26 Ogos 2009

Bila pusaka bangsa dirompak penjajah

BUKAN lagi rahsia bahawa banyak khazanah orang Timur, termasuk rumpun Melayu, telah dibawa ke Eropah atau Amerika Syarikat. Minggu lalu saya sempat membaca tulisan Sir Thomas Stamford Raffles tentang kebakaran kapal Fame pada tahun 1824.

Mengikut surat tersebut, kebakaran terjadi pada waktu malam. Lady Sophia (isteri Raffles) dan Raffles baru hendak tidur apabila kebakaran berlaku. Dengan serta-merta Raffles dan keluarganya menyelamatkan diri mereka dengan menaiki bot penyelamat.

Saya membaca dengan prihatin betapa Raffles meluahkan kekecewaannya dalam surat itu. Beliau sedih dengan kemusnahan koleksi surat-surat lama Melayu, lukisan, binatang (diawetkan) dan pelbagai khazanah yang berharga yang dikumpulkannya ketika berada di Dunia Melayu.
Abdullah Munsyi dalam autobiografinya, Hikayat Abdullah, mencatatkan kisah kebakaran itu dengan rasa amat sedih. Ini kerana Dunia Melayu bak kehilangan sumber sejarah yang sangat berharga yang bukan sahaja susah didapati malah juga merupai catatan bersejarah yang ada untuk sesebuah tempat. Maka kemusnahan khazanah tadi diibaratkan seperti kemusnahan jiwa bangsa Melayu.

Ini membuat saya teringat kembali akan tulisan sarjana British, Ian Proudfoot, iaitu From Recital to Sight Readings: The Silencing of texts in Malaysia dalam jurnal 'Indonesia and the Malay World' siri ke-30, No. 87 (2002), halaman 117-137.

Proudfoot memperbincangkan tentang perkembangan pertukaran minda mengenai unsur teks dan bagaimana ia dibaca. Teks lama mulai dibaca tanpa sesebuah konteks persembahan.
Hanya apabila berlaku kemajuan percetakan dan penyalinan, maka teks lama menikmati peningkatan jumlah pembaca.

Namun, proses ini ada baik dan buruknya. Walaupun masyarakat dapat membaca banyak tulisan yang sebelumnya disimpan khas, pembacaan secara sendirian menghapuskan banyak unsur yang penting dalam pemahaman mereka.

Misalnya, pembacaan teks lama selalu diadakan cara perhimpunan. Seorang penglipur lara atau pencerita (storyteller) membaca, menyampai dan mempersembahkan tulisan tersebut kepada mereka yang berhimpun untuk mendengarnya.

Dia menggunakan cara tertentu untuk membuat persembahan teks tersebut lebih menarik lagi, mengghairahkan imaginasi mereka yang berhimpun agar terus mendengar penceritaannya.
Hubungan pencerita dengan para pendengar adalah sesuatu yang penting dalam pemahaman sesebuah teks lama.

Bagaimanapun, berlaku pertukaran psikologi komunikasi akibat percetakan teks lama secara besar-besaran. Saya rasa pembaca mungkin menghadapi masalah kurang menghayati teks Melayu lama kerana ia tidak lagi dipersembahkan.

Menurut Proudfoot, hal ini terjadi kerana komodifikasi iaitu apabila barangan dan khidmat sudah dijual beli atau menjadi komoditi pada zaman penjajah Barat di Asia Tenggara. Proses ini melibatkan teks Melayu lama, termasuk sastera.

Keperluan terhadap teks lama yang sanggup dibeli oleh penjajah merupakan suatu niaga yang menguntungkan. Akibatnya, orang Melayu tidak sedar bahawa teks tulisan tangan yang tiada ternilai itu sudah pun bertukar tangan.

Menurut Proudfoot lagi, tugas Raffles dalam mengumpulkan teks-teks Melayu lama tersebut meletakkan pusaka berharga tersebut dalam penemuannya seperti haiwan dan tumbuhan rantau ini bagi kajian saintifiknya.

Tambahnya, cara mempelajari tamadun Melayu bersama sekitaran flora dan faunanya tidak lain tidak bukan bertujuan menguasai pemikiran dan ilmu masyarakat Melayu (halaman 125).
Saya dapati bukan saja British yang berbuat demikian, bahkan semua penjajah Eropah sehingga Amerika Syarikat pun sama.

Jadi konsep penjajahan atau kolonialisme bukan sahaja bermakna pencerobohan dengan bersenjata dan mengaup hasil bumi, bahkan juga warisan tamadun.

Namun, kita perlu akui akan kebolehan pihak penjajah untuk mengkatalog, menyenarai, menempat dan lebih penting lagi menetapkan sebuah identiti dalam kajian 'saintifik' mereka. Seyogia, perbuatan ini dilakukan menurut kaca mata mereka.

Tetapi adakah pandangan ini betul? Hakikatnya, mengumpul artifak sebuah tamadun bangsa yang dijajah merupakan lambang kekuasaan penjajah. Namun, saya dapati penjajahan itu bukan dalam erti kata penguasaan yang menyeluruh atau penuh.

Maya Jasanoff dalam bukunya, Edge of Empire: Lives, Culture, and Conquest in the East 1750-1850 (New York: Knopf, tahun 2005), memberi sebuah pandangan yang bererti untuk kita memahami lagi pembinaan empayar penjajah dari perspektif pengumpulan bahan.
Empayar boleh merangkumi erti sebuah 'koleksi' yang dibentuk daripada serpihan wilayah dan masyarakat yang dikumpul dalam tempoh tertentu.

