16 Jun 2010

Anwar dan femenisme

Walaupun Amenah Wadud, Anwar, Asra dan Musdah selalu menampilkan pakaian dan busana yang memenuhi ciri islam, namun pemikiran dan pandangan yang selalu dibawa oleh mereka selalu keluar dan jauh dari pandangan ulama muktabar dunia.

Hari ini Anwar dan kelompok feminine umpama belangkas, kesediaan beliau bersama diatas pentas berkongsi pandangan mengenai pluralisme agama dengan beberapa pemimpin sealiran seperti Musdah Mulia di beberapa forum dialog antara agama cukup menyerlahkan sifat dan pemikiran Ketua Umum PKR tersebut.

Sewaktu beliau menjadi Presiden UIA sewaktu ketika dahulu, beliau pernah mengunakan kuasanya membawa masuk Aminah Wadud untuk menjadi tenaga pengajar di Universiti tersebut, yang juga merupakan seorang tokoh Islam Liberal dari Amerika Syarikat dan telah diambil kontrak mengajar dari tahun 1989 hingga 1993.

Dari situ juga Amenah Wadud memainkan peranan menyebarkan agenda islam liberal di kalangan golongan terpelajar di Malaysia dan hasilnya hari ini kelompok hasil didikan Aminah wadud kian berkembang di dalam pelbagai organisasi seperti Sister In Islam (SIS).

Sehingga kini Anwar masih memberikan sokongan kepada kumpulan-kumpulan pejuang feminisme wanita terbabit.

Buktinya saban hari media pro beliau akan menyiarkan pandangan baru dari tokoh terbabit untuk dihadam oleh rakyat Malaysia. Dari Musdah Mulia yang menghalalkan gay hinggalah kepada Asra Nomani semuanya diberi imej positif oleh media pro Anwar Ibrahim.


Sebelum ini ada portal pro Anwar telah menyiarkan sebuah artikel bertajuk islam juga mengiktiraf gay lesbian. Jesteru itu apa yang boleh kita terjemahkan apabila media tersebut menyiarkan artikel yang seolah membenar dan memperakukan pelakuan Gay di dalam islam, justifikasi bagaimana yang boleh kita terjemahkan prinsip sebenar yang wujud pada diri Anwar Ibrahim. Adakah alasan kebebasan yang diperjuangkan boleh menghalalkan apa yang suddah dikatakan haram oleh agama.

Apakah motif blog tersebut menyiarkan pandangan Dr. Musdah Mulia yang pernah mengeluarkan fatwa bahawa gay dibenarkan di dalam islam. Ataupun penyiarkan itu bertujuan bagi membersihkan pelakuan Anwar yang dikatakan mempunyai hubungan misteri dan sulit dengan lelaki seperti Saiful Bukhari.?

Tentu aneh bukan, maksud sebenar penyiaran artikel itu lebih-lebih lagi saat kes liwat Anwar sedang panas perbicaraannya sekarang.

Artikel yang ditulis oleh Abdul Khalik diambil dari Jakarta Post itu mengulas bahawa pelakuan Homoseksual adalah fitrah dan diciptakan oleh Tuhan, dan ia dibenarkan dalam agama islam.
Kata artikel itu lagi “Sarjana Muslim moderat mengatakan tidak ada alasan untuk menolak homoseksual di dalam Islam, dan tindakan mengutuk kaum homoseksual oleh ulama islam lain merupakan penafsiran sempit ajaran Islam.”

Dengan berpandukan kepada kata-kata Dr. Musdah Mulia :
"Tidak ada perbezaan antara homoseksual dan bukan homoseks. Di mata Allah, pahala berdasarkan pada ketakwaan mereka,"
Artikel tersebut secara jelas ingin mengangkat bahawa pelakuan gay dan lesbian bukanlah perkara buruk pada orang islam.

Secara jelas kumpulan penyokong Anwar ini cuba mereformasikan agama islam dengan kepercayaan mereka yang liberal dan kemaruk dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan gay di dalam kristian.

Di saat remaja islam hari ini semakin terdedah kepada pelakuan tidak bermoral ini, tidak masuk akal kiranya kerana inginkan kuasa Anwar mengunakan jenteranya untuk menghina islam. Secara logic sekiranya mereka percaya Anwar tidak melakukan perihal liwat, mereka tidak akan menyiarkan artikel sebegitu, namun disebabkan fanatik terhadap Anwar apa yang diperlakukan oleh Anwar akan cuba diterima dengan baik oleh penyokong Anwar di dalam PKR. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya artikel sedemikian akan semakin banyak dikeluarkan oleh media pro Anwar selepas ini.
Sebelum itu portal pro anwar juga pernah menyiarkan satu artikel milik Asra Nomani seorang pejuang feminis di Amerika yang cuba menghuraikan kisah sebuah buku yang menghina Aisyah Abu bakar , isteri Nabi Muhamad S.Aw.

Manakala laman Malaysia Today pula menyiarkan artikel berkaitan usaha Asra Nomani dan Amenah Wadud untuk melaksanakan solat Jumaat yang diimamkan oleh seorang wanita iaitu Aminah Wadud.

Samada Musdah Mulia, Amenah Wadud dan juga Asra Nomani ketiga-tiganya sekiranya jika diselidiki merupakan kelompok islam liberal. Oleh itu atas kapasiti apa Anwar turut menari serentak dengan ketiga-tiga wanita terbabit saat bercakap mengenai hak wanita dan kesamarataan gender.

Tiada ulasan: