12 Jun 2010

Gara-gara ICG, strategi Anwar terbantut

Gara-gara ICG ataupun International Crisis Group Anwar kian tersepit dengan perangkap ciptaannya sendiri. Sebelum ini dengan lantangnya Anwar cuba mengheret musuh politiknya UMNO dengan Yahudi, namun percikan tersebut hari ini lebih terkena kepada batang hidup sendiri.

Sekiranya ingin dibandingkan dengan peranan APCO dan ICG kedua entity tersebut sungguh berbeza, APCO merupakan sebuah perunding komunikasi dan tersenarai dalam 10 terbaik senarai syarikat Fortune dunia.

Manakala ICG fungsinya memainkan peranan sebagai pencatur kepada tangan Yahudi Zionis untuk menguasai seluruh dunia, khususnya di lokasi negara bergolak.

Dari kawasan berkonflik melibatkan umat islam seperti di selatan Thailand, selatan Filipina, afrika utara dan tengah sehinggalah di benua kecil India malah di rantau eropah timur dan negara bekas kesatuan Soviet tangan-tangan dari ICG lah yang banyak menentukan rencah politik di negara terbabit.

Suatu perkara yang menyedihkan lagi campur tangan ICG dalam memberi khidmat nasihat di negara berkonflik terbabit kesemuannya tidak menguntungkan umat islam malah menjadikan peranan umat islam lebih terpencil. Sebagai contoh campur tangan di Indonesia menyebabkan wilayah Timur Timor (kini Timur Lestle ) terlepas dari gengaman negara Indonesia.

Sesudah laluan Anwar menuju rumah Putih semakin tertutup lantaran Obama dan Hilary Clinton tidak mempercayainya gara-gara pernah bersekongkol dengan Paul Walfowtiz, Anwar kini hanya mampu bergantung harap kepada badan seperti NED dan pusat–pusat yang mempromosi pluralimes, liberaslime dan demokrasi sebagai tonggak untuk bergantung riwayat politik di luar negara.

Sesungguhnya dunia itu sememangnya bulat, lagak Anwar cuba menjadi adijagat orang islam di Malaysia gara-gara isu serangan tentera Israel keatas flotilla kapal bantuan kemanusian rakyat Palestin baru baru ini begitu menjijikkan. Walhal topeng sebenar yang bersekongkol dengan umat Yahudi Zionis laknatullah adalah beliau sendiri.

Allah maha kaya satu demi satu lakonan Anwar semakin terdedah, nasib Anwar kini umpama nasib yang menimpa Kamal Atartuk, saat-saat penghujung riwayatnya semakin banyak kemungkaran timbul memperjelaskan siapa diri beliau sebenarnya.

Sewaktu mudanya sebagai pemimpin pelajar di Universiti Malaysia dan memimpin ABIM, Anwar pernah memainkan peranan cuba memunculkan wataknya sebagai hero orang Melayu dan umat islam. Pelbagai demonstrasi dan tunjuk perasaan dilakukan seumpama lakonan seorang actor filem menunjukkan kehebatannya.

Namun sebaik berada di dalam kerajaan beliaulah bertindak lebih sudu dari kuah terhadap musuh politiknya. Idealisme yang dibawa oleh Anwar telah banyak merosakan parti pemerintah dan orang islam sewaktu itu hinggalah ia disedari oleh Mahathir Mohamed biarpun dalam tempoh agak lewat, kerana kerangka idelalismenya mula menjalar ke dalam umat melayu dan islam.

Kerangka masyarakat madani yang cuba ditiupkan Anwar sebelum ini, rupa-rupanya bunga plastic kepada gagasan islam liberal yang diperkenal orientalis barat.
Orientalis barat sudah sekian lama menubuhkan pusat kajian agama islam dan mengkaji bagaimana ingin mengghancurkan islam dari dalam. Jesteru itu diperkenalkan pluralisme agama sebagai jalan terbaik untuk merosakan akidah umat islam.

Dan hari ini Anwar merupakan salah seorang pemimpin yang bergerak ke seluruh dunia mempomosikan pluralisme agama. Dengan bangganya Anwar ke sana sini mendendangkan umat islam seharusnya mempercayai fahaman tersebut.

Dalam satu temubual dengan CNN pada Mac lalu lanjutan dari isu liwat yang dihadapinya dan isu kalimah Allah yang diperjuangkan samarata olehnya kepada penganut bukan islam, Anwar pernah mendedahkan pentingnya Pluralisme kepada orang islam di Malaysia namun menurut beliau sehingga kini umat islam masih bernada negative terhadap fahaman tersebut kerana berfikiran kolot.

Jika pemikiran yang digerakkan pemikran oleh Syed Hossein Nasr itu pun difatwakan haram oleh banyak negara termasuk majlis ulama Indonesia, malah Syed Hossein Nasr pun ditolak pemikirannya oleh negara kelahirannya sendiri Iran, adakah wajar umat islam di Malaysia terikut-ikut dengan retorik Anwar mengenai fahaman ini.

Dengan segala peranan Anwar di atas pentas organisasi yang dibiayai yahudi Zionis barat, tentu aneh bukan saat Anwar turut sama berdemonstasi menentang Israel di hadapan kedutaan Amerika.

Saat pemimpin islam lain mencari usaha membantu umat islam di sana Anwar pula sibuk merencanakan usaha menzalimi umat islam di pelabagai negara melalui penglibatannya dalam pelbagai organisasi seperti ICG.

Selama ini Mahathir Mohamed selalu dipotretkan oleh Anwar sebagai pemimpin zalim, namun hari ini bekas perdana menteri Malaysia itu masih konsisten sebagai antara tonggak utama membantu umat islam di Palestin dan negara islam tertindas lain. Manakala Anwar pula dosa mengiktiraf kerajaan haram Israel melalui Annapolis Summit masih belum mampu dibersihkan oleh dirinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tunggu Anwar Peliwat tegar manjawab annapolis summit...Sampai sekarang tak jawab isu ini...Yang peliknya media langsung tak nak timbulkan isu-su ini....