31 Mei 2010

Anwar pernah iktiraf kejahatan Zionis Israel







Saat negara haram Zionis Israel menyerang pasukan bantuan kemanusiaan negara dari negara islam di atas sebuah kapal hingga menyebabkan 19 kematian Sukarelawan . Anwar pula sedaya upaya menyerang institusi kerajaan dan agama di Malaysia dengan niat memberi gambaran buruk kepada kerajaan yang memerintah.


Lagak Anwar tidak ubah seperti Zionis Yahudi yang mengatakan orang Palestin adalah jahat dan pengganas. Semenjak Anwar memperolehi sedikit kejayaan selepas PRK 2008, beliau dan konconya semakin galak mencabar institusi islam di Malaysia dengan pelbagai serangan dengan niat untuk meletakkan dirinya adalah pemimpin islam yang moden dan progresif di Malaysia. Walaupun hakikatnya beliaulah duri dalam daging kepada umat islam bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia islam.



Sedikitpun tidak mempunyai beza dengan Anwar Sadat dan Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati orang islam di Palestin. Kedua pemimpinini bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan yang anti kepada Zionis dan membentuk kumpulan yang pro kepada Zionis di negara masing-masing.


Rakyat Palestin sememangnya tertindas dibumi sendiri gara-gara permanainan licik Zionis Yahudi semenjak kejatuhan pemerintahan Uthmaniyah, malah mereka telah dihapuskan secara bersistematik oleh kerajaan Zionis Israel. Sekiranya hendak dibandingkan dakwaan Anwar dalam ceramah politiknya bahawa orang bukan Melayu di tindas di Malaysia boleh kita katakan ia langsung tidak masuk akal, jika kita lihat orang bukan islam di Malaysia.


Harus kita sedari Anwar Ibrahim sehingga kini tidak pernah mengambil tindakan menghentam rejim Zionis seperti yang dilakukannya sewaktu berada di dalam ABIM dahulu. Walaupun beliau selalu mendakwa mempunyai hubungan erat dengan pemimpin utama dunia, namun beliau tidak pernah memainkan peranan untuk mencela Zionis Israel, apatah lagi membela umat islam Palestin.Yang beliau tahu ialah mengada-adakan cerita bahawa orang bukan islam Malaysia di zalimi oleh orang islam (kerajaan Malaysia) demi meraih populariti politik.


Malah yang mengaibkan beliau pernah menandatangani surat sokongan perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf kewujudan negara Haram Zionis Israel, sehingga kini Anwar tidak pernah mengulas dengan lebih tepat isu tersebut. Sehingga terpaksa menyalahkan BTN kerana ketelanjurannya menandatangani perjanjian tersebut untuk mendapatkan sokongan rejim Bush Wolfowitz sewaktu itu. Ini boleh kita lihat kembali hujah membela dirinya di laman blognya apabila ditanya oleh seorang pengunjung. Klik Sini untuk mengetahui bagaimana Anwar cuba membohongi rakyat Malaysia.



Lagak Anwar ini tidak ubah Anwar Sadat menandatangani perjanjian Camp David yang memberi ruang Israel diiktiraf oleh Mesir dan beberapa dunia sewaktu itu. Dengan adanya Annapolis Summit menurut pemimpin Iran iatelah menyebabkan semakin banyak negara mula mengiktiraf Israel dan pendudukan haram ke atas tanah rakyat Palestin.


Steven Clemons dalam The Washingtone Note juga melaporkan sewaktu Anwar menandatangani perjanjian tersebut nama beliau diletakkan sebaris dengan beberapanama yang mempunyai hubungan erat dengan badan perisikan negara tersebut.


Anwar sehingga hari ini jika kita amati corak serangan yang dilakukannya adalah hanya kepada serangan kepada Yahudi yang tidak bersama dengannya. Contohnya beliau pernah mengritik sebuah Firma konsultan APCO gara-gara digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja komunikasi pihak pemerintah.


Kalau kita amati beliau hanya mewujudkan sentimen membenci Yahudi namun tidak pernah mencela Zionis, sedangkan dalam persekitaran kelompok Yahudi, Yahudi yang mempunyai fahaman Zionis sebenarnya yang memporak-porandakan dunia umat islam.


Jesteru itu umat islam wajar mendesak Anwar memohon maaf kepada umat islam atas ketelanjurannya menandatangani perjanjian tersebut.



Kalau kita bandingkan peribadi Desmond Tutu dan Anwar Ibrahim dapat kita katakan Desmond Tutu yang pro kebebasan hak Gay lagi prihatin sebenarnya dengan nasib dan masa depan Rakyat Palestin berbanding Sheikh Anwar Ibrahim yang hanya tahu mencari populariti murahan sahaja.

Tiada ulasan: