19 Mei 2010

Sibu dan NED, siapa yang menang?


Blog Analisa Kumbang pernah mendedahkan bahawa International Republican institute telah menghantar seorang pegawai bernama John Fluharty untuk membantu gerak kerja parti pembangkang di Sarawak. Klik sini.

Antara bantuan yang diberikan oleh IRI ini ialah dari suduh bantuan dana, pemantauan pilihanraya, kajian sikap, strategi kempen pilihanraya, latihan kepada ahli-ahli parti dan pelbagai bantuan lain termasuk manipulasi dan kerja gerak saraf pilihanraya.

Selain parti pembangkang yang jelas diberi bantuan oleh IRI ini ialah MAFREl sebuah badan pemantau pilihanraya yang didakwa bebas oleh pihak pembangkang, baru-baru ini telah membuat pengakuan bahawa mereka juga memang dibiayai oleh IRI. Klik sini.

Di Sibu Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia secara terbuka menyatakan bahawa kempen DAP dan pembangkang jauhh lebih kreatif dan inovatif sehingga membuatkan strategi kempen BN ketinggalan di belakang. Slogan Sibu 4 Change benar-benar menengelamkan jentera BN yang masih terikut kaedah lama . Manakala pengunaan kaedah baru dalam Pys War jentera DAP telah berjaya menarik pengundi. klik sini.


Sementara itu sehari sebelum pengundian pusat bandar Sibu di selubungi penyokong DAP yang memakai baju merah sewaktu kempen malam terakhir di hadapan Hotel Paramount. Taktik DAP yang mengunakan taktik warna dalam perhimpunan ini walaupun dalam skala kecil menyamai apa yang dilakukan di dalam himpunan baju kuning Bersih di Kuala Lumpur sebelum pilihanraya lalu anjuran parti pembangkang dan ia memberi impak besar menarik sokongan pengundi. Malah kini samada PAS PKR ataupun DAP semakin galak melakukan perkara ini. klik sini.

Faisal Tehrani penerima Anugerah Seni Negara di dalam blognya menyatakan permainan warna ini adalah jelas dibelakangnya adalah NED.

“Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau” kata Faisal Tehrani di blognya.





Sila rujuk sini juga pandangan faisal mengenai NED...

Di sebabkan kemenangan pembangkang di Sibu hasil bantuan dari tangan-tangan dan khidmat nasihat pegawai dari IRI yang juga sebenarnya merupakan antara badan yang berada dibawah NED selain NDI , CIPE dan ACILS. klik sini untuk memahami agensi ini.

Dapat kita rumuskan NED barat sebenarnya yang memperoleh kemenangan di Sibu, DAP dan pembangkang hanyalah pelaksana yang menjayakan misi kumpulan tersebut.

Di Bangkok pula jika kita perhatikan kumpulan baju merah di sana tulang belakangnya adalah jelas dibiayai oleh kumpulan Thaksin yang mendapat bantuan dari International Crisis Group ICG ( Anwar juga berada di dalam kumpulan ini) di mana pada akhirnya ia menuju juga kepada NED.

Samada ICG ataupun NED kumpulan ini amat komited untuk memperjuangkan kata-kata keramat hak asasi dan kebebasan.

Kumpulan hak asasi di barat inginkan Thailand turut berada di dalam lingkungan bebas dari tekanan raja dan pihak tentera. Selagi institusi istana mempunyai pengaruh terhadap politik ia akan dinamakan tiadanya demokrasi dan kebebasan di dalam sebebuah negara.

Sebagaimana di Malaysia, peranan institusi raja juga secara terancang cuba diperlekehkan secara perlahan-lahan oleh kumpulan ini, kerana mereka mengangap institusi tersebut sebagai penghalang kepada pelaksanaan agenda demokrasi dan kebebasan. Di Sarawak walaupun mereka tidak mempunyai raja namun Ketua Agama Islam masih di pegang oleh Yang Dipertuan Agong, manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak merupakan symbol kepada pemerintahan YDP Agong. Oleh itu menjadi keinginan status quo tersebut dihapuskan dari perlembagaan negeri.

Oleh itu dapat kita lihat kumpulan ini cuba menghapuskan peranan yang dimainkan oleh isnstitusi raja dengan pelbagai cara dan kaedah agar rakyat Malaysia juga mempunyai keinginan untuk melakukan perkara sama. Bunga-bunga kebencian ditabur dengan pelbagai minuman propaganda kepada masyarakat.

Sementara itu di Iran mereka ingin menghapuskan institusi yang dimainkan oleh Ayatullah Iman Khemeini yang dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan dasar negara parsi tersebut.

Jesteru itu rasa gembira kumpulan yang mendakwa mewakili islam terhadap keputusan pilihanraya Sibu sebenarnya cukup memualkan jika kita perhatikan permainan licik puak liberalis dunia terhadap institusi politik Malaysia.

2 ulasan:

life is not a fairy tale dude berkata...

Ejen kuasa asing yang sedang mengintai-gintai peluang memasukkan jarum berada di mana saja. Jangan kita biarkan kemerdekaan negara tergadai dengan mengundi Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Porn star at work

YANG GAMBI berkata...

Tidak salah kalau dikatakan Anwar pengkhianat bangsa dan agama di Malysia..... kebijaksanaan yang Allah beri padanya tapi disalahgunakan untuk merosakkan umat dalam negara, suatu hari akan menerima balasan yang setimpal... InsyaAllah..