29 September 2009

Anwar Atarturk arah Zaid Ibrahim kritik PAS?


Dalam pandangannya di laman blognya, Zaid Ibrahim bekas Menteri Kabinet Persekutuan dan kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dilantik menggangotai Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut telah mengupas hubungan antara parti didalam pakatan gabungan pembangkang (Pakatan Rakyat).

Secara sinis orang yang bertangggunjawab menyaman kerajaan PAS Kelantan suatu ketika dahulu berikutan penggubalan enekmen hukum hudud di Kelantan ini banyak menyindir PAS dalam melontar pandangannya keatas hubungan longgar pakatan pembangkang tersebut.

Antara isu yang disentuhnya ialah berkaitan kritikan Pesuruhjaya PAS Selangor Hassan Ali berkaitan isu SELCAT.
"Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus " respon Zaid isu tersebut"
Beliau juga mengkritik tindakan PAS yang selalu menjadikan isu hak memilih agama dikalangan warga Melaysia.
"PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama?" kata Zaid Ibrahim.

Yang mengejutkan PAS Terengganu yang berada dibawah pengaruh Presiden PAS Haji Hadi Awang pun menjadi krtikan Zaid Ibrahim apabila beliau mempersoalkan tindakan Pemuda PAS negeri tersebut dengan menangkap dan memberi nasihat kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Selain itu tindakan Pemuda PAS yang selalu ingin mengharamkan konsert juga tidak dipersetujui Zaid Ibrahim kerana menggagap ia bukanlah keutamaan sebenar yang harus dilakukan Pakatan Rakyat. Sambil mempersoalkan janji-janji yang belum tertunai ingin dilaksanakan oleh Husam Musa dan Khalid gagap dalam negeri yang dikuasai.


Jika kita menerobos lontaran luahan hati Zaid Ibrahim, dapat kita katakan sebenarnya terlalu banyak lompang-lompang wujud antara sesama parti dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat Tersebut.

Pakatan tersebut bergabung hanya dengan niat untuk menjatuhkan kekuasaan Barisan Nasional, namun disebabkan kesemua parti mempunyai impian dan ideologi yang berbeza maka akan wujud pelbagai kritikan sesama sendiri.

DAP dengan Malaysian Malaysia, PAS dengan Islam dan PKR dengan perjuangan keadilan pemimpinnya. Walaupun buat masa ini Anwar Ibrahim berjaya menyatukan ketiga parti ini, namun wujud kerisauan berapa lama ia mampu bertahan. Dari situ jalan pintas perlu dirangka oleh Anwar untuk meliberalkan pemikiran pemimpin PAS.

Sementara itu pada pandangan Wan Hamidi Hamid, seorang Perunding Politik/Media, Research for Social Advancement (REFSA), merumuskan apa yang berlaku pergolakan dalam Pakatan Rakyat hanyalah reaksi apabila PAS menjadi parti terkecil dalam gabungan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac, 2008.

“Timbul kebimbangan bahawa PAS mungkin ditelan arus baru kepelbagaian kaum. Ini merisaukan kumpulan Islamis dalam PAS yang bimbang “Islam” akan dicairkan oleh pragmatisme rakyat. Ini pula bukan soal ideologi; ia lebih kepada soal bimbang kehilangan kuasa atau pengaruh,” kata Wan hamidi.

Selain itu , tekanan untuk PAS menjadi lebih “liberal” telah membuatkan kepimpinannya gusar kerana persepsi mereka adalah liberal itu bererti mengorbankan segala prinsip Islam. Lantaran itu PAS cuba menunjukkan bahawa PAS tetap sama seperti dulu. Namun disini kita mendapati PKR dan DAP menghendaki PAS perlu liberal dan inklusif untuk terus mendapatkan sokongan banyak lapisan rakyat. Mungkin inilah yang menyebabkan wujud perbezaan didalam gabungan tersebut hingga Zaid Ibrahim terpaksa melontarkan pandangan kerasnya.

24 September 2009

Lembu lemas di Ulu Yam, Sampah akan disaman

EMPANGAN PECAH...Kejadian itu mengakibatkan kira-kira 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah. Empangan itu pecah dipercayai disebabkan oleh pelanggaran sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampai Sungai Kertas yang terletak bersebelahan dengan empangan itu.-Foto The Star


Episod kisah lembu di Malaysia kini memasuki babak baru apabila portal Malaysiakini melapurkan lebih daripada 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam dekat Kuala Lumpur terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosli Hassan berkata kejadian pukul 8.50 malam tadi itu menyebabkan kedua-dua kandang ternakan di lembah itu dinaiki air setinggi tiga meter.Bagaimanapun, katanya, jumlah binatang ternakan yang lemas, selamat atau yang telah melarikan diri masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu S. Sathiyasilan, 21 seorang mangsa menyatakan kepada Mstar:,

"Setibanya saya di ladang, saya nampak tanah dari kawasan bukit yang dipenuhi sampah runtuh lalu memusnahkan ladang milik bapa saya dalam sekelip mata.
"Kalau saya tiba awal seperti biasa, pastinya saya juga akan hanyut atau lemas seperti ternakan itu," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.


Keluarganya adalah pemilik satu daripada dua ladang yang terdapat di kawasan lembah yang terletak bersebelahan dengan kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas itu. Dalam kejadian malam tadi, dikatakan lebih daripada 300 ekor lembu dan kambing dari dua ladang dekat kawasan Lembah Sungai Tua Ulu Yam terperangkap apabila kandang mereka dinaiki air berikutan sebuah empangan yang berdekatan pecah.


Sementara itu TV3 membuat laporan khusus mengenai kematian dan kehilangan lembu di Empangan tersebut.


Sebelum ini dunia politik Malaysia dikejutkan dengan pelbagai aksi melibatkan lembu, bermula tindakan MB Selangor, si Khalid Gagap yang menjadikan Lembu Korban sebagai hadiah kepada penduduk dikawasan Parlimen yang diwakilinya di Bandar Tun Razak, lanjutan itu kejadian tersebut diaggap sebagai rasuah kepada rakyat kerana didakwa menyalahgunakan peruntukkan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan diri.


Ekoran isu tersebut, Ketua AMK Selangor dan penyokong PKR telah berarak membawa lembu ke pintu pejabat SPRM Selangor, bagi menunjukkan tanda protes kes rasuah lembu tersebut.

Sementara itu pula baru2 ini di Shah Alam Selangor diberitakan pula wujud perarakan Kepala Lembu bagi membantah pembinaan kuil di salah satu seksyen penempatan orang Melayu di bandar tersebut.


Isu kepala lembu dipijak telah dimainkan dengan sebegitu besar sehingga isu asal yang wujud hilang ditelan arus.Kini masyarakat Melayu Shah Alam telah dianggap rasis kerana isu kepala lembu. Kebanyakkan akhbar Cina mula membangkitkan pelbagai isu yang boleh mengancam keharmonian rakyat Malaysia. Dari mempersoal kedudukan masjid di George Town yang wujud dikelilingi orang Cina hinggalah mengatakan orang Melayu pemikiran konservatif dan tidak berfikiran terbuka dan rasis.


Hasilnya orang Melayu yang berarak di Shah Alam telah dikenatakan tindakan undang-undang dan sedang dalam proses perbicaraan.


Hari ini dilaporkan oleh media bahawa masyarakat India beragama Hindu di Seksyen 23 Shah Alam akan turut berkunjung ke Bagan Pinang, Negeri Sembilan bagi menjadikan ia isu Politik. Nampaknya dalam keadaan sekarang kisah lembu lebih bernilai berbanding kisah manusia. Walaupun terlalu banyak kisah yang ingin ditunjukkan oleh pencipta namun manusia sehingga ke hari ini yakin merasakan mereka berada dijalan benar.





15 September 2009

Pluralisme Agama : Anwar Atarturk hina Nabi Muhamad ?




Saat ini sebutan pluralisme agama seringkali dituturkan Anwar Ibrahim bagi mengambarkan bahawa pemikiran itu adalah selari dengan Islam, malah tindakan perilaku Anwar kini banyak yang menjurus kepada kepercayaan amalan pluralisme agama.

Di dalam satu majlis anjuran NED di Amerika pada tahun 2005, Anwar dengan berani ada menyatakan dihadapan peserta dalam ucapannya bahawa Pluralisme juga di amalkan oleh Nabi Muhamad.

Sedangkan realitinya Pluralisme dianggat sesat oleh ramai ulama islam sehingga Majlis Ulama Indonesia mengharamakan pemikiran tersebut dari disebarkan diIndonesia, memandangkan Indonesia merupakan tapak kelompok pluraslisme di sebelah Asia Timur sebelum dikembangkan ke seluruh Negara rumpun Nusantara termasuk Malaysia.

Kini gerakan Pluralisme Agama digerakkan secara aktif oleh Mantan Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau Gusdur dengan menubuhkan satu yasasan khusus untuk mengerakkan pemikiran tersebut.
Sejarah Pluralisme Agama
Dr. Anis Malik Thoha bekas seorang pensyarah di ISTAC UIA menyatakan fahaman Pluralisme agama ini sebenarnya wujud pada awal abad ke-20 seorang teologi Kristian Jerman bernama Ernst Troeltsch dengan menyatakan perlunya bersikap pluralisme Agama di tengah-tengah berkembangnya konflik antara aliran-aliran dalam agama Kristian mahupun antara agama.Dia berpendapat dalam sebuah artikelnya yang berjudul "The Place of Christianity among the WorldReligions", bahawa umat Kristian tidak berhak mendakwa paling benar.

Pendapat sama juga dilontarkan oleh pemikir dan teologi lainnya seperti sejarawan terkenal Arnold Toynbee dan tokoh Protestan liberal Friedrich Schleiermacher. Pada dasarnya munculnya idea pluralisme agama ini dilatarbelakangi oleh hebatnya pertikaian antara mazhab-mazhab dalam agama Kristian yang terjadi pada akhir abad ke-19 hingga sampai pada peringkat mutual exclusion (saling mengkafirkan), sehingga mendorong presiden Amerika exclusion (saling mengkafirkan), campur tangan untuk mengakhiri perang antar mazhab tersebut.

Hal ini boleh difahami, jika kita ingat kembali mengingat pada awal abad ke-20 yang telah muncul bermacam-macam aliran di Amerika Syarikat.Selain konflik antara aliran mazhab dalam Kristian, faktor politik juga terkait rapat dengan idea tersebut. Pluralisme agama adalah respon terhadap political pluralism yang telah cukup lama dicadangkan terhadap political pluralism dan telah lama diperdebatkan(sebagai wacana) oleh para peletak dasar-dasar demokrasi abad moden, dan yang secara nyata ia diamalkan oleh Amerika.

Kecenderungan umum dunia Barat Barat waktu itu ialah berusaha menuju modenisasi di segala bidang. Dan salah satu ciri daripada moden adalah demokrasi, globalisasidan Hak Asasi Manusia.

Maka dari sinilah lahir political pluralism. Jika dilihat daripada konteks ini, maka religious pluralism pada hakikatnya adalah gerakan politik dan bukan gerakan agama.

Menurut Anis Toha juga bukan sahaja ulama Islam yang menentang pemikiran pluralisme agama malah ia juga ditentang oleh pihak Katolik, Protestan ataupun aliran lainnya.

Diantara penyebab ia ditentang adalah; Pertama: penghantaran mubaligh Kristian ke seluruh penjuru dunia - khususnya dunia Islam yang terus berlangsung ke seluruh penjuru dunia - khususnya dunia Islam yang terus berlangsung sampai sekarang ini.

Kedua: John Hick (salah seorang tokoh pluralisme Anratabangsa saat ini) banyak ditentang oleh para teologi Kristian dan pihak gereja, bahkan dia diusir dari posisi penting yang dia pegang di pihak di gereja Presbyterian. Perdebatan sengit yang kemudiannya dibukukan dalam sebuah buku berjudul: Problems in the Philosophy of Religion,yang merupakansalah satu bukti kuat tentang sanggahan dan penentangan terhadappemikiran pluralisme agama, khususnya yang dikembangkan oleh John Hick dari kalangan daripada kalangan pastur dan teologi Kristian.
Kelemahan ketara idea pluralisme ini dan sepatutnya ditolak menurut Anis Thoha ialahmendakwa bahawa pluralisme memajukan dan mengajarkan toleransi, tapi mereka sendiri tidak bertoleransi karena menafikan kebenaran ekslusif sebuah agama. Mereka menafikan tuntutan"paling benar sendiri" dalam suatu agama tertentu.

Namun kelompok mereka mendakwa yang paling benar dalam membuat dan memahami statement keagamaan, Dan perlu diingat mereka tidak sedar akan kesalahan mereka.

Kedua: adanya "pemaksaan" nilai-nilai dan budayabarat (westernisasi) terhadap negara-negara di bahagian timur, dengan perbagai bentuk dan cara, dari sekatan ekonomi hinga penggunaan senjata dan dan kerahan tentera secara besar-besaran seperti yang tengah menimpa Iraq ketika ini.
Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa hanya tuhan mereka sendiri yang benar. Tuhan yang benar menurut mereka ini seperti yang diusulkan John Hick, adalah "The Real" yang namanya, kebetulan ia dapatkan padanan katanya dalam Islam sebagai "Al-Haq". Nah Nahmenurutnya, nama-nama Tuhan dalam berbagai agama hanyalah hanyalah sebagaimanifestasi dari "The Real" ini. Oleh karena itu, semua orang harus mengimani tuhannya John Hick ini.


Jadi pada hakikatnya, mereka telah membangun kepercayaan mereka sendiri. Pluralisme agama juga selalu mengandaikan adanya a host culture atau tuan rumah budaya yang menerima dan menjamu semua budaya yang datang (visiting cultures). Contohnya dalam satu majlis keramaian atau kematian para jemputan akan mengikut adat tuan rumah walaupun adat tersebut boleh dipersoalkan perbuatannya.


Secara keseluruhannya Dr. Anis Thoha menyatakan pluralisme merupakan agama baru,dan langsung tidak sesuai dengan amalan agama islam dimana sebagai agama dia punyatuhan sendiri, nabi, kitab suci dan ritual keagamaan sendiri. tuhan sendiri, nabi, kitab suci dan ritual keagamaan sendiri.

Sebagaimana humanisme juga merupakan agama, dan tuhannya adalahnilai-nilai kemanusiaan, seperti yang dikatakan August Comte. Dalamhal ini John Dewey (seorang filosofi Amerika) mengatakan demokrasi adalahagama dan tuhannya adalah nilai-nilai demokrasi. agama dan tuhannya ialah nilai-nilai demokrasi
Mengapa Islam Menolak Pluralisme Agama?
Sementara itu menurut Dr. Danial bin Zainal Abidin pula mengupas isu pluralisme Agama ini, beliau menyatakan secara logiknya, jika kesemua agama adalah sama mengapakah nabi Muhammad perlu diutus untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya?
Mengapakah nabi perlu menentang penyembahan berhala yang dilakukan oleh golongan Arab ketika itu sehingga mendatangkan kesusahan ke atas diri sendiri? Mengapakah pendeta Yahudi yang bernama Abdullah bin Salam memeluk Islam di zaman nabi dan hal ini diterima nabi dengan penuh kesyukuran? Mengapakah nabi mengutus surat kepada pemimpin pelbagai negara untuk mengajak mereka kepada Islam?

Menurut beliau lagi “Hal ini disebabkan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad tidak sama dengan ajaran yang terdapat dalam agama yang lain. Konsep ketuhanan Islam tidak sama dengan konsep triniti Kristian, tidak sama dengan konsep trimurti Hindu dan yang seumpamanya.”

Selain itu, menurut bekas pemimpin Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang ini juga menyatakan, “Jika konsep ketuhanan Islam sama dengan konsep triniti Kristian, mengapakah Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 72-73 yang bermaksud, “Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah al-Masih anak Maryam’. Padahal al-Masih sendiri berkata: ‘Wahai Bani Israel, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu.

Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan baginya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim’. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan’. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari kalangan mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”?”

Demikian juga, jika benar umat Islam disuruh bertolak ansur dengan sembahan-sembahan yang dianggap sebagai jelmaan daripada Tuhan yang esa, mengapakah dalam surah an-Najm ayat 23 Allah berfirman, “Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan mengikut apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.”?

Hal yang sama ditegaskan dalam surah az-Zumar ayat 65-66 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu bahawa: ‘Demi sesungguhnya, jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalanmu, dan engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.’ (Janganlah menyembah yang lain daripada Allah) bahkan hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”.

Golongan pluralisme Agama sering kali mengatakan bahawa pelbagai sembahan yang disembah oleh manusia mengikut agama masing-masing tidak sepatutnya menimbulkan masalah kerana tujuannya tetap sama, iaitu, untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Islam tidak bersetuju dengan mereka malah dalam surah az-Zumar ayat 3-4 Allah menggelar mereka sebagai golongan musyrik yang sesat dan bukannya sebagai golongan Muslim atau Mukmin yang dimuliakan.

Allah berfirman, “Dan orang-orang musyrik yang mengambil pelindung selain daripada Allah berkata: ‘Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya’.

Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendakinya di antara ciptaan-ciptaannya. Maha Sucilah Dia (dari menghendaki yang demikian) itu. Dia lah Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”

Sebagai kesimpulannya, agama Islam menyuruh umatnya menghormati agama-agama lain. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang disembah oleh orang lain. Namun, ia tidak bermaksud bahawa umat Islam meredai dan bersetuju dengan ajaran yang terdapat dalam agama-agama itu.

Justeru itu, dalam surah al-Kafiruun ayat 1-6 Allah menegaskan, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Maka untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.” Inilah pendirian umat Islam.

Disini timbul persoalan mengapa Anwar Ibrahim begitu berani mengatakan Nabi Muhamad juga mengamalkan pluralisme, bukankah itu sebagai hinaan kepada Rasul Junjungan umat Islam? Atas platfom apa sebenar yang menyebabkan Anwar berani mengeluarkan pendapat sedemikian rupa.Sekiranya benar ulamak islam dirujuk nescaya tidak akan terkeluar kenyataan demikian melainkan Anwar mendapat sokonga dari kelompok islam liberal atau muslim moderate seprti Gus Dur atau Nucolish Majid atau Khalid Jaafar yang sentiada ingin mewujudkan pembaruan pemikiran terhadap agama islam.

13 September 2009

Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat?








Apabila Bakri Musa menyamakan Anwar Ibrahim dengan Anwar Sadat lantaran kerja keras Anwar untuk mendekatkan barat dan islam melalui projek Demokrasi dan dunia islam oleh pihak Amerika, selepas menghadiri uacapan Anwar di Stanford Universiti 2006. Teringat kembali apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Anwar Sadat di Mesir sehingga membawa kepada pembunuhan dirinya oleh umat islam Mesir.

Sejarah Islam mengabadikan bahawa Mesir adalah sebuah negeri yang melahirkan Firaun. Sebuah nama yang diabadikan Allah untuk mewakili manusia yang mengaku dirinya Tuhan. Sebuah nama yang diabadikan Allah untuk mewakili manusia yang mengaku dirinya Tuhan.

Fir'aun yang lahir di Mesir ternyata tidak hanya wujud di zaman nabi Musa saja, namun sampai detik selepas itu pun ada Firaun baru masih wujud di pucuk pimpinan Mesir malah di pelbagai tempat dan lokasi. Allah Maha Adil. Allah Maha Adil. Allah melahirkan 'Fir'aun', Allah pun menurunkan 'Musa' sebagai seorang Mujahid yang gagah berani menentang kezaliman dan kesesatan.

Apabila Anwar Sadat memerintah Mesir, ditakdirkan Khalid Islambuli wujud dimuka bumi Mesir, seorang pemuda gagah berani yang telah mencatat sejarah emas perjuangan Islam. 'Azamnya yang kuat telah melahirkan sejarah baru pergerakan Islam. Di tangannya Anwar Sadat berhasil dihapuskan.