Namun, kuasa penjajah bukanlah 'total' (mutlak) seperti apa yang kita gambarkan.
Jasanoff membuktikan bahawa pengumpul warisan dan artifak bukanlah perbuatan semata-mata pegawai atau pentadbir kolonial.

Terdapat juga orang yang telah disingkirkan daripada masyarakat mereka. Demi menonjolkan harga diri, mereka menjadi pengumpul artifak dan warisan untuk mengharumkan nama mereka.
Bagaimanapun, lebih penting lagi Jasanoff juga membuktikan penjajah menjadi 'pengumpul' demi menyaingi penjajah lain.

Misalnya, Britain perlu menandingi kehebatan Perancis yang dapat menggarap kekayaan Afrika, Timur Tengah dan Indochina serta Belanda yang berkuasa di Indonesia.
Jadi, penjajah yang terbesar kumpulan artifaknya mengimbangkan situasi ini, mengumpul artifak dan warisan harus dibuat untuk mengimbangkan kekurangan kuasa politik dan tentera pihak kolonial British.

Mungkin juga Raffles bercita-cita besar untuk menjadikan artifak Dunia Melayu - sekapal penuh - menjadi kebanggaan empayar British. Sekali gus namanya akan masyhur. Niat Raffles tidak saya pedulikan. Tetapi saya bingung memikirkan sikap orang kita yang sanggup menjual pusaka warisan dan sejarah mereka?

Kita boleh memikirkan senarai sebabnya - daripada perlukan wang sehingga tidak melihat kepentingan artifak pada waktu itu.Yang pasti niat Raffles tak kesampaian. Fame tinggal kenangan saja - menguburkan pusaka bangsa di dasar laut.
Oleh M. Effendy A. Hamid

23 Ogos 2009

Cubaan BURUK SPRM adakah kerja Anwar?

Jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebuah badan politik, sudah tentu mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar di saat sekarang. Akibat fahaman politik, agensi tersebut yang bertangungjawab kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung telah dihina oleh pihak pembangkang.

Ia berlalu gara-gara tindakan siasatan oleh agensi tersebut kepada golongan politik pembangkang. Demi semangat kawan parti PKR mahupun PAS membela sebaik mungkin tindakan DAP dengan menghina pegawai dan anggota SPRM, seolah SPRM tiada hati dan perasaan.
Walhal hampir majoriti anggota badan tersebut adalah orang Islam, adakah ini membawa maksud cubaan DAP untuk mempelekehkan kerja orang Islam. Jika di Singapura orang bukan Melayu boleh akur arahan tegas pihak berkuasa kerajaan PAP abang DAP disana, mengapa di Malaysia kaum bukan Melayu DAP enggan menurut aturan yang digariskan.

Lee Kuan Yew dalam sesi perbahasan Ikrar negara di Parlimen Singapura baru-baru ini ada menyatakan bahawa pemerintah Singapura akan melayan kaum Melayu Singapura bagaimana kerajaan Malaysia akan melayan orang bukan Melayu di Malaysia. Timbul persoalan kenyataan LKY tersebut, adakah kerajaan Malaysia ada menyekat orang bukan Melayu meraih kekayaan di Malaysia, ataupun mereka dihalang dari berkhidmat di institusi penting kerajaan.

Tentu tidak bukan kerana sehingga harin ini ekonomi Malaysia masih dikuasai bukan Melayu.Dalam sektor perkhidmatan realitinya tidak ada halangan pun bukan Melayu mendapat jawatan di instutusi kerajaan cuma kaum bukan Melayu di Malaysia tidak berminat untuk mengisi jawatan kerajaan kerana dianggap bergaji murah dan tidak mencabar.


Ekoran berlakunya kematian kepada seorang pegawai khas Exco kerajaan negeri Selangor, kini SPRM cuba dibakulsampahkan oleh golongan politik tersebut. Walaupun ada sesi inkues dijalankan untuk menyiasat punca kematian pegawai Khas tersebut, nampak gayanya pihak DAP cuba bermain wayang kerana realitinya peguam Gobind Deo yang merupakan pimpinan DAP dan bertindak mewakili keluarga mangsa cuba membawa teori yang tidak masuk akal apabila meminta kandungan surat layang diteliti oleh pihak koroner.

Secara logik, surat yang tiada tandatangan itu sesiapapun boleh hasilkan dengan niat untuk memalukan agensi tersebut. Kalaulah SPRM parti politik mungkin saman malu boleh dibuat oleh agensi tersebut, tetapi memandangkan ia merupakan agensi kerajaan SPRM kini hanya mampu berdiam diri sahaja menjadi tontonan umum.
Dalam mencari punca kematian ini sepatutnya diketepikan pelbagai spekulasi liar dan surat layang kerana ia sedikit sebanyak akan cuba mengalihkan isu asal yang membawa kematian pegawai khas tersebut.

Kalau kita teliti cara isu surat layang itu dimainkan oleh Peguam Gobind Singh Deo menampakkan ia sudah ada perancangan awal, hari ini pihak Transperacy interNational (TI) pun sudah menyampuk sama meminta ia disiasat pihak berkuasa. Apa motifnya desakan TI tersebut, bukankah badan tersebut juga sebenarnya boleh diragui peranananya di negara membangun, kerana dianggap alat kepada kuasa besar Amerika dan yahudi untuk menguasai dunia.

Dalam masa yang sama SPRM masih mengadakan pelbagai siasatan terhadap orang politik tidak kira ia disebelah kerajaan atau pembangkang, tanpa membezakan jantina dan kaum. Tetapi pihak DAP cuba memburukkan imej SPRM apabila menuduh bahawa pihak berkuasa itu hanya menyoal siasat kaum cina sahaja. Benarkah begitu, atau itu hanya propaganda murahan DAP untuk menutup penyelewengan parti mereka?

Baru-baru ini seorang ahli politik mengatakan cara siasatan DAP adalah ala Gestapo. Ini merupakan kata jahat yang dilemparkan oleh ahli politik tersebut kerana ingin membandingkan cara kerja pihak SPRM dengan tindakan Nazi.

Seperti juga dakwaan Anwar Ibrahim dahulu yang mengatakan cara tindakan polis sama dengan tindakan Mosad Israel. Ini dilakukan untuk melebarkan jurang kebencian kepada pihak berkuasa. Hasilnya persepsi itu berlanjutan sehingga terpaksa ditubuh satu badan untuk mengkaji perkara tersebut. Realitinya ia bukanlah besar sangat masalah tersebut namun persepsi yang diwujudkan pembangkang telag berjaya memperngaruhi minda masyarakat.

Sehingga ke hari ini imej pasukan polis di Malaysia masih dihormati oleh negara luar hasil kecekapan mereka membanteras jenayah dan usaha pencegahan berlakunya keganasan. Cuba bayangkan polis Singapura pun bingung untuk menangkap seorang penganas yang terlepas dari penjaranya walaupun dikatakan mendapat latihan dari pihak Israel dan Amerika. Namun sebaik sahaja memasuki Malaysia pihak polis Malaysia berjaya menjejak penjenayah tersebut.

Menteri Besar Selangor Khalid gagap pula dilaporkan mengeluar surat pekeliling dengan jelas cuba mengajar cara SPRM menjalankan tugas terutamanya apabila anggota parti dan kerajaannya terbabit.

Sungguh lucu arahan surat tersebut, seolah ingin melindungi sesuatu kesalahan anggota pentadbiran kerajaan negeri.

Jika pekeliling itu diterima oleh SPRM, nampaknya selepas ini jika ada kesalahan yang dilakukan oleh rakyat jelata mungkin mereka boleh menangguhkan kerja siasatan kerana ia dilakukan di luar waktu pejabat. Sehebat-hebat kuasa demokrasi dunia Amerika Syarikat pun tidak pernah undang-undang boleh dikrompomi sebegitu rupa.

Jika beginilah tindakan ahli politik terhadap agensi pihak berkuasa, ini menandakan mereka sedikit pun tidak menghormati institusi perlembagaan negara. Secara tidak langung mereka sebenarnya memperlekehkan kedaulatan undang-undang negara. Seharusnya tindakan golongan politik yang cuba mengancam pihak berkuasa seharusnya dikecam dan diambil tindakan mengikut peruntukkan saluran undang-undang sedia ada, sebelum ia merebak memusnahkan negara.






12 Ogos 2009

Tan Boon Hwa perlu bertangungjawab kematian Teoh?


Salah satu fakta yang cuba dimainkan oleh pihak parti DAP atau PKR mereka mengatakan “ Teoh Beng Hock mati sebagai tahanan SPRM “yang membawa maksud Teoh sebagai pesalah kepada SPRM.

Begitulah buruknya pihak yang ingin memburukkan SPRM dan kakitangan kerajaan, walhal mereka mungkin menyedari yang berkerja dengan agensi tersebut adalah mungkin saudara mara dan jiran tetanga mereka.

Atau pun yang kedua ia modus operandi untuk memburukan imej pegawai kakitangan awam yang majoritinya orang Melayu beragama islam.

Adakah ini merupakan mesej yang boleh kita baca dengan tindak tanduk golongan ini. Mereka sahaja cuba melakukan pelbagai provokasi dan propaganda seolah jahatnya pihak berkuasa.
Walhal realitinya sehingga hari ini tidak pernah ada kenyataan dari pihak SPRM Teoh Beng Hock adalah tahanan, sebaliknya beliau merupakan saksi kepada kes tersebut.

Secara logik akal manusia, adakah mungkin saksi akan dibunuh oleh pihak berkuasa, tentu tidak itu sebab Teoh Beng Hock dibenarkan berlegar dan tidur di bangunan SPRM selepas memberi keterangan.

Kematian Teoh sekarang yang pastinya akan menyukarkan kerja di pihak berkuasa untuk menyiasat aduan salah guna peruntukan kewangan dikalangan Adun negeri Selangor.

Kalau kita mengimbas kembali selepas kecohnya kematian pegawai Khas kepada adun Seri Kembangan merangkap Exco kerajaan negeri Selangor yang menjaga portfolio Kg baru dan kilang haram itu ialah menonjolnya watak manusia bernama Tan Bon Hwa.

Siapa Tan Bon Hwa ini, menurut fakta beliau adalah ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan dilantik mewakili parti DAP dan beliau juga dikatakan kroni kepada Roniu Liu.

MPKJ merupakan PBT dan berada di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu. Klik di siniTan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan pelbagai jenis pembekalan termasuk membekalkan bendera kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Wah. Klik di sini Dan juga merupakan aktivis DAP cawangan Sungai Long, Kajang. Seperti yang dilaporkan oleh blog colour-blind.org (kepunyaan Ronnie Liu), Tan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras. Klik di sini, di sini dan di sini

Dalam mengetuai Jawatankuasa Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras (Toll Plaza Grand Saga, Batu 11), Tan dikatakan telah menghasut orang ramai bangun memprotes dan membuka jalan yang pernah ditutup oleh Grand Saga sebelum ini. Hasutan itu menyebabkan orang ramai bertempur dengan pihak polis hingga mengakibatkan berlakunya kecederaan dan polis telah dipersalahkan.

Tindak tanduk Tan Boon Hwa dalam isu kematian Teoh Beng Hock ini juga boleh dipersoalkan, sehari selepas kematian Teoh iaitu pada 17 julai 09 beliau telah mengadakan siding akhbar, dengan dihadiri pelbagai pihak media dengan mempunyai motif tersendiri.

Walaupun mengakui, dirinya telah berjanji untuk tidak mendedahkan isi kandungan soal siasat antara dirinya dengan pegawai-pegawai SPRM, tetapi dia memungkiri janji tersebut dengan mendedahkan 'isi kandungan' soal siasat kepada sidang media di bangunan SUK yang turut dihadiri oleh MB Selangor, Khalid Gagap dan exco-exco Selangor.

Dalam sidang media itu, tanpa disangka dirinya berubah seperti seorang pelakon, melakukan kembali babak-babak yang didakwanya kandungan soal siasat. Sekilas pandang, Tan seperti seorang yang mudah melatah, cepat mengelabah dan panas baran, kerana sepanjang sidang media itu, dia melakonkan pelbagai watak, termasuk berdiri dan meninggikan suara hingga menyebabkan orang yang berada di sebelahnya turut terkejut.

Kenyataannya juga seolah ingin memburukkan pegawai SPRM dengan menjalankan gerak kerja tidak profesional, yang peliknya mengapa dua lagi saksi lain yang berada di bangunan sama tidak muncul dan mendakwa seperti kenyataan Tan Bon Hwa.

Apakah motif tindakan Tan tersebut, sewaktu beliau dikehendaki hadir ke pejabat SPRM beliau dikatakan ingin menaiki kereta SPRM, namun apabila sudah selesai sesi sal jawab jam 1.30 pagi beliau berdolak dalih ingin terus tidur di bangunan SPRM.

Namun yang peliknya kenapa beliau telah menyaman pihak SPRM pada 22 Julai, melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada pukul 12 tengahari. Klik di siniTan mendakwa SPRM telah menahan serta menyoal siasat secara salah ke atasnya dari jam 8.45 malam (15 Julai) hingga 1.35 tengahari (16 Julai).

Disini kita dapati Tan cuba mengalihkan isu sebenar yang berlaku terhadap kematian Teoh, dengan cuba menyalahkan prosedur siasatan SPRM.

Menurut pengakuan yang pernah dibuat sendiri oleh Tan semasa sidang media di bangunan SUK (17 Julai), beliau mengakui bahawa dia merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Teoh, sebelum dijumpai mati jam 1.30 tengahari, 16 Julai."Saya jumpa dengannya (Teoh), kira-kira jam 6 pagi (16 Julai) dekat pantry dalam perjalanan ke tandas" katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik di sini"Saya tegur dia. Dia hanya menjawab 'Umh'. Apabila saya keluar dari tandas, dia sudah tiada. Dia kelihatan letih", katanya lagi.

Namun fakta terbaru yang wujud, selepas 3.45 pagi, dikatakan telah wujud pertengkaran antara Tan Boon Hwa dan Teoh Beng Hock didalam tandas bangunan SPRM.
Jika fakta ini benar kenapa Tan memaklumkan kepada media dalam versi berbeza kisah pertemuannya dengan Teoh. Apakah kisah sebenar yang cuba disembunyikan Tan Bon Hwa tersebut?

Yang menjadi persoalan juga kenapa Roniu Liu selepas mengetahui kematian Teoh, telah menyerbu dan menendang pintu SPRM, bukankah itu aksi yang luar biasa ditonjolkan yang dipertontonkan kepada umum apabila mengetahui rakan sejawatan kita meninggal.

Dalam situasi ini kita perhatikan yang jelas ia seakan dirancang oleh Roniu Liu DAP untuk memberi gambaran kejahatan pihak SPRM. Dan menutup segala mungkin kesalahan dan kecacatan yang wujud kepada Tan Boon Hwa.

Perilaku Gobind Singh juga boleh dipersoalkkan adakah benar beliau sedang mencari kebenaran saat ini? Atau hanya cuba menyelamatkan maruah parti sahaja? Kalau jujur mengapa cuba menga-adakan pelbagai cerita hingga cat di tangga pun disangka darah, jika betulah cat itu darah mustahil sebodoh itu pihak SPRM akan membiarkan ia berada disitu selepas beberapa mingu berlakunya kes tersebut.

Samalah dengan propaganda yang cuba ditiup DAP bahawa Teoh adalah tahanan SPRM, kerana realitinya Teoh adalah saksi kepada SPRM dan merupakan satu kerja yang bodoh jika ingin dibunuh saksi tersebut.

Walaupun seribu satu persoalan wujud, apa yang pasti dari sehari ke sehari jawapan akan mungkin muncul, namun adakah pihak DAP atau pihak berkepentingan lain akan akui fakta selepas ini, kerana realitinya mereka seakan sudah menghukum awal sebelum kes tersebut dibicarakan.


08 Ogos 2009

PAS terlalu lemah nak lawan Anwar?

Khalid nampaknya berjaya memenuhi kehendak Anwar dalam Isu minuman keras di Selangor, walaupun mengenepikan suara PAS.

Gara gara isu Ronie Liu yang mencampuri bidang kuasa pihak berkuasa MBSA, PAS Selangor kini seakan bepecah dua, satu pihak menyokong tindakan yang diambil Pesuruhjaya Selangor Dato' Dr. Hassan Ali yang mendesak Menteri Besar Selangor mengugurkan portfolio yang dipegang oleh Ronie Liu, sementara satu pihak lagi berada di bawah bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ir. Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

PAS Selangor dalam hal ini nampaknya tidak sekata, Khalid Samad difahamkan mengatakan kenyataan Dr. Hassan Ali bukanlah kenyataan rasmi PAS Selangor dan mendakwa ia hanyalah kenyataan Dewan harian PAS Selangor sahaja.

Dalam laman blognya Khalid Samad telah menyiarkan email seorang bukan islam yang seolah menyokong pendekatan yang diambilnya dalam menangani isu permasalahan arak dan Ronie Liu di Selangor serta mengkritik cara tindakan yang diambil oleh Dr. Hassan Ali.

Yang boleh dikatakan PAS Selangor kini seakan satu kapal dua nakhoda gara-gara DAP. Sebaliknya di pihak DAP pula mereka seia sekata dalam membela tindakan Roniu Liu. Mstar 7 ogos 09 melaporkan bahawa DAP Selangor melalui Tony Phua mendesak Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan diatas sikapnya yang melancarkan serangan kepada Roniu Liu, dan mengadakan kempen menyokong tindakan MBSA diseluruh masjid di negeri Selangor.

Dalam hal ini siapa yang untung sebenarnya, umat islam sebenarnya sudah berpecah belah antara Melayu UMNO dan Melayu PAS, kini ia semakin parah apabila ahli PAS pun berpecah sesama sendiri. Apalah yang boleh kita harapkan kepada parti PAS dalam membela suara umat Islam di Selangor jika antara mereka sendiri dalam keadaan tidak satu suara dan sama pendapat.

Timbul juga persoalan kenapa Khalid Samad tidak seia sekata dengan Dr. Hassan Ali, sedangkan rata-rata umat Islam di Selangor kini resah dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pihak DAP yang nyata membelakangkan perasaan umat islam di Selangor. Adakah Khalid Samad ingin menjadi hero kepada bukan Islam?

Kumpulan Khalid Samad dilaporkan sanggup memperlecehkan kumpulan Hassan Ali dan Roslan SMS dengan menganggap tindakan Hassan AlI ini sama dan terikut dengan taktik yang dimainkan UMNO.

Dalam laman blognya Roslan SMS menjelaskan Isu Arak ini bukanlah agenda UMNO tetapi isu umat Islam, dan sepatutnya di ambil amanah oleh exco dan ahli majlis yang dilantik PAS,
sambil menempelak pihak yang mempertikaikan niat PAS Selangor, Roslan berkata :

"Memang kalau kita gunakan kaca mata hitam, bumi yang hijau pun kita nampak hitam. Sikap sebegini tidak wajar ada dari kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang Islam. Sewajarnya semua pihak berdiri teguh di bawah panji-panji PAS Selangor dalam isu ini."

Kritikan Roslan ini mungkin dilakukan kerana wujud serangan yang kuat dikalangan kelompok Khalid Samad mengenai cara yang diambil oleh Hassan Ali dalam menyuarakan perasaan tidak puad hati PAS Selangor.

Lemahnya PAS Selangor kini boleh dilihat dari tindakan MB Selangor yang seolah memperlekehkan desakan PAS Selangor berkaitan Isu jualan Arak. Khalid gagap seperti dilapor media menyatakan tiada kawalan jualan arak dan pemilik boleh mengadakan kawalan sendiri minuman tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan. Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan perbicangan dengan beberapa wakil kedai serbanika di Shah Alam.

Roslan SMS ketika diminta mengulas perkara tersebut menyatakan beliau amat mengharapkan jawapan yang positif dari MB Selangor namun kecewa dengan pengumuman MB tersebut.

Mungkin dalam situasi ini Anwar yang paling bergembira, kerana parti yang suatu ketika dahulu sukar ditembusi olehnya kini dengan mudah diperkotak-katikkan kepimpinan mereka. Pemikiran Anwar kini seakan sudah mula diterima sebahagian pemimpin PAS terutama pemimpin yang condong ke arah liberalisme dan moderate.

Awal tahun 80-an dahulu Anwar dikatakan tidak berminat menyertai PAS kerana mengangap pemikiran sebahagian besar kepimpinan PAS terlalu kolot dan tidak mencerminkan Islam moden seperti yang cuba diterap Anwar.

Sebab itu Anwar cuba mengagaskan pendekatan Islam baru didalam UMNO, iaitu pendekatan masyarakat madani yang dilihat condong kepada Islam Liberal. Namun niat jahat Anwar tersebut terhenti apabila ia ditendang keluar dari UMNO pada tahun 1998.

