31 Disember 2009

Amerika berkabung kerana Gus Dur, Allah tidak lagi Eksklusif untuk islam

>



Rumah Putih hari ini berkabung untuk bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur yang meninggal dunia semalam, dan menyifatkan beliau sebagai contoh toleransi agama Islam yang memainkan peranan penting dalam perubahan demokratik.

“Warga Amerika Syarikat bersama-sama Indonesia berkabung ke atas pemergian bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid.

“Peranan penting yang dimainkan dalam menjana perubahan sistem demokrasi di Indonesia, Presiden Wahid akan dikenang terhadap komitmen yang berasaskan prinsip demokratik, merangkumi politik dan toleransi keagamaan,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs dalam satu kenyataan di sini.

“Beliau berkhidmat demi keamanan dan kesejahteraan bagi semua rakyat Indonesia dan merapatkan jurang antara manusia yang berbeza kepercayaan. Kami juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Presiden Wahid dan rakyat Indonesia,” katanya lagi.

Bekas presiden Indonesia itu yang turut dikenali sebagai Gus Dur mula memegang jawatan presiden pada 1999 selepas pilihan raya umum pertama negara itu berikutan kejatuhan pemerintah tentera yang kuat sebelum itu, Suharto.

Gus Dur meninggal dunia awal semalam, pada usia 69 tahun. - AFP

# Komen Pochong ; Sekiranya selepas ini sahabat baik Allahyarham Gus Dur, saudara Anwar Ibrahim di putuskan oleh Mahkamah dia melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful Bukhari, bagaimana agaknya reaksi Amerika terhadap keputusan tersebut, sama-sama kita nantikan... Berita kedua menarik hari ini ialah impian Anwar dan sekutunya hari ini telah berjaya.


Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.

Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Pakiam yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden, pertama dan kedua.

Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja .
Sumber BH.

30 Disember 2009

Anwar munafik no 1 di Malaysia?

Bagaimana Hukum bersekutu dengan orang Munafik dan bagaimana sikap kita (umat islam) terhadap teman yang bukan muslim?

Makna Surat An Nisaa Ayat 138 - 140

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩﴾
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ﴿١٤٠﴾

Artinya : “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. kerana Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa : 138 – 140)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa makna dari firman Allah swt بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih” iaitu bahawa orang-orang munafik yang memiliki sifat : beriman kemudian kafir maka hati mereka tertutup kemudian Allah menyifatkan bahawa mereka adalah orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung dengan meninggalkan orang-orang beriman, ertinya bahawa mereka (orang-orang munafik) pada hakikatnya bersama mereka (orang-orang kafir), memberikan kesetiaan dan kasih sayangnya kepada mereka lalu jika bertemu dengan mereka maka orang-orang munafik itu mengatakan,

”Sesungguhnya kami bersama kalian, sesungguhnya kami hanya mengolok-olok orang-orang beriman dengan penampilan kami yang seolah-olah bersama dengan mereka.”

Hari ini di dalam politik Malaysia semakin ramai golongan munafik telah muncul untuk membina pengaruh politik, golongan parti di dalam DAP dan PKR yang seringkali ingin memperlekehkan Islam pun sekarang ini demi meraih kuasa politik sanggup menunjukkan mereka ini berdamping dengan Islam dengan niat untuk meraih sokongan, semuanya kerana ingin merebut hati umat islam.

Orang bukan islam ini sebenarnya jika tidak mendapat sokongan dari orang islam sendiri mereka tidak akan berani untuk mempersoalkan islam dengan kekuatan yang mereka ada, tetapi malangnya apabila wujudnya watak seperti Anwar Ibrahim di kalangan umat islam. Akhirnya ia menyebabkan satu persatu institusi islam di Malaysia dipersoalkan, dari tindakan islam disamakan dengan keganasan, pendakwah islam dihina, bilangan masjid di Malaysia dipersoalkan hinggalah kedudukkan islam di sudut perlembagaan pun dipertikaikan.

Hari ini kita melihat parti islam pun sanggup bersekongkol dengan DAP, kata Tuan Guru Haji Hadi Awang, kita berkawan dengan DAP kerana kita tidak wala dengan DAP, Kita hanya berkawan untuk menjatuhkan musuh yang sama.

Kini dari hanya berkawan dengan DAP dan PKR , PAS kini setelah berakhir konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini sudah menjadi tunjang dan berada di dalam Pakatan Rakyat maknanya PAS pun sudah tentu akan mula wala dengan apa sahaja kandungan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat.