Khalid sebenarnya merupakan anak keempat dari empat adik beradik. Dan beliau lahir daripada yang taat kepada bidang agama. Menurut ibunya, Khalid paling menjaga solat lima waktu berbanding adiknya yang lain, perwatakannya sentiasa jujur dan amanah. Sejak kecil hatinya sentiasa terbakar mendengar kejahatan Yahudi terhadap kaum Muslimin.

Tahun 1978, Khalid lulus dari akademi tentera Mesir. Namun jiwa tenteranya tidak membuat dirinya luntur azamnya yang kuat untuk memerangi Yahudi. Keterlibatannya dalam sebuah tandzim menghantarkannya kepada pemahaman, bahawa Islam ini bukanlah hanya sekadar solat dan puasa saja, namun kesempurnaan Islam juga meliputi jihad, pengorbanan, dan tanggungjawab.

Khalid masuk menjadi anggota tentera Mesir. Prestasinya cukup gemilang, sehingga dihantarkannya ke pasukan elit tentera Anwar Sadat. Tanggal 6 Oktober merupakan hari yang paling bersejarah bagi Khalid. Hari itu tentera Mesir mengadakan perbarasian ketenteraan, dalam kesempatan itu, Khalid terpilih menjadi salah satu bahagian dari pasukan perbarisan. Dalam hatinya ia berkata,“Baru kali ini aku dilibatkan dalam peristiwa seperti ini, pastilah Allah memberi hikmah yang besar pada diriku.”

Setelah merenung beberapa saat, terdetik dalam hatinya untuk melaksanakan tugas suci; membunuh Sadat. Hatinya sesak melihat kelakuan Sadat yang sudah melewati batas. Hatinya sesak melihat kelakuan Sadat yang sudah melewati batas. Sadat telah melangkau jauh dari akar islam, meninggalkan hukum Allah, bekerjasama dengan Yahudi dalam memerangi kaum Muslimin.

Hari itu cuaca Mesir cukup cerah, menurut maklumat ia akan dihadiri oleh Anwar Sadat. Sudah menjadi peraturan ketenteraan Mesir, bahawa dalam acara seperti ini tak satu pun boleh membawa peluru asli.

Namun Khalid dan pasukannya tidak mati akal, puluhan peluru dimasukkan ke pakaian dalamnya. Setelah Khalid berada dalam sebuah barisan pasukan yang telah diaturkan sebelumnya dan keluar dari markas tentera, peluru segera dimasukkan ke dalam senjata laras panjangnya.

Trak tentera tepat berada di hadapan pentas yang diduduki Anwar Sadat. Komando dari luar telah berkumandang, dengan sepantas kilat Khalid segera muncul ke permukaan dan menghalakan senapangnya ke arah Sadat. Ketika itu Sadat sedang asyiknya menikmati demonstrasi pesawat-pesawat tempur Mirage Angkatan tentera Udara Mesir.

Rupa-rupanya Khalid tidak keseorangan,kerana wujud pasukan lain yang ingin menembak Anwar Sadat. Tiba-tiba satu peluru tepat menembus leher Sadat, kerana belum yakin Anwar mati, dengan tenangnya Khalid turun dari trak tentera dan mengulangi tembakkannya ke tubuh Sadat. Pada masa itu tidak ada satu pun yang melawan.

Selepas itu beberapa bulan Khalid menjadi buruan tentera Mesir. Namun takdir di tangan Allah dan dirinya tertangkap dan dipenjarakan dan dihatuhkan hukuman mati. Pada masa itu sedikitpun tak nampak kesedihan di wajah Khalid. Bahkan tatkala ibunya menjenguknya di penjara, Khalid tersenyum sembil mengatakan,“Sungguh aku telah membunuh Fir'aun Mesir Anwar Yahudi, kerana ia telah mengingkari Allah, meninggalkan hukum syariat, bekerja sama dengan Yahudi dalam memerangi Islam dan khianat terhadap masjidil Aqsa.”
Dengan berbaju merah saat sebelum hukuman dijatuhkan, Khalid berkata,“Wahai ibuku, bagaimana pendapatmu tentangku?” Ibunya berkata,“Ilbas jadiidan wa 'isy sa'iidan wa mut syahiidan.” (Selamat mengenakan pakaian baru. Hiduplah mulia dan matilah sebagai seorang syuhada').

Siapa Anwar Sadat


Timbul persoalan kenapa orang seprti Khalid dan rakyat Mesir ingin membunuh Anwar Sadat. Sejarah mengatakan Anwar Sadat pada mulanya terbabit dengan rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 sehingga menggulingkan Raja Farouk I.

Pada 1954 beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, manakala tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir. Oleh itu Anwar Sadat melancarkan Revolusi Pembetulan dan membuang segala elemen-elemen Gamal Nasser.

Apabila Nasser meninggal dunia pada tahun berikutnya, Anwar Sadat menjadi Presiden mulai 15 Oktober 1970. Anwar Sadat menjadi presiden dalam 1970- 1981, selama 11 tahun. Manakala pada tahun 1971, Soviet Rusia menganjurkan Perang Attition di zon Terusan Suez. Anwar Sadat telah menulis surat kepada perunding PBB iaitu Gunnar Jarring untuk mencari jalan damai sepenuhnya dengan Israel.

Tetapi rundingan itu gagal kerana Amerika dan Israel tidak setuju berhubung sempadan baru yang ditetapkan.Selepas Perang Enam Hari 1967, ekonomi Mesir jatuh dengan begitu teruk. Rusia membekalkan beribu-ribu penasihat tentera dan peralatan perang. Selepas itu Mesir dan Russia sudah saling tidak mempercayai lagi dan Mesir mahu tentera Rusia dikeluarkan dari Mesir.

Pada 6 Oktober 1973, Hafez al-Assad Syria melancarkan Perang Oktober terhadap Israel. Perang ini juga dikenali dengan nama Perang Yom Kippur untuk mengambil semula Semenanjung Sinai. Pasukan tentera Mesir berjaya masuk hingga 15 km ke dalam Semenanjung Sinai melebihi Garisan Bar Lev dan banyak kereta kebal Israel dimusnahkan oleh Mesir.

Jeneral Ariel Sharon telah mengepung Terusan Suez dan memerangkap tentera ke-3 Mesir. Perjanjian dibuat antara Amerika Syarikat, Mesir dan Rusia agar mematuhi arahan gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB menurut Resolusi 338 pada 24 Oktober 1973 .

Anwar Sadat Melawat Israel

Sementara itu pada 19 November 1977, Anwar Sadat telah mengambik keputusan berani dengan melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir. Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel. Dan dari situ beliau memberi cadangan-cadangan bagaimana konflik Arab-Israel boleh dicapai. Jalan damai itu melalui Resolusi PBB 242 dan 338 .

Dari situ tahun 1978, maka terhasillah Perjanjian Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel 26 Mac 1979. Perjanjian atas daya usaha Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab. Nasser telah menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan Islam dan telah mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser. Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai isu Palestin, dan Perjanjian Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.

Di Amerika Syarikat, kejayaan Jimmy Carter ini amat dialu-alukan oleh rakyat Amerika. Beliau telah diberi anugerah Prince Peace Award oleh Pat Robertson.

Dari 1979-1989 Liga Arab telah mengeluarkan Mesir ekoran Perjanjian Kem David. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis di Tunisia. Bagaimanapun pada tahun 1989 Mesir kembali ke dalam Liga Arab dan ibu pejabat dipindah semula ke Kaherah hasil peranan dimainkan Amerika.

Lantaran tindakan Anwar Sadar mengiktiraf Israel telah menyebabkan banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap Anwar dan keluarganya. Siri Rusuhan Roti diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan hingga harga makanan naik mendadak. Pada masa itu banyak kelab malam menjadi sasaran puak Islam. Segelintir golongan Islam ini dilatih oleh pegawai tentera Mesir sendiri.

Antaranya ialah Ketua Stratregi El-Jihad ialah Aboud el-Zumar adalah ketua inteligen tentera Mesir. Mereka sedang menyiapkan perintah 'gerakan penggulingan' dengan membunuh pemimpin utama Mesir dan menawan kem tentera, ibu sawat terlefon, radio dan televisyen.

Tentera dan polis Mesir yang menyedari gerakan sulit El-Jihad itu telah mebuat tangkapan besar-besaran.Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan terhadap pertubuhan Islam, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Coptic, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh dunia di atas tindakannya. Antara tahanan itu ialah Leftenan Khalid Islambouli yang berjaya membunuh Anwar pada Oktober 1981. Semua ini ada kaitan dengan 'syeikh buta' yang mengetuai 'Maglis el-Shura' .

Kisah Pembunuhan berlaku tanggal 6 Oktober 1981, beliau dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September.

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara. Anwar Sadat berdiri menerima tabik hormat. Khalid keluar dari trak-trak tentera dan melontar grenade dan melepaskan tembakan selama dua minit.

Pada masa itulah Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat. Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.

Semasa pengkebumian Anwar Sadat, tiga bekas presiden Amerika Syarikat turut hadir iaitu Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon. Namun tidak ada seorang pun pemimpin negara Arab yang hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry. Dan hanya 2 dari 24 Liga Arab menghantar wakil iaitu Somalia dan Oman.

Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat ?



Kalau itu rekod dan perbandingan Antara Anwar Ibrahim dan Anwar Sadat seperti kenyataan bakri Musa ia mungkin tepat, kerana Anwar Ibrahim juga mempunyai rekod tersendiri dalam usaha mengiktiraf Israel seperti yang dilakukannya dalam Annapolis Summit. Dalam Annapolis Summit antara perkara yang dipersetujui ialah:


1.Mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat
2.mengiktiraf Mahmoud Abbas (Abu Mazen) sebagai pemerintah Palestin

Steven Clemon dalam The Washington Note mengesahkan menyatakan Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menandatangani surat sokongan Annapolis Sumit kepada Presiden Amerika George W.Bush dan Secretary of State, Condoleeza Rice pada 10 Oktober 2007

Selain itu aktiviti Anwar juga dipandu oleh Amerika melalui penglibatannya dengan pelbagai pertubuhan tajaan kuasa dunia tersebut. Bukan setakat menpunyai hubungan mesra dengan jabatan luar Amerika malah Anwar juga turut berada sama dalam National Endowment For Democracy, CSID, IRI, Foundation for Futute, Rand Corporation dan pelbagai organisasi lain seperti Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICG) . Anwar juga menerima pelbagai pingat dan anugerah dari badan tajaan Amerika yang mengiktiraf sumbangan Anwar dalam memperjuangkan apa yang dipelopori barat dan Amerika. Kesimpulannya apa yang dinyatakan Bakri Musa itu ada kewajaranya dan sememangnya tepat dan tiada keraguan sama sekali hujah bahawa Anwar ibrahim seumpama Anwar Sadat.

10 September 2009

Lembu Khalid Gagap tahu siapa pembunuh Teoh Beng Hock


Kisah lembu begitu hangat dipertuturkan di Selangor hari ini, kepala lembu hari ini jangan sebarang pijak merana badan kalau silap gaya. Ditambah pula dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang sehingga kini sesi inkuesnya masih belum menunjukkan bayangan siapa pembunuhnya, sehinga seluar dalam saspek kes lain pun dijadikan saksi untuk menunjukkan jalan kebenaran.

Apa yang boleh dikatakan antara kes lembu dan kematian itu seolah ada kaitan untuk dijadikan pengajaran atau petunjuk kepada umat manusia. Itu pun kalau umat islam masih berminat menyemak dan merenung kembali kisah sejarah zaman nabi dahulu kala.

A-kisah suatu zaman Nabi Musa ada disebutkan pada awal surah al-Baqarah yang sering dikelirukan dengan pembinaan patung emas oleh Samiri. Ia adalah kisah mengenai lembu bewarna kuning dan sempena inilah dinamakan surah Al-baqarah yang bermaksud lembu betina.

Pada suatu ketika terdapat seorang lelaki yang dipercayai bernama Amil, yang merupakan seorang pemberi ceti serta pemungut hutang dengan mengenakan faedah yang tinggi. Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga isterinya mati kerana tidak cukup makan dan rehat kerana mengira dui twang suaminya.

Selepas itu diminta anak perempuannya menggantikan ibunya dalam mengurus hal kewangannya. Namun anaknya enggan lalu meminta ayahnya meminta sepupunya untuk membantunya. Namun ayahnya enggan kerana mengangap anak saudaranya itu ingin merebut hartanya.

Suatu hari Amil tidak pulang ke rumah hingga membuatkan anak perempuanya risau, lantas meminta sepupunya mencari ayahnya. Sewaktu mencari Amil itu ditakdirkan ternampak sekelompok manusia sedang mengerumuni sesuatu. Rupanya Amil telah mati disebuah kampung sebelah yang berjiran dengan kampungnya.

Maka timbul perbalahan, penduduk kampong Amil mengatakan penduduk kampong sebelah yang membunuh Amil, sedangkan penduduk kampong sebelah mengatakan penduduk kampong Amil yang membunuhnya lalu dicampak ke kampung tersebut.

Pertelingkahan ini menyebabkan ia tidak terkawal hingga mereka bersiap sedia ingin berperang. Namun dinasihati oleh golongan tua supaya bersabar dan membawa kes tersebut ke pengetahuan Nabi Musa.

Dalam masa yang sama ada sepasang suami baru dikurniakan anak ketika mereka sudah tua, Dan si Ayah pun bimbang mengenai rezeki anaknya itu kerana dia sudah tua dan tidak mampu berkerja kuat lalu mencadangkan kepada isterinya agar membeli seekor anak lembu supaya dapat diwariskan kepada anak mereka apabila dewasa nanti.

Isterinya mencaadangkan agar lembu itu dilepaskan sahaja serta bertawakal kepada Allah, apabila anak mereka dewasa nanti lembu akan datang kepada anak mereka apabila menyebut “Dengan nama Allah, datanglah kepadaku” maka lembu itu akan datang kepadanya.

Apabila anak mereka dewasa, bapanya pun telah menggal dunia dan si ibu menyuruh anak mencari lembu yang telah diwariskan kepadanya. Lantas dicarilah lembu tersebut dan ditakdirkan dengan kuasa Allah si anak bertemu dengan lembu seperti yang ciceritakan ibunya lalu mendoakan “ Dengan nama Allah, datanglah kepadaku” dan tidak semena-mena lembu itu menghampiri dan mengikuti lelaki tersebut.

Kembali kepada kisah kematian Amil, kedua penduduk kampong mengambil keputusan berjumpa Nabi Musa dan lantas meminta pandangan. Nabi Musa pun dengan bimbingan Ilahi menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina dan memukul mayat si Amil dengan menggunakan kulit lembu tersebut. Mayat tersebut akan memberitahu siapa yang telah membunuhnya.

Disebabkan cadangan Nabi Musa tersebut kedua penduduk kampung menganggap Nabi Musa telah mempermainkan mereka. Oleh kerana mereka sering menggagungkan lembu, maka ini adalah cara untuk meredakan sikap mereka yang mendewakan status lembu, fikir penduduk.

Namun Nabi Musa menyatakan bahawa beliau menyatakan yang benar dan memohon perlindungan dari orang-orang yang jahil sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Baqarah.

Selepas itu penduduk dua kampung tersebut pulang ke tempat asal masing-masing bagi melaksanakan suruhan nabi Musa. Mereka bertanyakan umur lembu yang dimaksudkan Nabi tersebut. Dan Nabi menyatakan usia lembu tersebut adalah pertengahan tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Apabila ditanyakan warna lembu tersebut, Nabi Musa menyebut warna lembu betina tersebut adalah warna kuning sehingga orang yang melihatnya tercengang kerana kekuningan.

Penduduk tersebut selepas itu beredar dan kembali semula dengan persoalan lain pula kerana merasakan arahan nabi masih samar dan tidak jelas. Mereka kemudian meminta keterangan lebih mendalam mengenai lembu betina tersebut. Lalu Nabi menyatakan lembu itu tidak pernah digunakan untuk membajak tanaman, tidak diguna untuk mengairi tanaman dan tiada cacat cela terhadap lembu tersebut.

Golongan penduduk ini akhirnya pulang, dan memikirkan bagaimana ingin mencari lembu seperti dinyatakan Nabi Musa tersebut. Tanpa diduga pemuda yang baru menjumpai lembu betina yang diwariskan oleh ayahnya telah melintas dihadapan mereka dalam perjalanan pulang kerumahnya. Dan mereka mendapati sifat lembu tersebut sama seperti yang dinyatakan oleh Nabi Musa.
Lantas mengikuti anak muda dengan lembu yang berwarna kuning tersebut, sebaik sampai dirumah si anak menunjukkan lembu tersebut kepada ibunya. Si ibu gembira kerana hajat beliau dan suaminya telah tercapai dan tidak perlu risau mengenai rezeki untuk anaknya.

Namun si ibu dan pemuda tadi merasa hairan kenapa terdapat ramai orang yang berkerumun dihalaman rumahnya. Selepas itu wakil penduduk kedua kampong tersebut telah datang menemui si Ibu dan pemuda tadi untuk berbincang mengenai pembelian lembu tersebut. Walaupun diperingkat awal keluarga tersebut enggan menjual lembu terbabit, namun selepas dipujuk bagi membantu memberi jalan kebenaran kepada si mati dan mencari orang yang bertangungjawab melaga-lagakan kedua penduduk kampong tersebut hingga ingin berperang, mereka bersetuju menjual lembu tersebut. Dengan syarat harga emas seberat kulit lembu tersebut.

Wakil rombongan akur dengan syarat tersebut dan bersetuju membayar harga yang seperti dinyatakan. Ketika itu anak saudara Amil (si mati) pun mengatakan sebagai waris si mati dia hanya menuntut harga lembu itu diberikan kepadanya dan kes pembunuhan bapa saudaranya dianggap selesai. Namun ia dibantah oleh penduduk kampong kerana mereka ingin mengetahui siapakah pembunuh yang masih bebas itu.

Akhirnya lembu pun dibeli dan disembelih, kulitnya ditimbang dan emas yang sama berat diserahkan pada kedua-dua beranak pemilik lembu tersebut.

Selepas itu kulit lembu pun dipukul pada mayat Amil. Dengan izin Allah, mayat itu hidup semula, membuka matanya dan menunjuk ke arah anak saudaranya seraya mengatakan beliaulah pembunuhnya. Ini kerana beliau inginkan harta peninggalannya dan berazam mengahwini anak perempuan Amil serta meletakkan mayat di kampung sebelah supaya beliau tidak dituduh atas pembunuhan itu hingga mewujudkan kekacauan kedua penduduk kampong tersebut.


Jika kita mengaitkan isu ini dengan apa yang terjadi di Selangor, kisah yang wujud seakan hampir sama, bermula dengan isu rasuah lembu MB Selangor, dan seterusnya lembu diarak oleh pemuda keadilan, dan seterusnya pelbagai kisah kontroversi melibatkan lembu telah wujud. Pada masa yang sama wujud kematian di bangunan SPRM Selangor dan pegawai SPRM telah dituduh melakukannya kerana kejadian berlaku dibangunan tersebut.

Seperti dalam kisah tadi wujud watak anak saudara Amir yang beria-ia macam ingin membantu mencari siapa pembunuh bapa saudaranya. Realitinya di Selangor juga seakan sama apabila muncul seorang watak iaitu Tan Boon Hwa yang seakan ingin membantu sama mencari pembunuh Teoh Beng Hock, hingga pelbagai pihak lain dituduhnya melakukan pembunuhan tersebut.
Agak-agaknya bolehkah kita bertanya kepada lembu Khalid Gagap untuk mencari jawapan siapa pembunuh kepada Teoh Beng Hock? fikir-fikirkan...

07 September 2009

Anwar Atarturk dan Rand Corporation

Pidato Bush di konvensyen pertahanan Amerika pada 28 Ogos 2007, merupakan penyataan jelas bahawa Amerika tidak ingin tegaknya berulangnya sistem Khilafah dan syariah di dunia islam dan berpadunya umat islam dalam satu suara. Dalam pidatonya beliau mengatakan Amerika akan melawan sesiapapun yang cuba ingin menyatukan umat islam dan mengangapnya sebahagian perang melawan keganasan.

