27 Mac 2010

Anwar di LSE ; Pluralisme Agama, murtad dan kebebasan beragama.

Anwar Ibrahim sewaktu berucap di London School of Economics, pada 18 Mac 2010 lalu dengan yakin telah memprmomosi Pluralisme Agama sebagai satu method untuk menyatukan krisis yang wujud ekoran kepelbagaian agama di dunia.

Dalam ucapan yang bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World, Anwar telah memulakan ucapan dengan mengkritik kelompok agama yang pada anggapannya terlalu jumud dengan pemikiran yang konservatif.

Menariknya ucapan Anwar di London kali ini ialah Anwar dengan berani mengeluarkan pandangan bahawa Pluralisme Agama merupakan jalan penyelesaian kepada kepelbagaian agama di seluruh dunia. Sebelum ini dimana-mana forum yang membincangkan isu timur dan barat sama ada di Ausratalia, Doha mahupun di Amerika, Anwar agak berlapik melontarkan pandangannya mengenai Pluralisme Agama.

Pandangan Anwar mengenai Pluralisme Agama ini kalau kita amati adalah selaras dengan apa yang pernah diangkat oleh pemikiran Syed Hosien Nasr seorang tokoh Pluralisme Agama yang kini mengabdikan diri di George Town Universiti, Amerika Syarikat.

September tahun lepas Anwar pernah berkesempatan bertemu dengan Syed Hossein Nasr, hingga ada di catit dilaman blognya bahawa dia begitu teruja dapat bertemu dan memperolehi buku dari orang yang melontarkan idea Pluralisme Agama tersebut. Klik sini dan sini .

Disebabkan kepercayaan Anwar kepada idea Pluralisme Agama ini, sewaktu ucapannya di London beliau telah mengkritik umat islam yang takut dengan idea Pluralisme Agama.


“Sebagai umat Islam, ia akan terus menjadi masalah orang-orang yang menolak nilai kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, demokrasi, dan kebebasan hati nurani. Mereka melihat budaya pluralisme agama sebagai sebahagian daripada konspirasi besar oleh 'orang lain' terutama orang Kristian untuk memurtad dan menukarkan akidah kelompok Muslim. Pluralisme juga merupakan taktik penyeludupan demokrasi gaya Barat melalui pintu belakang.” Kata Anwar dalam ucapan tersebut.

Anwar seperti ucapan dimana-mana forum demokrasi di dunia islam sebelum ini juga sekali lagi memuji Turki dan Indonesia kerana mengamalkan kebebasan seperti yang dikehendaki negara barat.
Ketaksuban Anwar kepada dua negara ini tidaklah mengejutkan kerana dua negara ini sememangnya berkiblatkan Amerika, malah di Indonesia sewaktu Abdul Rahman Wahid dilantik menjadi Presiden, beliau dan kelompoknya yang bertanggungjawab mengangkat islam Liberal dan Pluralisme agama dipraktikkan di seluruh Indonesia.

Kini perbagai pertubuhan islam liberal dan Pluralisme Agama berkembang pesat menyebarkan ideologi mereka di Indonesia seperti Wahid Institut dan Islib, malah jaringan islam liberal menyusup masuk ke hampir seluruh organ politik dan institusi di Indonesia. Lantaran itu sememangnya Allah bisa digunakan diseluruh Indonesia kerana ia mendapat dokongan dari pemerintah dan parti politik yang diperanguhi oleh kelompok islam liberal. Manakala kelompok Gay dan Lesbian dibenarkan menyuarakan pandangan oleh pemerintah. Klik sini


Manakala di Turki , barat telah melabelkan pemimpin Turki Erdorgan sebagai pemimpin islam Moderate, kerana sanggup berpaksikan kepada Amerika dari berpaksikan kepada islam sebenar. Buktinya sehingga atas nama kebebasan pertubuhan gay dan lesbian aktif dibiarkan di seluruh Turki, manakala polisi dasar luar negara yang digubal Erdorgan lebih pro kepada Amerika, dan jauh berbeza dengan apa yang pernah dipraktikan oleh pemimpin Islam Erbakan (yang Pro negara islam berbanding Amerika) dari parti Kebajikan yang pernah memerintah Turki suatu ketika dahulu, (sebelum dijatuhkan oleh tentera).

Teks ucapan Anwar yang mempromosi Pluralisme Agama boleh dibaca melalui sini.

Sewaktu sesi soal jawab pula Anwar telah ditanya beberapa pandangan antaranya ;

apa yang Anwar akan dilakukan jika dia berkuasa. Adakah ia membenarkan umat Islam untuk meninggalkan Islam?

Anwar denggan yakin mengatakan, bahawa isu tersebut bertentangan dengan asas kebebasan beragama dalam Islam bahawa setiap orang akan dipaksa untuk tetap muslim ketika dia atau dia tidak percaya, kerana ia akan melahirkan kemunafikan dalam masyarakat.

Anwar kemudiannya melemparkan beberapa nama, ulama Islam yang seharusnya diikuti sejajar kehendak Maqasid Syariah (namun gagal untuk menyebutkan bahawa tiada seorang pun tokoh islam yang menentang hukum murtad).

Soalan berikutnya Anwar ditanya apakah perlembagaan harus diubah untuk membenarkan kebebasan beragama.

Dia menjawab bahawa bahawa kebebasan beragama itu diabadikan dalam perlembagaan, tetapi memperakui Islam adalah agama rasmi persekutuan. Oleh kerana itu masalah adalah penolakan hak. Oleh itu pada Anwar ketetapan bahawa semua Melayu adalah Muslim merupakan penyebab kontradiksi atau wujudnya masalah. Situasi itu menurut Anwar, ia hanyalah politik dan tidak mencerminkan keyakinan sebenar dalam Islam.
Anwar kemudiannya mengubah perbicangan dengan mengatakan orang Malayu yang paling ramai terlibat dalam rasuah sehingga Islam dianggap hanya budaya dan kepura-puraan.

Seterusnya Anwar ditanya bagaimana Anwar akan menyelesaikan permasalahan pendekatan hukuman syariah dan pandangan fundamentalis yang dipegang oleh PAS.
Anwar mengatakan bahawa beliau sangat tidak bersetuju bahawa PAS sebuah parti fundamentalis. Kerana menurut Anwar dalam isu masalah Allah, PAS menentang keputusan untuk mengehadkan penggunaan kata Allah untuk umat Islam sendiri. Malah Anwar kemudian menyatakan bahawa PAS telah benar-benar melupakan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

Itu antara soalan dan perbicangan yang dikemukakan sewaktu sesi dialog tersebut, Apa yang boleh dikatakan pandangan Anwar ketika menjawab isu-isu tersebut sememangnya membawa maksud Anwar ingin melaksanakan agenda yang besar untuk Malaysia, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh Gus Dur di Indonesia selepas pasca reformasi 1998. Klik sini dan sini untuk ikuti perihal Gus Dur

Dari soal kebebasan beragama, isu kalimah Allah hinggalah peraturan hukuman Syariah, Anwar telah memanipulasikan Maqasid Syariah untuk menunjukkan bahawa idea yang dilontarkannya adalah selari dengan tuntutan islam. Walhal hakikatnya ucapan Anwar di London School Of Economics (LSE) itu telah membuktikan bahawa beliau merupakan pemimpin islam Moderate yang dibentuk untuk agenda Amerika melalui projek Rand Corporatian, Amerika Syarikat.

#Artikel ini dihasilkan berdasarkan sumber yang boleh di dapati di Sini, sini dan sini.

Tiada ulasan: