12 Julai 2010

Apology Tour: Anwar dan Malcolm Hoenlein


Blog The Unspiners melaporkan bahawa pada 21 Jun dalam siri rangka lawatan Anwar untuk memohon maaf kepada Yahudi di Amerika Syarikat, Anwar telah berkesempatan bertemu dengan Malcolm Hoenlein bertempat di Third Avenue, Manhatan New York sebelum meneruskan siri perjumpaan dengan pihak-pihak lain yang berkepentingan di Amerika.

Aidc News menyatakan Hoelien ini merupakan Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan merupakan badan terbesar Yahudi di Amerika Syarikat yang menaungi 52 badan-badan Yahudi yang lain. Antara badan-badan yang dinaungi oleh organisasi itu adalah B'nai B'rith International, American Israel Public Affairs Committee, American Jewish Committee, American Jewish Congress, Bnai Zion, Religious Zionists of America, Zionist Organization of America dan lain-lain. Klik di sini untuk mengetahui secara mendalam siapa tokoh yahudi yang dijumpai Anwar ini.
Pertemuan Anwar dengan Tokoh Yahudi di Amerika ini langsung tidak dinyatakan Anwar di dalam laman Twiternya. Malah sewaktu isu Anwar ke Amerika dan memohon maaf kepada yahudi kecoh baru baru ini hasil pendedahan The Washington Post, Anwar mengatakan bahawa kunjungannya ke Amerika adalah untuk membantu rakyat Palestin yang terkepung dengan sekatan Israel. Jika benar kenyataan Anwar tersebut mengapa beliau malu untuk menyatakan bahawa beliau mengaturkan pertemuan dengan Tokoh yahudi yang pro zionis tersebut.

Sebenarnya apa yang istimewanya pelobi yahudi konservatif ini pada Anwar Ibrahim sehingga orang pertama dijumpainya sebaik tiba di Amerika. Hoelien ini merupakan Rabi Yahudi dan menyokong penuh polisi kerajaan haram Israel di tanah rakyat Palestin. Beliau mempunyai hubungan baik dengan Al Gore dan termasuk sama dan mempunyai hubungan erat dengan bekas Presiden Amerika George Bush.

Sehingga kini dikatakan Hoenlien juga merupakan antara tokoh Yahudi yang paling kental menentang polisi kerajaan Iran terhadap bumi Israel, malah sempat menganjurkan persidangan Rabi yahudi mengutuk Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kerana selalu mengecam dan mewujudkan sentiman anti Israel di negara Iran. Hoenlien (tengah ) sedang bermesyuarat bersama rakan-rakan sealiran di American Jewish Organization.

The Forward, yang setiap tahun menerbitkan senarai 50 orang Yahudi yang paling berpengaruh, pernah menyenaraikan Hoenlien dengan gelaran. "Tokoh Individu yang paling berpengaruh dalam pembuatan dasar luar negeri Amerika .

Michael Massing seorang penulis di New York menyatakan Hoenlien memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju dasar Amerika yang lebih positif kepada Israel dan bertangungjawab menjadikan Turki, Bahrain, Mesir, Jordan, Rusia, dan Uzbekistan sebagai rakan kepada Israel.

Hoenlien juga dianggap sebagai tokoh yahudi konservatif berfahaman keras oleh kelompok Yahudi Amerika lain ekoran tindakannya yang selalu tidak bertolak ansur dengan isu Israel dan Palestin.

Berdasarkan info-info ini apakah mesej sebenar di sebalik pertemuan Anwar dan Hoenlien? adakah benar Anwar sedang melobi untuk membela rakyat Palestine ataupun sedang membela dirinya ekoran lakonan di hadapan kedutaan Amerika yang membenci israel dan isu memburukan APCO di Malaysia.

Sekiranya polisi Barack Obama yang mesra negara islam pun selalu menjadi kritikan Hoenlien lantaran dirinya pro kepada Republican. Apakah status Anwar yang tidak mempunyai apa-apa jawatan kerajaan akan didengari oleh orang kuat Pertubuhan yahudi tersebut, melainkan Anwar mempunyai posisi tertentu bagi kelompok Yahudi Neocon yang tidak diketahui oleh umum. Ataupun disebabkan Hoenlien merupakan rakan neocon Bush bersama Wolfowitz, maka Anwar sedang meminta simpati dan ehsan dari Naib Pengerusi Eksekutif The Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations kerana pernah melukakan yahudi.

American Jewish organization yang diketuai Hoenlien ini pula merupakan badan yang memainkan peranan penting kepada kelompok Yahudi di Amerika .

Antara peranan yang dimainkan kumpulan ini ialah :
* Badan koordinasi pusat untuk Yahudi Amerika, yang mewakili 52 lembaga Yahudi dari seluruh negara dengan dari pelbagai latar belakang politik.
* Suara Yahudi Amerika, menjadi jurucakap dan bertindak atas dasar konsensus mengenai masalah-masalah antarabangsa dan mempunyai kepentingan.
* kumpulan yang menyokong kesejahteraan Israel.

*Merupakan tempat perbincangan untuk pemimpin Amerika, Israel dan dunia lain untuk menangani masalah-masalah penting yang menjadi perhatian kepada masyarakat Yahudi Amerika.

* Mengukuhkan dan membina hubungan Amerika Syarikat-Israel .
* Memastikan bahawa kepentingan Israel didengari dan difahami oleh para pembuat dasar, membentuk pandangan masyarakat Amerika.
* Menangani masalah-masalah kritikal dasar luar negeri yang berkaitan isu komuniti Yahudi Amerika.
* Mewakili kepentingan Yahudi Amerika secara teratur.
* Melindungi dan meningkatkan keselamatan dan martabat orang-orang Yahudi di seluruh dunia.


Oleh itu sama-samalah kita timbang-timbangkan kenyataan Anwar sebelum ini, benarkah beliau berada di Amerika untuk membela rakyat palestine atau sedang membela dirinya. Satu persoalan menarik mengapa perlu dirahsiakan dari umum kunjungan Anwar dan pertemuannya dengan beberapa tokoh yahudi di Amerika Syarikat. Ada perkara ingin disembunyikan?





2 ulasan:

Jeffry berkata...

"AMPUNKN KAMI PENUNGGU NERAKA!..AMPUNKAN KAMI PENUNGGU NERAKA!"<---PENYAMUN ALJUBOREE DLM CITER NUJUM PAK BELALANG KEHKEHKEH >|D

Tanpa Nama berkata...

he he he nanti kena jampi dulu baru ok