26 Oktober 2009

Gerakan islam Di Malaysia harus kemana destinasi?


Menerobos poltik Malaysia hari ini sememangnya akan memeningkan kepala kepada para pendokong gerakan islam di Malaysia.

Selepas pasca Mac 2008, alunan gerakan islam ke arah pembentukan negara islam kian pudar dan kendur. Ikatan politik yang dinamakan Pakatan Rakyat menyebabkan Parti Islam Semalaysia tidak lagi melagukan negara islam sebagai slogan dan impian. Sebaliknya tunduk kepada desakan supaya lebih liberal dan demokratik oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat dalam segala tindakan dan strategi parti.

Yang memelikkan dalam tempoh ini UMNO seteru kepada Parti Islam dan merupakan tunjang kepada Barisan Nasional dengan lebih berani mengatakan Malaysia adalah negara islam tanpa dibantah oleh rakan-rakan parti komponen.

Keadaan ini menyebabkan timbul perbezaan pendapat dikalangan tokoh-tokoh Islam di Malaysia. Antara tokoh islam yang vocal melontarkan pandangan terhadap situasi politik di Malaysia adalah mantan mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin dan seorang pendakwah tersohor yang kini merupakan Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Ridzuan Tee Abdullah.

Kedua-dua tokoh ini dilihat kritikal dalam melontarkan pandangan terhadap PAS gara-gara parti tersebut berdampingan dengan DAP yang dianggap umat islam selama ini sebagai parti yang anti Islam dan rasis.

Selain itu, mufti Perak juga pernah cuba memainkan peranan untuk cuba menyatukan umat islam di Perak apabila keputusan pilihanraya disana dilihat tidak menyebelahi umat islam. Namun tindakan mufti Perak tersebut dikecam oleh segelintir ahli didalam PAS dan golongan yang enggan bersatu dengan parti UMNO.

Akhirnya dengan peruntukan yang ada melalui perlembagaan tubuh negeri, orang Melayu Islam masih dilantik menjadi Ketua Kerajaan namun kuasa sebenar terletak ditangan parti yang sebelum ini dilihat anti islam. Sehinggakan didalam Sidang Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Perak terpaksa menafikan adanya usaha untuk menegakkan negara islam oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Walhal hakikatnya Fasal 5 perlembagaan parti PAS secara jelas menyatakan perkara ini.

Senario ini menjadikan pencinta gerakan islam di Malaysia menjadi semakin keliru. Ditambah lagi dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh pimpinan DAP yang dilihat cuba mencabar umat islam seperti tindakan Jeff Oii mengatakan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebagai teroris dan campur tangan Roniu Liu berkaitan isu halal haram minuman keras di Selangor.

Dalam tempoh ini juga Dr. Ridzuan Tee yang sebelum ini agak akrab dengan kerja-kerja penyebaran dakwah agama islam juga telah menjadi mangsa herdikan penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan lontaran tulisannya yang tersiar disebuah akhbar berbahasa Melayu.

Pada masa yang sama Persatuan Ulama Malaysia sebuah cabang gerakan islam di Malaysia semakin agresif cuba memahami orang Islam di Malaysia akan bahaya Islam Liberal dan Pluralisme Agama. Saban minggu diadakan seminar dan wacana untuk membendung pengaruh gerakan tersebut.

Sedangkan peneraju Islam Liberal di Malaysia datangnya dari sekutu parti PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat. Anwar Ibrahim dilihat ikon besar gerakan muslim moderate di Malaysia (berdasarkan pernah dianugerahkan tokoh muslim Moderate yang diterima dari pihak Amerika) dengan matlamat akhir orang islam di Malaysia dapat menerima pemikiran islam liberal dan Pluralisme Agama sebagai ganti kepada pegangan islam sediaada yang dilihat tertutup oleh kelompok islam liberal.

Dr. Asri dalam lontaran kepada parti UMNO seperti dinyatakan didalam blognya, menyatakan sekiranya UMNO ingin mahu menguatkan parti tersebut selepas bahana tsunami politik Mac 2008, parti tersebut sepatutnya menekankan dan mengamalkan islam tulen sebagai sebahagian fokus parti. Lontaran ini (Islam Tulen ) dilihat untuk memperingatkan UMNO bahawa Islam Liberal semakin menular di Malaysia, keadaan semasa menunjukan bukan PKR sahaja yang dihinggap arus ini malah sebilangan tokoh dalam PAS dan UMNO pun ada talian dengan gerakan tersebut.

Sekiranya kedua-dua parti dominan orang islam ini alpa, situasi di Indonesia mungkin berulang di Malaysia. Saat pilihanraya Presiden Indonesia dilaksanakan, jaringan islam liberal di Indonesia dari peringkat awal lagi telah menentukan tokoh mereka berada disetiap parti yang bertanding. Samada kumpulan SBY, Jusuf Kala ataupun Megawati pengaruh islam liberal tetap ada cuma besar atau kecil sahaja. Dan akhirnya perancangan mereka berjaya apabila Boediono dilantik sebagai Timbalan Presiden Indonesia, sehingga mengecewakan Parti PKS yang amat mengidamkan jawatan tersebut sebagai tukaran sokongan gerakan islam kepada SBY dan Parti Demokrat.

Sejarah gerakan Islam pasca moden sebenarnya dirintis oleh Ihwan Muslimin selepas umat islam pada masa itu hilang arah dan tujuan ekoran kejatuhan Kerajaan Bani Uthmaniyah di Turki dan naiknya pemerintahan Kamal Atarturk sebagai Presiden dan menghapuskan sistem khilafah dan mengenepikan sistem hidup islam dan memaksa warga Turki menjadi seperti orang barat dan memisahkan Turki dari dunia islam.


Selepas kejatuhan Khalifah islam dan syariat islam digugurkan, wilayah-wilayah islam jatuh satu demi satu ke tangan penjajah. Sebagai mengambil tanggungjawab kekosongan dan kelesuan suara islam pada masa itu, Hassan Al Bana memperlopori tanggungjawab untuk menyatukan umat islam yang pada mulanya hanya diperingkat lokaliti sahaja.

Namun dengan takdir Allah Swt gerakan yang berasaskan kemasyarakatan itu berkembang pesat diseluruh dunia hingga dijadikan asas dan petunjuk kepada semua gerakan islam lain disetiap negara.

Namun hakikatnya kuasa barat dan yahudi tidak akan senang melihat kerja-kerja kumpulan islam ini berkembang.

Di Algeria Barisan Penyelamat Islam (FIS) dinafikan hak memerintah, begitu juga dengan Hamas di Palestin yang hanya sekadar menang dalam pilihanraya tetapi diketepikan kuasa pemerintah.

Pada barat dan Yahudi, kumpulan islam harus mengikut islam yang diacu oleh mereka sekiranya ingin memerintah. Barat tidak akan membiarkan kumpulan tersebut bersendirian menentukan halatuju kerana dikhuatiri boleh mengangu gugat kuasa hagemoni negara barat. Sebagai contoh sehingga ke hari ini Sudan dan Iran masih dibelengu pelbagai sekatan dan perlabelan dari negara barat terhadap negara tersebut. Semata-mata kedua negara tersebut dilihat dikuasai oleh gerakan islam yang bukan pro kepada Amerika dan Yahudi.

Lantara itu pelbagai kaedah diguna oleh pihak barat agar kumpulan islam yang pro barat dan yahudi ini akan memenangi pilihanraya dan menjadi sebuah kerajaan. Manakala gerakan islam sedia ada akan cuba ditembus masuk oleh agen yang dilatih oleh pihak barat supaya kumpulan tersebut tidak menjadikan Amerika dan Yahudi sebagai sasaran kebencian.

