22 November 2010

Pengumuman pindah ke aidc


Artikel Pochong seterusnya boleh di ikuti di laman www.anwaraidc.com

29 Oktober 2010

Anwar kini pemimpin Gay tersisih

Menurut laporan Associate Press kini ramai komuniti Gay telah diberi peluang oleh Obama untuk membantu pentadbiran Presiden Amerika tersebut, perlantikan ini sebenarnya dapat menutup mulut Al – Gore dan kumpulan LGBT di Amerika sebelum ini yang mendakwa sikap Obama yang tidak mesra dengan kumpulan gay Lesbian sebaik memperolehi tampuk kuasa di White House.

Sebelum ini Al-Gore juga dikatakan turut menempelak Obama kerana enggan masuk campur di dalam kes seksual liwat melibatkan Anwar Ibrahim.

Dikatakan lebih 150 aktivis gay telah diberi ruang oleh Obama untuk menjawat pelbagai jawatan penting di Washinton dan ini berlaku peningkatan berbanding sewaktu pemerintahan Bill Clinton.

Walaupun Obama sudah membuka pintu kepada komuniti LGBT di Amerika namun sehingga kini dikatakan Obama tetap enggan membuka pintu kepada Anwar Ibrahim.

Sementara itu seorang Ahli Dewan Perwakilan AS dari California, Chuck DeVore telah menggesa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton tidak berjumpa dengan Anwar Ibrahim apabila melakukan lawatan ke Malaysia pada minggu hadapan.

Menurut Chuck Devore Anwar merupakan pemimpin yang hipokrit dan bersikap kepura-puraan dan langsung tidak boleh dipercayai. Klik sini

Adalah jelas kini Anwar sebenarnya telah ditolak oleh pihak republican dan democrat di Amerika. Walaupun ada sokongan hanyalah datang dari kawan baik Anwar sahaja iaitu Wolfowitz dan Al Gore sendiri.

Oleh yang demikian timbul tandatanya mengapa Amerika mula menolak rayuan Anwar, adakah benar Anwar telah banyak memungkiri janji kepada Presiden Bush sebelum ini dan seorang yang tidak setia hingga satupun tak mampu ditunaikan sedangkan sudah banyak duit dilaburkan oleh badan-badan kerajaan Amerika kepada penasihat PKR tersebut.

Watak Anwar manis dihadapan kelompok islam dan berbicara lain sewaktu dihadapan bukan islam rupa-rupanya terbawa-bawa ke Amerika Syarikat. Nah kini Anwar telah menerima nasib di Amerika hanya kumpulan hak asasi dan yayasan Yahudi di eropah sahaja kini menjadi sandaran terakhir Anwar untuk menagih simpati.

25 Oktober 2010

Dimana ada festival Gay disitu ada Anwar Ibrahim




Anwar selalu memberikan syarahan mengenai liberty dimana-mana persidangan yang dihadirinya dan ia selari dengan isu yang di perjuangkan oleh kelompok LGBT di seluruh dunia. adakah Anwar merupakan duta LGBT?


Di mana ada majlis perhimpunan berkaitan komuniti LGBT di situlah nampaknya Anwar Ibrahim akan menampilkan diri dengan mengikuti pelbagai program lain.

Samaada kebetulan atau disengajakan hanya Anwar dan Azmin sahaja yang tau dan sudah pasti kak Wan Azizah pun mungkin terlepas pandang perkara ini.

Sebelum ini sewaktu festival gay Q Jakarta bermula awal Oktober,Anwar juga berada disana bersama dengan program kelompok islam liberal di sana. Secara

kebetulan di dalam kelompok islam liberal juga ramai yang datanganya dari jaluran LGBT.

Pada 18/19 Mac 2010 dahulu, Anwar juga di fahamkan berada di Kota London untuk menyampaikan syarahan berkaitan Pluralisme London School Of Ekonomic. Klik sini.

Adalah diakui kelompok Pluralisme adalah juga datangnya dari kelompok islam liberal dengan menjadikan tokoh Orientalis barat seperti Syed Hossien Nasr sebagai idola pegangan idealism masing-masing.

Namun dalam tempoh Anwar sedang berdiskusi di kota London tersebut, satu festival Gay juga turut berlansung dengan meriah di saat itu, Festival dinamakan London Lesbian and Gay Festival itu berlansung pada 17 hingga 31 Mac di ibu Kota di Britain. klik sini.

Dengan bertemakan Liberty dan isu hak kelompok LGBT di Britain, festival gay tersebut turut memperbincangkan perlbagai permasalahan di hadapi kelompok LGBT seluruh dunia.

Kehadiran Anwar ke London ataupun ke Jakarta dalam tempoh itu sebenarnya boleh dipersoalkan lebih-lebih lagi ucapan yang dilontarkannya juga tidak banyak lari dari tema yang selalu diangkat oleh kelompok LGBT di mana-mana program atau festival filem kelompok berkenaan.

Sebelum ini di Jakarta Anwar menyampaikan syarahan bertajuk kebebasan dan musuh-musuhnya, ucapan Anwar disitu sekiranya dirumuskan jelas menunjukkan beliau merupakan pejuang LGBT atau kata lain duta LGBT dikalangan orang islam .

Begitu juga dengan ucapan pluralismenya di London. Klik sini dan sini. Key Word Anwar di kedua tempat itu ialah memuji secara melampau proses kebebasan di Turki dan Indoenesia di kalangan negara islam.

Kebebasan apa sebenarnya ungkapan Anwar tersebut? Adakah kebebasan berpesatuan kepada kumpulan LGBT , umum maklum kini komuniti LGBT di Indonesia jauh kehadapan berbanding komuniti LGBT Malaysia selepas pasca reformasi 1998. Atas nama kebebasan kerajaan republik Indonesia tidak boleh menghalang kumpulan LGBT atas alasan hak asasi manusia.

Begitu juga di Turki, masyarakat gay di Iraq dan dunia muslim timur tengah ramai menjadikan Turki sebagai tempat menjalani kehidupan kerana toleransi pinpinan kerajaan Erdorgan Turki.

Malah baru baru ini satu pindaan perlembagaan telah dilakukan untuk hak kebebasan berjaya dilakukan di Turki, sebagai syarat untuk menyertai kesatuan eropah telah dilakukan. Di Serbia rang undang-undang tersebut gagal dilaksanakan kerana mendapat bantahan rakyat Serbia yang bimbang akan menyebabkan penularan kumpulan LGBT di negara bekas kesatuan Yugoslavia tersebut. Namun di Turki ia berjaya di laksanakan kerana kemaruknya pemimpin inginkan kebebasan.

Mungkin inilah erti kebebasan pada Anwar Anwar sebenarnya, dari utara ke selatan beliau menjelajah dunia hanya tema inilah yang diucapkan, dan pendokong utamanya tidak lain merupakan Al Gore dan Mary Robinson yang keduanya merupakan pemimpin yang memahami permasalahan kelompok LGBT dan membawa suara LGBT ke seluruh dunia.

Hari ini kelompok LGBT menggunakan sloggan Liberty dan hak asasi untuk menyuarakan hak mereka sebagai minoriti jantina. Mereka menuntut hak sepertimana rakyat biasa lain dari menjadi pemimpin, perkahwinan, seksual dan hak disisi undang-undang.



23 Oktober 2010

Salman Rushdi : Anwar ketepi pandangan Yusuf Qardawi dan Syed Tantawi


Salman Rushdie telah murtad secara terang-terangan apabila menulis buku yang telah menghina Nabi junjungan kita Muhamad Saw dalam buku karangannya ‘Satanic Verses ‘. Dia yang berasal dari India kini menjadi pelarian di Britain dan diberikan pelbagai anugerah oleh pihak barat.

Ayatollah Khameini pemimpin spiritual iran pernah menawarkan sejumlah wang kepada siapa-siapa yang dapat membunuhnya. Ia berikutan dengan fatwa ulama’ besar bahawa dia sememangnya layak dibunuh.

Di Malaysia Lina Joy pula telah murtad kerana mengikut kekasih hatinya dan sebelum ini isunya gempar apabila beliau cuba menukar status agamanya secara sah di Jabatan Pendaftatan negara sehingga membawa kepada keputusan Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak boleh menukarkan status agamanya melainkan dengan kebenaran Mahkamah Syariah. Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai polemic di kalangan rakyat Malaysia.

Sememangnya isu murtad amat dekat dengan kita umat melayu islam di Malaysia, tanpa fahaman politik semuanya sensitive berkaitan isu tersebut.

Namun cuba ba

yangkan apabila Anwar Ibrahim cuba membela si Lina Joy dan Salman Rushdi atas nama kebebasan. Sedangkan apabila kita kembali kepada ajaran islam seperti mana dianjurkan oleh tuhan tatkala kita menemui kebuntuan. Terdapat beberapa petunjuk yang jelas tentang apa yang seharusnya kita lakukan untuk mempertahan maruah Islam.

Sepotong hadith sahih menjelaskan duduk perkara orang-orang murtad disisi Islam.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara, iaitu: janda yang melakukan zina, pembunuh jiwa dengan dibalas bunuh, dan orang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dari jemaah(Islam).”

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Sementara itu, dalam konteks menghadapi realiti umat islam berhadapan isu murtad, beberapa tokoh islam ada menyentuh perkara ini.

Pada tahun 1998. Dr. Dr Mohamad Syed Tantawi pernah berkata, andainya ada orang Islam meninggalkan agama Islam, orang itu sebenarnya bukan lagi Islam, juga bukan Kristian, bukan Yahudi, bukan Buddha dan bukan agama-agama apa pun. Dia ialah orang yang mencari keseronokan dan kepentingan peribadi. Dia tidak ada agama``Jika kita berdepan dengan keadaan ini,'' jelas Dr. Tantawi, ``yang wajib kita lakukan ialah memberi nasihat.'' ``Tetapi jika dia melarikan diri ke Eropah misalnya, dan berkahwin dengan wanita Kristian dan menjadi Kristian menurut isterinya, dia bebas. Bagaimanapun, jika dia menyerang Islam seperti menulis buku memaki agama Islam, maka di sini baru kita mengambil kira dan kita mesti mengenakan hukuman berpatutan terhadapnya.

