30 Julai 2010

Amerika biayai cubaan jatuhkan kerajaan Iran dan Malaysia


Ketua majlis badan pemantau Pilihanraya Iran Ayatollah Ahmad Jannati mendakwa Amerika telah membayar AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk menumbangkan pemerintah Teheran dan menjanjikan tambahan AS$50 bilion lagi jika kerajaan pimpinan Ahmedinejad hilang kuasa dalam pilihanraya yang diakan pada tahun 2009, dakwa Ahmad Jannati kepada agensi berita IRNA.

Tambah Jannati lagi duit AS 1 bilion juga digunakan oleh pihak pembangkang pimpinan Mir Hossein Mousavi untuk menghuru-harakan situasi di Iran sehingga mewujudkan ketidakstabilan republic islam tersebut.

Selain itu dakwa beliau lagi rakyat Amerika juga telah membiayai 1 bilion dollar kepada pemimpin pembangkang Iran untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Kalau kita merujuk apa yang berlaku di Iran selepas pilihanraya 2009 dengan situasi di Malaysia pada tahun selepas PRU ke 12 pada Mac 2008, didapati situasi yang berlaku hampir sama. Mungkin jumlah kewangan yang telah dihulurkan kepada Anwar Ibrahim adalah sama dengan apa yang diperolehi Mousavi ataupun, ataupun lebih lagi memandangkan hubungan intim Anwar dengan Wolfowitz.


Di Iran permainan warna wujud oleh kumpulan Mir Hosein Mosauvi dan begitu juga di Malaysia permainan warna telah ditiupkan oleh kumpulan-kumpulan yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim.

Di Iran selepas pilihanraya 2009, parti pembangkang pimpian Mousavi dan Mehdi Karroubi enggan mengaku kalah , tetapi sebaliknya menyalahkan pimpinan Iran hingga mencetuskan ketidakstabilan di iran hingga menyebabkan berlakunya kematian seorang wanita yang sehingga kini tiada siapa yang tahu punca kematian wanita tersebut. Walaupun beberapa pandangan menyatakan wanita tersebut sebenarnya dibunuh oleh agen CIA dan menjadi korban kepada agenda demokrasi di Iran.

Di Malaysia selepas pasca Pru ke 12 juga menyaksikan perkembangan yang sama, Anwar yang sewaktu sebelum pilihanraya mendapat sokongan penuh dari Paul Wolfowitz dan termasuk pemimpin Neo Consevative Amerika George Bush yang menggunakan NED dan pelbagai agensi dibawah naungannya membantu Anwar.

Seebelum pilihanraya sekiranya diperhatikan wujud kumpulan baju kuning berdemonstrasi di Kuala Lumpur memprotes pimpinan kerajaan, dan di iran wujud pula kumpulan berbaju hijau.
Anwar Ibrahim selepas keputusan pilihanraya juga enggan mengakui di tolak rakyat Malaysia secara majority sebaliknya meneruskan agenda untuk menguasai kerajaan dengan impian membentuk kerajaan 16 September dengan sanggup menyediakan bajet untuk membeli ahli parlimen dari parti pemerintah.

Ke hulu dan ke hilir Anwar pusing seluruh dunia menyatakan bahawa dirinya akan menjadi PM dan membentuk kerajaan baru, hinggakan wujud ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi sewaktu itu.

Kebarangkalian Anwar dan Mousavi sebenarnya merupakan proksi Amerika tidak perlu dipersoalkan kerana keduanya tiada beda, mereka dibekalkan dengan fahaman demokrasi dan itulah yang ditiupkan kepada rakyat. Dan pada masa sama slogan demokrasi yang ditiup oleh Amerika ke seluruh negara islam, dan kita ketahui pelbagai badan democracy ditubuhkan Amerika melalui NED di pelbagai negara islam bagi mencapai visi mereka menguasai negara islam.

Di Iran Mousavi di anggap sebagai seorang reformis dan pemimpin moderate dalam konteks negaranya. Semasa pemerintahan Shah Iran lewat akhir tahun 70 - an, beliau pernah mengunjungi Amerika mengunakan visa pelajar untuk mengumpulkan rakyat Iran dan berdiskusi bagi menjatuhkan pemerintahan keluarga diraja Shah Iran.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"saya bukan alat yahudi atau agen asing tapi kalau nak percaya atau tidak itu terpulang lah" wawancara bersama sinar...tak menafikan dan tak pula mengiyakan ulasanya...perangai orang yang dah tak mampu nak bercakap tegas dan terus terang seperti selalu dalam ceramah beliau....Pada PAS sendiri mau ingat Pilihan Raya akan datang tak sama dengan pilihan raya umum yang dulu....semua pendirian parti PAS sudah jelas...pada PAS jangan sombong bodoh.....rakyat sedang menilai anda...
Pengundi Atas Pagar

Tanpa Nama berkata...

saya pada sebelum pru 12 telah perasan akan senario yang sama berlaku di rusia. dimana ketika itu pihak pembangkang di rusia telah menimbulkan huru hara sama seperti di sini. sebabnya seperti apa yang dikatakan oleh ketua pembangkang itu apa sahaja tindakan yang diambil oleh kerajaan semuanya akan dipersalahkan kepada kerajaan.sama macam kat Malaysia. seolah ada seorang tok guru untuk semuanya. syukur di malaysia mereka gagal walaupun bukan 100%. mungkin kah tektik yang serupa akan digunakan pada pru 13.