05 Julai 2010

Anwar suka perkataan "muslim Moderate", apa kisah disebaliknya?


Jackson Diehl didalam artikel yang menceritakan perihal Anwar memohon maaf kepada Yahudi di Amerika ada menyebut bahawa Anwar mempunyai hasrat sebelum ini dan berjanji kepada barat untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan Negara Indonesia dan Turki.

Kata-kata Diehl ini ada benarnya jika kita selami ucapan Anwar sebelum ini, seringkali beliau selalu menyebut bahawa Indonesia dan Turki merupakan Negara muslim moderate contoh yang seharusnya orang Malaysia ikuti.

Malah beliau ingin meletakkan dirinya sebaris nama dengan Racep Tayib Erdorgan, dalam artikel tulisan penulis zionis tersebut beliau ada menyatakan bahawa tingkahlaku Anwar sama seperti Perdana Menteri Turki Racep Tayeb Erdorgan. Akhbar Harakah keluaran 1554 dengan bangganya memuji Anwar kerana dikatakan senada dengan Erdorgan.

Sebagai rekod Anwar pernah menerima tokoh muslim moderate oleh CSID sebuah badan dibawah naungan National Endowmendt for Democracy (NED) badan yang sama pernah mengiktiraf Gus Dur dan pimpinan moderate Turkey. Hari ini dunia barat sememangnya menganggap Indonesia dan Turki sebagai Negara muslim Moderate.

Sebelum kita menelusuri dengan lebih jauh perbincangan ada baiknya kita cuba memahami apakah maksud muslim moderate. Dr. Muqtadar Khan seorang tokoh di CSID menyatakan muslim moderate ialah orang yang mengenalpasti dirinya kuat dengan idea Islam liberal dan juga penyokong kesederhanaan dalam manifestasi dan ekpsresi politik Islam.


Muslim moderat menurut beliau lagi merupakan istilah digunakan untuk menunjukkan seorang muslim yang lebih sekular dan kurang Islam daripada norma, yang bervariasi di seluruh masyarakat.

Di Amerika, seorang Muslim moderat adalah orang yang membawa bentuk islam lebih ataupun Islam John Esposito dan bersedia bertolak ansur dengan agama lain dan selesa dengan demokrasi dan pemisahan politik dan agama .

Istilah moderat Muslim menjadi penting selepas berlakunya pasca 11 September 2001, walaupun hakikatnya projek muslim moderate muncul selepas runtuhnya kerajaan komunis Soviet, lanjutan dari situ barat telah mula melihat islam sebagai ancaman kepada kuasa hegemoni Amerika dan barat. Dari situ telah diaturkan projek besar-besaran untuk menguasai dunia islam dengan mewujudkan kelompok islam lebih sederhana atau muslim moderate.

Pada masa itu islam seringkali dimomokan sebagai agama keganasan. Jesteru itu kelompok muslim moderate dibentuk diseluruh dunia oleh Rand Corporation dan agensinya dengan objektif muslim yang dibentuk tersebut akan menjadi penghubung kepada Amerika dan Israel. Sebab itu tokoh yang dikaitkan dengan muslim moderate kebiasaannya boleh menerima hubungan bilateral dengan Amerika dan Israel.

Dan untuk menjenamakan tokoh muslim tersebut rangkaian media barat akan digunakan untuk proses penjenamaan tokoh-tokoh terbabit. Mereka ini akan diberi pelbagai anugerah dan kemudahan akses dipelbagai negara lingkaran sama untuk mengikuti dialog dan seminar.

Untuk mengimbangi pengaruh Iran di kalangan Negara islam, Amerika sebenarnya inginkan sebuah negara yang dikatakan Negara islam tetapi pro Amerika dan boleh dijadikan model kepada Negara islam lain. Pada masa itu kebanyakkan Negara islam begitu jauh dengan barat khususnya Amerika. Jesteru itu suatu “grand design” dirangka untuk membentuk Negara muslim moderate.

Di timur jauh kemelut krisis kewangan yang dimulakan dan dirancang oleh George Soros menyebabkan satu persatu negara jatuh muflis dan negara umat islam terbesar didunia iaitu Indonesia turut menerima tempias yang sama. Hingga akhirnya Negara tersebut terpaksa tunduk kepada pencatur ekonomi yahudi barat dan tokoh-tokoh pro barat dilantik sebagai pimpinan Negara.

Antara tokoh yang naik selepas itu di Indonesia ialah Abdurahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, seorang muslim moderate, tokoh islam liberal dan kini dikenali bapak pluralism agama di Indonesia. Sewaktu beliau memerintah pernah dicadangkan agar Indonesia menjalinkan hubungan dengan Israel.

Sewaktu zaman Abdulrahman Wahid naik menjadi presiden, beberapa tokoh islam diseluruh dunia merasa gembira kerana ada tokoh agama dilantik menjadi presiden disebuah negara umat islam terbesar didunia. Namun kegembiraan itu berakhir apabila Gus Dur lebih berminat dengan agenda barat sewaktu mentadbir Indonesia. Rasa kesal itu pernah hadir pada mantan Presiden PAS Datuk Fadzil Noor saat beliau ke Indonesia untuk meraikan pelantikan Gus Dur namun membatalkan pada saat akhir ekoran beberapa polisi kerajaan Gus Dur yang tidak bertepatan dengan islam sebenarnya.

Di Indonesia pada zaman Gus Dur kita dapati islam liberal diberi tempat oleh pemerintah atas semangat kebebasan dan hak asasi. manakala aktiviti pluralisme agama dibenarkan diseluruh Indonesia. Sebab itu juga ajaran Ahmadiyah walaupun difatwa haram oleh kebanyakan pemerintah islam di seluruh dunia namun di Indonesia ia tidak dapat diambil tindakan kerana prinsip hak asasi dan kebebasan beragama yang dipraktikan selepas reformasi 19998.

Kebebasan bersosial dan bercambahnya kumpulan gay lesbian juga berkembang dengan pantas tanpa dapat dikawal oleh pemerintah saat Gus Dur menjadi Presiden.

Di Timur Tengah, runtuhnya kuasa Soviet telah menyebabkan suatu kuasa hilang di dunia dan ia menyebabkan kuasa Amerika dilihat dominan. Negara-negara baru seperti Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan, Turkmenistandan beberapa Negara muslim baru di eropah timur hilang tempat bergantung. Empayar Soviet runtuh meninggalkan Rusian sebagai warisan yang lemah.

Dan Amerika bimbang sekiranya Negara-negara islam terbabit akan dipengaruhi oleh Iran dan kumpulan islam lain diseluruh dunia.

Pada masa sama Fethullah Gulen seorang tokoh yang tidak diingini oleh kerajaan yang berkuasa di Turki sedang mencari perlindungan di luar Amerika.

Fethullah tidak menyenangi polisi kerajaan sedia ada di Turki sewaktu itu, tetapi beliau juga tidak menyenangi politik islam Necmetin Erbakan dan parti Refah yang pernah memenangi pilihanraya Turki, dan beliau juga tidak menyenangi cara politik Ayatullah di republik Islam Iran.

Fethulah merupakan seorang yang moderate dalam melontarkan pandangan tentang islam, beliau berminat dengan toleransi keagamaan, Idea-idea tentang toleransi dan dialog tidak terhad pada umat Islam tetapi diperluas kepada Kristian dan Yahudi.

Gulen dikatakan pernag bertemu dua kali dengan Patriark Bartholomeos, ketua Fener Patriarkat Ortodoks Greek di Istanbul. Dia juga datang bersama-sama beberapa kali dengan para pemimpin agama Kristian dan Yahudi untuk mempromosikan dialog antara agama. Pada bulan Februari 1998, misalnya, ia mengunjungi Paus di Rom dan menerima ketua Rabi Yahudi dari Israel.

Sesuai dengan orientasi Turki nya, Gulen mendorong perhatianpada negara-negara baru di Asia tengah. Dengan membawa gerakan ke Asia tengah Gulen telah dapat melebarkan pengaruhkan ke negara bekas jajahan Turki tersebut. Oktober 1996 125 juta dilaburkan oleh Gulen ke negara tersebut dengan Bank Asya Finance terlibat sebagai rakan kewangan.

Gerakan Gulen mendirikan madrasah di seluruh dunia pada tahun 1990, sebahagian besar daripada mereka di republik Turki yang baru merdeka di Asia Tengah, termasuk Azerbaijan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Rusia. Dengan membina madrasah, kata seorang penulis bernama Lukery, "ia boleh digunakan sebagai pusat untuk membolehkan CIA dan pejabat Jabatan Luar Negeri Amerika untuk beroperasi dan menyamar di kawasan tersebut, kerana ramai guru mempunyai pasport diplomatik".


FSB, organisasi perisikan Rusia sebelumnya disebut KGB, telah berkali-kali mengambil tindakan terhadap gerakan Gulen di Asia Tengah kerana telah bertindak sebagai sebuah pertubuhan untuk CIA. FSB mendakwa bahawa 'gerakan gulen' telah terlibat dalam perisikan atas nama CIA.