Kini melalui Parti Keadilan Rakyat dan kerjasama Parti dalam Pakaran Rakyat Anwar cuba meniup kembali pendekatan Islam tersebut melalui pelbagai aktiviti dan polisi parti.

Antara suntikan yang jelas Anwar lakukan ialah cubaan menyuntik fahaman pluralisme dalam pakatan rakyat. Fahaman ini seolah mengiktiraf semua agama adalah benar dan membawa kebaikan kepada penganutnya. Sebab itu kita melihat Anwar sanggup menghadiri majlis yang diadakan khas untuk Teoh Beng Hock dan mengikut apa yang dilakukan oleh penganut agama lain, begitu juga dengan tindakan yang dilakukan Nizar yang memegang lilin dalam majlis memperingati Teoh Beng Hock di Ipoh Perak.

Manakala Khalid Samad selepas pilihanraya difahamkan sempat berkunjung ke gereja kristian di Shah Alam untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana melakukan perubahan dengan mengundi parti tersebut. Tindakan Khalid ini nyata mengejutkan ramai pihak didalam PAS sendiri kerana melangkau kelaziman yang dilakukan pemimpin PAS.

Anwar juga seringkali menjadikan kebangkitan Pencerahan sebagai modalnya untuk menjatuhkan kerajaan barisan Nasional, sedangkan Pencerahan ini kalau dilihat sejarah lebih merujuk kepada situasi di eropah yang ketika itu sedang mengalami zaman kegelapan.

Melalui zaman pencerahan ini bangkitlah reformasi di eropah yang menyebabkan agama kristian berpecah kepada beberapa aliran baru seperti protestan dan Anglican. Dan seterusnya bermulalah era pemikiran kebebasan, persamaan hak dan kesamarataan di eropah.

Jika kita lihat situasi di Malaysia perkara inilah yang selalu Anwar terapkan malah diangkat sebagai agenda kepada parti dan kerajaan yang memerintah.

Tetapi yang peliknya hak asasi kepada orang Islam pula telah dinafikan, sedangkan orang islam yang merupakan majoriti terbesar penduduk di Malaysia telah dinafikan hak mereka. Mungkin kerana terlalu ingin menjaga golongan minoriti Anwar sanggup melakukan ini semua begitu juga dengan rakan yang sealiran dengannya dalam pakatan rakyat.

Kalaulah pergeseran dalaman PAS ini berterusan dan mereka sendiri gagal mengotakan apa yang mereka janji sebelum ini, maknanya umat islam boleh dikatakan hanya tertipu sahaja dengan janji-janji pilihanraya. Kenyataannya pihak yang untung situasi ini adalah musuh-musuh Islam dan golongan yeng berkepentingan seperti Anwar Ibrahim.


04 Ogos 2009

Anwar bapak Pluralisme Malaysia?





Apabila Anwar Ibrahim Ketua umum PKR menghadiri majlis yang diadakan khas untuk kematian Teoh Beng Hock dan menganguk-angukkan kepala sama seperti yang dilakukan penganut agama lain, hampir semua masyarakat islam di Malaysia terkejut dengan pelakuan Anwar tersebut.

Apabila Nizar bekas Menteri Besar juga turut hadir dan membawa bersama lilin ditangan dalam suatu majlis di Ipoh untuk menyuarakan rasa sedihnyanya kepada kematian Teoh Beng Hock, rata-rata umat islam di Malaysia juga melenting, bukan sahaja ahli UMNO atau rakyat biasa, namun orang dalam PAS parti yang diwakili Nizar pun tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan bekas Menteri Besar tersebut.

Ada orang mengatakan tindakan dua tokoh tersebut adalah melampau dan meragukan sebagai seorang muslim, kerana mereka melakukan perkara yang meragukan dari sudut agama islam sendiri, dan ada pihak pula menyatakan perbuatan itu hanya simbolik untuk menyampaikan perasaaan sedih diatas kematian mangsa, dan bukan mengkikut adat dan agama si mati. Pelbagai hujah diberikan dan pelbagai pendapat golongan agama diambil oleh kedua-dua pihak untuk menegakkan kebenaran pendapat masing-masing.

Namun sebahagian besar tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh Anwar dan Nizar tersebut, sebenarnya ia adalah perbuatan sama dengan yang dilakukan oleh golongan yang menyokong fahaman Pluralisme agama. Di Indonesia kegiatan pluralisme rancak diadakan dengan begitu tersusun selepas pasca refomasi 1998 oleh Gusdur melalui yayasan yang ditubuhkan khusus untuk menyeramarakkan kegiatan pluralisme agama di Indonesia. Namun pada tahun 1996 dikatakan Majlis Ulama indonesia telah menwartakan fatwa haram kepada kegiatan amalan yang dipelopori Gusdur dan badan yayasannya.

Saat ini pluralisme Agama juga seakan mengancam Malaysia dengan secara perlahan ia disebarkan oleh kelompok ini untuk dihayati oleh umat islam di Malaysia, namun sebelum itu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Pluralisme agama, kalau kita menyemak kamus perkataan Plural ia sama erti dengan majmuk, Lawan kata Plural adalah singular yang bererti adalah tunggal. Manakala -isme merupakan kepercayaan ataupun fahaman. Ertinya Pluralisme sama dengan sesuatu yang mempunyai sifat majmuk.