22 Oktober 2009

Anwar Atarturk punya hubungan dengan Dr.Pornthip?

Terkinja-kinja nampaknya beberapa pihak berseronok, apabila Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr. Death mengatakan KEMUNGKINAN 80 peratus kematian Teoh Beng Hock dikaitkan dengan pembunuhan. Dengan sepintas halilintar Anwar Atarturk pun mengeluarkan kenyataaan bahawa dia tidak terkejut pun kenyataaan Dr. Porntip tersebut, seakan sudah tau apa yang akan diucapkan oleh Dr. Porntip pada sesi inkues kematian Teoh Beng Hock.

Di Ruang lobi Mahkamah, Roniu Liu sentiasa bergerak bersama dan tidak lekang dari punggung pakar tersebut yang dibawa khas dari negara gajah putih oleh Kerajaan Negeri Selangor. Agaknya pada fikiran Roniu Liu, Dr. tersebut kemungkinan besar mampu menyelamatkan imej dirinya, DAP dan Kerajaan Negeri Selangor .

Tukar Tiub ada menceritakan sedikit latar belakang Pornthip yang dipuja oleh sebahagian besar penyokong Anwar, namun tidak semua yang diceritakan hanya yang positif sahaja. Nama sebenar Dr. ini ialah Pornthip Rojanasunand lahir pada 21 Disember 1955 dan merupakan seorang ahli patologi forensik Thailand, juga merupakan penulis dan aktivis hak asasi manusia.

Lantaran penglibatan dalam Human Right beliau mengenali Tian Chua, Elizabeth Wong dan aktivis hak Asasi dalam PKR/DAP di Malaysia. Kini beliau merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Thailand. Dan orang yang bertangungjawab menjadikan DNA sebagai bukti di Mahkamah Thailand.

Nama beliau menjadi sebutan apabila berlakunya kejadian tsunami di Thailand dan beberapa Negara asia pada tahun 2004. Pada masa itu beliau telah masuk campur dalam banyak perkara berkaitan urusan pengenalan mayat hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak berkuasa.

Sebenarnya pandangan mengenai hasil penemuannya bukanlah digunapakai semua pihak di Thailand, malah ada yang meragui kredibiliti Dr. Pornthip. Kerana wanita yang selalu berpenampilan imej rangi ini adalah seorang yang gila publisiti kerana sentiasa ingin menonjolkan kehebatan dirinya. Malah ada yang berpendapat sebagai penulis, tidak mustahil dia banyak menimbulkan kontoversi untuk melariskan jualan bukunya. Satu situasi yang pelik Pornthip seakan mempunyai dendam kepada pihak polis dan pihak keselamatan, hingga banyak kali berikrar untuk mencari kesalahan pihak berkuasa.

Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Natio. Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.

Ketidakpercayaan sepenuhnya masyarakat Thailand atas hasil Dr. Porntip dapat dilihat pada kes tahun 1999, apabila seorang ahli Parlimen Thailand Hangthong Thammawattana ditemui mati dengan peluru menembusi kepalanya. Hasil autopsi yang dilakukan oleh polis menunjukkan bahawa Hangthong telah membunuh diri. Namun autopsi kedua dilakukan oleh Dr Porntip menunjukkan bahawa dia dibunuh.

Ini menyebabkan kakak Hangthong iaitu Noppadol ditangkap dan didakwa dengan kes pembunuhan. Namun, pada tahun 2006, autopsi ketiga yang dilakukan oleh pakar forensik Universiti di Thailand, sekali lagi bersetuju dengan hasil autopsi yang dikelurkan OPFS (Pejabat Sains Forensik Polis Thailand), menyatakan bahawa Hangthong telah membunuh diri.
Kes ini menyebabkan wujudnya konflik antara Dr Porntip, Polis di raja Thailand dan ahli forensik Thailand. Beberapa pihak di Thailand berpendapat hasil keputusan autopsi Dr. Pornthip banyak dipengaruhi dari keterlibatannya dengan badan hak asasi manusia, khususnya Asian Human Rights Commission.

Sewaktu dia terlibat mencari punca kematian David Carradine, aktor Hollywood yang mati mengejut di Thailand, beberapa penganalisis mengatakan Pornthip hanya memberi pandangan berdasarkan apa yang dibaca oleh beliau dalam buku kes yang hampir sama melibatkan kematian mengejut orang barat/eropah dan bukan berasaskan fakta sebenar. Kematian David Carradine sehingga ini masih misteri dalam mencari punca sebenar, walaupun banyak kajian forensik telah dilakukan.

Jika berasaskan beberapa kisah seperti diatas, kredibiliti Dr. Pornthip yang kini dijulang oleh Anwar dan penyokongnya sebenarnya boleh dipertikaikan. Banyak persoalan yang meragukan berkaitkan latar belakang Dr. tersebut, seperti penglibatannya dalam kerja penulisan dan senada suaranya dengan badan hak asasi manusia.

JIka pasukan forensik profesional Thailand sendiri mempertikai hasil laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Ponrthip , adakah beliau layak memberikan pandangan kes yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock. Lebih-lebih lagi dia hanya menganalisa gambar sahaja dan langsung tidak terlibat dengan kerja-kerja bedah siasat mayat Teoh sebelum ini.

Hujah yang hanya bersandarkan perkataan MUNGKIN secara logik adalah hanya untuk membawa spekualasi sahaja, kerana ia bukanlah hujah terbaik untuk menafikan fakta yang telah dikeluarkan pihak yang lebih berautoriti.

Tentu kita masih ingat bagaimana sebelum ini kita digembarkan dengan dakwaan adanya tinggalan seakan darah ditangga pejabat SPRM di Plaza Masalam oleh Gobind Singh Deo peguam bela keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Andaian Gobind itu menyebabnkan ujian DNA terpaksa dijalankan tiga pakar DNA iaitu Dr. Seah Lay Hong; bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Amidon Anan dan saintis forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant. Hasil yang dikeluarkan selepas dibuat ujian terperinci didapati ia bukanlah darah seperti yang diandaikan Gobind.

JIka benar kerajaan ingin melakukan bedah siasat semula keatas punca kematian Teoh Beng Hock, seharusnya kerajaan tidak terperangkap dengan mainan Anwar Atarttuk.

Sejarah pernah menunjukkan para golongan Yahudi dan barat pernah bersepakat memanipulasi fakta kematian kaum Armenia sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid hingga menyebabkan Kerajaan Bani Uthamaniyah diasak teruk oleh Negara barat yang waktu itu baru bangkit dari zaman kegelapan menuju era pencerahan.

Hakikatnya hingga ke hari ini, para sejarahwan dan pengkaji lain tidak dapat membuktikan bahawa kematian kaum Armenia adalah disebabkan arahan Sultan Abdul Hamid. Yang jelas orang Yahudi dan barat memainkan peranan yang menyebabkan kematian orang Armenia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Bani Uthaminyah.
Sebagai ingatan Anwar banyak kali mengatakan bahawa Kerajaan Bani Uthmaniyah adalah zalim dan sewaktu berucap di NED dia seakan bersetuju dengan sebahagian tindakan yang diambil oleh Kamal Atarturk untuk menjatuhkan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Maka itu seharusnya kita tidak hairan jika kita melihat Anwar orang paling awal memberi ulasan terhadap kenyataan Dr. Pornthip Rojanasunand semalam.

15 Oktober 2009

Anwar & Sayyed Hossien Nasr : Pemikiran Pluralisme Nasr disanjung Anwar (siri 2)

Tahun 1979 telah meletus satu revolusi di Iran, Revolusi yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari tampuk pemerintahn Iran.

Tatkala itu setelah Raja Iran digulingkan oleh gerakan rakyat, Seyyed Hossien Nasr bersama keluarganya telah melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat, dan seterusnya menetap di Iran.

Seyyed Hossein Nasr dan Shah Reza memang mempunyai hubungan yang akrab, Ayahnya merupakan Dr. kepada keluarga diraja Iran. Sebaik kembali dari Amerika Sayyed Hossein Nasr memulakan kerjaya di Iran sebagai profesor di Universiti Tehran, dan kemudian di Universiti Mehr Arya (Sharif University) di mana beliau diangkat menjadi presiden pada tahun 1972.

Sebelum itu, beliau juga berkesempatan berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Sastera, dan Timbalan Rektor Akademik Universiti Tehran dari 1968-1972. Lantaran hubungannya yang akrab dengan Raja Iran dalam tempoh tersebut, Ratu Iran Farah Pahlavi telah melantik profesor Nasr yang pada masa itu sudah memakai gelaran Profesor sebagai Pengarah di Iran Imperial Academy of Philosophy,.

Selama waktu itu, Nasr dan beberapa tokoh inteektual lain seperti Tabatabaei, William Chittick, Kenneth Morgan, Sachiko Murata, Toshihiko Izutsu, dan Henry Corbin akan bertemu dan mengadakan pelbagai wacana falsafah. Bukunya yang terkenal adalah Islam Syi'ah yang merupakan satu produk yang dihasilkan dari pusat tersebut .

Apabila beliau melarikan diri dari kerajaan Revolusi Iran yang terbentuk selepas itu dan bermastautin di Amerika sehingga kini, banyak fakta mengatakan Syyed Hossien Nasr juga adaalh talibarut kepada Amerika selain pemerintah Iran pada masa tersebut. Shah Pahlavi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara-negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan daripada Amerika kerana pendirian beliau yang bersama kekal dengan Amerika. Sayangnya Shah Palavi dengan Amerika keraja beliau diangkat sebagai raja kerana peranan Amerika melalui kudeta yang dibantu oleh CIA dan M16 (Operasi Ajax), hingga Perdana Menteri Iran, Mossadegh berjaya digulingkan dan Shah Pahlavi kembali berkuasa.

Walaupun sehingga kini Seyyed Hossein Nasr kekal bermastautin di Iran, dikatakan campur tangan Amerika di Iran dalam membawa agenda Demokrasi ala Amerika di Iran banyak disumbangkan melalui idea dan pandangan Sayyed Hossien Nasr.

Buktinya melalui CSID dan NED, Nasr acapkali dijemput dan dilibatkan sama dalam memenuhi jemputan wacana dan menyampaikan ucapan. Selian itu melalui organisasi tersebut juga Nasr ditugasakan untukmenyebarkan agenda Amerika dikalangan karyawan islam.

Penganjuran Common Word di Unversiti George Washington seperti disertai oleh Anwar Ibrahim tempoh hari adalah juga peranan yang dimainkan oleh Sayyed Hossien Nasr. Anwar dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan anak Seyyed Hossien Nasr yang bernama Valli Nasr dan mengangap Nasr sebagai seorang sarjana islam terhebat.

Walaupun Nasr di Amerika dianggap sebagai sarjana Islam, namun ketokohan Nasr hanya dikagumi oleh cendikiawan tokoh islam yang pro - Amerika barat sahaja. Maka sebab itu Nasr dianggap sebagai tokoh islam ala Amerika. Gelaran ini berlaku kerana wujud kecenderungan Nasr yang mengeluarkan padangan yang kontrovesi mengenai pemahamannya mengenai islam.

Banyak pendapat mengatakan ia mungkin dipengaruhi oleh sikapnya sewaktu sedang menuntut di MIT yang telah mengalami krisis intelektual dan spiritual. Walaupun ia tidak memusnahkan kepercayaannya kepada Tuhan, tetapi krisis tersebut mengugat beberapa elemen fundamental tasawurnya, seperti kefahamannya tentang makna kehidupan, kepentingan ilmu, dan cara-cara menemui kebenaran. (Di dalam autobiografinya, krisis intelektual dan krisis beliau tercetus selepas beliau mengikuti ceramah seorang ahli falsafah tersohor iaitu mendiang Bertrand Russell. Di dalam ceramah tersebut, Russell mengatakan Fizik tidak dapat meyingkap realiti sebenar alam tabii – malakian)..

Antara tindak tandukanya yang telah diperktikai Ilmuwan Islam adalah kepercayaan beliau terhadap fahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions) iaitu menjurus kepada Pluralisme Agama.

Hingga kini melalui pelbagai Organisasi yang disertainya, Nasr masih mempergiat pelbagai aktiviti dan penyelidikan untuk mendekatkan hubungan antara kristian dan barat melalui wacana mengenai Pluralisme Agama.

Dalam hal ini jika Anwar begitu mengkagumi tokoh seperti Nasr hingga ditulis didalam laman blognya bahawa rasa bertuahnya beliau berjumpa Nasr, adakah boleh kita andaikan bahawa Anwar pun mempunyai pandangan yang sama terhadap Pluralisme Agama. Dan Anwar juga mempunyai kesatuan fikiran dengan apa yang dilaksanakan oleh Sayyed Hossien Nasr.

12 Oktober 2009

Anwar dan Seyyed Hossien Nasr (Tokoh Pluralisme Agama Dunia) siri 1


Anwar dilaman blognya mengatakan sewaktu di Amerika dia begitu teruja kerana sempat berkongsi idea dan pandangan dengan seorang Profesor bernama Seyyed Hossien Nasr dari University George Washington. Kata Anwar tokoh ini adalah Sarjana terkemuka dan begitu hebat.

Sebaai tanda hubungan yang rapat antara Anwar dan Seyyed Hossien Nasr, tokoh tersebut telah memberi Anwar naskah ucapan yang disampaikan di persidangan “Common Word” seperti dinyatakan Anwar berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Selain naskah tersebut hadiah lain yang diterimanya dari Profesor Seyyed Hossein Nasr adalah senaskah buku berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming. Dan Anwar amat gembira sekali dengan hubungan akrab yang terjalin diantara beliau dan tokoh tersebut.

Siapa Hossein Nasr?

Sayyed Hossein Nasr sebenarnya berasal dari Iran dan lahir pada 7 April 1933 di Tehran dalam keluarga bangsawan terkemuka. Kemudiannya belajar di The Peddie School di Highstown, New Jersey pada tahun 1950. Selama empat tahun Nasr mengikuti pengajian tentang Bahasa Inggeris, serta mempelajari ilmu-ilmu, sejarah Amerika, budaya Barat dan Kristian sehingga memperolehi Anugerah Wyclifte.

Seterusnya, Nasr menyambung pengajian ke M.I.T, dan ditawarkan biasiswa dan menjadi mahasiswa Iran pertama harus memperolehi sarjana di MIT dalam bidang Fizik.

Setelah lulus dari MIT, Nasr mendaftarkan diri di sebuah program siswazah dalam bidang geologi dan geofisika di Harvard University. Setelah mendapat memperolehi Master di bidang geologi dan geofisika pada tahun 1956, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. di Institusi sama. Beliau menolak tawaran menjadi Pembantu Profesor di MIT dan kembali ke Iran pada tahun 1958 dan seterusnya mendalami ilmu falsafah islam.

Dari tahun 1968-1972, Nasr telah dilantik Dekan Fakulti di Universiti Teheran, manakla pada tahun 1972, beliau dilantik sebagai Presiden Aryamehr Universiti.

Pada tahun 1973, Ratu Farah melantik Profesor Nasr untuk menerajui pusat kajian dan penyebaran falsafah. Peluang ini digunakan oleh Nasr untuk membangunkan pusat itu mengikut model MIT.

Sejak tahun 1966 Nasr selalu dijemput institusi barat untuk memberikan pandangan dalam wacana berkaitan hubungan antara agama, falsafah dan politik semasa.

Nasr juga membawa pemikiran baru dalam hubungan barat dan islam apabila mengeluarkan pandangannya dalam beberapa buku seperti Islam And Plight of Modern Man, Sufi Essays dan The Transenden Theosophy of Sadr al-Din Syirazi. Kesemua buku ini menjadi sangat popular dikalangan orientalis barat dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di Eropah dan diulang cetak beberapa kali .

Pada tahun 1979 pada saat Revolusi Islam di Iran, Nasr bersama keluarganya melarikan diri dan seterusnya berpindah ke Amerika Syarikat, dan seterusnya melakukan palbagai kerja-kerja penyelidikan melibatkan hubungan Kristian dan Islam.

Pada tahun 1980, Nasr mula menulis dan menghasilkan kajian di Universiti Edinburgh. Seterusnya Nasr mendapat kehormatan menjadi orang pertama bukan Barat yang dijemput untuk memberikan ucapan dalam bidang teologi dan falsafah antara agama.

Naskah Knowledge and the Sacred yang dihasilkan Nasr merupakan antara karya falsafah yang paling penting dan mempunyai kesan yang besar pada mahasiswa sarjana dalam pengajian antara agama.

Pada tahun 1982, Nasr dijemput untuk berkerjasama dalam projek besar untuk membawa keluar Ensiklopedia Kepercayaan Dunia bersama dengan Ewert Cousins dan Medieval seorang profesor falsafah di Fordham University.


Sementara pada tahun 1983, Nasr dijemput menyampaikan pandangan berkaitan falsafah agama di University of Toronto di Kanada. Dan membantu dalam membentuk Pusat Hermetisisme dan falsafah di American Academy of Religion.


Nasr diiktiraf di kalangan akademik Amerika sebagai tokoh yang bertanggunjawab mengembangkan hubungan di antara Islam dan Kistian. Kegiatan intelektual dan penulisan yang dilakukannya sejak berada di Amerika, telah membolehkan beliau menjadi rujukan dalam isu perbandingan agama, falsafah dan dialog antara agama. Lantaran itu Nasr juga seringkali menyertai banyak rundingan dan perbincangan dengan tokoh agama dan falsafah Kristian dan Yahudi seperti Hans Kung, John Hick dan Rabbi Izmar Schorch.

Pada tahun 1986, Nasr terpilih sebagai penaung kepada Pusat Pengajian Islam dan hubungan Muslim-Kristian, Sally Oaks College di Birmingham. Selain itu, itu beliau juga memainkan peranan aktif dalam penubuhan Center for Muslim-Christian Understanding di Georgetown University di Washington DC.


Nasr tokoh Pluralisme Agama
Penyertaan Nasr didalam pelbagai pendebatan dan perbincangan telah memberikan ilham kepada Nasr dan orientalis barat lain untuk mengemukakan hujah Pluralisme Agama sebagai jalan terbaik untuk meredakan pergeseran diantara dunia barat dan Islam. Dan idea yang dilontar ini selepas itu dikembangkan ke seluruh dunia melalui perbincangan dan wacana yang diadakan oleh pihak barat.

Muhamad Nurdin Sarim dalam tulisannya klik sini mengatakan Seyyed Hussien Nasr seorang Muslim Syiah dan tokoh yang bertanggungjawab dalam mempopularkan gagasan Pluralisme Agama dikalangan orang Islam .

Jika Seyyed Hussien Nasr bertanggungjawab mempopularkan fahaman ini dikalangan Islam, di kalangan agama Kristian pula orang yang bertanggungjawab menyebarkan Pluralisme Agama adalah rakan baik Nasr iaitu John Hick. .

Kedua tokoh ini seringkali mengadakan diskusi dan program untuk mempopularkan fahaman pluralisme ini diseluruh dunia.

Dikatakan kewujudan fahaman Pluralisme ini disebabkan tokoh-tokoh orientalis barat melihat arus globalisasi dunia akan menjadikan dunia suatu hari nanti akan wujud tanpa sempadan, budaya, ideologi dan agama/ kepercayaan.

Ertinya pada masa itu identiti kaum, kepercayaan dan agama akan dilebur atau disesuaikan dengan perubahan zaman moden. Dengan ini pada tanggapan mereka agama juga akan mengalami evolusi dan akan saling mendekati anatara satu sama lain yang pada akhirnya tidak akan ada lagi perbezaan antara satu agama dengan yang lainnya, seterusnya Agama itu kemudiannya akan melebur menjadi satu.

Berdasarkan andaian itu maka John Hick segera memperkenalkan konsep pluralisme agama dalam gagasannya yang disebut global theology. Selain Hick antara tokoh terkenal lain sama pemikiran adalah Wilfred Cantwell Smith, orang yang bertangunggjawab menubuhkan McGill Islamic Studies.

Sebuah buku yang mengangkat Pluralism Agama juga telah diterbitkan oleh Hick yang berjudul Problems of Religious Pluralism.

Selain itu Fritjhof Schoun juga merupakan antara orang awal memperkenal konsep fahaman Pluralisme Agama. Seyyed Hossein Nasr yang merupakan pengikut setia Schoun kemungkinan besar terpikat dengan idea Pluralisme agama adalah disebabkan pengaruh hasil kajian yang dikemukakan Schoun.


08 Oktober 2009

Anwar Atarturk : Melawan arus barat





Albert Einstein pernah berkata, adalah mudah untuk memisahkan atom daripada memecahkan sikap prejudis.Sikap prejudis itu yang telah berakar umbi dalam jiwa masyarakat Barat ialah berkaitan Islam dengan keganasan. Asas kepada segala sikap prejudis mereka itu ialah kepercayaan bahawa Islam dikembangkan menggunakan pedang.Ini bermaksud, manusia diancam bunuh melainkan mereka memeluk agama tersebut, tetapi sangat sedikit bukti sejarah untuk menyokong dakwaan tersebut.

Adalah benar pemerintah dan jeneral Islam menakluk wilayah, tetapi kebiasaannya wilayah yang ditakluk itu dibenarkan untuk kekal dalam agama atau kepercayaan mereka. Hakikatnya, ‘‘sehingga pertengahan abad kelapan’’, sebagaimana yang digambarkan oleh penulis British, Karen Armstrong, ‘‘Yahudi dan Kristian di bawah empayar Islam tidak digalakkan bertukar kepada Islam, sebagaimana ajaran al-Quran, mereka menerima wahyu mereka sendiri.’’

Dalam banyak keadaan, hanya selepas pemerintahan politik berjaya diwujudkan maka orang ramai secara sukarela menerima agama pemerintah baru mereka. Keadaan ini hampir berlaku pada kebanyakan agama. Selepas maharaja Asoka menjadi penganut Buddha, berlaku kemasukan secara beramai-ramai ke dalam agama barunya itu.Dalam kes Islam, perdagangan turut memainkan peranan penting dalam penyebaran agama tersebut terutama antara abad kelapan dan ke-15. Para pedagang turut memainkan peranan sebagai pendakwah.

Sesetengah ahli sejarah mendapati, kejujuran dan integriti para peniaga terbabit telah menarik ramai orang kepada agama mereka. Di Asia Tenggara, Timur dan Barat Afrika, perdagangan mungkin merupakan saluran paling berkesan bagi mengembangkan agama.Dan faktor paling berpengaruh dalam mengembang agama Islam sudah tentu tasawuf Islam atau Sufisme.

Merentasi Afrika Utara dan Asia Tengah, dan beberapa wilayah di benua India serta kebanyakan bahagian di Asia Tenggara, pengaruh pendakwah Sufi dengan mesej kebaikan dan penuh belas kasihan daripada al-Quran telah memberi kesan sangat besar kepada budaya masyarakat yang pelbagai. Termasuk hari ini, Sufisme dengan penekanannya terhadap penyatuan universal terus menarik sebahagian besar masyarakat bukan Islam di Amerika Utara dan Eropah.

Mungkin juga, selain pengaruh di atas, persekitaran sosiopolitik dan sosioekonomi yang diamalkan di beberapa kawasan di dunia ini sejurus selepas Islam muncul, menjelaskan perkembangannya secara pesat dan dramatik. Dengan strukturnya didominasi oleh golongan hierarki dan bersifat menindas, keadilan yang boleh ditawarkan Islam justeru disifatkan satu nafas baru. Sebagaimana yang diungkapkan oleh H.G. Wells,

‘‘Islam wujud sebab ia merupakan peraturan terbaik untuk sosial dan politik. Ia wujud sebab di mana sahaja terdapat politik acuh tak acuh, rompakan, penindasan, buli, dan kerajaan yang bersifat pentingkan diri serta tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Islam menjadikan politik itu berkembang, bersih dan segar serta keadaan lebih baik, sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh mana-mana pihak demi kebaikan manusia sejagat.’’

Apa yang ditawarkan oleh Islam itu menyaksikan apabila orang Islam menakluki satu-satu wilayah, maka mereka yang ditakluk akhirnya akan menerima agama si penakluk. Oleh sebab itu, Hulagu, pemerintah Mongol yang menakluki Baghdad pada abad ke-13, memilih untuk memeluk Islam. Mengambil kira perkembangan itu, maka penyebaran Islam pada hari ini berlaku dengan cepat di mana masyarakat Islam adalah golongan minoriti seperti Amerika Utara dan Eropah-bukannya di negara-negara umat Islam adalah majoriti dan memiliki kuasa.
Semua ini menunjukkan bahawa dakwaan ‘Islam berkembang menggunakan pedang’ adalah tuduhan liar dan memaksud jahat. Sebelum kita menilai motif tersebut, adalah perlu ditekankan bahawa al-Quran mungkin satu-satunya kitab yang melarang ada paksaan dalam agama (Surah al-Baqarah: 256). Ia juga menunjukkan kebebasan beragama sebagaimana disebut dalam satu ayat, ‘‘Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.’’ (Surah Kafirun: 6).

Oleh sebab itu, semasa empayar Uthmaniah, sekiranya umat Islam memaksa penganut Kristian atau Yahudi memeluk Islam, mereka boleh dibunuh.Jika inilah teori dan amalannya bagaimana Islam itu berkembang, kenapa penipuan mengenai pedang dan keganasan berterusan untuk jangka masa yang begitu panjang? Golongan elit di Barat sejak beberapa dekad lalu yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat sejagat, telah berjaya mengetepikan kesalahan besar mereka atas tuduhan tersebut, apabila mengaitkan seteru mereka dengan peperangan, penaklukan dan penindasan.

Sebaliknya, musuh mereka menjadi contoh unggul dan terjelma bagi keganasan mereka sendiri. Islam dan umat Islam – sentiasa menerima akibat perbuatan pihak Barat – yang berjaya mengalihkan rasa bersalah itu.Tiada contoh terbaik tentang perkara ini selain daripada Perang Salib yang direstui oleh Pope. Apabila para salibi menawan Baitulmaqdis atau Al-Quds pada 1099, mereka membunuh 30,000 orang Islam dan Yahudi.

Bandingkan keadaan itu dengan tindakan Saladin apabila beliau menawan semula Baitulmaqdis pada 1187. Beliau bukan sahaja melindungi masyarakat Kristian bersama-sama Yahudi tetapi juga rumah-rumah ibadat mereka.Bagaimanapun, dalam kesusasteraan Kristian, umat Islam digambarkan sebagai pejuang yang dahagakan darah dan memulakan ‘perang suci’. Kebenarannya ialah, ‘perang suci’ sama sekali tiada dalam kamus Islam. Sebagaimana dinyatakan oleh ahli falsafah Austria, Hans Koechler, ‘perang suci’ adalah terjemahan istilah Latin bellum sanctum yang digunakan untuk menggambarkan ‘perang salib’ menentang ‘Saracens’ pada Zaman Pertengahan; dan gerakan itu merupakan sebahagian daripada doktrin Gereja Roman-Katolik sejak berabad lamanya.

Perang Salib itu juga tidak lebih daripada perang ganas dan penaklukan oleh pihak elit Barat. Ini kerana, berlaku menyembelihan mungkin 30 juta orang tidak berdosa di Amerika dan Australasia; dasar penjajahan Barat yang meragut sekurang-kurangnya 40 juta nyawa; terdapat perdagangan hamba abdi yang meragut kebebasan 25 juta jiwa; dan keganasan Apartheid di Selatan Afrika yang menelanjangkan maruah kemanusiaan. Adalah menyedihkan apabila di setiap episod itu pihak gereja sedikit sebanyak turut memainkan peranan.
Pada masa yang sama, terdapat tokoh-tokoh Kristian yang menyuarakan penentangan ke atas jenayah peperangan atas nama mereka.Jika ramai yang tidak mengetahui tentang kebenaran keganasan membabitkan puak elit Barat pada masa lampau, begitu juga masyarakat sekarang tidak menyedari keganasan yang dilakukan oleh kuasa yang berpusat di Barat. Kekejaman yang dilakukan oleh mesin-mesin perang Barat di Iraq atau jenayah sangat kejam ke atas penduduk Palestin atau Lebanon yang membangkitkan kemarahan dunia Arab ke atas Israel dan turut dikutuk oleh media-media perdana, di sebalik kekecewaan serangan bom berani mati.

Ia sekali lagi mendedahkan bagaimana kuasa besar berjaya menyembunyikan tindakan ganas mereka semata-mata demi minyak dan tanah dengan memindahkan kesalahan itu ke atas orang lain.Keganasan ke atas umat Islam apabila Amerika Syarikat menakluk Iraq, atau Israel menduduki Palestin sering berlaku. Keganasan itu adalah bukti ‘tendensi umat Islam mangsa keganasan’. Adalah tidak adil dan tidak bermoral untuk menyamakan mangsa keganasan dengan mereka yang dijadikan mangsa.

Bagaimanapun, dalam soal bertindak balas kepada tekanan dan penaklukan musuh, tidak dinafikan masyarakat Islam turut terlibat dalam perlakuan ganas. Dalam keganasan total, mereka membunuh orang yang tidak berdosa, dan ia bertentangan dengan prinsip Islam. Perbuatan pengecut mereka itu hanya menguatkan lagi pandangan stereotaip dan prejudis tentang umat Islam dan keganasan.


* Oleh Chandra Muzafar

07 Oktober 2009

Anwar Atarturk: Mongol memang jahat- Altantunya?



Di Bagan Pinang sewaktu berkempen bagi pihak calon PAS dan meraikan sambutan Pesta Tanglung, Bekas MB Perak DS Nizar telah mencadangkan kepada orang Cina agar menolak BN kerana dianggap sama dengan suku kaum Monggol yang suatu ketika dahulu pernah menyerang wilayah-wilayah di negara China dan membunuh ramai orang awam disana.

Tersenyum seketika melihat saranan Nizar ini, kalau begitu jahatnya perangai orang Mongol ini bermakna segala tuduhan dan kaitan Najib dengan Altantunya juga adalah tidak masuk akal kerana Altantunya juga adalah warga Monggolia, memang berdasarkan sejarah orang Monggol memang bengis dan jahat, mereka sanggup melakukan apa sahaja asal niat utama tercapai.

Itulah yang membawa kepada kejayaan golongan nomad masyarakat Monggol menewaskan begitu banyak kerajaan-kerajaan wilayah di China dan seterusnya mewujudkan dinasti sendiri hingga menguasai sebahagian besar benua Asia. Di China, pemerintahan Monggol dikenali dengan nama Dinasti Yuan, dikatakan berlaku perang yang besar antara penduduk asal Cina dengan golongan yang menyokong Disnasti Yuan.

Kalau kita membaca kisah Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ini, diceritakan banyak kisah yang menceritakan pemerintahan Monggol tidak begitu menyenangi masyarakat Islam. Disini timbul persoalan sebenarnya penyebab utama yang membuatkan Hulagu Khan (Monggol) begitu kemaruk ingin memusnahkan kota Baghdad yang lebih dikenali dengan kota 1001 malam selain mahu memenuhi impian datuknya, Gengkis Khan.

Pada zaman pemerintahan Gengkhis Khan, tembok China telah berjaya dirobohkan dan negara itu ditakhluki. Gengkhis Khan selepas itu telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha penaklukan di kawasan-kawasan di Timur Tengah.

Kawasan yang menjadi sasaran dan belum ditakhlukinya ialah Kota Baghdad yang dipimpin oleh kerajaan Bani Abbasiyyah. Bani Abbasiyyah dikatakan memerintah selama 508 tahun yang melibatkan sehingga 37 orang khalifah dan yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (640H-656H). Pada era Abbasiyyah, Kota Bhagdad telah berkembang menjadi pusat perkembangan pelbagai cabang ilmu, sehingga ramai para ilmuwan islam telah dilahirkan dan pelbagai kajian perubatan, sains dan sosio budaya telah dilakukan.

Sewaktu era ini telah muncul nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Hayyan, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Al-Khawarizmi dan pelbagai nama lagi yang menandakan kehebatan ilmu dunia islam. Selain itu segala ilmu dari Yunani dan Parsi juga telah turut diterjemahkan dan sebagai puncak kecermerlangan Perpustakaan Baitul Hikmah telah didirikan. Dikatakan juga para penduduk Eropah telah datang ke kota Baghdad untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan berlakunya pelbagai pertukaran ilmu dan budaya. Pendek kata, Kota Baghdad pada masa itu bolehlah kita katakan sebagai world center of knowledge.

Namun begitu, apa yang paling sadis sekali terpahat di dalam sejarah Islam, kota Bahgdad yang bagaikan world center of knowledge itu telah dimusnahkan 100% sehingga tidak boleh bangun-bangun lagi oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis.

Para Sarjana sehingga kini masih memperbincangkan kenapa Hulagu Khan dan konco-konconya sanggup memusnahkan semua buku-buku di Kota Baghdad. Dikatakan semasa itu Kitab-kitab telah dibakar dan abu daripada kitab-kitab yang dibakar itu dibuang ke Sungai Dajlah sehinggakan hitam sungai tersebut.

Ada juga pendapat mengatakan kitab yang dibuang ke Sungai Dajlah telah membuatkan dakwat daripada kitab tersebut menghitamkan Sungai Dajlah. Begitulah hebat banyaknya ilmu masyarakat pada masa tersebut.

Mujur ada Era Uthmaniyyah menyusuli selepas kejatuhan Abbasiyah, Jika tidak mungkin 656H itu adalh tarikh terakhir umat Islam menguasai dunia. Namun begitu, walaupun Empayar Uthmaniyyah ialah sebuah kerajaan yang lebih hebat berbanding Abbasiyyah, namun dari segi kecemerlangan ilmu pengetahuan dan hasilnya pelbagai ilmuan islam, kerajaan Abbasiyyah tidak mampu ditandingi.

Kemusnahan kota Baghdad menjadi titik mula runtuhnya semangat keilmuan di kalangan umat Islam. Walaupun secara lahiriah, tentera Monggol merosakkan kota Baghdad, membakar buku-buku, membunuh rakyat, memperkosa wanita dan lain-lain kejahatan lagi, tetapi jikalau kita betul-betul meneliti peristiwa itu, saya selalu berfikir begini, mungkinkah Hulagu Khan sebenarnya mahu mencabut akar ilmu dari umat Islam yang berpusat di Baghdad pada ketika itu agar umat Islam musnah 100%.

Mungkin boleh dikatakan, walaupun buku-buku umat Islam yang dimusnahkan dan dicampak ke Sungai Dajlah, sebenarnya tentera Monggol juga berjaya mencampakkan sekali roh-roh cintakan ilmu di kalangan umat Islam ke dalam Sungai Dajlah. Adakah hanya Hulagu Khan yang terlibat di dalam konspirasi ini? Saya rasa tidak.

Di dalam buku Hulagu Khan - Khabar Hitam dari Timur ini sendiri, penulis ada menyatakan Hulagu Khan membenci Islam kerana dihasut oleh puak Kristian Eropah. Isteri Hulagu Khan sendiri ialah orang Kristian. Kita perlu sedar juga, peristiwa kemusnahan Kota Baghdad ini berlaku setelah peristiwa Salahuddin Al-Ayubi menewaskan puak Salib di Hittin.

Mungkin akibat masih ada dendam yang belum terbalas, maka Hulagu Khanlah calon yang paling sesuai untuk memusnahkan satu lagi kuasa Islam pada masa itu.

Peristiwa Hulagu Khan di kota Baghdad perlu diambil iktibar dari pelbagai sudut. Mustahil bukan sebuah kuasa besar yang memerintah selama 500 tahun boleh musnah sekelip mata oleh satu kuasa yang buta ilmu pengetahuan jikalau mahu dibandingkan dengan Bani Abbasiyyah sendiri. Itulah sejarah. Bukan tidak pernah dikhabarkan oleh Allah. Jikalau kita melupaiNya, kita akan dibiarkan musnah dengan sejarah yang hampir sama.

Hari ini Altantunya dianggap watak bersih kepada rakyat Malaysia, seolah-olah ia lambang kepada keadilan sebenar. Sehingga ada dikalangan kita mengangap seolah Altantunya adalah seumpama Mahsuri gadis suci yang mati dibunuh oleh pembesar. Namun masyarakat kita secara amnya tidak pernah mengkaji siapa Altantunya dan latar belakangnya. Kalaulah kata-kata Nizar kaum Monggol adalah jahat seperti dilakukan kepada etnik Cina di Tanah Besar, adakah boleh sekarang kita menyiasat siapa Altantunya sebenarnya.

