23 Julai 2010

Anwar minta bantuan Al Gore dan John Mallot pulih kredibiliti


Pada persidangan Forum Ekonomi Asia Pacific ( APEC ) Oktober 1998, Naib Presiden Amerika sewaktu itu Al Gore telah membuat ucapan yang mengejutkan tetamu dan perwakilan dan melangar norma statusnya sebagai tetamu kepada sebuah kerajaan apabila secara terbuka menyokong perjuangan "Reformasi" alunan Anwar Ibrahim sewaktu majlis makan malam di adakan di PWTC.






Tatkala Al-Gore sedang cuba membantu Anwar , dirinya juga terbelit dengan dakwaan serangan seksual kepada tukang urut dan skandal sex.




Lantaran ucapan Al Gore tersebut, kebanyakan media Asia pada masa itu melihat Al gore dan Amerika cuba campur tangan hal ehwal negara lain. Lanjut isu tersebut ia meyebabkan hubungan Malaysia dengan Amerika mengalami masalah, lebih-lebih selepas bekas Duta Besar AS ke Malaysia John R. Mallot yang ketika itu aktif terlibat dengan gerakan “Free Anwar Campaign tampil mempertahankan apa yang dilakukan Al Gore.


Kalau diperhatikan sewaktu itulah juga hubungan diplomatik Malaysia dan Amerika menjadi tegang gara-gara banyak isu local pihak Amerika campur tangan.


Hari ini tatkala Anwar tersepit gara-gara siri memohon maaf kepada Yahudi sewaktu “Anwar Aplogy Tour “ Al Gore dan John R Mallot pun cuba melindungi Anwar dengan beberapa kenyataan balas kepada media .



Terbaru menerusi blognya Al Gore masih bertindak cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia apabila melalui tulisan di blognya yang seolah-olah meminta Kerajaan Amerika agar memberi tekanan kepada Malaysia.



Kenyataan di laman blognya jelas Al-Gore mengambarkan sistem kehakiman di Malaysia tidak adil seolah Anwar sudah dijatuhkan hukuman sebelum perbicaraan dilakukan.
Tindakan AL Gore ini tidak ubah seperti yang beliau lakukan satu ketika dahulu, dan yang peliknya pada masa yang sama bekas Duta Malaysia tahun 1995 hingga 1998 Jonh Mallot juga membuat kenyataan sama pada Malaysiakini dan terbaru di Wall Streets Journal di Amerika dengan menyatakan sepatutnya Amerika berdiri bersama dengan Anwar.


Sikap dan campurtangan Al gore dan Mallot ini sebenarnya sungguh pelik, sebelum ini mereka juga cuba menafikan perkaitan Anwar dengan CIA, setelah pandangan seorang Blogger Elaine Meinel Supkis dari Amerika melalui pemerhatiannya bahawa Anwar merupakan alat kepada CIA lantaran eratnya hubungan beliau dengan paul Wolfowitz.



Mallot yang mempunyai hubungan baik dengan George Soros, sejak menjadi Duta Amerika di Malaysia merupakan teman baik Anwar, perjuangan beliau dalam membela Anwar tidak terhenti walaupun selepas beliau bersara dari jawatannya sebagai Duta Besar di Kedutaan Amerika buktinya turut hadir dalam program Free Anwar Campain yang dianjurkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. klik sini



Mallot sebelum berkhidmat sebagai Duta di Malaysia pernah berkhidmat sebagai pembantu wakil negara Amerika untuk Hal Asia Selatan. Sewaktu beliau berkhidmat di sana pernah beliau memberikan saranan kepada pucuk pimpinan Amerika agar Pakistan di isytiharkan sebagai negara Pengganas ekoran ketika itu Pakistan menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan China.
Pada masa itu 1991 hingga 1992 Pakistan ditadbir oleh Perdana Menteri Nawaz Sharif. Dan ugutan itu ditarik balik apabila Pakistan diterajui oleh Benazhir Bhuto.


Tom Heneghan Ahli Perisikan Antarabangsa, yang mempunyai ratusan sumber yang boleh dipercayai di Amerika dan Eropah serta di Badan Perisikan INTERPOL, menyatakan Pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto adalah berkaitan dengan Mossad Israel Syndicate dan adanya penglibatan sindikit Bush Clinton.

Selepas Anwar mengecam Yahudi dan APCO, Anwar telah bertolak ke Amerikan Syarikat dalam siri memohon maaf kepada Yahudi Antarabangsa. Beberapa pihak mengatakan Anwar akhirnya akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh Benazir Butho, dan mungkin akhirnya mati di tangan CIA dan MOSSAD.


Persepsi itu wujud lantaran hubungannya dengan Yahudi dan CIA cukup hebat seperti mana Benazir Bhutho, Jika tidak bagaimana Wolfowitz sedaya upada cuba membela dan memberikan peluang sekali lagi kepada Anwar seperti dinyatakan kepada Jakson Diehl di dalam Washington Post.



"Wolfowitz IS pure CIA, any 'opposition leader' of any country that calls this gangster 'my friend' is now, ipso facto, part of the CIA machine. This machine runs on FRIENDSHIPS and SECRET MEETINGS and DOUBLE TALK by these friends who lie to even their own families!" - Anwar made his own bad choices during DC visit - EMSNEWS


Disebabkan Al- Gore dan Mallot merupakan kenalan rapat, mungkin keduanya sudah dapat mengagak nasib akhir yang diterima Anwar sekiranya masih gagal melaksanakan kehendak pihak Yahudi di Malaysia. Oleh sebab itu mereka cuba sedaya upaya untuk membantu Anwar dengan pelbagai cara agar nama Anwar sentiasa positif.


Menurut satu artikel di AIDCNews , merujuk kepada laporan Joshua Trevino dari wartawan dari New Ledger, misi Anwar memohon maaf kepada Yahudi telah berjaya mencapai matlamatnya.


Ekoran daripada deklarasi B'nai B'rith International yang mengecam Anwar kerana membuat ucapan anti-semitik di Malaysia, diikuti pula dengan misi lawatan Anwar memohon maaf, telah diterima positif oleh Jay Nordlinger, dari National Review Online", kata Joshua dalam tulisannya .

Jay Nordlinger menulis di National Review Online, 28 Jun 2010, Anwar sepatutnya dimaafkan kerana beliau telah menunjukkan kekesalan dan memohon maaf kepada rakyat Amerika Syarikat sendiri.


Sebaik Anwar balik dari Malaysia, John Mallot dan Al Gore terus memberikan komentar yang positif kepada Anwar, seolah ingin membantu membuktikan bahawa Anwar masih berguna kepada Amerika dan Yahudi.


Dan Malot sendiri mengakui dalam kenyataan terbarunya bahawa beliau sanggup datang ke Malaysia bulan lepas untuk meneliti kes Anwar dan memberi sokongan peribadi. Dari situ apakah yang dapat katakan mengenai penasihat PKR tersebut.


Tiada ulasan: