03 Januari 2010

Anwar Atarturk :Isu nama Allah, perancangan Zionis dan barat untuk menyesatkan umat islam


Isu penggunaan nama Allah di kalangan bukan islam kembali hangat apabila Mahkamah Tinggi melalui Hakim Lau Bee Lau memutuskan pihak gereja Khatolik dibenarkan menggunakan nama Allah pada akhbar Herald Chatolic Weekly.

Dengan keputusan itu, Allah kini bukan sahaja milik orang islam malah orang bukan islam pun boleh menggunakan nama tersebut untuk tujuan keagamaan dan penyebaran.

Sebenarnya kisah perebutan nama Allah seperti yang diperjuangkan sesetengah kelompok Kristian di Malaysia bukan perkara baru, tahun 1844 Mirza Ali Muhamad seorang Yahudi juga pernah menyarankan agar penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam meninggalkan agama masing-masing dan bersatu dibawah agama Bahaiyah untuk menyembah Allah.

Seruan itu dilakukan adalah bagi usaha untuk menyatukan agama (international Religion). Sama seperti usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam mencari kesamaan antara agama. Kelompok ini ingin mengunakan nama Allah kerana bertujuan mengelakkan permusuhan yang selalu wujud diantara agama tersebut. Dalam konteks Malaysia ia dilakukan bagi meleraikan beberapa isu antara agama khususnya islam dan kristian.

Di Malaysia antara beberapa pihak yang menyokong tindakkan Mahkamah ini ialah Anwar Ibrahim dan juga Khalid Samad. Dengan bersandarkan kepada beberapa dalil yang diputarbelitkan adalah nyata kedua mereka ini merupakan golongan penyambung lidah kepada puak pluralis agama dan Yahudi di seluruh dunia.

Bagi golongan ini hanya penyatuan agama sahaja yang dapat menyatukan dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

Dalam surah Al-Quran jelas menunjukkan bahawa terdapat beberapa ayat yang menyatakan hanya agama islam diiterima oleh Allah Swt.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya agama pada sisi Allah ialah agama islam” surah al-imran ayat -19

“ Dan barangsiapa yang memeluk selain daripada agama islam, maka Allah tidak menerima agamanya itu diakhirat ia termasuk didalam golongan orang-orang yang rugi.” Surat al-imran ayat- 85.

Disini adalah jelas Allah tidak mengatakan agama nasrani dan yahudi sebagai pilihan sebaliknya islam.

Oleh itu keputusan mahkamah itu dikhuatiri akan menyebabkan kekeliruan dikalangan umat islam.

Bagi Anwar Atarturk dan Khalid Samad keputusan mahkamah itu akan melonjakkan nama mereka di kalangan bukan islam. Dan misi mereka untuk mengerakkan pluralisme agama di Malaysia nampaknya berjalan lancar.

Mainan untuk menyesatkan umat islam ini sebenarnya merupakan perancangan halus pihak zionis kristian untuk melemahkan islam dan institusinya. Lantaran itu sebarang usaha harus dilakukan bagi menyesatkan dan memecahkan umat nabi Muhamad.

3 ulasan:

Melayu Islam berkata...

Salam,
Sila lawat blog anak Tun M berkenaan pandangan beliau mengenai isu ini : www.rantingsbymm.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam kpd semua bloger Islam dan Melayu..
Sedari dulu lagi anwar tidak pernah mengangkat martabat Islam dan Melayu.Beliau adalah pengamal teori machievelli" Tujuan Menghalalkan Cara" dan para penyokongnya adalah mereka yg ada masalah dgn kerajaan sekarang( mungkin hutang???) dn berharap anwar dpt menjadi GODFATHER mereka.Percayalah wahai penyokong anwar, anda bakal ditinggalkan bila anwar mendapat apa yg beliau hajati.Lihat siapa di belakang anwar sekarang...bknkah si azmin ali yg x mampu anwar singkirkan ( krn shamsidar???) dn penyokong bkn Melayu yg seronok dgn mainan politik anwar yg mengaibkan Melayu dan Islam.
Kalau anwar penjuang Islam sejati..mana mungkin beliau " main belakang'?? Ingatkah saudara2 ttg penentangan sekelompok org Melayu terhadap kedatangan pasukan kriket Israel ke negara kita suatu ketika dulu? Penentangan itu gagal dn sapa yg menggagalkannya kalau bkn anwar???
Anwar tidak memerlukan sokongan Melayu dn Islam untuk mencapai cita2nya menjadi PM.Sebab itu dia menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh org bkn Islam kerana ada " political milleage" di situ.ANWAR PETUALANG MELAYU DAN PELACUR AGAMA ISLAM.Suatu hari nanti ALLAH akan melaknati kamu. Hanya Wan Azizah yg tau sapa anwar sebenarnya.Kak Wan., kalau betul kak wan sygkan agama dan bangsa Melayu, tampillah dengan kebenaran yang hakiki.Suami hnya di dunia, bekalan akhirat adalah agama dan keimanan

Tanpa Nama berkata...

Kepada rakan2 ku jangan sekali2 menerima apa juga cadangan penambahan dari agama lain. islam itu telah completed dalam membentuk hala tuju kehidupan dunia dan akhirat.

Jangan melenting dan berkeras serta melatah dengan isu2 sebergini. Cubaan dan usikan mereka sahaja kerana salah satu usaha setan adalah melemahkan akidah kita. Dengan kelemahan ini kita bisa terhumban jauh dari agama sebenar. Cool n Relax.

Renung dan lihat sejarah setan hampir kecewa dlm menyesatkan manusia kerana akidah yang kuat. Bergitulah isu sedemikian usikan sedikit dari mereka agar boleh untuk meneropong umat islam Malaysia punyai kelemahan. Mungkin disini lah, bila usikan mengena.

ingat sahabat sekelian dengan apa yg berlaku pasti ada penyelesaiaan. Sejarah Nabi Muhamad tidak pernah timbul perasaan marah walaupun dianaya org. senyum dan bersyukur dalam apa jua situasi pada ketika itu.

Namun jika tergerak hati kepada mereka seagama dgn kita merelakan akan agama kita diusik seharusnya...marilah kita berdoa untuk mereka agar Allah memberi kesedaran dan mengampunkan dosa2 beliau. Jgnlah asyik memandang keburukan ia sahaja bimbang kerena mereka itu kita juga terheret dalam siksa dan neraka.

DegawanPuchong