Tahun 2009, apa yang dikatakan pihak Amerika ini telah mula dilaksanakan oleh Kepimpinan Turki, walaupun ada sesetengah golongan menganggap Erdorgan mewakili kelompok islam namun realitinya pemimpin ini telah mengarahkan pimpinan Islam yang condong kepada sistem khilafah ditangkap dan dipenjarakan.

Dikatakan telah banyak usaha diaturkan oleh pihak Amerika untuk mengekang bersatunya umat islam diselutuh dunia.

Antara usahanya ialah mewujudkan stigma negatif mengenai sistem syariah dan khilafah. Ia diusulkan oleh Ariel Cohen dengan mencadangkan media tajaan Amerika harus melabelkan persepsi negative sistem hukuman sebat dan hukuman keatas peminum minuman keras dinegara-negara islam.

Sementara Cheryl Benard pula mencadangkan beberapa idea baru berkaitan hak kebebasan harus diangkat bagi menunjukkan islam menindas golongan wanita dan hak asasi manusia, keburukan sistem poligami dan hak suami untuk memukul isteri.

Bagi memperkasa media propaganda, saluran yang dibiayai barat seperti Radio Sawa dan Al hura Tv telah dipergunakan semanfaat yang mungkin. Manakala di timur jauh difahamkan Amerika telah memberi dana yang besar kepada satu kelompok islam liberal untuk mempromosi “islam dan toleransi” melalui 40 buah stesen radio di bandar utama.

Melalui USAID pula dikatakan lebih 30 organisasi islam dibantu oleh agensi ini, antara program yang dilaksanakan oleh organisasi tajaan Amerika ini ialah membantu memperkuat sistem penyampaian media, bengkel dan mewujudkan cadangan reformasi sistem dakwah islam. Selain itu Amerika juga mengunakan saluran Ford Foundation dan Asia Foundation untuk berkejasama dengan organisasi islam untuk mengerakan kempen Islam Liberal.

David E.Kaplan pula menyatakan komitednya Amerika untuk menjayakan projek ini, Washington telah mengeluarkan ribuan juta dollar bagi kempen mempengaruhi bukan sahaja masyrakat islam malah agama islam itu sendiri.

Bersatunya umat islam merupakan satu perkara yang ditakuti oleh Amerika dan negara barat lain, jesteru itu adalah penting bagi barat melaksanakan politik pecah belah didunia islam. Lantaran itu barat telah mengklafikasi islam berdasarkan kepentingan barat. Oleh itu dicipta gelaran fundamentalis islam VS moderat, islam Struktural Vs islam cultural, islam Formalis vs subtansialis, islam radikal, islam teroris , islam inkulif dan pelbagai nama lain dengan matlamat memecahbelahkan umat islam.

Kelompok islam yang mendukung idea barat seperti memperjuangkan demokrasi, Hak asasi manusia, pluralisme akan disebut golongan moderat. Yang menolak pula akan disebut radikal atau fundamentalis. Lantas media diarahkan untuk menyebarkan propaganda bahawa islam yang baik ialah islam moderat atau cultural.

Untuk membolehkan kumpulan ini bergerak beberapa langkah pratis diambil seperti dicadangkan oleh Cheril Benard dan ia telah didukung oleh Rand Corporation.
Antara lain dilakukan ialah menerbitkan dan diedarkan pandangan golongan islam moderate, diangkat imej mereka dikalangan dunia islam dan memberikan “public platform”.

Sebaliknya golongan yang menentang golongan moderate perlu dilabelkan sebagai fundamentalis atau radikal. Menonjolkan ketidakmampuan golongan ini memerintah. Memberi imej buruk dan tidak bijaksana dalam dasar pemerintahan, mendorong para penulis untuk mengangkat isu-isu korupsi, hipokrit dan menonjolkan apa sahaja kelemahan golongan yang dianggap fundamentalis.

Strategi seterusnya dilakukan ialah mengadu dumba kelompok umat islam.Ia dilakukan dengan melenturkan pandagan kelompok tradisional dan fundamentalis. Beberapa langkah dilakukan dengan mengangkat kritikan kelompok tradisional terhadap fundamentalis, memperluaskan jurang perbezaan antara kelompok tradisional dan fundamentalis. Mendorong kerjasama antaraa golongan tradisional dan moderat, mendidik golongan tradisional untuk berdebat dengan golongan fundamentalis dan mempertingkatkan profil dan imej golongan tradisional dan moderat.

Langkah yang sama juga dilakukan Amerika di Iraq, dalam laporan akhir 2004 (US Strategy in the muslim world after 9/11), Rand Corporation secara jelas menyarankan agar mengunakan perbedaan sunni dan syiah serta pelbagai perbedaan lainnya untuk meraih kepentingan Amerika.

Malaysia pasca pilihanraya 2008
Gendang perang sudah berbunyi, pelbagai strategi sudah dilakukan diseluruh dunia islam, Malaysia selepas tsunami politik 2008 telah menyaksikan idea-idea hak wanita, hak asasi dan prinsip kesamarataan telah diangkat sebegitu rupa oleh sesetengah pihak. Adakah ini bermakna golongan juga mendapat bantuan dan khidmat nasihat dari Rand Corporatian? Ini kerana taktik yang dimainkan kumpulan ini hampir seiras apa yang dilaksanakan oleh pihak Rand Corporation.

Tatkala isu Kartika timbul pelbagai momokkan wujud media pelbagai negara tampil mengulis, manakala akhbar cina dan Inggeris memperbesarkan ia walaupun tidak melibatkan orang bukan islam.

Manakala pasca pilihanraya itu, kelompok pemimpin moderat muslim seperti Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya telah ditonjol media barat dan seangkatan kerana dianggap mempunyai pemikiran yang bagus untuk memacu ekonomi dan pentadbiran. Manakala musuh kepada Anwar ibrahim telah dilabel pelbagai cara seperti yang disarankan oleh Cheril Benard.

Walaupun Anwar Ibrahim bukan berlatarbelakangkan pengajian Islam dan ekonomi, namun dirinya telah diberi ruang yang cukup besar oleh dunia barat untuk berucap dinegara barat dan seolah mewakili dunia islam, hingga mengalahkan pandangan dari ulama Al-Azhar dan Ikhwan Muslimin. Adakah ini yang dikatakan pemberian ““public platform” oleh pihak USAID dan Rand Corporation? sehingga kes liwatnya mendapat pembelaan NGO antarabangsa atas dasar hak asasi dan prinsip kebebasan.


05 September 2009

Perpaduan setipis kulit bawang

PERPADUAN. Apa maknanya? Dalam konteks Malaysia perpaduan sering dikaitkan dengan hubungan antara kaum. Tiga kaum terbesarnya hidup aman damai, bersatu padu dan tolong-menolong.

Malaysia pernah diiktiraf sebagai antara negara unik kerana dasar hubungan kaumnya yang erat. Namun, kini banyak yang mula bercakap semula mengenainya.