Dengan ini apa sahaja yang terkeluar dari mulut pemimpin DAP ia akan melambangkan mulut suara PAS, kerana mereka berada di dalam satu gabungan. Dan apa sahaja yang terkeluar dari mulut PAS ia juga adalah suara DAP. PAS mengatakan mereka menjalinkan ikatan dengan DAP dan PKR kerana mereka ingin berdakwah kepada anggota bukan islam di dalam parti tersebut. Adakah semudah itu umat islam boleh percaya kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh,Tian Chua ataupun Elizabeth Wong?

Kerana orang-orang inilah yang ingin menyokong IFC dan memperjuangkan hak kesamaan dan kebebasan suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari apa yang diperjuangkan oleh agama islam.

Islam sendiri ada peraturan yang ditetapkan didalam Al-quran untuk diikuti oleh umatnya, oleh itu bagaimana Anwar dan pemimpin Islam di dalam Pakatan rakyat boleh menyokong apa yang dikatakan oleh pimpinan yang mempunyai lidah tidak bertulang itu.

Mursyidul Am PAS juga seringkali mengatakan dalam islam tiada hak istimewa, benarkah begitu? sedangkan di zaman khalifah Ar-Rashidin orang parsi telah diberi hak istimewa di negara mereka kerana bimbang tanah-tanah di Parsi akan dibeli oleh orang arab yang ingin mencari kekayaan di benua Parsi.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu menyokong DAP dalam isu hak keistimewaan ini dilihat lebih kepada permainan politik untuk mengekalkan kuasa. Sedangkan islam sendiri membela hak penduduk asal di atas nama keadilan.

Oleh itu adakah wajar umat islam memberikan sokongan kepada tindakan yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu dalam tempoh sekarang, sekiranya ia merugikan umat islam.

Sesungguhnya Allah Swt menegaskan jangan memberikan wala’ (kesetiaan) dan kecintaan kepada orang bukan mukmin, berdasarkan firman-Nya :

“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin.” (QS. Ali Imran : 28)

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu orang tua, atau anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (QS. Al Mujadalah : 22)

Namun begitu sekirannya Allah juga menyarankan kita agar melindungi orang bukan islam sekiranya orang bukan islam itu tidak ingin memerangi islam. Dalam konteks Malaysia diantara DAP dan MCA tentu kita dapat mengagak golongan mana yang selalu mempertikaikan dan menyerang kedudukan islam, firman Allah :

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang Berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah : 8)

23 Disember 2009

Anwar dan Musdah Mulia , Muslim Moderate di sokong oleh Yahudi

Selepas Anwar membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang mengurangkan majority kerajaan pemerintah didalam keputusan pilihanraya 2008, salah satu akhbar Yahudi yang memuji Anwar adalah Jerusalam Post, penulis Artikel itu Shani Ross memuji Anwar kerana berjaya menyatukan parti pembangkang mengurangkan majority kerajan memerintah dan melaksanakan nilai demokrasi barat di Malaysia. .

“Sebagai pendokung Islam moderat, budaya, hak kebebasan agama , dan demokrasi liberal, Anwar memperolehi populariti dan kekuatan dan sokongandan akan menjadi Perdana Menteri dalam pilihanraya akan datang...” Kata Shani Ross dalam artikel tersebut.

Tindakan akhbar tersebut yang memuji Anwar melaksanakan nilai Demokrasi barat boleh dipersoalkan, terlalu aneh sebenarnya jika media Yahudi memuji pemimpin umat islam, melainkan pemimpin tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan pelobi yahudi di seluruh dunia. Ini hakikatnya yang berlaku sebelum ini, hingga menyebabkan pemimpin islam di pelbagai negara disisihkan dari media yahudi dari pemimpin islam seperti Ayatullah Khameini dan Ahmadinejab hinggalah kepada Mahathir Mohamed gara-gara pernah mengecam pemimpin orang Yahudi.

Anwar seringkali mendakwa ingin melaksanakan demokrasi dan kebebasan yang sebenar di Malaysia,tidak ubah seperti hasrat Amerika yang seringkali ingin menegakkan demokrasi di negara islam namun adakah ia berbaloi jika demokrasi itu berlandaskan apa yang berlaku di Amerika seperti hak kebebasan beragama, hak kesamarataan dan hak perkahwinan sejenis di amalkan di negara kita.

Sekarang ini golongan Muslim Moderate seperti Anwar Ibrahim giat mengatakan hak kebebasan agama dan perkahwinan sejenis adalah dituntut oleh agama islam bagi mengaburi umat islam agar menerima nilai-nilai demokrasi barat.

Islam pada anggapan kelompok ini menerima perilaku homoseksual dan menyatakan bahawa orang yang menolak homoseks adalah golongan yang berfikiran sempit dalam agama islam.

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan golongan Islam Moderat ini, Siti Musdah Mulia seorang pemimpin Muslim Moderate diindonesia telah merujuk Surah al-Hujurat (49) ayat ke 3, bagi menghalalkan kegiatan hubungan sejenis,beliau menyatakan, “salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual”.

Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety)

Musdah Mulia juga mengatakan, kandungan ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal dari Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).

Adakah ini sebenarnya yang diperjuangkan oleh kelompok Islam Moderat atau dikenali juga kelompok Islam Liberal dalam mencari hak kebebasan dalam sesebuah negara islam, kerana kelompok ini merasakan apa yang dikatakan Islam mengenai perilaku gay dan homokseksual adalah tidak tepat dan benar.

Kita mengetahui bahawa antara ciri kelompok Muslim Moderate ialah memperjuangakan prinsip hak asasi manusia yang seolah-olah membenarkan manusia bebas daripada aturan yang mengikat mereka. Selain itu kelompok golongan Muslim Moderat juga menerima konsep Ijtihad (pentafsiran semula); memperjuangan isu Feminisme (hak wanita); bersikap toleransi dan menolak keganasan; dan kebergantungan kepada kesarjanaan sekular (barat). klik di sini.

Dalam Islam secara jelas , soal homoseksual sudah jelas hukumnya. Meskipun, sejak dulu lagi terdapat golongan homoseksual, namun ajaran Islam tetap tidak berubah, dan tidak mengikuti hawa nafsu kaum homo atau kumpulannya.

Tidak pernah ada di kalangan ulama atau guru agama yang berani menghalalkan tindakan homoseksual, sepertimana yang dilakukan Musdah Mulia dari UIN Jakarta itu.

Nabi Muhammad saw bersabda, “Siapa saja yang menemukan lelaki pelaku homoseks, maka bunuhlah pelakunya tersebut.” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, al-Hakim, dan al-Baihaki). Imam Syafii berpendapat, pelaku homoseksual harus direjam (dilempari batu sampai mati) tanpa membezakan apakah pelakunya masih bujang atau sudah menikah.

Malah kisah Nabi Luth sebenarnya memberi bukti Allah menolak perilaku kegiatan Homokseksual. Jadi sekiranya kelompok Muslim Moderate dapat menerima kelompok ini adakah mereka ini ingin membuat tafsiran semula apa yang telah ada didalam kitab Al Quran? kita mengetahui kolompok ini saban hari akan memperlakukan pelbagai wacana dan perbincangan agar idea mereka ini diterima tetapi sedarkah idealisme yang mereka sedang bawa itu sesungguhnya tidak selari dengan ajaran islam.

Jesteru itu, hanya disebabkan inginkan kebebasan demokrasi sepenuhnya adakah wajar umat islam memilih jalan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar ibrahim di bumi Malaysia tanpa memikirakan kesan disebalik laungan demokrasi dan kebebasan tersebut.

22 Disember 2009

Anwar sanggup gunakan Yusuf Qardawi demi populariti politik!


Kedatangan tokoh ulama tersohor Prof. Dr Yusuf Qardawi ke Malaysia telah mencuri mata banyak pihak di Malaysia, pemimpin parti politik samaada dari sebelah Kerajaan atau Pembangkang cuba mendampingi tokoh tersebut dengan pelbagai cara.

Namun kesudian Yusuf Qardawi untuk menerima penganugerahan Tokoh Maal Hijrah dari Kerajaan Malaysia merupaksan satu impak yang positif kepada Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak.

Dengan penerimaan gelaran Tokoh Maal Hijrah itu, sekurang-kurangnya ia dapat menafikan bahawa tiada ulamak muktabar yang ingin mengadakan hubungan dengan kerajaan Malaysia.

Penyokong Anwar selalu memperlekehkan kerajaan dengan pelbagai gelaran hingga ulama yang ada kaitan dengan kerajaan pun digelarkan dengan pelbagai gelaran, melalui majlis penyampaian Maal Hijrah itu adalah nyata ulama besar pun sanggup menerima hadiah daripada kerajaan.

Disini timbul tandatanya dengan penerimaan tokoh Maal Hijrah itu, adakah ini bermakna Yusuf Qardawi juga sudah terpalit najis seperti yang selalu didakwa pembangkang kepada ulama kerajaan?

Inilah satu peristiwa yang menarik sebenarnya untuk diperkatakan, sehingga kini bloger2 pro Anwar cuba mengelak membincangkan perkara ini, mereka hanya ingin menyatakan ulama tersebut hanya menyokong Anwar Ibrahim sahaja.



Anwar seperti biasa akan mengadakan pelbagai cerita bagi mengambarkan Yusuf Qardawi menyokongnya, maka digambarkan di dalam blognya bahawa dia disokong Yusuf Qadawi. Walaupun hakikatnya Yusuf hanya menyatakan bahawa beliau mengenali Anwar sewaktu dia memimpin ABIM suatu ketika dahulu. Tidak sepatah pun diucapkan bahawa dia menyokong Anwar.

Sekiranya Yusuf Qardawi tidak mengiktiraf apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia mengapa banyak kali ulama tersebut memuji Malaysia dalam memainkan peranan menyatukan umat islam diseluruh dunia.


Malah yang lebih menarik Yusuf sewaktu mengahadiri program Maal Hijrah tempoh hari beliau mengatakan bahawa dirinya mempunyai kawan di dalam PAS dan juga UMNO.


Sewaktu kunjungan Pemimpin Persatuan Ulama sedunia itu kepada DS Najib di Putrajaya semalam, Yusuf Qardawi telah memberikan buku Fiqh Jihad kepada Perdana Menteri Malaysia tersebut.


Peristiwa ini cukup menarik kerana ia sekaligus membuktikan Najib juga bukanlah seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim. Jika benar Najib penuh dengan kejahatan sudah pasti Yusuf Qardawi pun tidak ingin bertemu dengan seteru Anwar tersebut.


Di sini kita dapat katakan Yusud Al Qardawi tidaklah memihak kepada mana2 pihak dalam politik Malaysia, namun disebabkan kemanisan dan keharuman yang ada pada ulama tersebut ahli politik Malaysia terutamanya Anwar begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan ulamak tersebut bagi membersihkan dirinya dari dipalit dengan skandal liwat dan dasar islam moden ciptaan orientalis barat pada dirinya.




18 Disember 2009

Yusuf Qardawi tokoh Maal Hijrah : bukti islam di Malaysia di iktiraf ?


Sempena tahun baru Hijrah yang disambut oleh umat islam di Seluruh dunia, Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah dipilih oleh pihak Kerajaan Malaysia sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya.

Menurut entri dalam laman blog http://www.islamonline.net, anugerah kali ke-8 itu akan dikurniakan bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhan Dr Yusuf Qardawi memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelas laman blog itu.

Kesudian Dr. Yusuf Qardawi menerima anugerah tersebut dari kerajaan Malaysia seolah beliau juga mengiktiraf peranan Kerajaan Malaysia dalam usaha memartabat Islam. Dan seolah menunjukan bahawa Ihwan Muslimin tidak pernah menyamakan Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Mesir seperti yang selalu di dakwa beberapa pihak.

Sebelum ini pemimpin Ihwan Muslimin Jordan ada menyatakan bahawa di Malaysia agama islam begitu subur untuk dikembangkan dan kerajaan yang memerintah tidak menghalang penerapan nilai-nilai islam dijalankan.

Kehadiran Yusuf Qardhawi dan kenyataan pemimpin Ihwan Muslimin di Jordan ini membuktikan Kerajaan Malaysia tidak pernah telah menindas islam.
Yang anehnya walaupun kehadiran ulama besar di dunia telah lama dirancang oleh pihak kerajaan, Anwar Ibrahim seperti biasa cuba mendapat kredit kehadiran tokoh tersebut apabila di laman blognya beria-ia beliau menyatakan kehadiran tokoh tersebut seolah beliau yang menguruskan kedatangan di Masjid Negeri di Shah ALam Sabtu ini.

Sepertimana kehadiran Anwar di perhimpunan Tabligh Sedunia di Sepang sebelum ini, Anwar juga dirasakan seakan sedaya upaya untuk menunjukkan dirinya mesra dengan Dr. Yusuf Qardawi semasa majlis itu berlansung nanti dan sekali lagi Anwar akan bertukar wajah.

Diharapkan demi kelansungan agama islam di Malaysia Dr. Yusuf Qardawi dapat memberikan sekali lagi nasihat kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim seperti yang dilakukannya di Paris sebelum ini.

10 Disember 2009

Anwar Atarturk : Anwar dalangi tindakkan Nga Kor Meng pertikai masjid?


Nga Kor Meng dalam sesi perbahasan di Parlimen telah membangkitkan perbelanjaan pembinaan sebanyak 611 Masjid oleh pihak kerajaan sebanyak RM748.26 dalam tempoh lapan tahun hingga 2008. Pertanyaan dan sikap Nga Kor Meng ini di Dewan Rakyat seolah menunjukkan DAP sebenarnya tidak pernah mengiktiraf kedudukkan Islam di sisi Perlembagaan Malaysia.

Sebelum itu wakil rakyat DAP M.Kulasegaran juga ada membuat kenyataan yang mempertikaikan hak orang Melayu. Adalah jelas disini pihak yang sebenarnya ingin bermain api perkauman adalah pihak DAP kerana tindakkan beliau jelas menghina perlembagaan negara.

