07 Julai 2010

The Washington Post : kenapa Anwar malu mengaku sebagai klon Ahmadinejad


Anwar cuba mempotretkan dirinya rapat dengan Erdorgan, disebabkan Erdorgan kini merupakan Presiden negara muslim Moderate pertama didunia selain Indonesia. Malah beberapa kali cuba melobi agar mengikut apa yang dilakukan oleh Erdorgan. Namun Anwar seringkali menjauhkan diri dari apabila dikaitkan dengan Ahmadinejad, walhal Iran dan Ahmadinejad lebih dikenali sebagai negara yang konsisten memerangi Zionis Israel, kenapa Anwar merasa takut dengan Ahmadinejad dan gelaran anti semitik?

Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada umum bahawa tindakkannya ke Washington adalah bagi mendesak Amerika membantu rakyat Palestin, tetapi beberapa portal berita berhaluan kanan di Amerika yang sebelum ini banyak memuji Anwar Ibrahim berkaitan impian Ketua Parti pembangkang mewujudkan sebuah negara muslim moderate di Malaysia, seperti akhbar Washington Post dan New Ledger melaporkan bahawa Anwar ke Amerika kerana sedang melakukan lawatan untuk memohon maaf dan menjelaskan kepada kelompok Yahudi Amerika kenapa dia mengecam yahudi di Malaysia dan diarahkan Jason Chong penulis di Free Malaysia Today bahawa Anwar bukan anti semitik .

Akhbar Washington Post melalui Jackson Diehl menyatakan Anwar menyesal mengunakan perkataan pencerobohan zionis yang seringkali dikaitkan dengan kritikan Presiden Iran Ahmadinejad kepda Israel dan Amerika.

Akhbar Harakah terbaru juga ada menyiarkan kenyataan Anwar kesal kerana mengunakan istilah “tindakan agresid Zionis”. Menurut akhbar tersebut kekesalan itu disebut kerana bagi mengelakan salah faham masyarakat Antarabangsa bagi menghindari tuduhan anti semitik yang dihadapi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejab.

Dalam erti kata mudah Anwar sebenarnya takut dengan tanggapan anti semitik, dan ini menunjukkan bahawa Anwar sebenarnya hanya berpura-pura di Malaysia menentang yahudi Zionis tetapi sebenarnya takut mengkritik kelompok Yahudi tersebut walaupun sedikit.

Ini berbeza sekali dengan Mahmoud Ahmadinejad dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sehingga kini dianggap anti semitik oleh media Yahudi kerana mengritik keganasan yahudi dan peristiwa holocaust di Jerman.

Anwar hanya berani mengaitkan dirinya sama dengan Erdorgan, walaupun hakikatnya tingkahlaku Erdorgan dalam mengritik Israel hanyalah bersifat lakonan untuk meraih populariti dalam negeri.

David E. Bernstein seorang Profesor di George Mason University School dan Profesor Tamu di Georgetown University menyatakan tindakan erdorgan di Turki adalah lebih kepada ingin mengekalkan kerajaan dan membangkitkan semangat nasionalisme di Turki dan menurut Bernstein ada kemungkinan segala kos kejadian di atas kapal mavi Malvara tersebut telah dibiayai oleh kerajaan Erdorgan.

Kalau kita lihat selepas peristiwa yang berlaku ke atas kapal tersebut kerajaan Erdorgan kembali popular, dan isu kegagalan kemasukan republik tersebut ke kesatuan eropah kembali senyap, dan parti pembangkang di Turki termasuk Saadat Parti warisan parti Refah pun mengakui kebijaksanaan Erdorgan meraih peluang membangkitkan semangat Nasionalisme Turki .

Di Malaysia anggota yang menyertai pasukan flotilla kedamainan juga pernah mendedahkan bahawa sewaktu serbuan dilakukan oleh tentera Israel ke atas kapal tersebut, senarai nama suspek telah disediakan oleh pasukan tentera Israel, dan lebih mengejutkan lagi hanya warga Turki ataupun suspek yang ada kaitan dengan Turki sahaja ditembak mati oleh pasukan tentera Israel.

Kalau kita uruti penubuhan kerajaan APK Turki di dapati kerajaannya mendapat sokongan daripada Amerika lantaran penaja utama AKP adalah Abdullah Gulen yang merupakan sekutu yang dibiayai oleh Amerika untuk melebarkan pengaruh di negara islam. Sila rujuk kembali artikel mengenai Gulen di sini.

Berdasarkan itu , dapat dikatakan kalau benar Anwar ingin membela islam dan membenci yahudi Zionis ,dia sesekali tidak akan malu mengambil tindakan seperti Ahmadinejad. Namun disebabkan tindakan itu hanyalah sikap hipokrit untuk meraih populariti seperti dilakukan Erdorgan, bekas pesalah liwat itu akhirnya terpaksa melutut dengan Yahudi Zionis saat melakukan kunjungan ke Washington Amerika baru baru ini.

2 ulasan:

John berkata...

Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di

blog tuan/puan....Terima kasih

http://mybloghub.my/

tukang taip berkata...

ok tenkiu