Dr. Yusuf Al Qardawi ulama tersohor islam pula mengatakan sekiranya seseorang itu murtad dan telah mencaci dan menghina Islam serta mengancam keselamatan negara adalah wajar tindakan diambil keatas golongan tersebut.

Berdasarkan itu, hakikatnya samada Salman Rusdie ataupun Lina Joy adalah tidak wajar mana-mana pemimpin islam mempertahankan watak orang sebagaimana watak orang munafik tersebut.

Perbuatan Lina Joy yang cuba mencabar perlembagaan di Malaysia sebenarnya adalah ancaman kepada keselamatan Negara sepertimana yang dijelaskan oleh Yusuf Qardawi dan Syed Tantawi, oleh yang demikian isu tersebut jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan kehancuran umat islam di Malaysia.

Anwar Ibrahim semenjak timbul isu Lina Joy dan Salman Rushdi mengambil pendirian yang berlawanan dengan pendapat ulama.

Malah dengan angkuhnya di salah satu forum pencerahan di Jakarta Oktober lalu, beliau mengangap pandangan seperti Yusuf Qardawi dan Dr. tantawi itu adalah jumud dan tidak selari dengan islam.

Islam mana yang menjadi kiblat Anwar sekarang? Jika kenyataan ulama pun dianggap terpesong.

Dr. Faisal Tehrani pernah menulis di lamanya blognya berkaitan isu ini, katanya

Untuk orang seperti Rushdie dan pendokongnya, Nabi mereka mungkin ialah Vo

ltaire” klik sini

Voltaire merupakan salah seorang tokoh reformis pencerahan agama di Perancis sealiran dengan John Locke dan Jean-Jacques Rousseau.

Seorang freemason yahudi dan banyak kritikal ke atas agama kristian dan seksual di mayarakat Perachis.

Voltaire tidak percaya bahawa kepercayaan agama tunggal atau tradisi wahyu diperlukan untuk mempercayai kewujudan Tuhan.

Seperti tokoh pencerahan lain seperti john Lock, Voltaire juga menganggap dirinya seolah orang yang hebat dalam melontarkan idea. Voltaire juga percaya dengan pencampuran kitab suci setiap agama,

dan Ia tidak menghalang amalan keagamaan bagi sesuatu anutan ( Pluralisme agama).

Beliau juga pernah menganggap nabi Muhamad itu sebagai nabi palsu dan pembohong, lebih dari itu bukan sahaja islam dikritiknya malah agama kristian juga turut diperlekehkan olehnya atas nama kebebasan fikiran yang menjadi trademark golongan reformis di eropah sewaktu itu.

Klis sini untuk bacaan seterusnya.

Adakah Anwar menjadikan Voltaire sebagai nabinya seperti yang diterangkan oleh Faisal Tehrani?

Sebenarnya Anwar bukan sahaja membela Salman Rushdi malah sealiran dengan Taslima Nasreen seorang penulis warga Bangladesh yang juga pernah menghina islam yang hidupnya dibiayai oleh Rand Corporation. Klik di sini

Anwar juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan rand corporation malah pernah menerima award muslim moderate oleh badan tersebut. Oleh yang demikian jika badan seperti Rand Corporation pun meletakkan Anwar sebaris dengan Salman Rushdi dan Taslime Nasreen, kata Faisal Tehrani berkaitan Anwar dan Voltaire sememangnya adalah tepat sekali. Kerana golongan seperti Anwarlah yang ingin merosakan islam melalui idea-idea pencerahan belandaskan pencerahan eropah.


15 Oktober 2010

Anwar Ibrahim : Tolak murtad & homoseksual adalah Jumud


“Janganlah pula kerana mahu cuba menjadi liberal atau diiktiraf sebagai pejuang hak asasi manusia hinggakan sesuatu yang diluar batasan normal pun mahu dihalalkan. Islam sendiri sudah perjuangkan hak asasi manusia sekian lama “. jelas seorang penulis dari koordinator Angkatan Reformis-Liberatif (ARIF) bagi menyanggah pendapat Edwin Michael pensyarah kewartawanan dari UTAR yang memberi komentar seolah menyokong hak asasi diberikan kepada kelompok Gay, disebuah portal pro kepada Anwar Ibrahim.

Polemik isu hak asasi dan kebebasan di Malaysia sebelum ini banyak dicetuskan oleh kumpulan NGO berasaskan Human Right seperti Suaram, Tenaganita dan juga Majlis Peguam.

Samada kebetulan atau tidak mereka yang berada dibawah NGO ini sekarang ini merupakan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim malah ada yang menjadi pemimpin utama parti tersebut seperti Tian Chua dan Elizabeth Wong.

Anwar pula semenjak menerajui PKR slogan yang utama dibawakannya adalah keadilan, kebebasan dan kesamarataan, termasuk slogan harapan baru ( New Hope) yang digunakan sewaktu pilihanraya 2008 yang rupa-rupanya diambil dari slogan yang juga digunapakai oleh satu agama bukan islam dan digunakan untuk sebuah projek gereja di Malaysia.

Ertinya Anwar mengunakan slogan Harapan baru untuk memperjuangkan hak kebebasan beragama, kebebasan seksual dan kebebasan melakukan apa sahaja termasuk bercanggah dengan islam.

Di Indonesia sewaktu berucap di suatu forum Pencerahan anjuran komuniti Salihara Anwar dengan jelas menyatakan kebebasan itu adalah hak manusia. Pada Anwar tiada siapa dapat menyekat keinginan manusia untuk menikmati hak kebebasan beragama atau berorientasi seksual luar dari konteks normal.

Adakah benar hak asasi itu fitrah seperti dakwaan Anwar sedangkan manusia sebenarnya mempunyai peranan lebih besar iaitu melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah Swt.

Adakah benar keluar daripada agama yang benar iaitu islam juga adalah merupakan hak asasi seperti yang pernah dilontarkan Anwar sewaktu di wanwancara media barat?

Dalam membicarakan tentang hal hak asasi manusia, umum mengetahui bahawa negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Britain adalah merupakan peneraju utama gagasan tersebut. Dan negara tersebut terpengaruh dengan konsep idea freedom, Liberty and Human Right ciptaan Yahudi tersebut sewaktu zaman pencerahan di Eropah.

Idea-idea tersebut sebenarnya adalah mainan yahudi untuk menguasai dunia dan sebab itu kita lihat ia berat sebelah.

Pencabulan besar-besaran hak asasi penduduk Palestin dipandang enteng. Tempat awam dibom dan dimusnahkan. Manakala golongan wanita dan kanak-kanak Islam pula dibunuh tanpa belas kasihan. Tambah menyedihkan, jalan-jalan masuk untuk menghantar bantuan bekalan makanan dan perubatan disekat. Ini menunjukkan bagaimana Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia secara terang-terangan menyokong tindakan sekutunya menafikan hak asasi rakyat Palestin.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim terhoyong hayang beliau mengembara kesana kesini mengungkapkan hak asasi dan kebebasan dinegara islam, namun pada masa sama beliau pula seolah cuba menafikan hak Saiful Bukhari untuk mendapat hak pengadilan dari mahkamah. Bukankah jelek hak kebebasan dibawa Anwar itu tidak ubah seperti tindakan pemimpin zalim aragon di zaman pemerintahan Greek Kuno Erpoah.

Harus kita merujuk kepada sejarah apa yang berlaku kepada umat Nabi Lut suatu ketika dahulu, jika benar hak asasi merupakan fitrah islam mengapa Allah SWT telah mengutuskan Nabi Lut untuk menyelamatkan umatnya. Malah Nabi lut sedaya upaya menasihatkan umatnya dari melakukan perbuatan terkututuk tersebut. Adakah boleh kita katakan nabi Lut cuba menyekat hak asasi seksual umatnya kerana menghalang umatnya dari melakukan aksi songsang sesama jantina.

Anwar kata islam yang mengongkong hak kebebasan adalah islam yang jumud, oleh yang demikian jumudkah Nabi Lut pada pandangan Anwar?

Semakin hari semakin terdesak Ketua Umum PKR tersebut untuk menyelamatkan riwayat politiknya. Wataknya yang sebenar semakin hari semakin terselah, sikap hipokrit dan kepura-puraan telah merosakan makna sebenar hak asasi dan kebebasan mengikut versinya.


14 Oktober 2010

Anwar pertikai fatwa Ayatullah Ruhullah Khemeini.

Anwar kata tulisan Salman Rushdi sungguh indah dan menarik, katanya lagi beliau tidak bersetuju dengan hukuman bunuh ke atas penulis tersebut, "kalau tidak bersetuju dengan karya surah syaitan jangan baca, itu adalah kebebasan menulis".

Mengucap panjang penulis apabila mendengar ucapan Anwar Ibrahim di festival Salihara 11 Oktober 2010 Jakarta Indonesia. Tidak dapat membayangkan respon umat islam lain akan pandangan Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut berkaitan soal pandangannya terhadap institusi islam dan soal berkaitan syariah islam.

Bersama-sama kita nilaikan pendirian Anwar tersebut, kerana program anjuran kelompok pencerahan tersebut secara jelas telah menjelaskan siapa dirinya yang sebenar dalam konteks muslim moderate (pendokong islam liberal).