Tulisan semberono yang mengaitkan Najib dengan Altantunya adalah tidak ubah seperti suatu fitnah yang direka-reka. bukankah elok kalau datang perkara seumpama ini kita berpandukan kepada ayat Al_Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan (Al-Hujurat: 6). Dalam ayat ini merujuk kepada orang fasik, bayangkan dia orang itu munafik atau sekutu dengannya.

Hari ini tukang yang bawa cerita itu adalah jelas ada kaitan dengan golongan yang bencikan islam dan boleh dipertikaikan kredibilitinya, dari Raja Petra yang mendokong islam Liberal sehinggalah si penulis upahan yang mengamalkan biseksual, Arnaud Dubus, kedua-duanya hanyalah proksi golongan yang mempunyai agenda peribadi dan boleh dipertikaikan kredibiliti.




04 Oktober 2009

Anwar Atarturk : Filem Bruno pencetus anti Gay?



PENGHARAMAN filem Bruno lakonan pelakon komedi British, Sacha Baron Cohen daripada ditayangkan di Malaysia yang diumumkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia baru-baru ini sememangnya sudah dijangka. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana filem itu menampilkan formula yang sama seperti filem lakonan Cohen pada 2006, Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan dengan menampilkan 'juadah' seks dalam bentuk humor tetapi lebih kepada memualkan berbanding melucukan.

Langkah yang diambil oleh Malaysia itu sempat menjadi berita yang 'heboh' di Hollywood memandangkan Malaysia menjadi salah sebuah daripada dua negara di dunia ini, selain Ukraine, yang mengambil langkah tersebut.

Mula ditayangkan di Amerika Syarikat sejak 10 Julai lalu, filem itu sehingga kini telah meraih kutipan mencecah AS$137 juta (RM466 juta) di seluruh dunia dengan RM204 juta dikumpul hasil tayangan di pawagam seluruh Amerika Syarikat (AS).

Filem itu dikatakan diharamkan di Malaysia atas alasan ia berkisar mengenai kehidupan gay dan mengandungi terlalu banyak adegan seks, yang amat bertentangan dengan tatasusila negara ini.
Sebenarnya ketika ia mula ditayangkan di AS sebelum diedarkan ke seluruh dunia kira-kira tiga bulan dulu, Bruno telah pun mencetuskan kontroversi dan perbahasan hangat di kalangan komuniti tersebut.

Golongan gay Barat mendakwa filem itu telah mempersendakan golongan tersebut atau dalam erti kata lain ia menonjolkan keburukan gay di mata umum.

Dalam satu babak, Bruno yang digambarkan sebagai mengambil anak angkat dari Afrika telah muncul dalam satu program temu bual di televisyen dengan membawa bayi kulit hitam tersebut yang mamakai baju T dengan bahagian depannya tertulis perkataan Gayby.

Homofobia
Namun, apa yang menimbulkan kontroversi ialah ditonjolkan pula babak Bruno melakukan hubungan sejenis dengan lelaki berhampiran bayi tersebut.

"Sesetengah orang dalam komuniti gay mungkin menyukai filem ini (Bruno) tetapi banyak juga yang akan berasa terganggu dengan paparan visualnya," ujar pengarah kanan Kesatuan Menentang Penyelaran Lesbian dan Gay Amerika (GLAAD), Rashad Robinson kepada akhbar New York Times.

Biarpun mengakui agak sukar menilai filem itu sebagai sebuah karya filem, Robinson bagaimanapun menegaskan Bruno mampu mencetuskan fenomena antigay di kalangan masyarakat umum.

"Saya bimbang penonton filem tidak memahami mesej sebenar filem ini kerana matlamat utamanya ialah bagi menonjolkan homofobia iaitu ketakutan atau fobia masyarakat umum terhadap golongan gay," tambahnya.

Sementara sebuah lagi pertubuhan yang memperjuang hak asasi gay di AS dikenali sebagai Human Right Campaign (HRC) telah memohon penerbit filem itu, Universal Pictures supaya turut menampilkan pernyataan bahawa mesej filem tersebut adalah bagi menampilkan persoalan tentang homofobia.

"Kami berpendapat Sacha Baron Cohen dan Universal Pictures bertanggungjawab mengingatkan penonton bahawa matlamat filem ini ialah bagi menonjolkan tentang homofobia," hujah jurucakap HRC, Brad Luna.

Cadangan HRC itu bagaimanapun tidak diterima oleh studio perfileman gergasi Hollywood itu. Bagaimanapun satu babak yang menunjukkan Bruno cuba mendapatkan nombor telefon Michael Jackson daripada kakaknya, La Toya telah dipotong pada saat-saat akhir.

Namun begitu, tindakan Malaysia mengharamkan Bruno sememangnya suatu langkah yang bijak memandangkan filem itu jelas sekali sebuah karya yang dengan bangganya menampilkan aksi seksual yang tidak senonoh lagi memualkan.



Aksi melampau Cohen

Bukan sekadar menampilkan pelakuan seks melampau sejenis termasuk adegan bogel menerusi visual filem, pelakon utama Bruno, Cohen, yang sebelum ini dalam rangka bergerak promosi filem itu telah melakukan beberapa aksi spontan yang agak 'mengganggu' dari segi tatasusila moral.

Ketika tayangan perdana Bruno di London, Cohen muncul dengan memakai kostum pengawal Ratu England dan menjerit di khalayak ramai dengan berkata, "Ini adalah filem paling penting yang menampilkan lakonan gay dari Austria sejak Terminator 2."

Ketika berkunjung ke Australia pula dia menyarung kostum sekolah kanak-kanak lelaki yang seksi dan dalam nada bergurau dia mendakwa telah bermalam dengan perdana menteri Australia, Kevin Rudd. "Saya fikir Barack Obama (Presiden AS) adalah lelaki paling hangat di dunia sehinggalah saya bertemu Kevin," ujarnya selamba.

Paling tidak senonoh ialah gurauan melampau Cohen pada majlis Anugerah Filem MTV 2009 apabila dia muncul dari siling dan menghempapkan punggungnya yang tanpa seurat benang betul-betul di hadapan muka Eminem yang menyebabkan rapper tersohor yang duduk di kerusi tetamu acara tersebut terperanjat besar.

Selain itu, Cohen juga pernah muncul berbogel sebagai penghias muka depan majalah GQ edisi Julai.Di akhir babak filem itu, Bruno mengumumkan: "Saya mahu menjadi superstar paling hebat mengatasi Adolf Hitler."

* artikel ini dipetik dari tulisan Yusman Awang yang tersiar di akhbar kosmo.

03 Oktober 2009

Anwar Atarturk : Mengapa John R Malott ( Amerika) bersungguh2 membela Anwar



Hebatnya Anwar sebagai pemimpin dunia, sehingga Wolfowitz menulisnya dalam majalah Time untuk memberi kredit kepada Anwar sebagai 100 orang pemimpin terbaik dunia.

Di negara Vietnam Taufan Ketsana dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 92 orang di wilayah tengah Vietnam, sementara lagi 19 dikatakan telah hilang. Sementara itu sekitar 179 orang pula dilaporkan cedera.

Menurut pihak kerajaan tempatan, sebahagian besar mangsa terkorban ekoran kejadian tanah runtuh, ditimpa puing apabila rumah mereka roboh atau dihanyutkan air.

Manakala di Kemboja pula, sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dan 29 lain cedera apabila Taufan Ketsana turut melanda dua wilayah di negara itu pada selasa lalu. Dilaporkan sekitar 100 rumah musnah sementara 400 yang lain mengalami kerosakan.Di Samoa pula angka rasmi korban akibat tsunami yang melanda kepulauan itu pula dikatakan telah mencapai sekurang-kurangnya 110 orang dengan pihak berkuasa percaya angka korban dijangka terus bertambah.