Orang Melayu Islam di Malaysia tidak pernah mempertikaikan pembinaan kuil dan rumah ibadat kaum lain di Malaysia sekiranya didirikan mengikut syarat ditetapkan, malah perayaan agama lain pun diangkat menjadi perayaan nasional, kalau tidak kenapa sambutan Thaipusam di Malaysia lebih meriah berbanding sambutan Thaipusam di benua India.

Walaupun DAP seringkali mengatakan mereka adalah parti berbilang kaum dan memperjuangkan semua rakyat Malaysia, hakikat yang jelas mereka sebenarnya lebih perkauman. Semenjak kejayaan besar DAP sewaktu pilihanraya 2008 telah wujud pelbagai kekecohan yang dilakukan oleh DAP sehingga menguris hati umat islam di Malaysia. Dari menuduh islam adalah ekstremis hinggalah menghina pendakwah islam Dr. Ridzuan Tee Abdullah sekeluarga dengan kata makian yang tidak sewajarnya.

PAS sering mendakwa hubungan yang terjalin antara parti tersebut dengan DAP adalah hubungan tahaluf siasi iaitu hubungan yang tidak wala kepada DAP, bagi mengelakkan umat islam menyalahkan PAS apabila DAP mencetuskan isu. Tetapi Parti Islam tersebut lupa bahawa mereka sanggup menolak ikatan perpaduan dari umat islam lain demi memeluk kawan yang sudah jelas tidak sukakan islam tersebut.

Dalam perkembangan lain difahamkan gabungan longgar Pakatan Rakyat akan mula didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan sah untuk mewujudkan sistem dwi parti sewaktu pilihanraya umum di Malaysia.

Langkah pembentukkan hubungan rasmi ini seperti yang digerakkan oleh Zaid Ibrahim menandakan PAS dan DAP selepas ini akan berjuang atas satu bendera yang sama dan mempunyai hati yang sama, dan selepas ini mungkin boleh kita katakan PAS akan wala bersama DAP dalam satu ikatan.

Namun sejauh mana PAS dapat mengawal DAP dari melakukan tindakan yang boleh menjatuhkan imej islam akan dipersoalkan, sedangkan semakin hari semakin banyak DAP mempertikaikan ruh islam di Malaysia.

Demi meraih sokongan bukan Melayu juga PAS mula mengatakan hak istimewa tiada di dalam islam, sedangkan di zaman khalifah Ar-Rashidin dahulu hak istimewa ada dipergunakan sebagai hujah oleh Khalifah untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan di Parsi.

Senario hari ini jika diperhatikan PAS seolah dilihat gagal menjaga tabiat nakal sekutu politiknya, berbanding dengan UMNO yang berjaya mengawal MCA dan MIC melalui persetiaan kontrak sosial yang dilihat berjaya menjamin kedudukan agama islam ditempat sewajarnya.

Dengan lenggok DAP yang terus menyerang dan memperlekeh kedudukan islam ini, adalah suatu yang mustahil PAS dapat mengawal tingkahlaku DAP nanti. Ditambah pula dengan sikap tunjang Pakatan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang lebih condong kepada pemikiran yang ada pada DAP.

Malah ketua Pakatan rakyat sendiri iaitu Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong apa sahaja tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ). IFC atau nama asalnya adalah IRC - Inter Religous Council (IRC) merupakan sebuah badan yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.

Badan ini berfungsi mirip seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga dikatakan akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

IFC ini digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh. Selain itu tunjang lain yang menggerakan IFC ialah tokoh yang berada didalam PKR dan DAP seperti Sivarasa Rasiah, Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Tian Chua.

Disebabkan Zulkifli Nordin menyertai bantahan terhadap penubuhan badan ini, ahli Parlimen Kulim ini telah diminta pelbagai pihak dalam PKR supaya memberi surat tunjuk sebab kepada pucuk pimpinan PKR, di sini adalah jelas menunjukkan Anwar sanggup mengenepikan kedudukan islam demi meraih sokongan, jesteru itu apa yang boleh diharapkan umat islam kepada PKR.

Sekiranya keputusan pilihanraya umum ke 13 akan datang Pakatan Rakyat yang menang, berapakah agaknya kerusi yang akan dimenangi PAS untuk mendaulatkan islam? Sewaktu pilihanraya ke 12, PAS dikatakan hanya bertanding hanya sekitar 60 kerusi sahaja dengan kebanyakkan yang dilawan adalah kerusi yang dimiliki oleh UMNO . Dengan kekuatan yang ada sekarang PAS tidak mungkin akan memenangi kesemua kerusi tersebut dan mungkin hanya separuh sahaja yang dimenangi.