Antara isi kandungan Anwar di dalam sesi yang dihadiri sekitar 200 peserta kelompok pencerahan tersebut ialah mengritik sikap negara islam yang menyekat hak kebebasan bersuara. Pada pandangannya byak negara islam terlalu jumud dalam pengamalan islam.

Beliau juga telah memanipulasi istilah kebebasan di dalam islam dengan menhubungkaitkan dengan apa yang diperjuangkannya terutama menegakkan keadilan dan kebebasan. Walhal perjuangan yang dilakukannya adalah bersandarkan kepada nilai hak asasi barat yang merangkumi kebebasan agama, seksual dan pandangan hingga melampaui apa yang telah diaturkan islam.

Bukan sahaja kerajaan Malaysia yang dikecam, malah pimpinan PAS rakan di dalam Pakatan Rakyat turut dipersenda oleh Anwar kerana dikatakan taksub dengan fahaman agama . Turut hadir sama program tersebut adalah Kamarudin Jaafar bekas Setiausaha Agung Parti islam Semalaysia, Azmin Ali, Yusmadi Yusuf dan Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua AMK PKR. Agaknya bagaimana respon Kamarudin apabila Anwar memperlekeh pimpinan tertinggi PAS?

Menguatkan pengutaraan isu kebebasan, Anwar mengunakan hujah beberapa pandangan orientalis barat bagi menyokong pandangannya.

Dengan selangselikan ucapannya dengan retorik ketegangan Malaysia dan Indonesia, Anwar cuba ingin menjadi hero kepada krisis yang berlaku dengan mempersalahkan pimpinan Malaysia yang disifatkan arogan kepada Indonesia dan media Malaysia tidak bertindak adil dalam laporan berkaitan. Malah pengusaha pakaian batik di Pantai Timur Malaysia pun dikritik Anwar kerana mengangapnya tidak kreatif dalam penghasilan berbanding batik Indonesia. Pada Anwar Indonesialah segala-galanya yang baik dan Malaysia berada di belakang jauh ketinggalan.

Kritik fatwa bunuh Salman Ruhsdi

Pada tanggal 14 Februari 1989, sebuah fatwa yang memerintahkan pembunuhan terhadap Salman Rushdie telah diumumkan Radio Teheran oleh pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ruhullah Khomeini kerana menganggap buku ayat-ayat Setan yang ditulis Salman Rushdi telah menghina Islam dan Allah SWT. Sebuah hadiah juga ditawarkan untuk kematian Rushdie dan penulis itu terpaksa hidup di bawah perlindungan polis di Britain selama bertahun-tahun.

Penerbitan buku tersebut juga telah membangkitkan gelombang kemarahan seluruh umat islam di seluruh dunia, termasuk Komuniti islam di beberapa negara Barat yang turut sama mengadakan demonstrasi. Awal tahun 2005, fatwa Khomeini diperkuat oleh Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin spiritual Iran selepas Ruhullah Khomeni.

Anehnya Anwar Ibrahim dalam ucapannya di di Galeri Salihara menyatakan seharusnya Salman Rushdi tidak dijatuhkan hukuman bunuh.

“Saya telah terus terang mangatakan meminati tulisan Salman Ruhsdi yang diangap terlalu indah untuk dibaca.”

“Itu hanya karya (Satanic Verses) kalau tidak senang jangan dibaca. Sata tidak anggap saya berdosa kerana ia hanya kebebasan” kata Anwar berhati-hati di dalam ucapannya.

“ Imam Khameini jatuh hukum bunuh saya sukar bersetuju” tegas Anwar.

Menurut Anwar lagi kebebasan wacana adalah perlu dan penerbitan buku tidak seharusnya dilarang kalau ia bersalah perlu didakwa, Jangan hingga dilihat angkuh dan jelek dengan hukuman yang diberikan.

“Saya berhak beri pandangan dan beda pendapat tetapi saya tidak pikir berhak jatuh hukuman kepada pesalah” Kata Anwar lagi.

Pada pandangannya memberi kuasa kepada mualim atau tokoh agama merupakan suatu kesilapan.

Hak Kebebasan beragama

Islam yang mengokong kebebasan juga jelas Anwar adalah islam yang jumud, seharusnya tiada hambatan dan sekatan bagi penganutnya.

Kebebasan pada Anwar juga tidak boleh dikompromi, dengan bersandarkan kepada maqasid syariah dan mengelirukan maksud sebenar istilah tersebut, Anwar banyak memesongkan istilah kebebasan menurut fahamannya.

Menjawab persoalan isu minoriti Ahmadiyah yang diharamkan oleh pemerintah atas nasihat badan agama Indonesia.

“itu hak mereka untuk mengamalkan” Jawab Anwar apabila disoal oleh seorang peserta.

“Kalau majlis ulama kata sesat Itu hujah mereka, kita berhak bersetuju dan tidak bersetuju” tegas Anwar sambil diberi tepukan oleh peserta forum pencerahan tersebut.

13 Oktober 2010

Sodomy Tour Anwar : bermula di Festival Gay Q, berakhir di "Enlightenment"


Anwar Ibrahim bersama kelompok" Enlightenment " di festival Salihara Indonesia. Baca sini kisah Anwar dan pencerahan .

Anwar Ibrahim semalam telah menghadiri perjumpaan dengan Timbalan Speaker Dewan Pewakilan Rakyat Indonesia Priyo Budi Santosa, acara itu merupakan antara aturcara dalam “ Sodomoy Tour “ yang kini singgah di Indonesia sebagai destinasi lawatan kerja terakhir bagi mencari sokongan berkaitan kes liwat dirinya dengan Saiful Bukhari. Semasa sessi sidang akhbarnya Anwar dikatakan berang dengan satu pertanyaan oleh seorang wartawan utusan Malaysia kenapa beliau tidak sebut menghadiri sidang parlimen Malaysia yang sedang berlansung sekarang. Dengan serta merta beliau memperlekehkan akhbar tersebut tanpa menjawab persoalan. Klik sini.

Sebelum ini sebelum bertolak ke eropah Anwar Ibrahim telah memulakan “Sodomy Tour” dengan menghadiri satu program pada 26 September dan menyampaikan ucapan di sebuah Forum anjuran Soegeng Sarjadi School of Gevernment (SSSG). Di dalam forum tersebut Anwar secara terbuka telah mengecam sistem politik di Malaysia kerana tidak mempunyai kebebasan mengikut tafsirannya. Klik sini dan di sini dan sini. Pada masa yang sama satu Festival Gay “ Festival Q” sedang berlansung dijakarta sewaktu itu dan Anwar difahamkan turu dilibatkan dalam majlis pada sebelah malamnya.klik sini.

Dari Jakarta beliau kemudiannya bertolak ke Brussel pada 28 September dan memulakan sesi pertemuannya dengan pelbagai ahli parlimen Eropah , Ketibaan Anwar disambut oleh Hans van Baalen, President Liberal International,Alexander Graf Lambsdorff, Presiden European Liberal Forum dan Dr. J├╝rgen D. Wickert serta Moritz Kleine Brockhof daripada FNF.

Hans Van Baalen merupakan Ahli Parlimen dari People's Party for Freedom and Democracy (VVD) iaitu parti yang memerintah Belanda sekarang . Parti VVD sebagaimana kebanyakan parti politik di Belanda juga turut mengiktiraf kebebasan Gay Lesbian, malah ketua parti VVD iaitu Mark Rutte turut dikaitkan sebagai seorang pengamal hubungan sejenis oleh musuh politiknya . Dan ketiga orang yang ditemua Anwar ittu adalah pro kepada Yahudi dan pembela kepada Holaucost yang dilaksanakan oleh kumpulan yahudi eropah . Klik sini.

Selepas itu, pada 30 September 2010, Ketua umum Pakatan Rakyat tersebut berucapan The German Council on Foreign Relations (DGAP) . Klik sini.

Dalam perjalanannya ke Berlin beliau sempat singgah masa 25 minit di bandar Cologne, Jerman dan turut melawat Gereja Cologne Cathedral yang lokasinya bersebelahan dengan stesen kereta api. Klik di sini. Bandar tersebut pernah menjadi tuan rumah sukan gay dunia ataupun Games Gay VIII. Klik Sini. Dan Bandar itu sendiri diminati oleh kelompok lGBT.


2 Oktober 2010 pula Anwar akan menghadiri 2 majlis anjuran Friends Pakatan Rakyat., di London. Pertama, Forum bersama Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Raja Petra di University College London Gower Street serta Majlis Makan Malam Amal untuk memungut dana pilihanraya Pakatan Rakyat di Bays Water.

Kemudian beliau bertolak ke Barcelona dan seterusnya di New York di New York beliau mengadakan pertemuan dengan Al Gore dan Mary Robinson.

Sebelum kembali semula ke Jakarta lokasi asal sebelum “ Sodomy Tour” bermula dengan menghadiri festival Salihara pada 11 oktober anjuran sebuah kelompok islam liberal.

Di Festival tersebut Anwar secara terbuka mengatakan umat islam tidak seharusnya mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh ulama yang pada pandangannya adalah jumud sambil memperlekehkan institusi islam berkaitan isu kartika dan arak di Malaysia, faktwa pengharaman fahaman sesat Ahmadiyah dan hukuman bunuh ke atas Salman Rushdi. Klik sini.

Dari Jakarta ke Brussel , Berlin dan New York apa yang dapat kita rumuskan lawatan Anwar tersebut yang dilakukan sebelum perbicaraan kes liwatbermula tarikh 24 Oktober ini.

Adakah Anwar kini sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan Antarabangsa ke atas dirinya? Setelah keengganan beberapa kerajaan diseluruh dunia mencampuri urusan kes liwatnya. Beliau mengunakan Wolfowitz dan Al Gore untuk mempengaruhi Presiden Obama campur tangan namun gagal.