Jadi jika "plural" itu adalah "kata sifat" Sedangkan "pluralisme" adalah "kata benda" Pluralisme Agama bererti agama yang pelbagai, atau yang bukan cuma dimonopoli satu agama. Sebagai kesimpulannya Pluralisme bukanlah penghargaan terhadap agama dan bukan penghargaan kepada perbezaan. Pluralisme tidak mempunyai lansung dengan perbezaan dan ia bukan kebebasan agama dan pluralisme sebenarnya tidak menghargai kepelbagaian agama dalam erti kata sebenarnya.

Pluralisme Agama hanyalah kata benda yang merupakan gambaran "banyaknya agama", atau gambaran "agama yang tidak cuma satu". Kata "pluralisme" itu sendiri sebenarnya menyesatkan, karena lebih tepat dikatakan sebagai "pluralistic". Dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh menggambarkan sebuah negara hanya wujud satu agama. Hal inilah yang menyebabkan ia seakan sesat kerana dianggap sebagai fahaman sehingga se-olah2 "pluralismeagama" merupakan fahaman tentang sebuah negara yang dihuni oleh perbagai agama.

Padahal seharusnya tidak atau jangan dianggap sebagai fahaman melainkan sekadar gambaran dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dalam sebuah masyarakat majmuk. Kerana kecenderungan semua negara yang pluralistic agamanya dalam sesebuah negara fahaman itu adalah pilihan rakyat dalam sesbuah negara, dan ia bukan "pluralisme". Oleh kerana itu, kewujudan agama yang pelbagai dalam sebuah negara ia sebenarnya kenyataan keadaan yang harus diterima demi kedamaian dan keamanan semua masyarakatnya.

Islam sendiri sebenarnya menolak pluralisme agama. Islam hanya mewajibkan umatnya hanya menyembah Allah berdasarkan Al-Quran dan tidak sesekali menyembah agama lain. Dan Islam sendiri menyarankan umatkan agar menyebarkan agama islam kepada yang bukan islam, namun tidak dipaksa dalam dakwah tersebut.


Sejarah Kemunculan dan Perkembangan Pemikiran pluralisme agama dikatakan muncul pada masa yang disebut dengan era Pencerahan (Enlightment) di zaman eropah, tepatnya pada abad ke-18 Masehi, masa yang sering disebut sebagai titik permulaan bangkitnya gerakan pemikiran moden. Pada masa itu pemikiran masyarakat telah diwarnai dengan wacana-wacana baru pergolakan pemikiran manusia yang berorientasi pada akal dan pembebasan akal dari kongkongan agama.

Di tengah hiruk-pikuk pergolakan pemikiran di Eropah yang timbul dari logik akal dan wujudnya pelbagai konflik-konflik yang terjadi antara gereja dengan kehidupan nyata di luar gereja, muncullah suatu fahaham yang dikenali dengan “liberalisme”, yang komposisinya adalah kebebasan, toleransi, persamaan dan kepelbagaian atau pluralisme.

Sebenarnya kalau ditelusuri dengan lebih jauh dalam peta sejarah peradaban agama-agama dunia, kecenderungan sikap beragama yang pluralistik, dengan pemahaman yang dikenali sekarang, sesunguhnya ia bukan cetusan baru. Idea seakan pluralisme agama ini dikatakan telah muncul di India pada akhir abad ke-15 dalam gagasan-gagasan Kabir (1440-1518) dan muridnya, iaitu Guru Nanak (1469-1538) yang mengasasaskan agama Sikh. Dikatakan agama Sikh ini cetusan dari agama Islam dan Hindu kesan penciptaan agama Din Ilahi oleh Maharaja Akbar.
Pada waktu itu perang antara orang islam dan Hindu saban waktu berlaku jadi timbul fikiran pada maharaja akhbar untuk menyatukan rakyat dibawah pemerintahnnya. Namun idea dan pengaruh gagasan pluralisme sewaktu itu belum mampu meluas hingga melangkau geografi wilayah, dan hanya popular di india sahaja dalam nisbah yang kecil.

Ketika arus globalisasi telah semakin mendekatkan jurang peradaban Barat-Timur dan mulai marak berkembang interaksi antara kebudayaan dan agama dunia, dan timbulnya kegairahan baru dalam meneliti dan mengkaji disebelah Timur, khususnya Islam, yang disertai dengan berkembangnya pendekatan-pendekatan baru kajian agama (scientific study of religion), saat itu gagasan pluralisme agama telah berkembang secara perlahan, dan mendapat tempat di kalangan kelompok para intelektual yang ingin mengambil jalan pintas untuk memastikan tiadanya pergeseran agama dan kaum.

Yang nyata gagasan pluralisme agama sebenarnya bukan hasil dan idea daripada pemikir Barat, namun ia sebenarnya juga mempunyai akar yang cukup kuat dalam pemikiran agama Timur, khususnya dari India, sebagaimana yang muncul pada gerakan-gerakan pembaruan sosio-agama di wilayah tersebut.

Beberapa pengkaji dan sarjana Barat, seperti Parrinder dan Sharpe, menganggap bahawa pencetus gagasan pluralisme agama adalah tokoh-tokoh dan pemikir-pemikir yang berbangsa India. Rammohan Ray (1772-1833) pencetus gerakan Brahma Samaj yang asalnya pemeluk agama Hindu, telah mempelajari konsep keimanan terhadap Tuhan dari sumber-sumber Islam, sehingga ia mencetuskan pemikiran Tuhan Satu dan persamaan antara agama.

Sri Ramakrishna (1834-1886), seorang tokoh mistik Bengali pula setelah mengarungi pengembaraan spiritual antara agama (passing over) dari agama Hindu ke Islam, kemudian ke Kristian dan akhirnya kembali ke Hindu, juga menyatakan bahawa perbezaan-perbezaan dalam agama-agama sebenarnya tidaklah wujud, kerana beliau berpendapat perbezaan tersebut sebenarnya hanya masalah pandangan dan persepsi penganut agama sahaja.

Katanya Bahasa Bangal, Urdu dan Inggeris pasti akan mempunyai ungkapan yang berbeza-beza dalam mendefinasikan “air”, namun hakikat air adalah air. Maka menurutnya, semua agama menyarankan penganutnya ke arah satu tujuan yang sama, maka mengubah seseorang dari satu agama ke agama yang lain (prosilitisasi) merupakan tindakan yang tidak bermoral, dan merupakan tindakan yang sia-sia. Gagasan Ramakrishna, persahabatan dan toleransi penuh antara agama, kemudian berkembang sehingga ke luar benua India hasil usaha kedua muridnya, Keshab Chandra Sen (1838-1884) dan Swami Vivekananda (1882-1902).
Chandra Sen ketika mengunjungi Eropah sempat berjumpa dan berdiskusi dengan F. Max Muller (1823-1900), merupakan pakar dalam ilmu Perbandingan Agama moden di Barat, dan menyampaikan gagasan-gagasan gurunya. Vevikananda juga berkesempatan melontarkan ideanya dengan lebih hebat apabila diberi peluang untuk berucap dengan harapan mendapat pengaruh lebih besar, apabila berkesempatan menyampaikan lontaran fahamanya di depan Parlimen Agama Dunia (World’s Parliament of Religion) di Chicago, Amerika Syarikat, tahun 1893.

Kemampuan Swani Vevikananda tersebut akhirnya telah mendapat pujian yang luar biasa dari masyarakat Hindu dan mengangkat namanya sebagai pahlawan nasional. Dengan demikian, dia berhak disebut sebagai tokoh penting dasar gerakan, Hindu Ortodok Baru yang mengajarkan bahawa semua agama adalah baik dan kebenaran yang paling tinggi adalah pengakuan terhadap keyakinan ini.

Menyusul kemudian tokoh-tokoh India lain seperti Mahatma Gandhi (1869-1948) dan Sarvepalli Radhakrishna (1888-1975) yang juga menyuarakan pemikiran pluralisme agama yang sama.

Sementara itu, dalam perbincangan pemikiran Islam, pluralisme agama, masih merupakan hal baru dan tidak mempunyai akar ideologi yang kuat. Gagasan pluralisme agama yang muncul lebih merupakan perspektif baru yang ditimbulkan oleh proses campuraduk golongan Barat moden dalam dunia Islam. Pendapat ini disepakati dengan kenyataan bahawa gagasan pluralisme agama dalam wacana pemikiran Islam,sebenarnyabaru muncul pada pasca Perang Dunia Kedua, iaitu ketika mulai terbuka ruang bagi generasi terpelajar Muslim untuk mendapat pendidikan di universiti- universiti Barat sehingga mereka dapat berkenalan dan terpengaruh dengan idea pemikir Barat.

Selepas itu, gagasan pluralisme agama cuba menembus dan menyusupmasuk ke wacana pemikiran Islam melalui karya-karya pemikir mistik Barat Muslim, seperti Rene Guenon (Abdul Wahid Yahya) dan Frithjof Schuon (Isa Nuruddin Ahmad). Karya-karya mereka ini sangat sarat dengan pemikiran dan gagasan yang menjadi inspirasi dasar bagi berkembangnya wacana pluralisme agama di kalangan penganut agama Islam.

Syed Hossein Nasr, seorang tokoh Muslim Syi’ah moderat, merupakan tokoh yang dianggap paling bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan pluralisme agama di kalangan dunia Islam yang kemudian membawanya kepada pada sebuah badan pemikir dunia yang bersama-sama dengan deretan nama-nama besar seperti Ninian Smart, John Hick, dan Annemarie Schimmel.

Dalam agama Kristian pula dikataka John Hick yang paling bertanggungjawab dalam menyebarkan fahaman pluralisme agama ini di kalangan penganut kristian. Walaunpun ia mendapat tentangan keras dari kelompok ortodok namun fahaman ini berkembang sebaik era pencerahan eropah berlaku.

Sekiranya suatu masa nanti Pluralisme agama di Malaysia sudah menjadi hebat seperti Indonesia (nauzubillahiminzalik) dalam pengamalan fahaman Pluralisme Agama ini, adakah nama Anwar akan mungkin tercacat sebagai tokoh yang menggerakan fahaman ini di Malaysia. Ini kerana banyak sudah perlakuan Anwar ini kini dilihat sebagai gaya seorang yang mempunyai pemikiran sama dengan kelompok pluralisme, malah dalam lamannya sendiri ada menyatakan Malaysia kini masih berada di zaman kegelapan.

Apakah sebenarnya maksud Anwar kegelapan dan pencerahan adakah ia sama dengan apa yang berlaku dieropah? Malah Anwar juga saban waktu masih mempunyai hubungan yang intim dengan bapak pluraslisme Indonesia, sedangkan umum mengetahui bahawa fahaman pluralisme Gusdur itu sendiri sudah diharamkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Sekarang dimana kedudukan Anwar dalam pluralisme ini?