Sementara itu DAP mungkin akan memenangi dengan lebih banyak lagi kerusi pilihanraya berbanding 28 yang diperolehi sewaktu PRU 12 memandangkan mereka bertanding dikawasan pengundi majoriti bukan Melayu. Dengan kedudukan parti MCA dan MIC yang masih lagi lemah dan berpecah tidak mustahil bilangan kerusi DAP akan lebih banyak.

PKR yang banyak memenangi kerusi di kawasan campuran sewaktu PRU12 sebelum ini juga dijangka akan menambahkan bilangan kerusi jika berdasarkan sentimen perkauman yang dimainkan DAP hari ini masih berkekalan. Dari 31 kerusi Parlimen tidak mustahil ia akan melonjak kepada 60 kerusi.

Dari sini kita dapati suara umat islam dari PAS hanya sekitar 30 hingga 35 kerusi sahaja dan dijangka kerusi dari PKR dan DAP antara 80 hingga 90 kerusi untuk mencukupi majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Dengan kerajaan yang dipimpin oleh PKR dan DAP yang sehingga kini lebih cenderung kearah hak kesamarataan dan kebebasan agama, sejauh mana suara orang islam akan kedengaran akan dipersoalkan. Dengan kata mudah IFC mungkin akan segera ditubuhkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerana PKR dan DAP akan bersetuju dengan penubuhan badan tersebut.

Jika kita mengambil contoh apa yang berlaku di Indonesia hari ini nasib Parti islam seolah melukut di tepi gantang kepada kabinet Susilo Bambang Yudhoyono, selain dinafikan jawatan naib Presiden dan Speaker dewan Perwakilan. Berdasarkan situasi ini adalah tidak mustahil apa yang berlaku di sana berlaku kepada PAS di Malaysia berdasarkan senario hari ini.

Itu di Indonesia di Selangor lokasi paling terdekat untuk melihat koalisi pemerintahan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan mereka telah memperlekehkan peranan dan kedudukan umat islam. Dahulunya dibawah UMNO dan BN umat islam dipilih menduduki kerusi Speaker dan exco kanan dalam pentadbiran. Namun perpecahan umat islam menyebabkan suara umat islam tidaklah sekuat mana malah hanya layak menjaga masjid dan surau sahaja.

Jika ini yang berlaku adakah berbaloi umat islam memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat pada masa pilihanraya akan datang? tepuk dada tanya akal...




08 Disember 2009

Kalimah Allah : Nur Manuti ikut Anwar Atarturk penggerak Pluralisme Agama di Malaysia?




Nur Manuty dalam Selangor Kini mengatakan sokongan penuh sekiranya agama lain dibenarkan menggunakan perkataan Allah dengan alasan ia sudah lama digunakan oleh penganut agama kitab lain.

“Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.” Kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR dalam akhbar internet milik kerajaan negeri Selangor .

Abu Bakar bin Yang Fellow IKIM mengulas isu penggunaan nama Allah yang dikatakan sudah lama diamalkan oleh orang Arab pula mengatakan ;

“Bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam bible bahasa arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syiria dan beberapa Negara lain yang muncul sebelum kedatangan nabi Muhamad S.a.w menerima dan meyakini faham keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Tryniti (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakkan Kristian pada hari ini.”

“maka dengan itu hujah yang disandarkan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan “mengkafirkan golongan Kristian unity”, kata beliau sewaktu mengulas isu pengunaan nama Allah di kalangan masyarakat Malaysia.

Di dalam ajaran kristian agama mereka diajar meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).

Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu iaitu Allah SWT. Jesteru itu adalah satu perkara yang mengelirukan jika disamakan pengunaan nama Allah didalam agama Kristian dan Islam pada hari ini.

Walaupun Nur Manuti mengunakan firman dibawah ini untuk mewarjarkan tindakkannya :
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.”

Menjadi persoalan adakah umat kristian yang ada pada hari ini sama dengan umat Kristian zaman dahulu yang beriman pada kitab Injil, Taurat dan Zabur seperti di zaman Nabi dahulu yang akan menganuti agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka memperakui akan kebenaran dan kedatangan Nabi Akhir Zaman.

Tetapi yang jelas ajaran kristian hari ini adalah jauh berbeza kerana mereka akan menafikan kebenaran ajaran Nabi Muhammad dan menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman, maka dari situ adalah tidak wajar kita menyamakan agama kristian itu sama dengan agama Islam. Dan kita percaya orang Kristian hari ini pun bercanggah pendapat dan berbeza pandangan mengenai soal ini.

Tindakan Nur Manuti dan PKR pimpinan Anwar ini sebenarnya adalah lebih bertujuan untuk menyemai nilai-nilai Pluralisme agama di Malaysia demi kepentingan politik peribadi, dan barangkali akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat islam di Malaysia sekiranya ia terjadi, cuba rujuk situasi ini dikalangan kanak-kanak pada satu masa nanti jika ia di benarkan :

Aminah : Tuhan saya adalah Allah, saya orang Islam
Teresa : Tuhan saya pun Allah, tapi saya beragama Kristian
Aminah : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Teresa : bukanlah Allah itu ada Anak... ayah saya kata
Aminah : Allah saya sama ke dengan Allah teresa?

Kita tidak tau bagaimana implikasi umat islam di Malaysia jika ia terlaksana nanti. Sesunguhnya cubaan beberapa pihak untuk mengugat keharmonian agama islam di Malaysia sentiasa akan berterusan.

Walaupun mereka mengetahui kerajaan Malaysia bertegas mempertahankan akidah umat islam di Malaysia. Namun kita percaya isu ini akan sekali lagi dipergunakan secara berterusan oleh manusia yang suka meraih kepentingan individu seperti Anwar dan PKR untuk meraih sokongan. Adalah suatu yang malang sekiranya keharmonian beargama di Malaysia ini hilang gara-gara kelompok tidak bertanggungjawab yang sentiasa menjadi api dalam sekam meraih kesempatan tawar menawar politik Malaysia.

05 Disember 2009

Anwar Atarturk, Demokrasi dan Amerika


Dalam tempoh sekarang perkataan Demokrasi sering dipergunakan sebagai alasan untuk memberi gambaran buruk kepada sesebuah kerajaan yang memerintah. Jika lawan itu dikatakan tidak berpuas hari apa yang diperolehi mereka akan mengatakan kerajaan yang memerintah tidak Demokratik ataupun tidak menghormati semangat Demokrasi. Dan saat ini perkataan Demokrasi mendapat nilai yang paling tinggi untuk keluar dari jalan permasalahan yang dihadapi oleh ahli politik.

Sebenarnya Demokrasi secara teorinya dimaksudkan sebagai suatu sistem yang dibentuk, dijalankan, dan ditujukan bagi kepentingan rakyat. Dalam aturan pelaksanannya akan seringkali sentiasa mengalami wujud perbagai penyesuaian dan perubahan, sehingga seringkali penerapannya bersifat trial and error, atau sebagai mana yang dikatakan para pendokongnya, demokrasi adalah bersifat program.

Namun begitu, perkembangan demokrasi di negara-negara islam dilihat kelihatan kaku ataupun perlahan, sehingga dianggap oleh banyak pihak sebagai faktor utama yang telah menghalang kemajuan negara islam.

Dikatakan juga disebabkan beranggapan nilai demokrasi dibawa oleh negara barat ada dikalangan negara islam telah menolak Demokrasi total ciptaan barat dan menjauhkan diri dari agenda demokrasi dunia.

Sehinggakan banyak negara muslim menutup terus pintu Demokrasi cara barat untuk dipraktikkan di negara mereka.

Disebabkan ini ada pihak telah ditugaskan untuk melobi agar demokrasi ini diterapkan sepenuhnya dalam setiap negara islam. Lantas ungkapan seperti “nilai demokrasi juga terkandung oleh Islam”, “demokrasi merupakan sebahagian dari Islam”, ataupun “demokrasi adalah Islam itu sendiri” kerap dikumandang dan dijaja kebelakangan ini dinegara-negara islam.

Meskipun demikian, ramai juga tokoh akademik islam menolak adanya penerapan demokrasi ke dalam Islam, sebab menurut mereka, demokrasi dan Islam itu adalah dua hal yang berbeza dan tidak mungkin dapat disetarakan. Ini kerana, bagi mereka, demokrasi adalah pemikiran barat yang tentunya haram untuk diamalkan oleh kaum muslim.

Oleh itu, bagaimanakah sebenarnya hubungan yang sebenar antara Islam dan demokrasi ini?

Jika kita menelusuri dari arkib sejarah, gagasan demokrasi dikatakan berasal dari budaya kuno Yunani yang mahu membentuk pemerintahan yang dipimpin oleh ramai orang. Ekoran itu, pada tahun 508 SM, Cleisthemes telah memperkenalkan dan melaksanakan sistem “pemerintahan rakyat” di Athens.

Akan tetapi idea demokrasi itu telah diambil dan muncul serta berkembang di Eropah sebagai jalan tengah di atas pertikaian antara golongan gereja yang mahu pemerintahan diserahkan kepada raja yang dikatakan sebagai wakil tuhan di dunia.

Manakala golongan intelektual pula mahukan agar gereja jangan mencampuri kehidupan kerana sejarah abad kegelapan telah membuktikan behawa peranan gereja dalam kehidupan hanya melahirkan pemerintahan diktator dan kesengsaraan bagi rakyat.

