03 Mac 2010

Gempa bumi dalam PKR kerana adanya Anwar?


Kota Pompeii merupakan kota yang dikatakan maju dan makmur yang pernah wujud sewaktu peradaban Romawi . Ia menjadi kota yang sangat diminati golongan pemerintah dan kelompok bangsawan. Namun akhirnya kota yang sangat indah itu menjadi kota penuh kemaksiatan. Setiap pelosok kota istimewa itu dikatakan penuh dengan pelacur dan budak lelaki yang disediakan untuk di liwat.

Cara hidup kemaksiatan penghuni dan pengunjung kota Pompeii turut terawet dalam batuan gunung berapi dan beberapa perbuatan perzinaan dan homoseksual turut terakam di celah batuan.

Kerana amalan songsang pemimpin dan penghuni kota tersebut akhirnya ia ditimpa malapetaka gunung berapi yang maha dasyat. Orang Romawi memanggil gunung berapi tersebut Vesuvius yang meletup pada tahun 79 Masihi dan menghancurkan seluruh kota Pompeii itu sebagai Gunung Peringatan (The Mountain of Warning) kerana dipercayai ia merupakan peringatan dan balasan dari Tuhan.


Pada masa itu dikatakan gempa bumi yang kuat berlaku hingga meruntuhkan bangunan-bangunan yang dibina oleh tamadun pada masa tersebut.

Dalam al-Quran, Injil dan Taurat secara tekstualnya menyebut malapetaka yang amat dahsyat telah menimpa kaum Nabi Lut yang tinggal di kota Sodom (as-Sadum) kerana kegiatan homoseksual yang dilakukan mereka.


Keengganan mereka mengikut dan engkar arahan Nabi Lut akhirnya menyebabkan Kota Tersebut diterbalikan menjadi air laut

Kini kota Sodom tenggelam dalam Laut Mati yang kini terletak di wilayah antara Jordan dan Israel akibat balasan Tuhan terhadap maksiat dan perkara yang keji yang dilaksanakan oleh penduduk Kota tersebut.

Gempa bumi yang dahsyat dikatakan berlaku pada masa itu dan diikuti dengan gelombang tsunami dari Laut Mati yang menyapu kawasan pesisir pantai dan menenggelamkan beberapa bahagiannya termasuk kota Sodom.

kisah Kaum Lut ini disebut dalam ayat al-Quran termasuk: (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka:

Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia.


Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)! Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu. (Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya);

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (Surah asy-Syu'ara'a: 160-174)

Banyak lagi contoh malapetaka yang menimpa selepas diberi amaran oleh Tuhan melalui nabi atau rasul-Nya seperti yang tertimpa kaum Nabi Nuh, kaum Thamud, Kaum Aad dan sebagainya.

Pemahanan terhadap agama ini menyebabkan ramai ahli agama dalam semua agama melihat malapetaka tsunami yang berlaku di laut Andaman hingga Acheh yang telah mengorbankan lebih 100,000 jiwa merupakan peringatan Tuhan.

Sejurus tsunami di Acheh belaku Reuters pada masa itu melaporkan ketua paderi Israel, Shlomo Amar berkata: ``Ia (malapetaka tsunami) merupakan ekspresi kemarahan amat sangat Tuhan terhadap dunia.''

Manakala Azizan Abdul Razak, kini meruapakan Menteri Besar Kedah turut diambil pandangan oleh Reuters mengatakan malapetaka itu merupakan peringatan daripada Tuhan bahawa Ia yang mencipta dunia dan Ia mampu memusnahkannya.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam surat takziah kepada empat rakan sejawatnya di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis turut menyebut maksud ayat 40 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud:

Maka tiap-tiap (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu dan di antara mereka yang ditimpa tempikkan suara keras yang menggunturkan, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiayai mereka, akan tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri.

Ayat al-Quran yang digunakan Datuk Nik Aziz itu merupakan ayat yang menceritakan tentang kaum Lut yang dihukum kerana maksiat homoseksual yang bermaharajalela dalam masyarakat.
Secara kebetulan jika diperhatikan kawasan yang dilanda tsunami ketika itu mempunyai pelbagai masalah seperti perpecahan umat islam dan perang saudara yang serius di Acheh , berlakunya aktiviti maksiat dan homoseksual seperti di Pulau Phuket, Pulau Pinang dan kepulauan Andaman.


Sememangnya Allah sentiasa memperingatkan kepada umatnya agar menjauhkan diri dari kelakukan songsang ini. Kisah pemimpin yang terlibat dengan hubungan sejenis terlampau ini bukanlah luar biasa kerana sudah banyak sejarah merekodkan.
Saat ini, salah satu parti di Malaysia iaitu PKR juga turut dilanda gempa bumi, goncangan didalam parti tersebut seakan mampu menghancurkan struktur parti. Sehari dua ini berlaku perselisihan dalaman yang serius hingga mengakibatkan beberapa ahli Parlimen parti tersebut mengambil tindakan keluar parti.


Secara kebetulan konflik dalaman yang serius ini muncul sesudah parti itu diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saat ini sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah melibatkan tuduhan meliwat seorang anak muda bernama Saiful Bukhari .


Sesungguhnya jika seseorang mukmin soleh ditimpa musibah, nescaya dia akan semakin menghampiri bantuan pencipta dan mendapat nasihat ulama, namun dalam kes Anwar Ibrahim, beliau lebih sanggup meminta sokongan pejuang-pejuang Gay sedunia dan pemimpin yang menghalalkan pelakuan seks sejenis. Dari Amerika hinga Australia dikutip oleh Anwar untuk membela kesalahannya. Bukanlah lebih manis jika beliau sujud di depan kaabah ketika ini bagi memohon petunjuk.


Semoga pemimpin yang pernah dianugerahkan tokoh muslim moderate oleh Amerika ini dijauhkan menjadi Perdana Menteri Malaysia dikhuatiri malapetaka akan menimpa seperti mana berlaku kepada PKR yang diketuainya hari ini.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SYABAS. Satu tulisan yang sangat baik yang mengandungi pelbagai nasihat, contoh dan teladan. Jika orang yang "bijak pandai" tidak memahami moral di sebalik tulisan itu, ertinya, Tuhan telah menutup pintu hatinya. Nauzubillah....

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju...ini tulisan yg sangat baik.

Sepatutnya Anuar sujud depan Kaabah dan minta pertolongan dari ALLAH.

IMAM BONJOL

Tanpa Nama berkata...

saya sangat setuju dgn tulisan yg sangat baik serta mengingatkan kita semua bahwa jauhi lah perbuatan songsang yg sangat di murkai Allah!!!...syukur kepada Allah kerana telah membuka banyak pintu hati ahli2 parlimen pkr sudah sedar dan tidak menyokong manusia songsang utk mentadbir negara tercinta ini....na'uzubillah!!! sherry said