16 Februari 2010

Michael Danby, Yahudi, Pejuang Gay yang menyokong Anwar


Bagi menyelamatkan karier politik yang semakin menjunam dan mengekalkan sokongan penyokong parti kepada dirinya, Anwar Atarturk cuba meraih sokongan antarabangsa bagi menunjukkan bahawa dirinya menjadi mangsa fitnah.Akhir-akhir ini di laman blognya setiap hari di siarkan sokongan dan simpati dari pihak luar ke atas dirinya dalam menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan.

Semua surat dan sokongan tersebut memberi mesej bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik. Namun yang anehnya hampir kesemua penyokong-penyokong Anwar di luar negara tersebut terbabit dalam lingkaran memperjuangkan hak kebebasan gay / lesbian dan mempromosi pluralisme agama di seluruh dunia.


Kini dilaporkan 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar . Klik Sini dan sini.

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.



Pernah menjadi presiden Presiden Mahasiswa Universiti Melbourne dan juga sebagai Presiden Kesatuan Mahasiswa Yahudi Australia.Pernah menjadi Penolong Setiausaha Peribadi Barry Cohen, seorang menteri dalam kerajaan Bob Hawke 1983-84, dan Editor akhbar Australia-Israel Review pada 1986-93.Pernah menjadi penasihat menteri Alan Griffiths, Menteri Perindustrian dalam kerajaan Paul Keating, 1993-94.

Beliau dikatakan banyak memberi dorongan kepada Paul Keating dan Bob Hawke untuk menyerang Mantan Perdana Menteri Malaysia sewaktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed disebabkan tindakan Tun Dr. Mahathir yang banyak membela Palestin dan mengecam Israel.Danby merupakan satu-satunya ahli Parlimen Australia dari kelompok Yahudi sehingga tahun 2007 apabila semakin ramai orang Yahudi Australia dipilih sebagai pewakilan seperti Mark Dreyfus.Beliau sering bercakap dan memperjuangkan sokongan kepada Israel dan menengtang tindakan Anti semitik.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

Dalam ucapan beliau di Parlimen Persekutuan pada Disember 2008, ekoran terjadinya peristiwa serangan Mumbai November 2008, Danby menyatakan adalah penting untuk mengingati nama-nama mangsa dan kematian Rabi Gavriel Noach Holtzberg, Rivka Holtzberg dan yang lainnya kerana mereka adalah Yahudi."saya bangun bersuara di dewan parlimen ini dan memuji memori kematian orang-orang tidak berdosa yang terkorban di di Mumbai Ch hanya kerana mereka adalah orang Yahudi” kata Danby sewaktu sidang Parlimen tersebut.

Ketaksuban beliau terhadap agama Yahudi menyebabkan majlis perkahwinan Yahudi diadakan buat pertama kalinya di bangunan Parlimen Australia.Di Australia beliau dan Mike Kelly dianggap sebagai orang yang bertangungjawab melobi Kerajaan Australia agar memberikan sokongan kepada Israel dan Zionis. klik sini

Melalui lobi-lobi Yahudi yang diusahakan oleh Danby dan Kelly dan termasuk La Gilladine orang Yahudi di Australia dapat mengawal politik Australia mengikit apa yang diingin zionis, begitu juga dengan dasar luar negeri Australia. Klik sini. Danby juga banyak memberi dokongan dan sokongan keatas tindakan kekejaman Israel kepada Palestin di Gaza.

Selain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II .





Dia telah meminta kerajaan meluluskan pencen dari pasangannya yang telah gagal diberikan oleh pihak kerajaan.Michael Danby lancarkan Tahun 2003 bagi menunjukkan sokongannya kepada kelompok hubungan Gay/lesbian beliau telah melancarkan RainbowAwards, majlis anugerah khusus untuk kelompok gay/lesbian di Australia.



Bagi menunjukkan beliau komited memperjuangkan nasib kelompok Gay Australia beliau telah melantik seorang wartawan dan aktivis dari kelompok gay sebagai pegawai pembantunya."Saya gembira Adam sudi berkerjasama dengan saya bagi pemilihan akan datang,

”"saya tahu bahawa komuniti gay dan lesbian merupakan kelompok penting daripada bilangan pengundi di Melbourne Port, dan Adam mempunyai pengalaman hebat dalam memperjuangkanhak-hak gay dan lesbian, dan saya percara dia akan dapat membantu membantu saya mewakili komuniti lebih berkesan. " kata Michael Danby.

Adam Carr telah menjadi aktivis gay dan wartawan sejak akhir tahun 1970. Pernah menjadi editor majalah homoseksual Australia. Bagi memenangi kelompok Gay di Australia, Danby juga pernah mengambil bahagian dalam perarakakan gay di Sydney dan Melbourne, bagi mendesak masyarakat mengiktiraf kelompok tersebut dalam masyarakat.

Berdasarkan fakta ini sebenarnya adalah tidak menjanggalkan jika ahli Parlimen Australia mengambil tindakan membuat bantahan terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa Anwar Ibrahim.

Anwar dan Danby sebenarnya saling mengenali, sewaktu dialog antara agama di Australia Disember 2009 sebelum ini yang membincangkan pentingnya pluralisme agama, kedua tokoh ini sempat berbincang dan bersua muka antara satu sama lain.

Bukanlah suatu yang janggal sebenarnya apabila seorang pejuang gay dan Yahudi membela Anwar Ibrahim, tetapi adalah suatu yang janggal jika ada kelompok masyarakat islam sanggup bersama-sama bertakbir membela keburukan yang dilakukan Anwar Ibrahim.

8 ulasan:

GOMO berkata...

salam, mantap artikel ini. mohon copy

Anselmo berkata...

Good work and informative. May i copy and print and distribute to all my friend who sympathy to anwar. Keep up ur good work bro.May god bless us and Malaysia.

eeza berkata...

Artikel yg sgt informative. Tahniah.

mrakunman berkata...

good work. very informative.

tukang taip berkata...

terima kasih..dijemput untuk menyebarkan artikel ini..dan bagi kredit hasil research dan pencarian..

semoga umum tahu siapa anwar sebenarnya..

cincaluk berkata...

terima kasih pasl info ni......lets us together hancurkan anwar aljuburi nie....dia yg memecahbelahkan bangsa kita..just to fulfill his personal agenda...lets together

Ampatuan Jr berkata...

Hmmm....info yg teman dapat lain pulak bunyinyer.Anwar dikaborkan tak mendapat apa2 sumbangan pun dpd luor negara kerana dia seorang patriot yg cintakan negara,dia jujor,dia warak,sembahyang tak tinggal,bahasanya lembut dan berlapik,janjinya semua ikhlas.Tu pasal orang PKR nampak Anwar macam Dewata yg maha suci.Menurut sumber PKR, semua duit Nuar adalah hasil titik peluh dia jual bakul rotan yg di anyam semasa Nuar dlm penjara dulu.Hasilnya lumayan jugak,lepas la buat banglo sebijik harga RM7 juta kat Bkt Segambut,KL dan ada sikit baki berjumlah US$8 Billion (RM28Billion) yg dihantar ke Australia utk tujuan pelaburan.Duit US$8B tu kini diuruskan oleh Rahim Ghouse di Melboure.Tu semua duit halal hasil kerajinan Anwar buat bakul rotan tau! Tapi dlm PKR bab-bab duit ni tak digalakkan bincang - janji sapa nak pakai duit,duit ada jer..no problem! So pls dont ask too many questions.

Tanpa Nama berkata...

cakap senang. Buka mulut cakap je. "Anwar = Liwat". "Anwar = pengkhianat". "Anwar = penipu"... "Anwar = korup"... Senang kan?

Kalo apa yang dia orang cakap tu benar, Takkan sampai 10 tahun tuduhan tu tak jadi jadi?

Sila baca akuan dan fakta-fakta berkenaan kes liwat pertama yang diterbit oleh Wall Street Journal, New York. Lepas tu baru timbang sendiri sapa yang duk main kotor

-----------------------------------
The Price I paid for Malaysian Justice - By MUNAWAR A. ANEES | The Wall Street Journal

The last time Anwar Ibrahim was put on trial, I was tortured and forced to ‘confess’ to sodomy.
By MUNAWAR A. ANEES | The Wall Street Journal

Nearly 12 years ago, I was languishing in a local hospital as a prisoner of conscience. This loss of freedom was due solely to my long-standing personal and professional association with Anwar Ibrahim, then Deputy Prime Minister and Finance Minister of Malaysia. We were falsely implicated in a fabricated case of having committed a mutual act of sodomy.

Such an internment, when driven by ulterior motives, brings a brutal deprivation upon the victim. It acts like a double-edged sword. While one’s freedom of movement is taken away by tormentors, one’s conscience suffocates in a dungeon. A poignant grief sets in once there is awareness that both the body and the conscience have fallen victim to the act of tyranny. That is what distinguishes incarceration out of an actual crime from that emanating from the acts of those who prosecute and persecute innocent others. The tormented memory never fades.

My detention by the Malaysian Special Branch taught me how it feels to be forcibly separated from one’s wife and children. How it feels to be searched and seized, disallowed to make phone calls, handcuffed, blindfolded, stripped naked, driven in an animal cage, shaven bald, endlessly interrogated, humiliated, drugged, deprived of sleep, physically abused. What it’s like to be threatened, blackmailed, hectored by police lawyers, brutalized to make a totally false confession, hospitalized for a consequent heart ailment, and treated as a psychiatric patient with symptoms of Stockholm syndrome. Barely surviving on a meager diet of rancid rice and chicken along with 12 medicines a day, I spent nearly 126 days handcuffed round the clock to my hospital bed, under the watchful eyes of the prison guards.

These tragic events completely ruined me and my family. The financial, physical, psychological and social implications of this calamity reverberate even more than a decade after the horrific occurrence. Words fail to describe what my family and I have quietly endured for the last 10 years. In spite of that, our faith in the ultimate victory of justice and truth has not wavered.

For the last 12 years, I have sought nothing but justice. I have repeatedly approached the Malaysian judicial system—the High Court, the Court of Appeals and the Federal Court—in the hope that justice would be duly provided to me. Unfortunately, my latest request for a review at the Federal Court was dismissed. Why does the judicial system shudder at the prospect of hearing my demand for justice? Why am I denied my day in court?

I am innocent. I am innocent of any and all spurious charges brought against me. I committed no crime for which I was tortured and unjustly imprisoned. I want the Malaysian judicial system to wake up to the fact that gross injustice was committed against me. I want them to realize that the injustice is perpetuated the more I continue to be denied my day in the court. My innocence inspires me to persist and persevere in the path of justice, as it is one of the fundamental human rights enshrined in the Constitution of Malaysia. The judicial system in Malaysia must rise to the call of duty and serve justice without any further delay.

Mr. Anees is a writer based in Tucson, Ariz.

-----------------------------------