Di Britain pun beliau alami nasib yang sama, malah yang menyedihkan hatinya lagi Vice Chanselor German Guido Westerwelle yang juga merupakan seorang gay pun enggan menolongnya dalam kaitan isu liwat tersebut.

Keengganan Guido membantu itu diyakini kerana Anwar sebenarnya merupakan seorang gay tidak bermoral.

Biasanya komuniti gay akan mengadakan hubungan seks dengan pasangan “suka sama suka” namun di dalam kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari, keengganan beberapa komuniti gay menyokongnya kerana Anwar telah mencemarkan nama baik kelompok LGBT kerana telah memperdaya lelaki normal “Staight” seperti Saiful Bukhari.

Oleh itu pada sesetengah komuniti LGBT, Anwar sebenarnya telah mencemarkan nama kelompok LGBT.


Oleh sebab itulah kita dapati sewaktu "Sodmomy tour" tersebut beliau cuba meletakkan dirinya menjadi mangsa kepada penindasan dengan niat untuk meraih simpati,beria-ia Anwar menyatakan kerajaan Malaysia telah menindas golongan minoriti (kelompok lGBT) dan disekat hak asasi (pelakuan seksual) walhal hakikatnya beliaulah yang melakukan kezaliman kepada orang lain termasuk kepada Saiful Bukhari.

12 Oktober 2010

Anwar di Festival Salihara : Salman Rushdi tidak patut dibunuh


Anwar Ibrahim bersama Goenawan Mohamed , Fikri Jukri dan Nirwan Dewanto yang kesemuanya merupakan pendokong islam liberal. Kewujudan komuniti Salihara (berasal dari kata Sunda) merupakan kesimambungan dari komuniti Utan Kayu yang juga merupakan pusat komuniti islam liberal di Indonesia.

Anwar Ibrahim pada 11 Oktober telah dijemput oleh Goenawan Mohamed pengasas komuniti Salihara untuk memberi ucapan pada Festival Salihara yang diadakan di Jakarta Indonesia. Klik Aidc News.

Festival Salihara ini merupakan festival yang menghimpunkan kumpulan yang mengelarkan kumpulan mereka bebas dari aturan dan kekangan peraturan, oleh itu tidak memeranjatkan kita katakan dikalangan komuniti ini ada ahlinya terdiri daripada kumpulan tidak percayakan kepada agama dan juga kumpulan LGBT dan juga kumpulan hak asasi manusia.

Anwar Ibrahim sewaktu menyampaikan ucapan bertajuk “ kebebasan dan musuh-musuhnya” mengatakan ekspresi

kebebasan dan penyampaikan pendapat harus dijamin dan mendapat perlindungan dari pelbagai pihak, terutama dari negara. Klik sini.

"Kebebasan merupakan fitrah yang dibawa manusia sejak ia dilahirkan," kata Anwar dalam ceramah bertajuk “Kebebasan dan Musuh-musuhnya”, di hadapan lebih 200 pendengar di Komuniti Salihara, Jakarta.

Kata Anwar, kebebasan merupakan salah satu nilai yang dijamin dalam agama. Tanpa nilai kebebasan, agama apa pun bakal sulit berkembang karena tidak dipeluk secara luas. Dengan prinsip kebebasan yang berangkat dari fitrah dan nilai agama, Anwar mendorong umat Islam memberikan kebebasan sepenuhnya bagi pemeluk agama lain.

Anwar juga telah mengkritik tindakan mengenakan sekatan kepada kumpulan Ahmadiayah di Indonesia yang dakwanya bukan mengikut aturan, hak kebebasan sejagat.

Beliau juga memperlekehkan hukuman syariah (rotan) kepada Kartika kerana meminum minuman keras di sebuah kelab malam di Cherating Pahang Malaysia

Bagi membuktikan bahawa dirinya adalah bapa pluralisme dan menjunjung tinggi prinsip kebebasan bersuara Anwar juga mengkritik kerajaan Iran kerana mengenakan hukuman mati kepada Salman Ruhsdi atas kesalahan menghina islam. Dan menekankan bahawa umat islam tidak seharusnya tunduk kepada fatwa yang dikeluarkan dari ulama.

Festival Komuniti Sahara ini pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 dan Goenawan Mohamed pengasas komuniti ini merupakan salah seorang dari kumpulan jaringan islam liberal yang bersama-sama dengan Abdurahman Wahid, Nucolish Majid dan sealirannya bertindak mempromosikan islam liberal di Indonesia melalui penulisan di akhbar tempo miliknya suatu ketika dahulu.Klik sini.


Cuba perhatikan kenyataan Goenawan pengasas komuniti Sahara bahawa dirinya tidak yakin bahawa Tuhan itu yang mencipta agama, kenyataan beliau ini adalah selari dengan kelompok pluralisme agama yang mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan menolak mana-mana agama termasuk islam adalah benar.

Goenawan Mohamad, dalam ucapan aluannya kepada Anwar Ibrahim mengatakan kehadiran Anwar Ibrahim dalam Festival Salihara tersebut merupakan refleksi sebuah kebebasan.

Sebelum ini sebuah akhbar di eropah mengatakan bermula di Budapest Hungary, Anwar akan bergerak ke Sepanyol, German London, New York dan berakhir di Jakarta dalam trip “ Sodomy Tour” dalam usaha mencari sokongan “ kes liwat dirinya dengan Saiful Bukhari.

Jesteru itu apa yang dapat kita terjemahkan daripada kunjungan Anwar ke festival tersebut?

Adakah beliau ingin membuktikan bahawa dirinya memang berpegang kepada idea kebebasan sepenuhnya dan menolak doktrin agama islam selama ini yang mengatakan islam adalah addin.

Sebagai umat islam adakah wajar beliau memperlekehkan intitusi mufti yang mengeluarkan fatwa dan memperlekehkan hukuman syariah.

Apakah refleksi kebebasan yang dimaksudkan oleh Goenawan kepada Anwar Ibrahim? adakah meliputi kebebasan seksual, kebebasan beragama ataupun kesemuanya sekali?


11 Oktober 2010

LGBT : Amerika tolak Al Gore kerana Gay, Malaysia perlu ke terima Anwar?

Tipper bekas isteri Al Gore bercerai dengan bekas Naib Presiden Amerika apabila mengetahui suaminya ada hubungan dengan lelaki gay, bagaimana dengan Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim yang kini seolah sanggup di perbodoh dan di pergunakan demi kuasa politik.


Anwar Ibrahim selalu meletakkan dirinya adalah rapat dan akrab dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore.

Rapatnya antara Al- Gore dan Anwar ini boleh diterjemahkan dengan kesanggupan Al Gore memberi bantuan dana kepada Anwar di syarikat miliknya Generation Investment Management Group yang membuat pelaburan di Israel. Klik sini. Tentu ada motif lain di sebalik bantuan Al Gore kepada Anwar tersebut, adalah tidak logik jika diberikan bantuan kewangan hanya bersandarkan hubungan persahabatan sahaja.

Setelah selesai Sodomy Tour yang bermula di Jakarta hingga berakhir di London dengan melawati beberapa ibu kota di eropah seperti Hungary, Jerman dan Sepanyol. Anwar mencari ruang kepada dirinya untuk bertemu dengan Al Gore di Kota New York seolah seperti melepaskan kerinduan sepasang pasangan kekasih.

Menurut laman twiternya mereka berdua sempat melayan pertemuan ini dengan mendengar alunan muzik Mozart dari American Muzikal Orkestra.

Bayangkan dari eropah jauh Anwar terbang ke Amerika semata-mata menemui Al-Gore.

Sebelum ini pun jika kita perhatikan kerap kali apabila ada program di luar negara Anwar dan Algore akan bertemu seolah-oleh sudah dirancangkan pertemuan istimewa tersebut.


Al-Gore di Amerika Syarikat di anggap antara pemimpin yang dilihat mesra kepada komuniti Gay malah kumpulan LGBT menggangap sepanjang Al-Gore menjadi Naib Presiden Amerika kebajikan kumpulan Gay terjamin dibawah Al-Gore.

Malah penceraiannya dengan isterinya Tipper pun dikaitkan dengan faktor hubungan Al Gore dengan seorang lelaki Gay. Klik sini.

Dalam satu debat antara Bush dengan Al Gore pada tahun 2000, Al-Gore dengan berani menyatakan kumpulan Gay seharusnya dibenarkan menjalani kehidupan mereka sendiri di Amerika seperti perkahwinan, hak pencen dan juga berkhidmat sebagai tentera. Klik sini.

Oleh yang demikian bukanlah suatu yang mengejutkan jika kita melihat hubungan Anwar dan Al- Gore begitu istimewa, dan tidak mengejutkan jika kita katakan bahawa mereka berdua ada kisah tersendiri dalam hubungan songsang tersebut.


Al- Gore dalam pertandingan merebut jawatan Presiden US pada tahun 2000 telah tewas kepada Bush ekoran kenyataan sokongan secara terbuka kepada kelompok LGBT dalam hak-hak sivil.

Obama yang menyedari kesilapan Al-Gore semasa pilihanraya Presiden tahun tersebut, pada pemilihan Presiden Amerika 2008 mengelak melakukan tindakan sama dengan Al Gore hasilnya beliau meraih kejayaan besar sebagai Presiden Amerika mengalahkan John McCain dari Parti Republican.

Walaupun Amerika dianggap sebagai sebuah negara bebas dan paling demokrasi di dunia namun berdasarkan isu gay melibatkan Al Gore dan Bush, adalah jelas rakyat Amerika secara majoriti menolak calon pemimpin negara mereka yang ada kaitan dengan kumpulan tersebut.

Oleh itu, bukankah aneh jika kita di Malaysia yang majoritinya rakyatnya adalah beragama islam sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sedangkan rakyat Amerika yang beragama Kristian pun menolak Al Gore sebagai Presiden.