Kali ini mereka membincangkan mengenai hubungan yang mula (atau sudah) rapuh antara kaum itu. Perdana Menteri sendiri dalam perutusan Merdeka membangkitkan mengenai soal itu.

Beliau mahu tembok pemisah di antara kaum dirobohkan dan dibina semula jambatan yang diasaskan oleh nenek moyang kita dulu.

Mesej Perdana Menteri itu cukup jelas menggambarkan keseriusan keadaan yang berlaku sekarang. Jalinan geopolitik di Malaysia telah memisahkan kaum-kaum yang ada.

Tiga kaum terbesar itu, Ali-Ah Seng-Samy (seperti nama-nama yang sering disebut dalam buku- buku teks sekolah kita dulu), kini semakin (atau sudah) berpecah. Isu sensitif semakin menjadi-jadi.

Isu agama dijadikan bahan politik. Jika di India isu agamalah yang seringkali akan mencetuskan pergaduhan besar. Berpuluh-puluh, malah ratusan, orang akan mati bergelimpangan di atas jalan raya dalam pergaduhan agama di negara itu.

Isu itu amat mudah dicetuskan dan ia paling efektif untuk dicetuskan. Di Malaysia ada pihak yang sedang bermain dengan api itu. Mereka suka bermain dengan isu-isu itu.

Kerajaan Selangor kini didakwa oleh banyak pihak gemar memulakan isu-isu seperti ini. Kemudian mereka akan berdiam diri apabila isu itu menjadi besar.

Kita tidak pasti apakah pihak berkuasa keselamatan melihat dan memerhati situasi ini secara serius, atau takut bertindak gara-gara tekanan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Namun apa sekalipun, saya mahu berkongsi satu surat dengan anda sekalian mengenai luahan rasa seorang pelajar sekolah di tingkatan 6 mengenai erti perpaduan.

Dia yang menghantar e-mel atas nama leo_taufik90@yahoo.com menulis surat yang tajuknya amat menarik iaitu Perpaduan senipis kulit bawang.

Renungilah tulisan anak muda ini:

'Isu ini mungkin pada masa kini sedang hangat dibicarakan ataupun boleh dianggap telah lapuk disebabkan selalu sangat dibincangkan sejak pilihan raya ke-12.

'Namun apa yang pasti isu ini banyak dikupas oleh pakar-pakar akademik, politik dan individu perseorangan yang saya kira berumur sebaya ayah saya.

'Saya sebagai seorang pelajar tingkatan 6 ingin pula menyuarakan pandangan mengenai isu ini. Mungkin pandangan saya akan dianggap kurang matang memandangkan saya masih lagi di bawah tanggungan keluarga, namun atas dasar kebebasan bersuara yang dikatakan dimiliki oleh rakyat di negara ini, tidak ada salah sekiranya saya memberikan beberapa pandangan mengenai isu ini.

'Kita telah merdeka lebih separuh abad, pelbagai kemajuan yang telah kita kecapi dalam masa tersebut, namun entah di mana silapnya, perpaduan antara kaum boleh diibaratkan 'setipis kulit bawang'.

'Saya menyatakan perkara ini bukanlah berdasarkan emosi semata-mata mahupun melalui pembacaan sebaliknya berdasarkan pengalaman sendiri. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, saya telah bersekolah di empat sekolah dan keempat-empat sekolah tersebut merupakan sekolah aliran biasa yang menempatkan pelbagai kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

'Di sinilah saya mula mempelajari erti perpaduan antara kaum. Saya dapat lihat walaupun berada di dalam sekolah atau kelas yang sama, perpaduan antara pelajar yang berlainan kaum amat sukar dijalinkan.

'Pelajar-pelajar ini suka mengasingkan diri mengikut kelompok masing-masing dan jika bergaul pun hanya disebabkan arahan guru atau rakannya itu pandai belajar.

'Dari perkara tersebut boleh disimpulkan bahawa pergaulan antara kaum ini hanya berlaku disebabkan terpaksa dan mempunyai motif tertentu tanpa mempunyai semangat kenegaraan.

'Oleh sebab itulah saya berasa sangat hairan mengapa Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan matlamat 1Malaysia boleh dicapai walaupun dilaksanakan di sekolah aliran yang berbeza, padahal sekolah kebangsaan sendiri pun masih tidak mampu menyatukan pelajar yang berlainan kaum.

'Namun, saya tidak menyalahkan kerajaan semata-mata kerana terdapat faktor lain iaitu penerimaan masyarakat itu sendiri.

'Di sekolah, saya mempunyai seorang kawan rapat berbangsa Cina, pernah suatu hari ketika saya dan kawan saya itu berjalan di luar kawasan sekolah untuk ke kedai, saya merasakan banyak mata yang memandang ke arah kami seolah-olah kami makhluk asing dari planet Marikh!

'Kami menjadi perhatian hanya kerana saya berbangsa Melayu dan kawan saya berbangsa Cina, berjalan sambil berbual sesama kami, masyarakat seolah-olah menyatakan kami telah melakukan kesalahan besar dan perkara tersebut tidak patut berlaku.

'Kejadian tersebut telah membuka mata saya seluas-luasnya untuk melihat negara ini dalam konteks perpaduan yang sebenar. Rakyat negara asing memuji dengan 'perpaduan' yang mereka lihat di Malaysia. Namun hakikat sebenar tidak seperti yang dilihat oleh mereka.

'Perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang 'setipis kulit bawang' ini semakin dihakis oleh pihak-pihak tertentu dengan sentimen perkauman yang sengaja dimainkan oleh mereka.

'Dalam hal ini, kerajaan seharusnya memikirkan perkara ini dengan lebih serius, jangan hanya pandai bercakap tapi teragak-agak untuk melaksanakannya.

'Adakah dengan berlakunya sekali lagi tragedi 13 Mei 1969, barulah kerajaan bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat di negara ini?'

Apakah benar tulisan Leo Taufik itu? Apakah itu keadaannya di hadapan kita sekarang? Mungkin benar. Jurang pemisah dari sekolah itu kini telah melarat ke peringkat universiti.

Jika kita ke Universiti Malaya sekarang, kita akan melihat satu kumpulan pelajar Melayu berjalan sesama mereka dan pelajar Cina berjalan semasa mereka.

Pelajar-pelajar di menara gading itu merasakan mereka lebih selamat dan terpelihara atau selesa berjalan sesama mereka.

Situasi ini akan melarat lagi ke bidang pekerjaan dan akhirnya ia akan menjadi budaya masyarakat masing-masing.

Mana-mana kaum yang kuat (dari segi ekonomi dan politik) akan mengetepikan kaum lain, hanya kerana cara hidup dan fikiran mereka yang diasaskan dari peringkat sekolah itu. Fikir-fikirkanlah.
Oleh Zaini Hasan