25 Ogos 2010

Agenda Pluralisme Agama di negeri Pakatan Rakyat



Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) di Surau Al Huda, Kajang pada jam 9.33 mlm, 22 Ogos 2010.

Agenda Pluralisme Agama sedang jelas cuba dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, sebelum ini di Pulau Pinang timbul isu mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng sehingga menafikan hak kepada ketua Agama negeri iaitu Yang dipertuan Agong.

Kini bukan islam dan perempuan tanpa menutup aurat pula dibenarkan untuk menyampaikan tazkirah di Sebuah Surau Al Huda di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tindakan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor ini jelas menunjukkan mereka ingin melaksanakan agenda plurlisme agama di Malaysia.

Agenda yang dimaksudkan ialah tidak ada sesuatu pun agama benar termasuk islam kerana semua agama membawa kepada kebaikan. Oleh yang demikian pada kelompok islam liberal tidak ada salah orang islam mengunjungi rumah ibadah bukan islam dan mengamalkan tatacara yang boleh dianggap sebagai menyalahi akidah ataupun boleh menimbulkan syak sepertimana yang dilakukan oleh Gus Dur yang mengunjungi Gereja dan di Babtis oleh geraja disana, manakala pemimpin bukan islam dibenarkan datang ke masjid dan menyampaikan nasihat kepada umat islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat tetapi dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Manakala orang bukan islam tersebut harus tampil dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

Tetapi Anehnya Teo Nie Ching dibenarkan masuk ke ruang solat utama tanpa menutup aurat di dalam masjid, sepertimana syarat yang biasa digariskan kepada bukan islam dimana-mana masjid di Malaysia sebelum ini.

Tiada ulasan: