. . Denny JA, juga menbuat kempen secara halus menyatakan bahawa hanya SBY sahaja yang mampu memerintah Indonesia .
Pengarah LSI, Kuskrido Ambardi, juga mengaku bahwa LSI dibiayai oleh Fox. katanya
“Setahu saya survei ini didanai oleh Fox”, ujar Ambardi.

Wujud pertanyaan mengapa kelompok JIL menyokong SBY-Boediono? pertamanya disebabkan persamaan ideologi. Tokoh yang memberikan sokongan penuh ketika Boediono dipilih SBY sebagai calon naib Presiden adalah Gunawan Muhamad. Penerima Anugerah Bakrie Award dari Freedom Institute, dan Gunawan merupakan tokoh dari kelompok JIL. Gunawan dikatakan menyediakan tempat dan membiayai kelompok JIL di Utan Kayu, yang kemudian dikenali sebagai komuniti Utan Kayu, dan memiliki Radio 68 H, yang digunakan menyebarkan pemikirannya liberal. Boediono disokong kerana dikatakan juga pengikut ideologi ini.

Sebab itu dikatakan kelompok Front Pembela Islam (FPI), Forum umat Islam (FUI) dan kumpulan islam lain mengambil keputusan menyokong pasangan Jusuf Kala-Wiranto dalam pilihanraya Presiden Indonesia ini. Walaupun wujud juga pengaruh liberal terhadap pasangan ini, namun dikatakan ia tidaklah sebesar peranan yang ada pada pasangan SBY-Boerdiono.
Timbul persolan adakah Malaysia juga akan mengalami nasib yang sama ? kalau dilihat senario yang ada pada hari persekitaran hari ini, perkara ini tidak mustahil berlaku. PAS parti berasaskan Islam dilihat condong kepada PKR, walaupun mengetahui PKR amat liberal dalam banyak perkara namun kebencian melampau terhadap UMNO membuatkan PAS sanggup menjadi lebih moderate supaya dapat tidur sebantal dengan PKR. Seperti yang diketahui parti PKR adalah condong kepada prinsip kebebasan dan liberal dalam segenap sudup polisi, apa yang ada pada Boediono itulah yang ada pada Anwari Ibrahim dan apa yang ada pada Amin Rais itulah yang ada pada Anwar Ibrahim.
Jika kumpulan masyarakat gay Indonesia menberi sokongan penuh kepada SBY dan Boediono untuk menjadi pemenang dalam pilihanraya tersebut, adakah masyarakat gay di Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama menyokong PKR. Jika benar andaian ini bermakna parti PAS ada kemungkinan akan mengalami nasib yang sama diperolehi oleh PKS dan parti Islam lain di Indonesia, hanya digunakan untuk memenangi pilihanraya. Prinsip parti diketepikan maruah digadaikan demi tawaran kuasa memerintah bersama.