Gelombang tsunami itu juga turut mengorbankan 27 orang di Samoa Amerika, yang merupakan wilayah Amerika Syarikat, dan tujuh di Tonga.

Di Padang Sumatera Barat Indonesia, akibat gempa bumi pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan dan angka korban dilaporkan mencecah 1000 orang hari .

Di Filipina Taufan Ketsana yang melanda Manila dan negara tersebut telah menyebabkan banjir besar hingga 277 orang terkorban dan 42 orang hilang.

Anwar Ibrahim didalam blognya telah sempat mengulas kejadian malaka petaka di rantau Asean ini dan telah menyeru agar masyarakat antarabangsa membantu mangsa kejadian khususnya di Filipina dan Indonesia seperti dinyatakan didalam lamannya.

Berlagak seperti Presiden Amerika, Anwar menyatakan "Saya juga telah menghubungi rakan-rakan di dunia Arab dan Afrika Selatan memaklumkan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat".

Nah hebat sungguh si Bung Anwar, begitulah mantapnya kelibat manusia persis Kamal Atarturk hingga mengalahkan arahan badan dunia PBB. Semua benda dia dapat arahkan umpama bermain catur hinggakan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pun mahu ditangguhkan dengan pelbagai alasan, hingga satu macam cara helah dipergunakannya.

Kelicikkan dia menyebabkan ramai umat Islam menyatakan dia adalah pejuang Islam, kerana dijemput oleh barat untuk menyuarakan pandangan dari kacamata islam. Walhal sebenarnya beliau sedang didoktrinasasi oleh pihak barat untuk menjadi suara Amerika kepada dunia Islam.

Buktinya projek Islam Moderate yang dirintis Anwar dikalangan umat islam diseluruh dunia adalah satu modus operandi ciptaan badan tajaan Amerika untuk menyebarkan islam liberal dikalangan orang islam, dengan tujuan menangkis kemaraan gerakan Islam yang dianggap akan mengancam Amerika( Amerika telah mengelar banyak institusi islam sebagai fundamentalis islam bagi menunjukkan jahatnya islam ).Hebatnya peranan Anwar menyebabkan dia pernah dianugerah anugerah Muslim Moderate of the Year.

Kenapa Amerika amat berminat mencari orang islam dan memberi anugerah muslim moderate kepada Anwar? Jawabnya Anwar telah melepasi segala kriteria yang telah digariskan oleh pihak barat. Kalau Anwar bertindak semacam tingkah laku Dr. Yusuf Qaradawi atau Fathi Yakan, sementalah mustahil Amerika akan anugerahkan Anwar dengan gelaran tersebut.

Sebelum ini Anwar dalam blognya yang sama juga memaklumkan dia disediakan tiket kelas satu oleh pihak penganjur diskusi di New York sewaktu penerbangan ke Amerika Syarikat. Biasanya hanya golongan tertentu sahaja yang memperolehi kelayakan demikian. Apa status dan kelayakkan Anwar memperolehi kelayakan demikian.

Sekadar Ketua pembangkang apalah keistimewaan dimilikinya, mungkin ada namun tidaklah semewah dinikmati Anwar sekarang. Mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor dahulu sewaktu menjadi ketua pembangkang hidupnya masih sederhana seperti diceritakan oleh Isterinya. Melainkan Anwar memiliki jawatan lain di dunia luar Amerika.

Namun lihatlah Anwar, selepas balik berguru dari Amerika mengikuti program yang diaturkan oleh Rand Corporation, tidak semena-mena dia diberi pelbagai jawatan dari Fellow pelawat universiti John Hopkin, hinggalah mengetuai Foundation For the Future. Selain itu terdapat enam lagi jawatan disandang Anwar Ibrahim di luar negara seperti Pensyarah di Georgetown University, Pensyarah St Antony College, Oxford, Presiden Accountability di Brussels, Belgium. Menjadi Penasihat Kewangan Bank Dunia, Executive Committee, International Crisis Group (ICG) dan Pengasas IIIT (International Islamic of Thought)

Bagi jawatan pensyarah dan Fellow pelawat, Anwar mendapat jawatan tersebut setelah berulang kali berkunjung ke Washington DC bertemu dengan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), termasuklah bertemu dalam Pentagon pada penghujung tahun 2004 dan awal tahun 2005.

Yang menarik jawatan-jawatan yang diperolehi Anwar dalam intitusi tersebut kebanyakkannya diperolehi hasil campurtangan pelobi Yahudi Antarabangsa yang menguasai sebahagian besar institusi-intitusi tersebut. Timbul persoalan kenapa Anwar dipilih dan dipercayai oleh orang Yahudi, adakah benar pelantikkan Anwar kerana dikatakan dilihat mampu memainkan peranan dan memenuhi impian orang Yahudi seperti pernah dimainkan oleh Anwar Sadat di Mesir.

Krisisis politik yang melibatkan pemecatan Anwar pada tahun 1998 telah menyebabkan John R. Malott, Duta Amerika di Malaysia pada 1995-1998 telah mengeluarkan kenyataan "Anwar Was Never An American Spy" demi membela Anwar.
Katanya dalam kenyataan tersebut :
"Penjelasannya amat mudah sekali. Anwar tidak pernah dan belum pernah lagi menjadi seorang perisik Amerika. Dengan pendedahan cerita ini, tentulah ada orang yang faham kenapa penghujung tempoh perkhidmatan saya di Malaysia merupakan satu waktu yang menyulitkan kerja saya. Saya menjadi mangsa serangan orang gila, seolah-olah serangan itu datang daripada orang yang ketika itu sedang berhibur diri dengan menyibarkan fitnah bahawa Anwar adalah seorang agen Amerika".

Secara logik tentu pelik apabila duta ini terpaksa mengeluarkan kenyataan demikian, semata-mata bagi membersihkan nama Anwar.

Biasanya jika seseorang itu memberi respon walau tanpa didesak pihak lain tentu ada cerita lain sebenarnya yang tersembuyi, kalau kita baca terbalik kenyataan bekas duta Amerika ini, tentu membuktikan Anwar adalah talibarut kuasa besar dunia tersebut.

Adalah tidak logik kerja-kerja perisikan boleh diketahui orang dengan begitu mudah, begitu juga bukti, sudah tentu amat bodoh agensi perisikkan tersebut jika ejennya boleh diketahui dengan mudah oleh pihak lain.

Dalam kenyataan tersebut juga Mallot ada menyatakan hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memang di harapkan daripada seorang pemimpin (Anwar) seperti dikehendaki oleh Amerika.

"Di banyak negara di dunia ini, kita bekerja dan menjalin hubungan baik dengan sesiapa sahaja terutama sekali dengan negara yang diiktiraf penting bagi kepentingan kita sendiri.Anwar memahami perkara ini " kata Mallot bagi menunjukkan kasih sayangnya pada Anwar Ibrahim dalam kenyataan tersebut.

Jika kita bersandarkan kepada beberapa tingkah laku Anwar dan jawatan yang dipegangnya ini, tentulah pelik tugas sebenar yang dipegang oleh Anwar Ibrahim. Dengan pelbagai helah yang direncana Anwar tentu ramai dikalangan kita keliru dengan identiti sebenar bekas pesalah rasuah dan liwat 1998 tersebut. sama-sama kita nilai sendiri siapa Anwar sebenarnya. Layakkah beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia selepas ini.