Dengan itu demokrasi telah muncul bagi menyelesaikan pertikaian yang ada sehingga berlakunya kesepakatan antara kelompok gereja dengan golongan pembaharuan. Akhirnya keputusan diambil dengan menentukan bahawa kelompok gereja/agama hanya berfungi sebagai menjaga agama sahaja, manakala perkara berkaitan politik kenegaraan telah diserahkan sepenuhnya kepada rakyat (pemimpin politik).

Jadi, idea inilah yang kemudian dikenal sebagai sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan) yang juga menjadi dasar bagi lahirnya idea kapitalis itu sendiri. Sehingga boleh dikatakan bahawa demokrasi itu lahir dari idea sekularisme kepada ideologi yang telah lahir dari peradaban barat.

Walau bagaimanapun, seiring bergeraknya waktu, konsep demokrasi turut mengalami perkembangan dan perubahannya. Demokrasi ini kemudiannya telah diserukan oleh banyak pihak, sesentengah negara kuasa besar telah menggunakan Demokrasi sebagai strategi politik untuk melemahkan pihak musuh. Contoh terbaik ialah Demokrasi ala Amerika telah dipergunakan untuk menjatuhkan sistem komunisme yang dilaksanakan oleh Soviet Union.

Kemasukan dan keterbukaan negara tersebut dalam menerima unsur Demokrasi telah menyebabkan kuasa besar dunia tersebut runtuh dan berpecah, manakala satu persatu negara komunis diseluruh dunia mengikut jejak dan pakatan Komunis Warsaw pun rebah.

Di mana-mana negara Demokrasi dilaksanakan para pelobi menekankan bahawa demokrasi harus dilaksanakan sekiranya negara tersebut ingin maju dan memperolehi bantuan. Dengan perkataan mudah akidah mereka harus berpegang kepada nilai Demokrasi, dengan penyesuaian beberapa pendekatan.

Kesannya, pengertian demokrasi menjadi beragam dan pelbagai sehingga menimbulkan jargon seperti demokrasi Islam, demokrasi sosial, dan lain-lain. Hal inilah yang mendorong Robert Dahl dalam On Democracy mengungkapkan bahawa, ”demokrasi itu sebenarnya sering berkecamuk.”

Selain daripada itu, keadaan ini juga mencerminkan kebenaran tanggapan bahawa demokrasi itu sendiri sememangnya merupakan suatu masalah yang membingungkan. Ini bererti, masalah teori demokrasi saja sudah berdepan dengan kerencaman yang tiada jalan penyelesaiannya. Jadi adalah wajar jika dalam aturan pelaksanaan demokrasi itu ia akan turut mengalami perubahan serta penyesuaian dengan suasana dan tempat sewaktu ia diterapkannya demokrasi.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan, bagaimana mungkin jika demokrasi yang bersifat pelbagai dalam persembahan teorinya itu serta masih bersifat trial and error dalam aturan pelaksanaanya mampu menjadi penyelesaian di atas permasalahan manusia yang kita tahu memang kompleks sifatnya? Adakah boleh kita katakana ia dengan ungkapan “menyelesaikan masalah dengan masalah?”

Dalam buku yang berjudul Seize The Moment, Richard Nixon yang juga mantan presiden Amerika Syarikat telah menjelaskan tentang bagaimana hubungan antara peradaban Islam dan peradaban barat.

Nixon mengatakan bahawa “komunisme memang telah terbukti gagal, dan sebahagian pengkaji telah memperingatkan bahawa Islam pula akan menjadi kekuatan geopolitik yang kuat pada masa akan datang.

Kenyataan islam akan menjadi ancaman selepas runtuhnya kuasa Soviet Union telah menyebabkan pelbagai usaha telah dijalankan untuk merosakkan imej islam dan negara islam.

Antara projek besar yang dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya ialah mengunakan alasan peristiwa 9/11 di New York untuk mengambarkan islam adalah penganas dan halal untuk diperangi.

Bermula dari situ juga kita dapati demokrasi juga telah digunakan sebagai alasan untuk menceroboh masuk kenegara islam. Melalui Jabatan Luar Amerika USAID, melalui pelbagai agensi yang ditubuh dan ditajanya seperti Rand Corporation, ICG, NDI dan National Endowment For Democracy (NED), Demokrasi telah dijaja dikalangan negara islam dan pada masa yang sama mereka membentuk pemimpin yang disukai oleh mereka untuk memenagi pilihanraya tempatan.

Hasilnya wujudlah nama Hamid Karzai, Jalal Talabani sebagai Presiden Iraq, Benazir Bhuto di Pakistan, Abdul Rahman Wahid di Indonesia, Anwar Ibrahim di Malaysia dan pelbagai nama yang dilihat memainkan peranan penting melobi pelaksaaan nilai demokrasi sepenuhnya di kalangan negara islam.

-bersambung