Gulen dikatakan telah mengumpulkan harta dan sebahagiannya diterima dari CIA sebanyak Dollar $ 25 bilion. Wang ini telah digunakan oleh Gulen untuk menukar kerajaan sedia ada di Turki menjadi Republik yang kononnya berwajah islam yang Pro Amerika dibawah parti Keadilan dan Parti Demokrat (AKP).

Abdullah Gul, Presiden Turki hari ini merupakan anak murid Gulen bersama-sama dengan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, dan Yusuf Ziya Ozcan, ketua Majlis Pendidikan Tinggi Turki .

Beberapa Pihak mendakwa CIA Amerika mungkin merupakan penyokong kewangan di belakang projek Gerakan gulen (lihat Kalyoncu (2008) dan Gulen adalah plot barat di Turki dan Islam pada umumnya.

Sementara itu, Pengarang akhbar Milli Görüş (pro Erbakan ) mendakwa Gulen merupakan agen kepada pihak barat.

Sibel Edmonds, bekas penterjemah FBI, dalam satu artikel menyatakan banyak bantuan gulen diperolehi oleh CIA.

Edmonds mengatakan diplomat Turki hari ini, kebiasaannya tidak akan digeledah oleh pegawai lapangan terbang, serumit diplomat negara islam lain.

Menurut Ms Edmond, Gulen mula menerima dana dari CIA selepas kejatuhan Kesatuan Soviet ketika para pegawai persekutuan menyedari bahawa AS tidak boleh mengawal apa yang berlaku di negara bekas Soviet.

Semasa itu para pegawai Amerika menyedari, bahawa Gulen dan Turki boleh berfungsi sebagai proksi "sempurna" kerana mereka adalah sekutu NATO yang berkongsi bahasa yang sama, budaya, dan agama sebagai negara-negara Asia Tengah lain.

Oleh itu bermula dari situ Gulen telah dibantu oleh pihak Amerika dana yang cukup besar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada digantikan dengan kerajaan baru pro Amerika.

Penasihat Obama mengenai islam Dalia Mogahed secara terbuka pernah menyatakan Gulen memperolehi sumber kewangan ari Amerika dan oleh itu Amerika menyokong perubahan yang ingin dilakukan oleh Gulen. Kenyataan sama juga pernah dilontarkan oleh Bill Clinton sewaktu menjadi Presiden Amerika.


Cuba kita bayangkan bagaimana seorang muslim yang memainkan peranan penting kepada AKP parti di Turki boleh menjadi proksi kepada Amerika dan Israel. Dan segala tindak tanduk Erdorgan di Turki sebenarnya hanyalah lakonan politik untuk menaikkan imej Turki berbanding apa yang dilakukan oleh pimpinan Iran.

Jesteru itu kalau kita perhatikan berdasarkan beberapa contoh di atas menunjukan perkataan muslim Moderate atau pun negara muslim Moderate sebenarnya mempunyai konotasi berbeza dengan apa yang difikirkan oleh umum. Secara mudah negara muslim moderate sebenarnya merupakan negara proksi Amerika dan Israel untuk dijadikan jambatan hubungan.

Mahathir Mohamed pada 15 September 2006 saat perkataan muslim moderate bergema sewaktu itu mengatakan "Tidak ada nama seorang muslim moderat. Kami fundamentalis di Malaysia. Kami mengikuti ajaran agama yang benar dan ajaran yang benar tidak mengajari kita bom dan membunuh orang tanpa alasan. " seperti dipetik dalam satu kenyataan.

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Israel untuk Homeland Security Technologies dan pengasas Lembaga Dasar Anti-Keganasan Antarabangsa di Herzlia, Israel Boaz Gano secara terbuka pernah menyarankan negara sekutunya agar memberi ruang dan membantu negara yang dikenali sebagai muslim moderate untuk melawan pengaruh negara islam lain. Pernah dalam satu artikel yang disiarkan BBC Israel meminta negara tersebut menjadi jambatan kepada dirinya dengan dunia islam lantaran status muslim moderate dimiliki.

Oleh itu apabila Anwar ingin membawa Malaysia sebaris dengan negara Turki dan Indonesia seperti yang ditulis oleh Diehl itu seharusnya diteliti kembali. Adakah slogan demokrasi yang dicanangkan oleh Anwar itu hanya merupakan alat untuk melaksanakan agenda yang lebih besar lagi selepas ini. Sesungguhnya politik Anwar umpama diseliputi racun dan cukup bahaya bagi seluruh umat islam di dunia, kealpaan kita terhadap apa yang ingin dilakukan Anwar mungkin akan memberi kesan kepada generasi islam di masa akan datang.

Tiada ulasan: