07 Mac 2010

Anwar, NED dan Ahmad Awang - Siapa pengaruhi siapa?




Runtuhnya World Trade centre pada 11 September 2001 menyaksikan dunia di momokkan islam merupakan agama yang menganjurkan keganasan. Tragedi kecelakaan itu menyebabkan Amerika dan barat menyerang sejauh mungkin agama islam hingga imej orang islam tercemar di seluruh dunia.

Sesiapa yang mempunyai kaitan dengan islam samada nama atau pelauan akan menghadapi tindakan dikriminasi dan syak wasangka dari pelbagai pihak di dunia barat, dalam tempoh ini pelbagai penyesuaian dilakukan negara islam bagi membuktikan bahawa mereka bukan tergolong dan pendokong kumpulan pengganas islam seperti di bawa oleh barat.

Bermula tarikh itu juga barat seakan menjadikan ia sebab untuk merangka pelan menguasai dunia islam kerana menyedari idealis sosialisme /komunis telah lebur di tangan komspirasi barat dan tidak lagi mampu menjadi ancaman.

Bermula dari titik tersebut islam telah dilabelkan dengan pelbagai nama seperti kumpulan garis keras dan garis lembut. Suatu istilah yang tidak pernah wujudpun sebelum ini dalam penakrifan islam. Tatkala dari situ juga barat secara diam-diam telah mewujudkan kumpulan garis tengah yang bermatlamat membawa islam liberal atau moderate muslim kepada ruang yang lebih besar didunia islam.

Modus operandi rahsia ini dilaksanakan sepenuhnya dibawah agensi yang ada kaitan dengan institusi tajaan Amerika, ditunjangi oleh National Endowment for Democracy (NED) sebuah agensi yang mengambil alih peranan CIA bagi mengaburi mata musuh Amerika.


Melalui NED Istilah Demokrasi telah dijadikan senjata utama kumpulan ini untuk menguasai dunia islam seperti kaedah kapitalis yang digunakan Amerika untuk menghancurkan idelogoli komunis/sosialis di eropah Timur dan Kesatuan Soviet.

Menurut Philip Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee merupakan seorang bekas pegawai CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968. Klik sini

Menurut Agee lagi, CIA telah menghulurkan wang kepada NED untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dimainkan oleh CIA semasa tahun 70-an. NED hari ini menurut beliau dikenali sebagai CIA wajah baru yang banyak menjalankan operasi-operasi sulit di luar negara dengan bertopengkan "Projek Demokrasi".

Di NED mereka telah membentuk Kumpulan moderate muslim dari kalangan tokoh-tokoh islam yang menepati criteria mereka, lingkungan peminpin ini sekiranya ingin dilihat secara mudah berada di konsvesyen-konvesyen yang dihadiri Anwar Ibrahim seperti sidang islam dan barat dihadiri Anwar di Doha Qatar, Perth dan Amerika Syarikat.

Kesemua tokoh-tokoh ini sekiranya dinilai satu persatu berpaksikan kepada fahaman islam liberal dan kebiasaannya mendokong prinsip demokrasi barat dan sepadu dengan pemahaman hak asasi anjuran barat dan bersifat pro pluralisme agama. Tokoh intelektual islam seperti Syed Hossien Nasr dianggap orang penting kumpulan ini untuk mengerakkan agenda islam ala Amerika.

Amerika dan barat melalui media yang berada dibawah kekuasaannya akan mempromosi tokoh2 yang wujud melalui kumpulan ini untuk diangkat sebagai hero baru umat islam dengan matlamat akhir tokoh tersebut mampu diangkat sebagai ketua kerajaan di negara islam.

Melalui NED dan lingkarannya tajaan diaturkan dengan pelbagai program untuk membantu kelompok ini mendapat tempat di dunia islam. Di Malaysia cuba kita perhatikan siapa yang menaja Institut kajian Dasar milik Khalid Jaafar yang menjadi kumpulan pemikir kepada Anwar, begitu juga dengan Anwar Ibrahim Club (AIC) kumpulan yang menjadikan Anwar sebagai Idola. Adalah jelas kedua kumpulan ini dibiayai oleh dua buah yayasan Jerman yang memainkan peranan yang sama dengan apa yang dilakukan oleh NED di Amerika.

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan tokoh islam yang berada diluar lingkungan muslim moderate ini akan di anggap sebagai kumpulan garis keras dan musuh kepada barat dan Amerika.

Lantaran itu ia menyebabkan ramai tokoh islam mengambil tindakan yang di lihat selari dengan apa dilakukan oleh kelompok muslim moderate kecuali beberapa pihak seperti Iran yang begitu berani melawan agenda Amerika. Di Malaysia apa yang berlaku terhadap PAS ia tidak terkecuali, sedikit demi sedikit muslim moderate mula menguasai.

Sehari dua ini apabila bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Ahmad Awang mengecam Ahli Parlimen Bagan Serai kerana keluar dari parti kerana tidak sependapat dengan isu kalimah Allah yang diperjuangkan Anwar. Difahamkan Ahmad Awang sanggup solat hajat ke atas YB Mohsin kerana dikatakan telah khianat perjuangan, oleh itu kita dapati Ahmad Awang sanggup membela kebobrokan yang dilakukan Anwar dalam isu kalimah Allah berbanding menyatakan yang hakiki seperti dilakukan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Haron Din.

Timbul satu tanda tanya adakah Ahmad Awang juga menyokong apa yang dilakukan oleh NED dan Amerika ke atas dunia islam, kerana Anwar merupakan tokoh yang diljaja oleh NED untuk mempromosi demokrasi di dunia islam atau Ahmad begitu takutkan barat kerana isu label terroris cetusan barat hingga terpaksa mengambil perkiraan politik yang salah dengan mengikut apa yang dilakukan Anwar Ibrahim.

Adalah mustahil tokoh agama itu tidak mengetahui NED dan segala gerak geri perjalanan Anwar ke NED, kerana Persatuan Ulama Malaysia organisasi yang pernah dipimpinannya begitu tegas memerangi islam liberal di Malaysia.

Tidak guna jika Ahmad dan PUM hanya berani menghentam Sister in Islam tetapi Godfather islam liberal di Malaysia sedikit pun tidak ditentang apa lagi disentuh.

Adakah Ahmad Awang sedang bermain politik demi menyelamatkan kawan baiknya?


Tiada ulasan: