31 Julai 2010

John R Mallot team terbaru Anwar hadapi kes liwat

Jun lalu Anwar Ibrahim dan pasukan peguambela kes liwatnya bertemu dan berbincang di Restoran Thai, Pacific Regency Hotel KL dengan John R Mallot bekas duta besar Amerika di Malaysia dan mencari strategi untuk menyelamatkan Anwar dalam kes liwat yang dihadapi.


Sebelum ini John Mallot pernah mengakui datang ke Malaysia semata-mata untuk meneliti kes dakwaan liwat terbaru Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari.

Perjumpaan yang diaturkan Anwar di Pacific Regency Hotel yang terletak berhampiran menara Kuala Lumpur itu turut dihadiri sama oleh Dato' Michael Bong dan beberapa peguambela kes liwat Anwar seperti Sankara Nair, Param Cumaraswamy, Faez Abdullah, dan Karpal Singh.

Selain itu pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng, Datin Paduka Tan Yee Kew, Mustafa Kamil Ayub, dan Dato' David Yeoh, bekas Senator Dewan Negara dikatakan turut hadir sama selain Steven Gan dari Malaysiakini.

Perjumpaan tersebut adalah jelas lebih kepada strategi yang diatur Anwar untuk menghadapi kes liwatnya.

John Mallot sejak menjadi Duta Besar Amerika di Malaysia dari 1995 hingga 1998 seringkali mencampur tugas rasmi sebagai wakil kerajaan Amerika di Malaysia dengan menjadi tukang baik pulih imej dan pengarah strategik secara tak rasmi untuk Anwar Ibrahim. Dari perjumpaan biasa dengan Anwar hinggala terlibat dengan Free Anwar campaign sewaktu Anwar sedang dipenjara adalah jelas peranan dimainkan oleh Mallot ini ke atas penasihat PKR tersebut.

Sehingga kini tugas tersebut masih dilaksanakan oleh Mallot walaupun kini dia sudah bersara sebagai pegawai kedutaan Amerika. Mallot yang mempunyai akses dengan ramai kenalan di CIA lantaran kedudukanya sebelum ini pernah banyak menjaga negara Asia yang menjadi sasaran Amerika seperti India, Pakistan, Vietnam serta Japun , begitu juga hubungannya dengan NED sebuah agensi yang kini memainkan peranan untuk CIA, hingga pernah dilantik oleh bekas Naib Presiden NED Charles Mannat untuk mengetuai sebuah konsultan ManattJones Global Strategies di rantau Asia Pacific.

Kunjungan beliau ke Malaysia juga sebenarnya diarahkan oleh rakan baik Anwar iaitu Al-Gore bekas Naib Presiden Amerika yang pernah menghina kerajaan Malaysia dalam satu persidangan di Kuala Lumpur sewaktu reformasi bawaan Anwar sedang memuncak.

Mallot yang merupakan wakil kerajaan Amerika di Malaysia sewaktu kunjungan Al Gore tersebut, sanggup mengeruhkan hubungan diplomatik Amerika dan Malaysia dengan membela tindak tanduk Al –Gore sewaktu itu dan sehingga kini tidak pernah meminta maaf kerana masuk campur dalam hak ehwal politik Malaysia. Klik sini kisah reformasi 1998/1999.

Tindakan Al-Gore dan Mallot sebenarnya tidak ubah seperti campur tangan Amerika di negara Iran, Sudan dan negara yang dianggap bukan sekutu rapat mereka.

Sebaik Mallot balik ke Amerika selepas pertemuan dengan pasukan liwat Anwar jun lalu, Mallot telah menghasilkan beberapa artikel dan dihantar kepada Malaysia kini dan akhbar Wall Street Journal. Dalam artikel tersebut Mallot cuba menyamakan kes liwat Anwar tahun 1998 dengan apa yang dihadapi Anwar dengan Saiful Bukhari.

Pada masa yang sama Al- Gore pun cuba membela Anwar dengan merayu Obama membantu Anwar Ibrahim suapaya menekan kerajaan Malaysia. Jelas Al Gore dalam blognya hanya Anwar mampu dipercayai oleh Amerika sekiranya ingin mewujudkan hubungan mesra antara Amerika dan Malaysia. Dan itu juga yang selalu dipuji oleh Mallot kepada Anwar Ibrahim.


Kedua manusia bernama Anwar ini, sanggup meletakan maruahnya di kaki Amerika apabila sanggup menjadi alat kepada Amerika untuk menguasai dunia islam.

Kalau kita perhatikan pemimpin dunia yang rapat dengan kepimpinan Amerika sebelum ini, mereka sebenarnya catur yang sedang dimainkan oleh kuasa jahat Amerika Zionis. Siapa tidak kenal dengan Anwar Sadat yang sanggup menjadi balaci Amerika dengan menandatangani perjanjian Camp David hingga menyebabkan negara Mesir seakan mengaku kalah kepada Israel dalam perang negara arab dengan Israel tahun 1978.

Adalah jelas perjanjian itu lebih menguntungkan Israel apabila buat pertama kali negara islam mengiktiraf negara tersebut.

Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh Kamal Atartuk, kenapa barat inginkan pemimpin tersebut yang kini dianggap idola terunggul rakyat Turki hingga menengelami kehebatan pemerintahan Sultan-Sultan dari Bani Uthmaniyah. Jawapannya mereka percaya bahawa Kamal akan mengikut telunjuk apa yang diarahkan.

Anwar Ibrahim walaupun belum pernah menguasai negara, namun hebatnya beliau atas mewakili kelompok muslim moderate seluruh dunia pernah melakukan tindakan sama apa yang di lakukan Anwar Sadat apabila sanggup menandatangani surat sokongan perjanjian Annapolis Summit yang jelas menyebabkan semakin banyak negara islam seperti Jordan mengiktiraf kewujudan negara terbabit.

Adalah jelas musuh Amerika dan Zionis lansung tidak boleh dipercayai namun Anwar sanggup menjadi jurucakap negara terbabit, serata dunia Anwar mengembara membawa agenda demokrasi Amerika.

Oleh itu janganlah kita terkejut dengan tindakan sedikit yang dilakukan Amerika CIA melalui Mallot kepada Anwar Ibrahim. Sesungguhnya Anwar tetap anak emas Amerika dan Zionis, mereka hanya menunggu masa untuk menuai emas setelah sekian banyak ditaburkan baja ke atas Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: